bmm sem 8 edit

15
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR KELOMPOK Satu TAHAP PENGUASAAN 1 ( Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa) PERNYATAAN Memberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap sangat terhad. AKTIVITI PENTAKSIRAN 1. Guru memberikan arahan secara lisan kepada murid contohnya “ Sila bangun dari tempat duduk kamu” 2. Murid memahami arahan tersebut secara jelas. 3. Murid kemudiannya diminta untuk memberikan respons secara lisan atau gerak balas keatas arahan yang diberikan. BAHAN BANTU Kad ayat perintah. Contoh ayat perintah

Upload: hasrolnizam-hassan

Post on 02-Oct-2015

268 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bmm 3033

TRANSCRIPT

KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOKSatu

TAHAP PENGUASAAN1 ( Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa)

PERNYATAANMemberi respons dengan betul terhadap pelbagai jenis ayat yang diperdengarkan pada tahap sangat terhad.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Guru memberikan arahan secara lisan kepada murid contohnya Sila bangun dari tempat duduk kamu 2. Murid memahami arahan tersebut secara jelas.3. Murid kemudiannya diminta untuk memberikan respons secara lisan atau gerak balas keatas arahan yang diberikan.

BAHAN BANTUKad ayat perintah.

Contoh ayat perintah

KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOKDua

TAHAP PENGUASAAN3 ( Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa

PERNYATAANBerkomunikasi secara bertatasusila dengan menggunakan kata dan ayat yang gramatis bagi menyatakan permintaan; memperoleh dan menyampaikan maklumat yang tepat; dan mengemukakan pendapat pada tahap sesuai.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid diberikan keratan akhbar tentang Kanak-kanak kurang nutrisi2. Murid membaca secara senyap untuk memahami isi kandungan keratan akhbar tersebut.3. Murid diminta oleh guru untuk tampil kehadapan membuat pengumuman berkenaan keratan akhbar tersebut secara gramatis dan bertatasusila.

BAHAN BANTUKeratan akhbar Kanak-kanak kurang nutrisi

Keratan akhbar Kosmo

KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTUR

KELOMPOKTiga

TAHAP PENGUASAAN2 ( Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa).

PERNYATAANMenyampaikan cerita dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi wacana dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul pada tahap terhad.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid ditunjukkan gambar aktiviti perkelahan.2. Murid diminta untuk menceritakan tentang gambar yang dilihat.3. Murid perlu menceritakan dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana.

BAHAN BANTUKad gambar aktiviti perkelahan

Gambar aktiviti perkelahan

KEMAHIRANMEMBACA

KELOMPOKSatu

TAHAP PENGUASAAN1 ( Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa)

PERNYATAANMembaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dan pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan betul pada tahap sangat terhad.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid diberikan satu petikan berkenaan aktiviti sempena cuti sekolah 2. Murid diminta membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan daripada petikan tersebut dengan sebutan yang betul.

BAHAN BANTUPetikan cuti sekolah

Petikan Cuti Sekolah

Cuti sekolah yang lalu, Kamal bersama keluarganya telah berkelah di Desaru. Sebelum bertolak, ibunya Puan Rohani menyediakan bekalan makanan yang hendak dibawa. Ayahnya, Encik Roslan memeriksa kereta supaya berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu. Suasana di tepi pantai sungguh indah dan nyaman. Selepas makan, Kumar dan abangnya mandi di tepi pantai itu. Kamal berasa seronok dapat mandi di kawasan pantai yang bersih. Ibu dan ayahnya tersenyum gembira melihat Kamal dan abangnya. Apabila petang, mereka pun pulang kerumah. Kamal berasa puas dan mengajak ayah dan ibunya datang lagi pada cuti sekolah nanti.KEMAHIRANMEMBACA

KELOMPOKDua

TAHAP PENGUASAAN2 ( Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa).

PERNYATAANMembaca dan memahami maklumat untuk membuat ramalan, menjanakan idea, dan membuat penilaian pada tahap terhad.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid diberikan satu petikan berkenaan keharmonian kaum di Malaysia2. Murid diminta membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada petikan tersebut untuk membuat penilaian dengan betul. .

BAHAN BANTUPetikan keharmonian kaum di Malaysia

Petikan Keharmonian Kaum di Malaysia

KEMAHIRANMEMBACA

KELOMPOKTiga

TAHAP PENGUASAAN3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa).

PERNYATAANMembaca, menaakul, memindahkan maklumat, dan mengenal pasti nilai murni pada tahap sesuai. .

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid diberikan satu petikan murid yang berjaya.2. Murid diminta untuk membaca dan memahami petikan bahan bukan sastera tersebut untuk mengenal pasti nilai murni.

BAHAN BANTUPetikan murid yang berjaya.

Petikan Murid Yang Berjaya

KEMAHIRANMENULIS

KELOMPOKSatu

TAHAP PENGUASAAN1 ( Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa)

PERNYATAANMenulis ayat secara mekanis dengan betul dan tepat pada tahap sangat terhad.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid diberikan satu petikan bertajuk sudah jatuh ditimpa tangga.2. Murid diminta untuk membaca dan memahami petikan bahan bukan sastera tersebut untuk mengenal pasti nilai murni.3. Murid diminta menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan betul dan kemas.

BAHAN BANTUPetikan sudah jatuh ditimpa tangga

Petikan Sudah Jatuh Ditimpa TanggaAidil merupakan seorang murid yang malas dan nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya yang sedang belajar di dalam kelas. Semua kawan sekelasnya tidak menyenangi sikap Aidil. Pada suatu hari, Cikgu Aminah telah mengadakan ujian bulanan bagi matapelajaran bahasa Melayu. Aidil tidak terkejut dengan hal itu, walaupun dia tidak mengulangkaji pelajaran tersebut. Ketika ujian berlangsung, Aidil tidak dapat menjawab soalan yang diberikan. Lalu dia meniru kertas jawapan kawannya. Tanpa disedari, Cikgu Aminah ternampak perbuatan Aidil. Akibatnya keputusan ujian Aidil digantung .Aidil sungguh kecewa dan marah dengan tindakan Cikgu Aminah. Selepas tamat waktu persekolahan, Aidil terus pulang ke rumah dengan menunggang basikal. Dia asyik memikirkan cara untuk membalas dendam terhadap Cikgu Aminah. Tiba-tiba tayar basikalnya pancit sedangkan rumahnya masih jauh. Jadi, dia terpaksa mengheret basikalnya. Ketika itu, cuaca amat panas terik. Kepanasan itu menyemarakkan lagi kemarahan Aidil. Nasib Aidil ibarat, sudahjatuhditimpatangga. Di sekolah, keputusan Aidil digantung, pulang dari sekolah pula, basikal meragam.Tuliskan lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di atas. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.KEMAHIRANMENULIS

KELOMPOKDua

TAHAP PENGUASAAN2 (Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa).

PERNYATAANMenulis ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman secara imlak, mengedit dan memurnikan hasil penulisan dengan ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan, dan struktur ayat yang betul serta tepat pada tahap terhad.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid diberikan satu cerita seekor kura-kura.2. Murid diminta untuk membaca dan memahami petikan cerita tersebut dan menyenaraikan perkataan berimbuhan pinjaman secara tepat 3. Kemudian murid diminta membina ayat sendiri berdasarkan perkataan berimbuhan yang telah disenaraikan.

BAHAN BANTUPetikan cerita seekor kura-kura.

Petikan cerita seekor kura-kura

Tuliskan lima perkataan berimbuhan secara pinjaman dari petikan di atas dan bina ayat berdasarkan perkataan tersebut.

KEMAHIRANMENULIS

KELOMPOKTiga

TAHAP PENGUASAAN3 (Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa).

PERNYATAANMenulis jawapan pemahaman, mencatat maklumat, membina kerangka, dan menulis ulasan yang betul pada tahap sesuai.

AKTIVITI PENTAKSIRAN1. Murid diberikan satu petikan cerita arnab yang pemalas.2. Murid diminta untuk membaca dan memahami petikan cerita tersebut secara menyeluruh.3. Kemudian murid diminta untuk membuat ulasan tentang cerita tersebut menggunakan bahasa yang gramatis.

BAHAN BANTUPetikan cerita arnab yang pemalas

Petikan cerita arnab yang pemalas

Berdasarkan petikan di atas berikan ulasan secara keseluruhan tentang cerita tersebut yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rubrik Pemarkahan Kemahiran Mendengar, Bertutur dan MembacaBORANG PROFIL INDIVIDU UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (BAHASA MELAYU)Sekolah : .Nama calon : Tahun :.

KONSTRUKAktiviti : Syarahan / Debat / Pidato / Bercerita / Sajak / Pantun / Pengumuman

Bilangan taksiran : 1 / 2 / 3 / 4

Tarikh Taksiran :

Sangat baik(09-10)Baik(07-08)Memuaskan(05-06)Kurang memuaskan(03-04)Lemah(01-02)

Tata bahasa dan kefahaman

Sebutan, intonasi dan nada

Kefasihan

Bermakna

Jumlah kecil

Jumlah besar :

TAKSIRANNAMA PENTAKSIRTANDATANGAN PENTAKSIRTANDATANGAN CALONTARIKH SERAHANULASAN / CATATAN

Rubrik Pemarkahan Ujian MenulisPENSKORANUKURAN PENCAPAIAN (KRITERIA)

Cemerlang

(09 10)1. Menulis ayat yang gramatis dan menepati bahang rafik.2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta bertepatan dengan bahan grafik.3. Pengunaan tanda baca yang betul dan bersesuaian dengan ayat.4. Penggunaan ejaan yang tepat dan betul.5. Mengandungi lima ayat dan lima isi yang bertepatan dengan bahan grafik.

Baik

(7 8)1. Menulis ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.2. Ayat yang mengandungi pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik.3. Terdapat beberapa kesilapan tanda baca tetapi tidak menjejaskanayat.4. Terdapat beberapa kesilapan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.5. Mengandungi empat ayat dan empatisi yang sesuai dengan bahang rafik.6. Menulis melebihi lima ayat,sama ada isinya berkaitan dengan bahan grafik atau isinya tidak berkaitan dengan bahan grafik.

Memuaskan

(4 6)1. Menulis ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan grafik. 2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata tetapi terhad dan masih sesuai dengan bahan grafik. 3. Terdapat banyak kesilapan tanda baca dalam ayat. 4. Terdapat banyak kesilapan ejaan dalam ayat. 5. Mengandungi tiga ayat dan tiga isi yang sesuai dengan bahan grafik.

TahapMinimum(1 3)1. Menulis ayat yang tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan grafik.2. Ayat yang mengandungi kata dan kosa kata yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik. 3. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dalam penulisan atau ayat. 4. Tidak menguasai kemahiran ejaan dalam penulisan atau ayat. 5. Mengandungi dua ayat dan dua isi yang tidak sesuai dengan bahan grafik.