semantik

14
1.0 Pengenalan Setiap perkataan mempunyai hubungan erat antara satu sama lain. Akan tetapi setiap perkataan ada yang mempunyai makna yang sama dan ada juga perkataan yang sama mempunyai banyak makna. Semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini. Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Aspirasi”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Sesungguhnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

Upload: murni-mohamat

Post on 14-Dec-2014

2.883 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

SEMANTIK -MURNIMUHAMAT SK SIJANGKANG

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik

1.0 Pengenalan

Setiap perkataan mempunyai hubungan erat antara satu sama lain. Akan tetapi setiap

perkataan ada yang mempunyai makna yang sama dan ada juga perkataan yang sama

mempunyai banyak makna.

Semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima

sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan

tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala

fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-

tengah deretan ini.

Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika

tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita

mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya

tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi

itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Aspirasi”, sebagai ayat yang betul, walaupun

ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di

dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Sesungguhnya, maklumat semantik amat

penting dalam linguistik.

Page 2: Semantik

2.0 Sinonim

Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud. Definisi sinonim

adalah secara etimologi kata sinonim berasal dari bahasa Yunani kuno yaitu onoma yang

berarti ‘nama’ dan syn yang berarti ‘nama lain untuk benda atau hal yang sama’. Secara

semantik Verhaar (1978) mendefinisikan sebagai ungkapan (bisa berupa kata, frasa atau

kalimat) yang maknanya lebih kurang sama dengan ungkapan lain. Umpamanya kata buruk

dan jelek adalah dua buah kata yang bersinonim. Hubungan makna antara dua buah kata yang

bersinonim bersifat dua arah. Jadi, kalau kata bunga bersinonim dengan kata kembang, maka

kata kembang juga bersinonim dengan kata bunga.

Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang

sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebutsebagai perkataan seerti , misalnya

perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan

‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu,

terdapat kamus sinonim yangmengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.Dalam

kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim disekeliling kita.

Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tandayang tertulis ‘Tolong jangan

usik, kacau atau ganggu binatang-binatang dikawasan ini’. Di perpustakaan pula, terdapat

kata-kata yang berbunyi ‘Dilarangmembuat bising, bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-

perkataan tersebutmempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak

terdapatperkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar samasecara

tepat.Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks,laras

sosial, dan kolokasi

2.1 Sinonim Pinjaman

‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walaubagaimanapun,

dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan

raya’, yang maksud konvensionalnyaialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-

petak sawah’.

Page 3: Semantik

2.2 Sinonim Konteks

Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol.Sebenarnya,

‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalamkonteks tulisan. Ini

bermakna konteks mewujudkan perkataan yang samamakna.

2.3 Sinonim Laras Sosial

Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya‘penyanyi’ ialah

orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’yang tinggi dalam

profesionalisme seni.

2.4 Sinonim Kolokasi

Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnyaperkataan

‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat

“Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yanggembira setelah

memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”“Perkataan ‘banyak’ boleh

digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi

pastikan perkataan tersebut bermaknaapabila digunakan tanpa kata sifat.Jika anda menyebut

“Banyak pelajar yang gembira setelah memperolehpencapaian baik dalam peperiksaan

tersebut” akan menunjukkan makna yangsalah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja)

hanya bermakna jika ada katasifat (gembira) dalam ayat tersebut.

Page 4: Semantik

3.0 Antonim

Antonim ialah perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan

makna atau pertentangan makna. Ada 3 jenis antonimi yang wujud:

Terdapat beberapa jenis antonim seperti:

1. Antonim pasangan komplemen

2. Antonim hubungan darjah

3. Antonim hubungan bertentangan

3.1. Antonim pasangan komplemen

Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawananyang saling

melengkapi antara satu sama lain. Cotohnya, perkataan tidur-jaga,hidup-mati, duduk-bangun,

tajam-tumpul, kembang-kuncup, sihat-sakit, gembira-sedih dan sebagainya.Selain itu,

perkataan – perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup,tidak tidur-jaga dan tidak

jaga-tidur dan sebagainya juga termasuk dalamantonim jenis ini.

3.2. Antonim hubungan darjah

Jenis kedua ialah pasangan kata antonim yang menunjukkan hubungan darjahseperti

perkataan besar-kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, panjang-pendek, kurus- gemuk dan

sebagainya. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kataini mempunyai hubungan

rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Sebagaicontoh, sebatang kayu itu dikatakan bersiaz

panjang dengan merujuk kepadakayu itu secara spesifik berbanding dengan kayu yang sama

jenis.Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak.Sebagai

contoh, perkataan ‘kecil’ pada ‘kerbau kecil’ sebenarnya ,menunjukkandarjah dan makna

yang tidak sama pada perkataan ‘tikus kecil’. Demikian jugaperkataan ‘laju’ bagi merujuk

kepada kereta lumba tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk kepada kereta biasa.

3.3 Antonim hubungan bertentangan

Page 5: Semantik

Jenis pasangan kata antonim yang ketiga dinamakan hubungan bertentangan.Dalam hal ini,

kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawamakna yang setara, misalnya

beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerjadan sebagainya. Contohnya jika X ‘beri’

barang pada Y bermakna Y akan‘terima’ barang itu

4.0 Polisemi

Polisemi adalah kata-kata yang memiliki makna atau arti lebih dari satu karena adanya

banyak komponen konsep dalam pemaknaan suatu kata. Satu kata seperti kata "Kepala" dapat

diartikan bermacam-macam walaupun arti utama kepala adalah bagian tubuh manusia yang

ada di atas leher.

Contoh Polisemi : "Kepala"

a. Guru yang dulunya pernah menderita cacat mental itu sekarang menjadi kepala sekolah

smp kroto emas. (kepala bermakna pemimpin).

b. Kepala anak kecil itu besar sekali karena terkena penyakit hidrosepalus. (kepala berarti

bagian tubuh manusia yang ada di atas).

c. Tiap kepala harus membayar upeti sekodi tiwul kepada ki joko cempreng. (kepala berarti

individu).

d. Pak Sukatro membuat kepala surat untuk pengumuman di laptop eee pc yang baru

dibelinya di mangga satu. (kepala berarti bagian dari surat).

4.1 Polisemi Tulen

Berdasarkan Kamus Dewan Tahun 2000, mukasurat 999, kata polisemi mengandungi satu

senarai makna yang berlainan yang kesemuanya dihuraikan bawah satu kata masukan sahaja.

Contohnya, kata pelat bermakna kurang betul cara pengucapan dan gaya tertentu

mengucapkan sesuatu ungkapan.

Terdapat dua makna berlainan wujud yang bermaksud polisemi tulen. Pada situasi lain pula,

sesuatu perkataan sekadar mempunyai sama sebutan atau sama ejaan dibentuk sebagai kata

Page 6: Semantik

masukan berlainan, maka perkataan berkenaan bukan tergolong dalam polisemi yang

mempunyai banyak makna.

4.2 Polisemi Konteks

Jika dilihat secara teliti makna sesuatu perkataan, maka terdapat perkataan yang mempunyai

makna yang berlainan yang bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu tentang boleh

bermaksud berkaitan sesuatu perkara. Ada masanya perkataan tentang boleh membawa makna

lawan, seperti dalam ayat " Kita tentang secara habis-habisan".

5.0. Homonim

Kata homonim berasal dari yunani kuno onoma yang bererti namadan homo yang

bererti sama. Secara harafiah, homonimi dapatdiertikan sebagai nama untuk benda atai hal

lain.hubungan antaradua buah yang berhomonim bersifat dua arah. Dalam erti kata yanglain

kata bias yang bererti racun berbisa berhomonim dengan kata bisa yang bererti sanggup.Sebab

terjadinya homonym antaranya ialah bentuk-bentuk yang berhomonimi ini berasal dari bahasa

ayau dialek yang berlainan.Misalnya kata bisa yang bererti racun berbisa berasal dari

bahasamelayu sadangkan bias yabg bererti sanggup berasal dari bahasa jawa. Bentuk-bentuk

yang bersinonim itu terjadi sebagai hasil prosesmorfologi. Misalnya kata mengukur dalam

kalimat ibu sedangmengukur kelapa adalah berhononimi dengan kata mengukur dalamkata

kalimat pegawai tanah itu sedang mengukur keluasan tanah TOL proses pertama adalah dari

proses pengimbuhan me- + kukur = mengukur sedangkan kata mengukur pada kalimat kedua

adalah dari proses pengimbuhan me- + ukur =mengukur.

Homonim dalam bidang linguistik ialah sekumpulan perkataan yang berkongsi ejaan

serta sebutan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza, biasanya kerana perkataan-

perkataan itu tidak berasal daripada punca yang sama. Salah satu contoh homonim

ialah abu (debu, ayah, abu-abu). Keadaan bersifat honomim digelar homonimi.

Perkataan "homonym" merupakan kata gabungan yang terdiri

daripada awalan Greek, homo- (ὁμο-), yang bermakna "sama", dan akhiran -ṓnymos (-

ώνυμος), yang membawa pengertian "nama". Justera, ia merujuk kepada dua or lebih konsep

berasingan yang berkongsi "nama yang sama" (penanda). Istilah ini agak kabur kerana

Page 7: Semantik

terdapat sebilangan cara yang dua makna boleh berkongsi "nama yang sama". Oleh itu, ia

digunakan dengan cara yang berbeza oleh penutur yang berlainan. Khususnya, sesetengah

sumber hanya memerlukan homonim berkongsi ejaan yang sama atausebutan yang sama

(selain daripada mempunyai makna yang berbeza), walaupun ini masing-masing merupakan

takrif untuk homograf dan homofon, menurut sesetengah sumber yang lain. Sesetengah

sumber menyatakan bahawa makna-makna homonim harus mempunyai asal yang tidak

berkait (bukan hanya berbeza). Oleh itu, kanan (penting, utama) dan kanan (lawan kiri)

bersifat polisem dan bukannya homonim. Terdapat juga percanggahan tentang takrif

sesetengah istilah yang berkait.

5.1 Contoh-contoh homonim.

Nanar - berasa agak pening kerana kena pukul atau ditumbuk,pening lalat; menjadi bingung

kerana kesusahan,tercengang-cengang,terpinga-pinga,tidak tentu haluan;sangat

marah,meradang.

Ayat contoh:

a. Azhar nanar  tiba-tiba apabila dia mendapati tayar basikalnya pancit.

b. Encik Megat Shariman nanar sewaktu mencari alamat rumah sahabatnya,Encik Maloni.

c. Bapa murid sekolah yang masih nanar akibat ditempeleng rakannya itu telah membuat

laporan polis.

nanar - nakal (kelakuan)

Ayat contoh: 

a. Cikgu Dilmi menasihati muridnya agar tidak sekali-kali membuat nanar di Kem Solat

Bestari.

b. Sudah menjadi lumrah alam,anak yang nanar perlu diberi nasihat dan didikan agama sejak

kecil. 

Page 8: Semantik

c. " Ingat, jaga tutur kata dan jangan nanar ketika bercuti di rumah nenek kamu," pesan ibu

kepada Faiz.

Daki

Daki : memanjat (gunung, bukit)

Contoh ayat:

a. Aiman dan kawan-kawannya mendaki bukit di kampungnya pada cuti sekolah tahun lalu.

b. Gunung Everest telah didaki olah ramai pendaki yang berasal dari pelbagai negara.

Daki : kotoran yang melekat pada badan

a. Daki yang terdapat dileher adiknya telah dibersihkan oleh emak menggunakan sabun

mandi.

b. "Walaupun kulitnya berdaki, aku tetap akan menyukainya sepenuh hatiku"

5.2 Hubungan Antara Hiponim dan Sinonim

Hubungan antara sinonim dan heteronim ( Sub-unit Homonim) ituialah mempunyai perbezaan

pengucapannya atau intonasinya. Begitu juga dengan ejaan perkataan tersebut. Walaupun

mempunyai ejaandan pengucapan yang berbeza, tetapi maknanya adalah hampir-hampir sama

walaupun tidak seratus peratus sama makna. Ini menunjukkan bahawa hubungan maknanya

yang telah menghubungkan sinonim itudengan heteronim walaupun ejaan dan pengucapan

perkataantersebut berlainan dan mempunyai perbezaan tetapi Mempunyai maknayang

hampir-hampir sama. Oleh yang demekian, sinonim dan homonym itu mempunyaihubungan

yang rapat kerana ia mempunyai makna yang hampir-hampir sama walaupun mempunyai

ejaan yang berlainan

6.0 Hiponim

Page 9: Semantik

Menurut Abdullah Hassan, 2006: 233, Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi

sebagai nama kelas bagi segolongan perkataan. Dalam sesetengah bahasa lain, golongan kata

seperti ini akan lebih jelas maknanya jika anda dapat meneliti struktur tatatingkatnya.

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.Sebagai contoh,

melur, mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponimkepada bunga.Secara umumnya,

hiponim merupakan kata umum yang mempunyai hubungankekeluargaan dengan kata-kata

yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialahkata umum yang mempunyai lingkungan atau

anggotanya terdiri daripada katayang khusus.

6.1 Jenis-jenis Hiponim

Hiponim Tulen

Contohnya: Padi ialah perkataan yang mencakupi dua perkataan segolongan dengannya, iaitu

beras dan nasi.

Hiponim Umun

Hiponim ini bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum, seperti rumah ters dan

rumah banglo. Ini beerti bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan

rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am.

6.2 Contoh hiponim

a. Perabot (mempunyai makna umum dan kerusi, meja, almari, katil, sofa (mempunyai makna

khusus)

Jadi kata perabot merupakan kata hiponim yang melingkungi benda-benda seperti kerusi,

meja, almari, katil dan sofa.

b. Cempaka ialah hiponim bagi perkataan bunga oleh sebab cempaka termasuk dalam makna

bunga. Cempaka, kemboja dan sundal malam dikatakan berhiponim.- Mengulangi unsur-

unsur hiponim ini mewujudkan pertautan dalam wacana.

Page 10: Semantik

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang

mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang

mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna

kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan

makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan

semantik.

Setiap perkataan dikatakan mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain.

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan

kepada beberapa golongan seperti sinonim iaitu perkataan yang mempunyai makna yang sama

dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal, antonim iaitu perkataan

yang mempunyai makna yang berlawanan, hiponim iaitu perkataan yang maknanya

sebahagian daripada makna perkataan lain, homonim iaitu perkataan yang mempunyai bentuk

dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza , polisemi iaitu perkataan yang mempunyai

makna yang banyak , dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna.

Page 11: Semantik

8.0 Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Homonim

http://www.slideshare.net/mohamednaim/homonim-p3p4-bilangan-5

http://www.slideshare.net/cikgupaklong/semantik-topik-7

http://www.artikelwisata.com/pdf/contoh-hiponim