sem 8

6
SOALAN 1 Sistem pendidikanng negara Malaysia merupakan pendidikan yang dinamik bagi memenuhi keperluan semasa. Aspek pendidikan negara memainkansatu peranan besar bagi mencapai impian negara untuk membentuk sebuah negara maju. ‘Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara’. Itulah yang ditekankan dalam misi kementerian dalam membantu negaramemcapai status negara maju. Olehyang demikian setiap pihak memainkan peranan yang penting daripada pihak kementerian, sekolah, pihak pelaksana, ibubapa, masyarakat dan murid. Peranan terbesar tergalas di atas golongan pelaksana iaitu barisan guru sekolah. Namun begitu,sejauh manakah kesediaan guru bagi mennggalas misi tersebut. Guru merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan berkualiti kerana melalui guru atau pendidik di peringkat sekolah,sesebuah negara boleh mencapai matlamat,aspirasi.visi dan misinya.Gurulah yang menjadi penggerak pencapaian segala Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam menghadapi persaingan abad ke-21. Tambahan pula kedudukan pencapaian dalam PISA 2012 berada pada tahap lemah. Menjelang tahun 2020, Malaysia Berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, kerohanian dan kebudayaan malah yang yang paling penting dalam pendidikan. Strategi-strategi dan perubahan inovasi dalam sistem pendidikan perlu dibangunkan dan dikembangsan dalam memenuhi hasrat tersebut. Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan sejauhmana anda sebagai guru bersedia bagi menjayakan misi tersebut dan memartabatkan

Upload: hidayah-rosly

Post on 13-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kkp

TRANSCRIPT

Page 1: sem 8

SOALAN 1

Sistem pendidikanng negara Malaysia merupakan pendidikan yang dinamik bagi

memenuhi keperluan semasa. Aspek pendidikan negara memainkansatu peranan besar bagi

mencapai impian negara untuk membentuk sebuah negara maju. ‘Melestarikan Sistem

Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi

Aspirasi Negara’. Itulah yang ditekankan dalam misi kementerian dalam membantu

negaramemcapai status negara maju. Olehyang demikian setiap pihak memainkan peranan

yang penting daripada pihak kementerian, sekolah, pihak pelaksana, ibubapa, masyarakat dan

murid. Peranan terbesar tergalas di atas golongan pelaksana iaitu barisan guru sekolah.

Namun begitu,sejauh manakah kesediaan guru bagi mennggalas misi tersebut.

Guru merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan berkualiti kerana melalui

guru atau pendidik di peringkat sekolah,sesebuah negara boleh mencapai

matlamat,aspirasi.visi dan misinya.Gurulah yang menjadi penggerak pencapaian segala

cabaran yang tersimpul dalam Wawasan 2020 dan era seterusnya.Negara kita perlu

memerlukan guru yang unggul bagi membolehkan menangani cabaran-cabaran masa

depan.Bagi melahirkan guru yang berkualiti dan berketerampilan seseorang guru perlu

bersedia dan peka terhadap perkembangan pendidikan dari masa ke semasa.

Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti yang

dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang

kukuh,berketerampilan,berkeperibadian mulia,berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi

mengisi keperluan negara maju.Bagi melahirkan modal insan yang

Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi cabaran dan tekanan besar dalam menghadapi persaingan abad ke-21. Tambahan pula kedudukan pencapaian dalam PISA 2012 berada pada tahap lemah. Menjelang tahun 2020, Malaysia Berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu mencapai kemajuan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, kerohanian dan kebudayaan malah yang yang paling penting dalam pendidikan. Strategi-strategi dan perubahan inovasi dalam sistem pendidikan perlu dibangunkan dan dikembangsan dalam memenuhi hasrat tersebut.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan sejauhmana anda sebagai guru bersedia bagi menjayakan misi tersebut dan memartabatkan pendidikan di Malaysia.

Page 2: sem 8

berketerampilan,seseorang guru itu perlu bersedia dari segi mental,emosi,fizikal,sosial serta

memiliki peribadi yang baik. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:1427), keterampilan

membawa maksud kecekapan,kemampuan yang tinggi manakala terampil adalah cekap

dalam melaksanakan sesuatu,menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Bagi melahirkan guru berketerampilan, berilmu dan berkemahira tinggi,seseorang

guru itu perlu menguasai ilmu pengetahuan yang luas.Hal ini demikian kerana,penguasaan

ilmu sangat penting supaya apabila mengajar kelak dapat membantu guru dari segi persediaan

mental dan emosi.Antara perkara penting dari segi aspek pengetahuan untuk melahirkan guru

yang berketerampilan adalah pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran,pengurusan dan

pentadbiran,pengukuran dan penilaian iaitu ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek

pembaharuan kurikulum.perkara-perkara ini diterapkan sewaktu peringkat pembentukan

bakal-bakal guru siswazah, kursus-kursus dalaman dan latihan dalam perkhidmatan yang

diadakan daripada semasa ke semasa

Dewasa kini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi satu aset dan

medium penting bagi guru mencapai matlamat pengajaran. Sehubungan itu, guru-guru pada

hari ini perlu melengkapi diri mereka dengan “keilmuan mutakhir dan minda yang progresif

bertepatan dengan keperluan era informasi” (Wan Liz 2000: 169). Tuntutan profesionalisma

perguruan hari ini memerlukan guru-guru mempunyai literasi elektronik (Warschauer, 1999),

di mana mereka berkemahiran menggunakan ICT untuk meneroka, mencari serta mengakses

maklumat dan seterusnya memanfaatkan maklumat tersebut untuk tujuan pengajaran dalam

bilik darjah. Guru-guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan

teknologi berasaskan komputer serta pelbagai aplikasinya seperti CD ROM, Internet, WWW

(World Wide Web) serta perisian-perisian pendidikan. Selain itu, guru-guru perlu

mempelajari bagaimana untuk mengajar dengan menggunakan peralatan dan kemudahan

teknologi serta mempelajari kemahiran-kemahiran dan pendekatan-pendekatan baru

(Tapscott, 2003; Pachler, 2001). Secanggih mana pun sesuatu teknologi, teknologi tersebut

akan menjadi tidak berguna seandainya guru-guru tiada ilmu serta tidak berkeyakinan untuk

menggunakannya dalam bilik darjah. Maksudnya, bagi tujuan membawa impak yang positif

kepada pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu mempunyai pengetahuan dan

kemahiran mengguna dan mengintegrasikan peralatan dan kemudahan ICT (Davis, 2001)

serta berasa selesa dan yakin menggunakan teknologi tersebut (Ropp, 1999; Norhayati,

1995).

Page 3: sem 8

Perkara ini dapat disimpulkan bahawa pada masa ini guru-guru mempunyai tugas dan

tanggung jawab yang berat dan amat mencabar kredibiliti mereka sebagai pendidik. Mereka

turut dituntut untuk meorientasikan semula kaedah serta amalan-amalan pengajaran mereka

serta berkeupayaan memegang pelbagai peranan terutamanya sebagai fasilitator, perancang

dan pengurus pengajaran dalam bilik darjah bestari. Maka, sebagai al-mu’alim

(menyampaikan ilmu yang benar), al-murrabbi (menjayakan proses pendidikan) dan al-

mudarris (mengajar pelajaran dan kemahiran), amat perlu guru-guru melengkapkan diri

mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran ICT serta bersikap positif terhadap ICT

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1997). Hanya dengan cara ini guru-guru dapat mendidik

para pelajar mereka sebagai persiapan menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang pada

zaman maklumat serta menangani kepesatan kemajuan dalam ICT.

Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan secara bersendirian. Ia

merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan

(stakeholders). Kejayaan sistem pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan

dinilai berdasarkan keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran iaitu para pelajar

dan seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada masa hadapan. Kejayaan ini

banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalam dan luar organisasi pendidikan.

Keupayaan mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya jalinan kerjasama menentukan

kejayaan PIPP. Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda

pendidikan perlu dijayakan secara koloborasi atau bersama.

Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan

masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat

merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu

bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001).

Malahan institusi pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan

berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan

boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh masyarakat. Oleh itu penglibatan masyarakat

dalam bentuk jalinan kerjasama atau perkongsian bagi kepentingan bersama dapat

menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan.

(788 patah perkataan)

Page 4: sem 8

BIBLIOGRAFI

Bernama. (2015, April 6). Kejayaan sekolah bergantung kepada kewibawaan pengetuanya - Muhyiddin. Retrieved Julai 15, 2015, from Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kejayaan-sekolah-bergantung-kepada-kewibawaan-pengetuanya-muhyiddin-57251

N.S.Rajendran. (2008). Pengajaran Kemahiran Aras Tinggi. Kesediaan Guru Mengendali Proses Pengajaran dan Pembelajaran , 13.

Zanariah Abd Mutalib. (2013). Strategi Lahir Pelajar Berkualiti. Putrajaya: Berita Harian Online.

Lilia Hanim (Prof. Madya Dr.), Dr Mohammed Sani Ibrahim Izani Ibrahim, ’Budaya Sekolah

Berpencapaian Tinggi dan Hubungannya Dengan Kewibawaan Pengetua’, Seminar Nasional

Pengurusan Dan Kepimpimpinan Pendidikan ke 13.

Abdul Rafie Bin Mahat, Kertas Kerjanya ’Pengukuhan Dan Peningkatan Kualiti Pendidikan

Dan Profesionalisme Keguruan’, Kementerian Pelajaran Malaysia.