sejarah penulisan rasm uthmani.doc

8
SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI Menurut Amiruddin Mohd Salleh (2009), mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al-quran yang ditulis semula pada zaman pemerintahan khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana mushaf ini ditulis pada zamannya, maka ia dinamakan sebagai mushaf uthmani iaitu disandarkan pada nama beliau sendiri. Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang. Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW amat terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaannya bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril. Allah SWT juga menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan sebagai kaedah Rasm Uthmani. Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani dipanggil sebagai Rasm Uthmani . Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan rasm tersebut. Menurut Ustaz Mohd Rahim JUsoh bin Musa (2008), Rasm Uthmani adalah Tauqifi iaitu daripada Rasulullah sendiri dan haram

Upload: siti-fatimah-jamaludin

Post on 01-Jan-2016

175 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

sejarah penulisan rasm

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI.doc

SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI

Menurut Amiruddin Mohd Salleh (2009), mushaf Uthmani ialah

mushaf atau naskhah al-quran yang ditulis semula pada zaman

pemerintahan khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri.

Oleh kerana mushaf ini ditulis pada zamannya, maka ia dinamakan

sebagai mushaf uthmani iaitu disandarkan pada nama beliau sendiri.

Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang.

Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad

SAW amat terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan

bacaannya bersama bentuk bacaan mutawatir yang diturunkan melalui

malaikat Jibril. Allah SWT juga menentukan kaedah-kaedah tertentu

untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama telah mengesan

beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-

kaedah tersebut dinamakan sebagai kaedah Rasm Uthmani. Rasm atau

bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat

daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani

dipanggil sebagai Rasm Uthmani .

Rasm Uthmani juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan

kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mushaf-

mushaf dengan menggunakan rasm tersebut. Menurut Ustaz Mohd

Rahim JUsoh bin Musa (2008), Rasm Uthmani adalah Tauqifi iaitu

daripada Rasulullah sendiri dan haram menyalahi kaedah tersebut.

Hujah mereka ialah Al-Quran ditulis di hadapan Rasulullah SAW sendiri

dan baginda mengajar bagaimana menulis wahyu yang diturunkan dari

Jibril a.s. sebagaimana yang terdapat dalam hadis baginda ketika

baginda berkata kepada Muawiyah :

" Letakkan dakwat tajamkan kalam (pen) tuliskan Ba'(ب) dengan

betul nyatakan Sin (س) jangan hitamkan Mim (م) elokkanlah kalimah

Page 2: SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI.doc

Allah ( هالل ) panjangkan al-Rahman (الرحمن) elokkan al-Rahim (الرحيم)

dan letakkanlah pensil kamu supaya dapat mengingatkan kamu".

Demikianlah cara Rasulullah SAW mengajar para sahabat r.a. menulis

wahyu.

Pengumpulan dan penulisan Al-Quran telah melalui empat tahap

dalam membentuk penghasilannya yang sempurna iaitu :

1) Zaman Nabi Muhammad S.A.W.

2) Zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq

3) Zaman Saidina Uthman bin Affan

4) Pemberian titik dan baris

Menurut pengkaji sejarah, penulisan Al-Quran berlaku sejak

bermulanya penurunan Al-Quran iaitu sebaik sahaja Nabi Muhammad

S.A.W. menerima wahyu daripada Allah SWT. Menurut Ustaz Mohd

Rahim JUsoh bin Musa (2008), peringkat awal Al-Quran diturunkan

hanyalah berbentuk hafazan semata-mata yang dihafaz oleh orang-

orang yang beriman sahaja pada ketika itu. Apabila Rasulullah SAW

menerima wahyu, baginda terus menyampaikan kepada para sahabat

dan menerangkan tentang pengertian serta rahsia wahyu tersebut.

Bentuk pengajaran ini berbentukTalaqqi. Melalui penjelasan Rasulullah

SAW, para sahabat dapat memahami ilmu-ilmu Al-Quran dengan

sempurna. Sikap para sahabat yang penuh keyakinan dan kecintaan

terhadap Al-Quran telah bersungguh-sungguh mempelajari Al-Quran

daripada Rasulullah s.a.w dengan penuh minat.

Antara penulis wahyu yang terkenal ialah:

1) Abu Bakar as-Siddiq

2) Umar bin al-Khattab

Page 3: SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI.doc

3) Uthman bin Affan

4) Ali bin Abi Talib

5) Zaid bin Thabit

6) Ubai bin Ka'ab

7) Thabit bin Qais

Menurut Subhi Salleh (1997), Al-hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak

telah mengeluarkan sebuah riwayat dari Zaid bin Thabit dengan syarat

sanadnya disahkan oleh Al-Syaikhan telah berkata:

" Semasa kami berada bersama-sama Rasulullah SAW kami menulis dan

menyusun Al-Quran di atas kepingan kulit atau daun-daun .

Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa penulisan Al-Quran pada zaman

Rasulullah S.A.W. berlaku secara tidak formal kerana pada zaman itu

tiada kertas, maka penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat Al-Quran

tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain.

Kemudian catatan itu disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun

kebanyakan mereka lebih mengutamakan kepada bidang hafazan.

Penulisan Al-Quran pada zaman khalifah Saidina Abu Bakar Al-Siddiq

bermula pada tahun 12 Hijriyah. Menurut Ustaz Mohd Rahim JUsoh bin

Musa (2008), Al-Quran telah pun ditulis pada kulit belulang, pelepah

tamar, dan tulang oleh para sahabat di samping menghafalnya di

dalam hati (dada) mereka. Beliau juga telah memerangi golongan

murtad dalam peperangan Yamamah yang enggan mengeluarkan

zakat. Berikutan daripada peperangan yang berlaku, sebahagian besar

daripada penghafaz al-quran telah banyak terkorban dalam kejadian

tersebut. Maka saidina Abu bakar al-siddiq telah mengeluarkan

Page 4: SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI.doc

perintah untuk mengumpulkan Al-Quran agar tidak hilang. Dalam kitab

sahih al-Bukhari disebutkan, bahawa Saidina Umar Ibn Khattab

mengemukakan pandangan tersebut kepada Saidina Abu Bakar Al-

Siddiq. Namun, Saidina Abu Bakar Al-Siddiq tidak mahu melakukannya

kerana khuatir perbuatan tersebut adalah bid'ah kerana ianya tidak

pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sehinggalah Allah S.W.T.

membukakan pintu hati Saidina Abu Bakar untuk menerima nasihat

Saidina Umar Ibn Khattab tersebut. Beliau telah memerintahkan Zaid

bin Thabit r.a. untuk mengumpul serta membukukan Al-Quran kerana

Zaid bin Thabit adalah salah seorang penulis Al-Quran pada zaman

Rasulullah S.A.W. dan merupakan orang yang memegang amanah

berkaitan dengan penulisan wahyu. Walaupun begitu, Zaid bin Thabit

enggan menerimanya kerana merasakan tugas tersebut adalah berat

baginya umpama mengubah gunung daripada satu tempat ke tempat

yang lain.

Seterusnya ialah penulisan Al-Quran pada zaman Saidina Uthman

bin Affan yang berlaku pada tahun 25 Hijrah di mana beliau telah

membuat kaedah penulisan tertentu untuk menjaga tujuh huruf

(Qiraat) yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. sebagaimana dalam

sabdanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Al-Quran ini diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. di

atas tujuh huruf".

Tujuan ianya dilakukan adalah disebabkan berlakunya perbezaan

bacaan Qiraat yang diambil daripada Rasulullah S.A.W.

memandangkan Al-Quran diturunkan dalam tujuh huruf(Qiraat).

Tambahan lagi, wilayah Islam telah berkembang luas selepas

kewafatan Rasulullah S.A.W. sehingga ke tanah Syam dan Iraq.

Perkembangan tersebut adalah selari dengan perkembangan al-Quran

yang menjadi asas perundangan Islam.

Page 5: SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI.doc

Ekoran daripada peristiwa tersebut, lahirlah penulisan mushaf

yang dikenali sebagai mushaf Uthmani untuk menyatukan bacaan

umat Islam terhadap Al-Quran al-Karim. Mushaf tersebut ditulis

mengikut kanun (kaedah) yang ditentukan oleh Saidina Uthman bin

Affan dengan menghimpun kesemua huruf sab'ah (qiraat) di dalam

mushaf seperti yang telah diijma'kan (disepakati) oleh para sahabat

pada ketika itu.

Terdapat enam naskhah mushaf yang telah dicetak dan dihantar

ke lima wilayah Arab dan yang keenamnya disimpan di sisi beliau

sebagai tempat rujukan dan dinamakan sebagai mushaf al-Imam.

Penulisan setiap mushaf adalah berbeza dan akan dirujuk kepada

mushaf al-imam jika terdapat sebarang syak atau keraguan padanya.

Tahap yang keempat adalah pemberian titik dan baris yang

terdiri pula daripada tiga fasa iaitu :

1) Mu'awiyah bin Abi Sofyan mengarahkan Abul Aswad Ad-Duali

untuk meletakkan tanda bacaan (i'rab) pada setiap kalimah dalam

bentuk titik untuk menghindari kesalahan dalam membaca.

2) Abdul Malik bin Marwan menugaskan Al Hajjaj bin Yusuf untuk

memberikan titik sebagai pembeza antara satu huruf dengan

lainnya. (Baa'; dengan satu titik di bawah, Ta; dengan dua titik di

atas, Tsa; dengan tiga titik di atas). Pada masa itu Al Hajjaj meminta

bantuan kepada Nashr bin 'Ashim dan Hay bin Ya'mar.

3) Peletakan baris atau tanda baca (i'rab) seperti: Dhommah, Fathah,

Kasrah dan Sukun, mengikuti cara pemberian baris yang telah dilakukan

oleh Khalil bin Ahmad Al Farahidy.

Perletakan titik dan baris ini telah memberikan kesan yang

amat besar kepada umat Islam. Antaranya ialah dapat

Page 6: SEJARAH PENULISAN RASM UTHMANI.doc

menghindarkan daripada perpecahan umat Islam yang pernah

terjadi sebelum ini kerana perbezaan dalam pembacaan mengikut

qiraat masing-masing. Hal ini dapat diselesaikan dengan adanya

satu penetapan lahjah untuk pembacaan Al-Quran untuk semua

umat Islam iaitu megikut lahjah Quraisy seperti yang ada sekarang.

BIBLIOGRAFI

BUKU :

Subhi Salleh (1997). Kajian Al-Quran. Selangor : Percetakan Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ustaz Mohd Rahim JUsoh bin Musa (2008). Tarikh Al-Quran & Rasm

Uthmani. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar SDn. Bhd.

Sejarah penulisan Rasm Uthmani. Dilayari pada Julai 20, 2012, di

http://www.scribd.com/doc/77638199/SEJARAH-Penulisan-Rasm-

Uthmani

Sejarah Penulisan Rasm Uthmani. Dilayari pada Julai 20, 2012, di

http://kembararasm.blogspot.com/

Rasm Uthmani. Dilayari pada Julai 25, 2012, di

http://guabama.files.wordpress.com/2012/02/rasm-uthmani-1.ppt

Sejarah Pengumpulan Al-Quran dan Pengenalan Rasm Uthmani.

Dilayari pada Julai 27, 2012, di

http://secebiskasihillahi.blogspot.com/2010/10/sejarah-pengumpulan-

al-quran dan.html

Rasm Uthmani. Dilayari pada Julai 30, 2012, di

http://badrizam.blogspot.com/2010/02/rasm-uthmani.html