penyelidikan dan penulisan sejarah

33
PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAH disediakan oleh BILCER DAN NABIR Menurut pandangan Paul D. Leedy (1980), penyelidikan adalah satu perbuatan menyelesai persoalan-persoalan yang susah dalam percubaan kita untuk menambahkan pengetahuan manusia. Dalam erti kata lain, penyelidikan adalah satu cara berfikir, iaitu satu cara melihat fakta terkumpul supaya satu koleksi data dapat berkomunikasi dengan minda penyelidik. Beliau telah memberi tujuh ciri sesuatu penyelidikan, iaitu; 1 Penyelidikan bermula dengan satu persoalan di dalam fikiran penyelidik. 2 Penyelidikan memerlukan identifikasi permasalahan yang dicatit dengan istilah yang jelas dan tepat. 3 Penyelidikan memerlukan satu perancangan. 4 Penyelidikan berhubung dengan permasalahan utama melalui pelbagai permasalahan kecil yang khusus. 5 Penyelidikan mencari arah melalui hipoteses dan ia berasaskan andaian yang nyata. 6 Penyelidikan berhubung dengan fakta dan maksudnya. 7 Penyelidikan adalah satu kitaran. Penyelidikan yang dimaksudkan itu adalah suatu tatacara atau kaedah dan teknik yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan baru. Proses ini berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mnengikut prosedur-prosedur tertentu yang teratur dengan matlamat untuk mengeluarkan input baru. Pendek kata, menurut Corwin Nagi (1972) penyelidikan itu adalah satu kaedah yang saintifik untuk bertanyakan soalan dan satu kaedah sistematik untuk mengetahui sesuatu. Para Sarjana memberi erti penyelidikan mengikut kepakaran bidang masing-masing. Ferman & Levin (1975) menyebut penyelidikan sebagai suatu proses mengumpul maklumat dan menjawab soalan- soalan tentang sifat realiti sosial dan politik. Manakala Frederick N. Kerlinger (1973) pula menyebut penyelidikan sebagai suatu usaha menganalisa data melalui kaedah saintifik dengan cara yang formal dan sistematik dengan tujuan utama untuk mencari jawapan kepada persoalan atau masalah. 1

Upload: harunzz-abdullah

Post on 12-Nov-2015

194 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

Menurut pandangan Paul D

PENYELIDIKAN DAN PENULISAN SEJARAHdisediakan olehBILCER DAN NABIR

Menurut pandangan Paul D. Leedy (1980), penyelidikan adalah satu perbuatan menyelesai persoalan-persoalan yang susah dalam percubaan kita untuk menambahkan pengetahuan manusia. Dalam erti kata lain, penyelidikan adalah satu cara berfikir, iaitu satu cara melihat fakta terkumpul supaya satu koleksi data dapat berkomunikasi dengan minda penyelidik. Beliau telah memberi tujuh ciri sesuatu penyelidikan, iaitu;Penyelidikan bermula dengan satu persoalan di dalam fikiran penyelidik.Penyelidikan memerlukan identifikasi permasalahan yang dicatit dengan istilah yang jelas dan tepat.Penyelidikan memerlukan satu perancangan.Penyelidikan berhubung dengan permasalahan utama melalui pelbagai permasalahan kecil yang khusus.Penyelidikan mencari arah melalui hipoteses dan ia berasaskan andaian yang nyata.Penyelidikan berhubung dengan fakta dan maksudnya.Penyelidikan adalah satu kitaran.

Penyelidikan yang dimaksudkan itu adalah suatu tatacara atau kaedah dan teknik yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk mencari dan menambah ilmu pengetahuan baru. Proses ini berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mnengikut prosedur-prosedur tertentu yang teratur dengan matlamat untuk mengeluarkan input baru. Pendek kata, menurut Corwin Nagi (1972) penyelidikan itu adalah satu kaedah yang saintifik untuk bertanyakan soalan dan satu kaedah sistematik untuk mengetahui sesuatu.

Para Sarjana memberi erti penyelidikan mengikut kepakaran bidang masing-masing. Ferman & Levin (1975) menyebut penyelidikan sebagai suatu proses mengumpul maklumat dan menjawab soalan-soalan tentang sifat realiti sosial dan politik. Manakala Frederick N. Kerlinger (1973) pula menyebut penyelidikan sebagai suatu usaha menganalisa data melalui kaedah saintifik dengan cara yang formal dan sistematik dengan tujuan utama untuk mencari jawapan kepada persoalan atau masalah.

Dari berbagai pengertian penyelidikan, dapat disimpulkan di sini bahawa penyelidikan ialah suatu aktiviti yang kompleks dan mungkin ia mudah difahami sebagai suatu tindakan meninjau hal-hal yang menjadi minat penyelidikan atau kepada hal-hal yang mencabar untung nasib penyelidik sendiri, bidangnya ataupun masyarakat amnya. Jussteru itu penyelidikan adalah satu proses yang tertakluk kepada kaedah saintifik dalam percubaan untuk menyelesaikan masalah-masalah atau persoalan-persoalan yang menjadi teka-teki dan masih tidak terjawab lagi.

Apakah pula secara khususnya erti penyelidikan sejarah? Persoalan ini sebahagiannya sudahpun diawab oleh pandangan beberapa tokoh-tokoh sejarawan dirujuk tadi. Satu jawapan yang jelas di sini ialah penyelidikan sejarah merupakan suatu proses penelitian terhadap peristiwa-peristiwa masa lalu dengan matlamat untuk menghasilkan sesuatu penulisan yang khusus, dan dikenali sebagai karya sejarah. Pendek kata, penyelidikan sejarah merujuk usaha penelitian dan penulisan karya sejarah. Ini menjadi kekuatan kepada bidang sejarah untuk muncul sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan yang ungul. Di samping itu, ilmu sejarah juga menjadi satu disiplin akademik yang mempunyai kaedah penyelidikan mantap dan teknik penulisan tersendiri, yang berbeza daripada disiplin-disiplin akademik lain. Dalam proses penyelidikan dan penulisan sejarah, seseorang penyelidik berusaha membina semula sejarah berdasarkan fakta-fakta yang diperolehinya daripada sumber-sumber yang sahih. Sebagai penyelidik, beliau bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat-maklumat sama ada daripada buku, artikel, temubual, dan sebagainya. Dalam pengertian yang umum, tanggungjawabnya itulah yang dimaksudkan sebagai penyelidikan. Sama juga keadaannya dengan tanggungjawab pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi apabila diberi tugasan oleh pensyarah untuk menulis satu esei. Justeru tindakan yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar berkenaan adalah untuk pergi ke tempat terkumpulnya sumber rujukan, biasanya perpustakaan, untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menyempurnakan esei mereka. Apabila pelajar-pelajar itu mengambil tindakan untuk pergi ke perpustakaan, sudah pastinya tindakan itu menepati maksud bahawa pelajar-pelajar berkenaan melaksanakan penyelidikan untuk membentuk esei mereka. Tindakan pelajar pergi ke perpustakaan, menurut Paul D. Leedy, membawa konotoasi penyelidikan, he/she is going to the library to do research. (Paul D.Leedy, 1980: 3)Pengertian yang dikemukakan oleh Paul D. Leedy itu memberi satu pembayang kepada maksud penyelidikan yang digunakan oleh ahli sejarah akademik. Pembayangnya adalah bahawa sesuatu penyelidikan melibatkan penemuan yang telah disandarkan kepada sumber-sumbernya. Walau bagaimanapun, dalam etika disiplin sejarah, penyelidikan mempunyai pengertian yang lebih tegas atau rigid. Jika anda mampu membezakan di antara sejarah yang baik dan sejarah yang tidak baik, sudah pasti anda mempunyai kefahaman yang jelas terhadap apa yang ada di dalam penyelidikan yang umum dengan penyelidikan yang difahami oleh ahli sejarah. Menurut ahli sejarah, penyelidikan yang bermutu tinggi adalah penyelidikan yang akur sepenuhnya kepada tertib dan metodologi ilmu sejarah.Dalam disiplin Sejarah, penyelidikan bermaksud penyiasatan secara ilmiah dan berhati-hati [tekun] terhadap semua sumber utama dan sumber kedua yang diperolehi, diusahakan bukan dengan matlamat membuat buku semata-mata, tetapi demi memperkembangkan pengetahuan manusia dalam sesuatu kawasan tertentu. Justeru itu pengertian sejarah dalam konteks yang ilmiah bermaksud penyelidikan masa lampau, adalah suatu usaha mencari, mengkaji, mengorganisasi dan mentafsir keterangan-keterangan tentang peristiwa masa lampau dengan matlamat untuk menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku, bagaimana serta mengapa berlakunya sesuatu peristiwa itu.

Apakah yang dikaji oleh penyelidik sejarah?

Mengkaji manusia dalam kontak masyarakat manusia.Mengkaji pengalaman manusia (perubahan) melalui masa.Mengkaji peristiwa yang khusus dan unik.

Siapakah Penyelidik Sejarah?

Kesedaran SejarahKesarjanaan dengan minda terlatihMempunyai kelulusan sejarah, latihan dan pengalamanKeupayaan Imaginasi yang baikKetepatan dengan Sikap Kritikal dan Selektif (pemilih) serta Mentahsih sumber dengan tepatKejujuran Menyampaikan Fakta dan IdeaKetelitian Mengumpul Data, Bukti dan KeteranganKesabaran, Ketenangan dan KetegaranMinatMotifKearifan dalam bahasa sumberTeknikal yang khususKebebasan PemikiranKesedaran diri

Kaedah Mengkritik Diri Dalam Penelitian SejarahKaedah mengkritik diri adalah satu konsep utama yang mesti ada pada seseorang penyelidika untuk memahami penyelidikan sejarah. Dengan adanya konsep ini seseorang penyelidik itu dianggap mempunyai pengetahuan dalam ketepatan, keteraturan, logik, kejujuran, kesedaran diri, daya imaginasi yang baik, berpengetahuan tentang sumber-sumber yang digunakan dan dapat mengarahkan penelitiannya kepada kebenaran.

Dengan menguasai teknik mengkritik diri ini juga kebenaran sejarah dapat diwujudkan. Ini adalah kerana sejarah bukan sahaja suatu ungkapan peristiwa yang mengandungi fakta sahaja tetapi ia adalah cantuman antara fakta dan idea. Dalam mengkritik diri terdapat empat langkah utama yang mesti dilakukan untuk menjadikan penyelidikan sejarah itu objektif sifatnya iaitu;

Melakukan penyemakan semula terhadap apa yang dikemukakan.Mengenali perbezaan antara makna nyata (tersurat) dan makna tersirat.Memeriksa Fakta-fakta yang betul atau salah.Menguji setiap perkataan.

Apakah bidang-bidang kajian sejarah?

Pada peringkat awal, sejarah muncul sebagai satu rekod kronologi peristiwa-peristiwa penting dan khusus mengenai sesebuah negara dan institusi. Ia adalah cerita dan kisah tentang berbagai peristiwa-peristiwa yang berhubung dengan kemunculan, kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan. Pada abad ke-19 masihi, sejarah moden telah diperkenalkan khususnya oleh sejarawan Jerman, Leopold Von Ranke. Namun penelitian sejarah ketika ini banyak menekankan bidang politik dan diplomatik menerusi penulisan berbentuk naratif. Justeru itu, era ke-19 masihi tersebut telah diklasifikasikan sebagai sejarah lama oleh Getrude Himmelfarb, terutamanya dengan kemunculan aliran intelektual dalam abad ke-20 masihi yang mencetuskan penelitian terhadap pelbagai bidang kajian sejarah seperti sejarah kebudayaan, sejarah pendidikan, sejarah ekonomi, sejarah sains dan seterusnya kepada pecahan-pecahan yang lebih kecil seperti sejarah alam pemikiran, sejarah tumbuh-tumbuhan, sejarah perfileman, sejarah ketenteraan, sejarah bola sepak dan sebagainya. Era ke-20 masihi telah diklasifikasikan sebagai sejarah baru oleh Himmelferb.

Bermula pada penghujung tahun 1920-an muncul satu kumpulan dari Perancis yang terdiri daripada golongan Annales yang melihat sejarah secara keseluruhan dengan harapan dapat mengembangkan lagi ruang lingkup sejarah. Apa yang menjadi prinsip asas kepada bidang penelitian sejarawan golongan ini ialah terhadap perkembangan keseluruhan jenis aktiviti manusia. Prinsip ini melahirkan pelbagai bidang kajian sejarawan. Secara jelasnya, bidang kajian sejarah adalah luas sekali sebagaimana yang dikatakan oleh Henri Pirenne sebagai penyeluruhan yang luas yang merangkumi keseluruhan proses perkembangan sejarah masyarakat manusia dan kegiatannya. Malah kini sejarah boleh difahami sebagai suatu keseluruhan masa lalu yang seolah-olah tanpa batasannya. Dalam usaha untuk memahami keseluruhan masa lalu, para sejarawan terpaksa melihatnya dari t pelbagai sudut dan bidang. Implikasi daripada kemunculan pelbagai jenis sudut dan bidang yang dikaji oleh sejarawan maka sejarah telah dibahagikan kepada beberapa bidang serta pecahan-pecahan atau pengkhususan yang tertentu bagi memudahkan sejarawan mengkaji dengan lebih khusus, mendalam dan relevan lagi melalui prinsip dan kaedah yang lebih sesuai.

Antara bidang-bidang kajian sejarah yang utama ialah:

Sejarah IntelekSejarah PolitikSejarah SosialSejarah EkonomiSejarah KebudayaanSejarah Agama

Bidang-bidang Kajian Sejarah boleh dibuat dalam berbagai bentuk, seperti:

Bentuk PenerokaanBentuk Perbandingan

TATACARA PENYELIDIKAN SEJARAH

Penelitian sejarah bukanlah suatu bidang yang senang. Banyak bantuan diperlukan bagi melaksanakan penelitian sejarah. Sejarah sebagai satu disiplin akademik turut mengemukakan sistem kaedah atau metode dan teknik penyelidikannya yang tersendiri. Penyelidikan sejarah sebagai satu proses penelitian berbentuk ilmiah mempunyai prinsip dan kaedah yang harus dipatuhi oleh seseorang penyelidik sejarah. Seseorang pengkaji sejarah yang arif akan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk melaksanakan tugasnya. Cara ini memudahkan pengkaji sejarah menyusun matlamat dan struktur penyelidikan dan penulisannya supaya menepati kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pengarangan sebuah karya sejarah. Ini amat penting untuk menghasilkan satu penyelidikan yang sistematik tanpa berlaku kepincangan.. Dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan, seseorang penyelidik sejarah perlu membuat perancangan yang teratur dan teliti. Perancangan itu adalah terdiri daripada beberapa tahap atau langkah penyelidikan yang tersusun dengan sistematik agar kerja-kerja yang akan dilaksanakan sepanjang proses penyelidikan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.Menurut Garragham, terdapat tiga tahap utama dalam penyelidikan sejarah, iaitu; (1) Mencari sumber maklumat untuk dikerjakan (heuristik), (2) Menilai sumber-sumber dari sudut pandangan nilai kebuktiannya (kritisme), dan (3) Pernyataan rasmi tentang penemuan-penemuan (sintaksis) heuristik dan kritisme, termasuk pengumpulan data-data sejarah dan membentangkannya (eksposisi) berdasarkan objektif dan kesignifikasinya. Hakikatnya, sesuatu penyelidikan tidak akan wujud tanpa subjek atau tajuk. Oleh itu, sebelum mencari sumber maklumat untuk dikerjakan, pemilihan subjek dan tajuk adalah satu langkah atau tahap yang paling asas dalam sesuatu penyelidikan sejarah. Berdasarkan pandangan Garraghan tersebut di atas, maka dapat diperincikan lagi tahap-tahap penting dalam menyempurnakan sesuatu penyelidikan sejarah seperti berikut, iaitu; tahap pemilihan tajuk, tahap penyediaan peralatan, tahap mengenalpasti dan mengumpul sumber, tahap mengkaji dan mengkritik sumber, tahap pentafsiran sumber, tahap menyusun fakta dan tahap penulisan.

METODOLOGI SEJARAH.PRIVATE

Empat prosedur utama:

i. memilih tajuk (masalah/perkara untuk dikaji)

ii.pengumpulan sumber (heuristic).

iii.hermeneutic (kaedah formal menyaring sumber dan fakta):a. kritik sumber (kritik luaran dan dalam): (kritik luaran bagi menentukan kesahihan (authenticity dan reliability) sumber dan kritik dalaman bagi menentukan kredibiliti huraian dalam sumber itu).interpretasi (sintesis dan analisis), pemikiran dan pertimbangan kepadafakta.

sintesis - membuat extraksi, mengumpul dan pilih-menyusun bahan.analisis - menyaring dan menilai perkaitan (relevancy) bahan atau fakta.

iv.persembahan/penulisan- melibatkan soal penyusunan, perzamanan (periode), kategorisasi/ klasifikasi aspek-tema, aspek teknikal seperti cetakan, bibliografi, footnotes; dan matlamat (iaitu kepada siapa penulisan itu ditujukan), penggunaan bahasa dsb.nya

TAHAP PEMILIHAN TAJUK

Seseorang penyelidik harus mempunyai minat terhadap sesuatu perkara atau subjek yang khusus untuk dikaji. Seseorang penyelidik perlu mengetahui serba-sedikit tentang tajuk yang ingin dihuraikannya. Tahap pengetahuan seseorang penyelidik terhadap sesuatu tajuk boleh diuji dengan mengemukakan empat persoalan asas iaitu apa, di mana, bila, siapa dan kenapa atau dikenali sebagai 5W (What, Where, When, Who dan Why). Lima soalan asas ini yang dikenali sebagai soalan-soalan wartawan (journalist quesstions) kerana soalan-soalan inilah yang dikemukakan oleh wartawan dalam mendapat maklumatnya. Di samping lima soalan itu perlu juga ada satu soalan lagi, iaitu bagaimana (how) sehingga 5W dan 1H ini mendapat jolokan, 5 wives and 1 husband.

Sebaik-baiknya pemilihan tajuk dilakukan berdasarkan dua pendekatan berikut, (1) pendekatan emosional dan (2) pendekatan intelektual. Kedua-dua pendekatan ini bersifat subjektif dan objektif, namun sangat penting karena penyelidikan hanya akan dapat dilakukan dengan baik atau lancar jika seseorang penyelidik itu mempunyai kesenangan atau ketenangan (emosi) dan minda yang cergas atau sihat (pemikiran)

(Lanjutnya sila rujuk file pen-sej.doc)

TAHAP PENYEDIAAN PERALATAN DAN KEUPAYAAN PENYELIDIKAN.Sebagai seorang penyelidik, persediaan untuk melaksanakan suatu kajian tentang isu atau peristiwa sejarah juga memerlukan pelbagai peralatan. Antara peralatan asas yang digunakan ialah pen, pensil, kertas, buku catatan dan alat-alat tulis yang lain. Ini adalah penting kepada penyelidik untuk mencatat setiap apa yang dilakukan dan seterusnya merekodkan setiap apa yang ditemuinya sepanjang proses penyelidikannya. Keupayaan bahasa, kewangan dan keluangan masa juga tidak boleh diabaikan.

TAHAP MENGENALPASTI DAN MENGUMPUL SUMBERSebelum ke lapangan seseorang penyelidik harus tahu sumber sejarah yang akan dicari, bagaimana mencari, dan di mana hendak dicari. Misalnya, dalam masalah tanah selalunya menghendaki penyelidik mencari data tentang pajak tanah. Sebagian besar data itu boleh ditemui melalui pembacaan dan yang selebihnya melalui sumber lisan. Sumber-sumber sejarah ini boleh diperolehi dari banyak tempat iaitu yang paling penting adalah perpustakaan, museum, arkib, dairi, saksi, surat, gambar, manuskrip peribadi dan sebagainya. Oleh itu seorang penyelidik yang hendak melakukan kajiannya secara terperinci perlulah ke tempat-tempat tersebut untuk mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang dijamin sahih.

Langkah yang paling awal adalah dengan memilih bahan bacaan di perpustakaan kerana ia adalah makmal kajian bagi ahli atau penyelidik sejarah. Oleh itu penyelidik perlulah tahu kewibawaan pengarang-pengarang yang menghasil sumber ataupun menulis buku yang dirujuk atau bakal digunakannya. Selepas memilih pembacaan yang dikehendaki maka perlulah diaturkan sesuatu yang dibaca kepada beberapa aspek kajian, misalnya sosial, politik, dan ekonomi kerana pemilihan dan pengutipan maklumat akan dibuat mengikut aspek-aspek tersebut. Sekiranya aspek-aspek yang dipilih berkaitan politik maka semua faktor politik diambil dan yang lain dilepaskan. Dalam penelitian fakta maka perlulah diasingkan sumber primer dan sekunder. Sumber primer tediri dari bahan-bahan seperti keterangan saksi mata sesuatu kejadian, artifak dan surat serta bahan yang boleh dibuat bukti manakala sumber sekunder pula ialah bahan-bahan rujukan yang selalunya terdapat di perpustakaan dan bahan-bahan yang ditulis oleh orang lain selepas melihat sumber yang asal.Kategori bukti boleh dibuat kepada tiga iaitu yang asal, seperti yang dikatakan di atas contohnya saksi mata. Bukti kedua adalah berbentuk fizikal seperti artifak, bukti cari gali dan hasil kerja ahli antropologi serta lain-lain. Manakala bukti ketiga adalah bukti lisan seperti lagenda, cerita dan sebagainya. Maka sebagai penyelidik perlulah memilih yang asal dan fizikal. Sekiranya tidak ada barulah diberi peluang kepada bukti lisan.

TAHAP VERIFIKASI SUMBERSetelah mengetahui tajuk penyelidikan dengan jelas dan sumber sudah telah kumpulkan, maka tahap yang berikutnya ialah verifikasi (verification) sumber. Verifikasi mempunyai dua matlamat, iaitu menentukan keaslian (authenticity) sumber ataupun disebut kaedah kritikan luaran, dan memastikan credibility (perihal boleh dipercayai) sumber ataupun disebut kaedah kritikan dalaman. Dalam verifikasi sumber adalah penting bagi menyeimbangi antara bukti kukuh dan bukti sampingan yang boleh memperteguhkan lagi hasil penyelidikannya nanti. Sesuatu hasil penyelidikan dapat berdiri teguh dengan penggunaan sumber-sumber yang sahih. Untuk itu dilakukakan kritikan sumber. Kritikan sumber biasanya dilakukan dengan dua kaedah iaitu kritik dalaman dan kritik luaran. Istilah kritikan merujuk kepada proses pentafsiran bukti iaitu satu ujian mendapatkan kebenaran. Ia bukanlah satu pendirian secara mental mengenai sesuatu isu. Menurut Marc Bloch, kritikan sumber adalah kaedah menguji kebenaran sesuatu sumber kerana adanya kesangsian terhadap faktanya. Pendapat ini dipersetujui oleh Collingwood dan menyifatkan kaedah tersebut sebagai sejarah kritikal.

Kritikan Luaran

Kritikan luaran dapat dinyatakan sebagai usaha mengesahkan ketulenan atau keaslian sesuatu sumber asli itu dari sifa-sifat luarannya, iaitu yang lain dari keterangan isi kandungan sumber tersebut. Tugas ini ada berkaitan dengan timbulnya perbuatan memalsukan sumber-sumber. Kritikan luaran dijalankan dengan membuat beberapa persoalan terhadap sesuatu sumber itu iaitu, misalnya (1) bila sumber itu dicatat atau direkodkan? (2) di mana ia dihasilkan? (3) siapa yang menghasilkannya? (4) daripada bahan apa ia dihasilkan? dan (5) dari bentuk apa asalnya ia dihasilkannya?

Kaedah-kaedah dalam Kritikan Luaran:Ujian KimiaUjian BahasaUjian Tulisan/CetakanUjian Bahan yang digunakan

Kritikan Dalaman

Kritikan dalaman yang dimaksudkan adalah tentang kemunasabahan (credibility) keterangan atau perihal boleh dipercayai atau tidak dan kewarasan isi kandungan sesuatu sumber itu. Persoalannya, apakah kandungannya itu benar, rasional atau logik. Walaupun dari segi kritikan luaran sumber itu mungkin asli dan tulen, namun jikalau kandungannya tidak munasabah atau tidak waras, tentunya tidak harus dijadikan sumber.

Kritikan sumber ini amat mustahak untuk mengelakan pemalsuan. Terdapat beberapa motif mengapa seseorang melakukan pemalsuan adalah seperti berikut; i)Untuk keuntungan kewanganii)Kerana keangkuhan kesarjanaaniii)Kerana cemburuiv)Kerana kepentingan partiv)Kerana kegiatan keagamaan yang tidak berperaturan.vi)Untuk mencari nama dengan melakukan kejahatan.

TAHAP INTERPRETASI SUMBERInterpretasi atau pentafsiran kekadang juga dianggap sebagai suatu bidang subjektiviti. Sebagian data itu benar, manakala sebagiannya pula tidak benar. Sesuatu data itu benar karena tanpa pentafsiran oleh penyelidik sejarah data tersebut tidak dapat berbicara sendiri. Penyelidik yang jujur akan mencantumkan data dengan keterangan dari mana sesuatu data itu diperoleh. Manakala penyelidik lain pula dapat melihatnya kembali atau mengulang tafsirnya. Sungguhpun unsur subjektiviti dalam penyelidikan sejarah adalah diakui, namun ia harus dihindari.

Interpretasi mempunyai dua jenis kaedah, iaitu analisis dan sintesis. Analisis: Analisis bermaksud menguraikan. Kadang-kadang sesuatu sumber yang diperolehi mengandung beberapa kemungkinan. Misalnya, penyelidik menemukan dokumen sebuah badan persatuan di pejabat Majlis Bandar Kuala Lumpur. Mengikut kelompok sosialnya, penyelidik mendapati satu senarai pendaftaran pada dokumen tersebut seperti petani bertanah sendiri, pedagang, pegawai negeri, petani tak bertanah, orang swasta, guru, tukang, mandor dan sebagainya. Maka penyelidik mungkin dapat menyimpulkan bahawa keahlian badan persatuan itu adalah terbuka untuk semua orang. Ia bukan khusus untuk petani bertanah sendiri, tetapi juga untuk petani tak bertanah, pedagang, pegawai negeri, dan sebagainya. Mungkin soal petani bertanah sendiri dan tak bertanah harus dicari dengan cara lain, sebab dalam dokumen tersebut tidak mungkin disenaraikan keahlian mengikut kaum, tetapi sekurang-kurangnya ia mengikut pekerjaan. Setelah analisis itu penyelidik mencari fakta-fakta untuk dikerjakan. Misalnya, berdasarkan data yang diperolehi dan dicantumkan, bahawa pada tahun 1978 keahlian persatuan tersebut mula bersifat terbuka. Setelah melalui analisis secara statistik, penyelidik akan menemui fakta bahwa harga tanah dalam bandar adalah naik. Dari sudut demografi, penyelidik juga menemui fakta bahwa secara total terjadi integrasi antara jenis pekerjaan.

Sintesis: Sintesis bermaksud menyatukan. Setelah ada data-data tentang pertempuran, pergelutan, mobilisasi awam, penggantian pejabat, pembunuhan, pembinaan jalanraya dan sebagai, dan juga penyelidik menemuikan fakta bahwa telah terjadi rusuhan. Maka, rusuhan adalah hasil interpretasi si penyelidik setelah semua data-datanya telah dikumpulkan menjadi satu.

TAHAP PENYUSUNAN SUMBERSelepas kerja-kerja pengumpulan sumber-sumber telah dilakukan maka suatu kaedah iaitu menyemak dan menyusun kesemua sumber perlu dilakukan. Dalam melakukan kaedah ini penyelidik perlulah memastikan bahawa sumber yang ada telah melalui proses verifikasi tersebut tadi sama ada ditentang atau pernah ditentang oleh masyarakat ahli sejarah atau awam. Penyusunan perlu dilakukan mengikut keutamaan ataupun secara kronologi. Misalnya menyusunnya dari sudut sumber primer dan sekunder, ataupun mengikut fakta-fakta politik, ekonomi, sosial, dan sebagainya.

TAHAP PENULISANPenulisan adalah perkara yang terakhir dalam penyelidikan walaupun ia tidak berkaitan dengan penyelidikan namun ia adalah penting dalam sesuatu karya yang ditulis. Ini adalah bagi mengekalkan tradisi lama penulisan sejarah iaitu bermaksud sesuatu sejarah perlu dicatit. Di antara perkara yang perlu ditambah adalah pengenalan, kandungan dan penutup. Manakala untuk menformalkan lagi penulisan atau untuk menegakkan lagi sesuatu penulisan maka perlu dimasukkan nota kaki supaya kenal pasti sumber mana yang diambil. Di bahagian akhir penulisan perlu dimasukkan bibliografi atau senarai sumber-sumber yang dirujuk dan berkaitan.

Penulisan sejarah juga perlu mengutamakan aspek logik. Seseorang penyelidik juga perlu menekankan unsur yang objektif supaya sesuatu usaha penyelidikan dapat mengelak kemasukkan unsur yang subjektif. Objektif adalah berasaskan fakta seperti kata Leopold Von Ranke tentang kaedah saintifik dalam penyelidikan sejarah dan bukannya kehendak penyelidik sendiri, kerana ini akan menyebabkan berlaku bias. Kita sedar orang dari aliran subjektiviti sehingga beberapa kurun lamanya telah menggunakan kepentingan mereka dan negara mereka dalam menulis sejarah mereka. Ini perlu dielakkan. Bagi memudahkan proses penyusunan atau penulisan sejarah maka kaedah kuantitatif dan spekulasi boleh digunakan. Kaedah spekulasi adalah kaedah yang mana sesuatu peristiwa tersebut bolah diramalkan kerana akibat daripada pengalaman atau pernah dilihat atau dibaca oleh penyelidik dalam sumber-sumber lain. Namun mesti disokong oleh kaedah kuantitatif kerana terdapat angka-angka seperti tahun, surat pengiraan dan sebagainya yang mempunyai angka untuk menyokong teori penyelidik sekiranya tidak ada bukti lain.Penulisan juga perlulah berlandaskan kepada penyusunan yang rapi dari permulaan kepada kemuncak peristiwa sehingga kepada penurunan cerita dalam peristiwa tersebut. Ini adalah sesuatu cara sejarah yang menarik bukan sahaja mendapat kurang kritikan malah seronok dibaca atau menarik bagi golongan pelajar ataupun awam.

Secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa sesuatu penyelidikan sejarah dilakukan dengan bertungkus lumus untuk menghasilkan sebuah karya yang agung. Bagi menyenangkan proses penyelidikan dijalankan adalah wajib untuk mengetahui kaedah-kaedah tersebut tadi kerana ia adalah sebagai senjata kepada penyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan penyelidikan sejarah dan agar hasil penyelidkan tidak dipersoalkan atau diketepikan semudah-mudahnya oleh pakar sejarah yang lain.

PERSEMBAHAN/PENULISAN KARYA SEJARAHPenggunaan kaedah penulisan sejarah adalah penting untuk menyampaikan maksud dan mempersembahkan ketulenan fakta agar dapat menyakinkan pihak pembaca terhadap penulisan yang dihasilkan. Penulisan sejarah memerlukan sekurang-kurangnya empat objektif iaitu ketepatan data, bukti yang munasaba dan menyeluruh, struktur yang logik dan penyampaian yang lancar dan jelas. Kesemua faktor ini berkait rapat antara satu sama lain untuk menghasilkan penulisan yang baik dan bermutu.

Bagi menghasilkan sebuah karya sejarah yang baik, kaedah penulisan tertentu diperlukan. Secara umumnya terdapat pelbagai kaedah penulisan sejarah yang digunakan bagi menyampaikan maklumat, mesej, atau fakta sejarah secara efektif, releven, detail dan jelas kepada pembaca. Sebelum kerja-kerja penulisan dimulakan, terlebih dahulu seseorang penulis sejarah haruslah mahir serta memahami dengan mendalam tentang tajuk atau bidang yang ingin ditulis. Setelah penulis mendapatkan sumber-sumber berkaitan, penulis akan mentafsirkanya lalu menyampaikan tafsirannya dalam bentuk atau gaya penyampaian terus atau penulisan yang lancar lagi jelas.Kaedah penulisan sejarah terdiri daripada pelbagai jenis gaya seperti kronologi, pendedahan, kritikal, penganalisaan, periwayatan, pemerihalan dan sebagainya. Gaya dalam konteks penulisan sejarah ini boleh dimaksudkan sebagai cara atau corak penyusunan ayat serta penggunaan bahasa yang sesuai mengikut tajuk atau tema yang ingin disampaikan. Sesuatu jenis gaya penulisan itu tidak boleh berdiri sendiri, tetapi ia memerlukan jenis gaya penulisan yang lain untuk melengkapkannya. Penulisan bentuk sejarah selalunya melakukan rakaman pada minda dengan menganggap (impressing) dan mengungkap (expressing) idea-idea secara formal. Penentuan gaya penulisan yang berterusan adalah penting kerana ia dapat menarik perhatian minda, serta meluahkan apa yang terdapat di dalam minda penulis kepada pembaca.

Penggunaan satu atau lebih gaya penulisan akan dapat menghasilkan suatu penulisan sejarah yang baik, yang dapat memberikan penjelasan yang tidak kabur. Penyampaian yang tersusun agar dapat mempercepatkan pemahaman pihak pembaca serta dapat menimbulkan wawasan yang sama di antara tanggapan pembaca dengan yang dimaksudkan oleh penulis.

Oleh itu, penulisan dengan gaya lebih daripada dua jenis diperlukan untuk menyampaikan maklumat, mesej atau fakta sejarah secara jelas dan baik kepada pembaca. Malah pemilihan gaya penulisan yang betul dapat memberikan kesan kefahaman atau daya tarikan kepada pembaca. Kaedah penulisan adalah penting dalam menghasilkan karya sejarah yang bermutu.

GAYA PENULISANBentuk KronologikalBentuk PendedahanBentuk Penakrifan atau DefinitifBentuk PercontohanBentuk KritikalBentuk Penghujahan Bentuk PemerihalanBentuk NaratifBentuk AnalsisBentuk PerbandinganBentuk Bahasan

BENTUK PENULISANPopularAkademik

PENDEKATANStrukturalMulti-disiplinKonvensional

TUJUAN PENULISANUmumPelajar Sekolah atau UniversitiSarjana

TEKNIK PENULISANPenulisan sejarah merupakan satu bentuk penulisan yang bersandarkan kepada penyelidikan. Ia bertindak sebagai satu alat pengkajian mengenai fenomena-fenomena masa lampau yang mempunyai pendekatan serta kaedah-kaedah saintifiknya tersendiri. Justeru itu penulisan sejarah harus dilakukan mengikut teknik-teknik yang betul dan ilmiah supaya ia adalah bermutu, baik dan berkesan. Kemudian bagi menghasilkan sebuah karya yang objektif, di di antara teknik yang biasanya digunakan adalah pembentukan ayat, petikan, nota kaki dan bibliografi. Lain-lain adalah simbol-simbol dan singkatan yang harus diguna secara sistematik;seperti sic., ibid, op.cit, loc.cit, passim, pengikat kata, titik, coma, kurungan, tanda kutipan, nama tempat dan penerbit sumber, tarikh terbitan, halaman sumber yang dirujuk atau dikutip. Kesemua teknik ini harus diambil berat oleh seseorang penulis bagi menghasilkan sebuah karya sejarah yang bermutu tinggi.

PEMBENTUKAN AYAT

Dalam penulisan sejarah, pembentukan ayat yang jelas amat penting. Ayat merupakan ikatan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Ikatan perkataan ini yang membawa satu fikiran 1engkap dan mempunyui susunan tertentu berdasarkan sebutan, intonasi dan hentian tertentu. Tujuan utama pembentukan ayat adalah untuk menyampaikan maksud atau minda sejarah. Hanya melalui penggunaan bahasa dalam membentuk ayat-ayat yang jelas barulah seseorang penulis sejarah dapat mewujudkan perkaitan antara kelompok-kelompok perkataan yang terdiri daripada frasa dan klausa. Penu1is seharusnya dapat menimbang tara ayat itu supaya setiap frasa ada kedudukan yang tertentu dalam struktur ayat. Ia penting bagi menentukan maksud yang dapat disampaikan secara tepat, selaras dengan wawasan penulis. Penulis juga harus membina ayat dengan teliti dan memastikan ayat yang dibentuk itu mengandungi pemikiran yang jelas dan betul berdasarkan kepada kebenaran dan mudah difahami. Ini dapat menggelakkan penulis daripada menulis dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Dalam membentuk ayat, seseorang penulis harus memberi perhatian terhadap beberapa ciri pembentukan ayat untuk memastikan karyanya bermutu tinggi. Ciri-ciri ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah;

(a). Kejelasan Ayat.

Kejelasan merupakan ciri penting dalam teknik penulisan, kerana ia berupaya memberi makna penulisnn yang terang, nyata dan mudah difahami. Ia dapat dihasilkan melalui ayat-ayat yang ringkas dan tepat dengan penggunaan istilah yang konkrit dan tidak kabur. Jika ayat tersebut mempunyai tujuan tertentu, ia harus dikembangkan melalui cara yang mudah difahami.(b). Kemantikan dan Kelogikan.

Ayat-ayat yang bersifat logik dan mantik akan menyebabknn pembaca dapat menghayati maklumat yang ingin disampaikan dengan mudah. Selain itu ia juga dapat menyakinkan pembaca kerana penulis berkebolehan membahaskan penulisannya dengan penuh keyakinan.

(c). Keteraturan.

Ia adalah teknik penulisan ayat-ayat dengan penuh susunan dan sistematik. Penggunaan ayat yang tersusun, bernas dan tepat akan berjaya menarik minat pembaca. Contoh ayat yang tidak teratur adalah seperti berikut;Hasil bijih timah dan getah terlalu banyak di sini yang menjadikan negeri Tanah Melayu sangat makmur.

Ayat tersebut seharusnya dinyatakan seperti berikut; Negeri Tanah Melayu sangat makmur kerana terdapat benyak hasil bijih timah dan getah.

(d). Kepautan dan Keberangkaian.

Sesuatu ayat harus mempunyai kepautan dan keberangkaian antara satu ayat dengan satu ayat lain serta perenggan dengan perenggan yang lain. Ini akan membantu para pembaca mengecapi perkaitan antara satu ayat dengan ayat yang lain supaya tiada idea yang ditingga1kan.

(e). Keselarasan.

Ciri keselarasan ialah penyatuan dan kesatuan antara satu komponen ayat dengan ayat yang lain. Ini bermaksud semua klausa dan perkataan yang terdapat pada sesuatu ayat mempunyai hubungan logikal denga tujuan ayat itu secara keseluruhannya. Jika tidak, hubungan logikal itu akan terjejas.

(f). Pengukuhan dan Pengkuasaan.

Selain itu pembentukan ayat yang kukuh, bertenaga dan berkuasa dari segi susunan, penggunaan bahasa, ejaan serta tanda baca juga amat perlu. Kesemua aspek ini harus diteliti supaya ayat tidak terkeluar dari maksud dan mengelirukan para pembaca.

(g). Perihal Pergerakan.

Perihal pergerakan atau movement menunjukkan keadaan peralihan kedudukan sesuatu idea yang hendak disampaikan. Ia penting untuk menjamin idea yang hendak dikemukakan benar-benar berdasarkan ketepatan minda yang akan membantu penulis menyusunnya mengikut keutamaan idea. Ia akan berjaya menghambat hati pembaca.

Secara keseluruhannya, dalam membentuk sesuatu ayat seorang penulis harus mengikuti teknik atau ciri-ciri pembentukan ayat yang disebut di atas supaya ideanya tepat, mudah difahami dan menyakinkan.

KEMAHIRAN MEMETIK

Dalam sesuatu penulisan, pengambilan sesuatu sumber petikan dari buku-buku penulis lain sudah merupakan suatu tindakan umum yang dapat diterima dan dianggap sebagai suatu kebiasaan. Dalam pada itu petikan boleh dianggap sebagai jawapan tambahan di dalam penulisan sejarah. Kutipan ke atas petikan dari sumber primer (asal) atau sekunder boleh menolong memberikan maklumat tambahan jika pemilihan petikan tersebut bertepatan dengan kajian ataupun bahan penulisan.

Namun, sebelum menyalin sesuatu petikan penulis haruslah membuat penilaian dan penganalisaan tentang kelebihan dan kekurangan serta menghuraikan secara mendalam ke atas kenyataan petikan tersebut. Ini bermaksud kajian secara terperinci dengan menggunakan kaedah-kaedah pengujian kebenaran yang saintifik harus dilakukan. Sekiranya tidak, penyalinan pengetahuan orang lain secara bulat-bulat tanpa penganalisaan hanya menjadikan penulis itu sebagai seorang penyusun sahaja. Selain itu, soal keaslian juga harus diambil perhatian oleh penulis. Penulis yang membuat petikan hendaklah berhati-hati di dalam membuat salinan terutamanya bahasa, ejaan dan tanda-tanda bacaan. Kesemua bentuk ini harus dikekalkan dalam bentuk asalnya tanpa mengubah maksud petikan tersebut.

Cara mengambil petikan seharusnya dilakukan dengan penuh kesedaran tentang keaslian maksudnya. Barzun & Graff pula mengakui hal ini dengan menyebut, memetika very sophisticated act, peculiar to a civilization that uses printed books, believes in evidences, and makes a point of assigning credit or blame in a detailed, verifiable way (halaman 288). Dengan kata lain, jika penulisan tidak dapat memetik, dia akan menganggap hal ini suatu hambatan yang mencelakakan terhadap penyampaian pengetahuan tentang masa lampau. Tetapi sebelum seorang penulis sejarah mengambil keputusan untuk memetik, dia haruslah mengambil berat tentang beberapa perkara seperti berikut;

(a). Petiklah seringkas-ringkasnya.

Sesuatu penulisan sejarah bukanlah himpunan petikan, tapi ciptaan karya dari apa yang dibaca, didengar serta diselidiki yang darinya dibentuk kesimpulan baru. Oleh itu petikan itu hanya sebagai bahan atau rujukan bagi si penulis dalam menyusun karyanya.

(b). Petiklah bila diperlukan.

Petikan langsung dilakukan semasa ia amat diperlukan dan petikan tidak langsung pula hanya dilakukan jika dirasakan perlu memetiknya.

(c). Jangan terlalu banyak memetik.

Jika terlalu banyak petikan, ia akan menjejaskan kelancaran huraian dan bahasa. Jadi hanya yang penting sahaja dipetik.

Pada umumnya petikan yang digunakan dalam penulisan sejarah terbahagi kepada dua cara iaitu petikan secara langsung den petikan secara tidak 1angsung.

i. Petikan Secara Langsung.

Petikan secara langsung ialah petikan yang diambil terus dari bahan bacaan yang dirujuk tanpa membuat apa-apa perubahan ayat atau perkataannya. Petikan boleh ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sementara petikan dalam bahasa asing pula harus diterjemahkan ke dalam bahasa yang difahami oleh pembaca (seboleh-bolehnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris). Petikan yang diambil pula harus dimula dengan dua tanda kutip . Walau bagaimanapun, cara yang disarankan oleh Gaya UKM tidak pula memerlu tanda dua petik tersebut. Sila rujuk buku Panduan Menulis Tesis Gaya UKM . Jika petikan itu diambil secara langsung dengan mengekalkan bahasa asingnya selain bahasa Melayu, keseluruhan petikan harus dicondongkan (italic).

Seterusnya bagi petikan yang melebihi tiga barisan, harus ditempatkan berasingan daripada teks yang dibuat dengan jarak empat langkau (spacing) dengan kedudukannya ditengah-tengah. Jarak antara baris ayat harus guna selang satu langkau (single spacing). Satu tanda kutip atau petik (biasanya guna nombor) harus dibubuhkan pada kedudukannya sedikit di atas bahagian akhir petikan tersebut (guna nombor kaedah efek superscript font). Petikan yang diambil pula harus dinyatakan sumber dari mana ia dikutip atau dipetik dan dibubuh di bahagian kaki halaman ataupun apa yang disebut sebagai teknik notakaki yang akan dibincangkan nanti. Contohnya adalah seperti berikut;

Gaya Biasa

Orang Melayu (Indonesia) juga adalah ahil-ahli pelayaran yang sangat handal dan banyak bukti yang menunjukkan bahawa mereka juga pergi ke pelabuhan-pelabuhan India dan Ceylon, samalah keadaannya dengan pedagang-pedagang India iaitu melawat pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. 1

Gaya UKM (a)

Orang Melayu (Indonesia) juga adalah ahil-ahli pelayaran yang sangat handal dan banyak bukti yang menunjukkan bahawa mereka juga pergi ke pelabuhan-pelabuhan India dan Ceylon, samalah keadaannya dengan pedagang-pedagang India iaitu melawat pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. 1

1 D.G.E. Hall, Selarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm.16.

ii. Petikan Secara Tidak Langsung.

Petikan secara tidak langsung (citation) merupakan rumusan atau idea yang penulis ilhamkan hasil dari penganatan dan penelitian serta penilaian terhadap bahan bacaan atau sumber yang telah dibacanya. Berikutan idea itu disadurkan ke dalam ayat sendiri, ia tidak perlu diletakkan tanda kutip . Tetapi notakaki harus dibuat untuk menyatakan sumber dari mana ia dipetik atau ditukip. Contohnya ialah;Laporan sejarah atau penilisan laras sejarah menekanknn kepentingan aspek bentuk atau form kerana tanpa bentuk tersebut, bukti-bukti atau fakta-fakta tentang nasa lampau itu hanya merupakan wawasan orang yang sedang bermimpi.2

2 Jacques Barzun and Henry F.Graff, The Modern Researcher, San Diego: Harcourt Brace Jovanovich Publishers, 1977, hlm. 229.

Setelah dirasakan petikan yang diipilih itu bersesuaian dengan bahan penulisannya, maka petikan itu hendaklah ditaip dengan menggunakan jarak selang satu langkau (single spacing) dan di akhir petikan hendaklah diletakkan tanda kutipan atau tanda rujukan nota kaki. Adalah perlu juga mengosongkan satu jarak antara garisan teks dengan petikan, serta petikan itu bendaklah terpisah dari barisan utama teks sekiranya petikan itu melebihi 3 baris ayat.

Semasa membuat petikan terutamanya ungkapan atau perkataan yang ingin dijadikan petikan itu berada di tengah-tengah ayat, maka 3 titik seturut yang dinamakan elipsis akan digunakan di awal petikan. 3 titik tersebut boleh diertikan bla bla bla ataupun dan sebagainya. Malahan 3 titik seturut ini juga digunakan di akhir petikan jika di akhir petikan masih lagi mempunyai sambungan. Pendek kata, 3 titik itu digunakan untuk menjadi penanda tentang adanya ungkapan lain sebelum atau sesudah ungkapan yang dipetik itu. Selepas 3 titik di ahkir ungkapan petikan, satu titik perlu ditambahkan sebagai tanda noktah, maka menjadikan jumlah titik yang perlu dibuat pada akhir petikan tersebut ialah 4 titik. Contohnya ialah;wujud kata sepakat di kalangan ahli sejarah tentang kepentingan mencari maklumat seumpama ini melalui mengajukan soalan-soalan.3

Penulis juga dibenarkan untuk mengubah mana-mana fakta atau istilah atau perkataan yang didapati satu kesalahan atau kesilapan dengan meletakkan tanda kurungan ( ) atau [ ] di sisi fakta atau istilah atau perkataan tersebut. Di dalam kurungan tersebut harus ditulis istilah sic., iaitu menunjukkan adanyn kesilapan atau terus mengubahnya. Contohnya;Malaysia ditubuhkan pada tahun 1936 [sic.].4

Ataupun, penulis memperbaikinya secara langsung seperti berikut;

Malaysia ditubuhkan pada tahun 1936 [sebetulnya 1963].4

Tanda tersebut juga digunakan ketika terdapat sebarang pertambahan perkataan sendiri yang digunakan di dalam sesebuah petikan yang telah kutip. Contohnya;Carpenters,all other artisans[and even] transient day laborers.5

Selain itu sekiranya ingin mengekalkan sesuatu kesalahan perkataan tersebut walaupun yang dipetiuk itu salah atau meragukan, maka letakkan sic. Di sisinya. Contohnya; Carpters [sic.].5Didapati bahawa penggunaan simbol [sic.] ini adalah penting sebab ia dapat membantu mengelakkan seseorang penulis sejarah itu daripada prasangka pembaca tentang kesilapan yang bukan dilakukkan olehnya sendiri.Kemudian penyebutan sesuatu nama sumber, pengarang sesebuah buku, istilah khas, teori atau konsep di dalam ayat (isi) penulisan perlu juga diberikan tanda kutip selepas setiap satunya dan diberikan sumber ataupun keterangan pada catatan bawah (nota kaki). Contohnya;

MANU 6

Notakaki:6 Nama nama khas Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Istilah ini berasal daripada perkataan Sanskrit Manu yang bermaksud pemula atau pengasas tatanan sosial dan moral. Tradisi metos dalam Hindu juga menganggap Manu sebagai lambang bagi makhluk berfikir.

Namun seperkara yang perlu diingat iaitu tentang hak penulis karya asal sebelum membuat sesuatu petikan daripada karyanya. Ini berikutan penulis bagi setiap karya mempunyai hak cipta terhadap karyanya selepas ia diterbitkan. Jadi penulis yang ingin mengutip dan karya tersebut harus mendapatkan kebenaran bertulis dari penulis karya asal atau pihak penerbit karya tersebut sebagai bukti mendapatkan kebenaran terlebih dulu sebelum memetiknya.

Mengapa Perlu Memetik Sumber

Pemetikan sumber adalah perlu kerana ia berfungsi sebagai sumber yang mengesahkan idea dan fakta yang ditemui dan dihasilkan oleh seseorang individu. Tambahan pula penulis akan terus meletakkan petikan dalam penulisannya apabila mendapati bahawa pendirian dan pandangannya adalah serupa dengan penulis yang lain.

Oleh itu petikan adalah perlu di sini sebagai suatu bahan untuk menegaskan pendirian dan menyokong pandangan penulis. Begitu juga dengan keadaan apabila sesuatu teks itu memerlukan penulis memasuk maklumatkan yang khusus seperti perkara yang berkenaan dengan undang-undang, hukum-hakam, adat, statistik, formula tertentu, perintah rasmi dan banyak lagi. Sumber tersebut harus dipetik secara tepat kerana penulis tidak mungkin mentafsirkannya dengan menggunakan ideanya sendiri.

NOTAKAKI ATAU CATATAN BAWAH

Notakaki atau catatan bawah boleh didefinisikan sebagai catatan tambahan yang disediakan oleh penulis bagi menyokong dan menunjang maklumat yang dibuatnya. Ia biasanya dilakukan untuk menggelakkan diri penulis daripada menghuraikan sesuatu perkara dengan panggjang lebar dan boleh memesongkan perbincangan asal. Sementara pembaca yang teliti terhadap pembacaannya sering memerhatikan catatan nokakai bagi memastikan maklumat yang dibaca itu tepat, benar dan boleh dipercayai kesahihannya.

Pada kebiasaannya notakaki hendaklah dinomborkan mengikut nombor berturutan dan selaras dengan urutan (bilangan) nukilan dan lain-lain dalam isi. Ia hendaklah mengandungi urutan nombor notakaki, nama penulis, tajuk atau nama sumber, tempat penerbitan, nama penerbitan, tahun diterbit, dan halaman. Notakaki ini ditaip dengan selang baris satu langkau. Baris ayat pertama (first line) harus dimulakan pada ketukan keenam (tab satu kali kalau guna computer), seumpama bentuk suatu permulaan setiap perenggan teks penulisan.

Bahasa yang digunakan bagi menyebut dan menerangkan maklumat pada bahagian notakaki mahupun bibliografi hendaklak sama dengan bahasa yang digunakan dalam penulisan teks. Sekiranya teks utama penulisan adalah dalam bahass Melayu, halaman yang dirujukkan hendaklah disebut dalam bahasa Melayu juga. Contohnya;halaman 131-142 ataupun singkatan hlm. 131-142.

Sebaliknya jika teks utama penulisan yang diusahakan dalam bahasa asing, misalnya bahasa Inggeris, maka rujukan tersebut harus ditulis sebagai;pages 131-142 ataupun singkatan p. 131-142.

(a). Nama Penulis

Semasa menulis notakaki, nama penulis hendaklah dimulakan dengan nama pertama (first name) dan diikuti oleh nama kedua atau nama keluarga (surname). Misalnya nama Rupert Emerson. Rupert ialah nama pertama penulis dan Emerson adalah nama kedua atau nama keluarga penulis.

Sekiranya penulis sesuatu bahan itu tidak lebih dari tiga orang, maka ditulis ketiga-tiga nama mereka sepenuhnya. Tetapi jika penulis terdiri lebih daripada tiga orang, maka nama penulis utama ditulis dengan diikuti oleh perkataan dan rakan-rakan atupun singkatan et.al.

Manakala bagi sumber atau buku yang kita tidak ketahui nama pengarang pula harus digantikan dengan singkatan t.p. (tanpa pengarang).

Kemudian bagi nama penyunting atau penyusun pula ia harus ditulis dengan perkataan penyunting atau singkatan penyt. ataupun ed. (editor) dan dibubuhkan dalam tanda kurungan selepas namanya. Bagi buku-buku terjemahan pula harus digunakan perkataan Terjemahan atau singkatan terj. yang dibubuhkan dalam tanda kurungan selepas nama buku atau tajuk sumber. Seandainya tiada nama pengarang tetapi katakan terdapat badan pengeluaran seperti institusi, pertubuhan atau agensi, maka nama badan tersebut harus dinyatakan. Sila rujuk contoh kesemua teknik dalam penggunaan notakaki dinyatakan seperti contoh-contoh di bawah;

Jacques Barzun dan Henry F. Graff, The Modern. (kurang dari tiga orang penulis).

Wood Gray, et al., Historians.(lebih dari tiga orang penulis).

(t.p), Sejarah . (tanpa pengarang).

Robert M. Hutchins (ed.),.(penulis sebagai penyusun atau penyunting).

R.G. Collingwood, Idea Sejarah, (terj.),. (buku terjemahan).

United State Senate, Commiitee on the Judiciary,.(nama badan penerbit buku).

(b). Tajuk Buku atau Nama Sumber

Tajuk bagi sesebuah buku pada notakaki mestilah sama ada digariskan ataupun dicondongkan (italic). Sementara itu tajuk utama pula harus dipisahkan oleh tanda bertindih (:) dan seterusnya diikuti oleh tajuk kecilnya. Contohnya;7 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, .

(c). Nama Tempat Terbitan

Dalam hal ini, nama bandar atau negeri tempat sumber tersebut diterbitkan harus dinyatakan. Sekiranya terdapat banyak bandar atau negeri, nama pertama ataupun terpenting yang mudah difahami sahaja dicatat. Jika tiada nama tempat penerbitan, gunakan singkatan t.t.p yang bermaksud tanpa tempat penerbitan dan dibubuh dalam tanda kurungan. Contohnya;8 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur.

ataupun, jika tiada nama tempat;8 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, (t.t.p).

(c). Nama Penerbit

Nama penerbit haruslah ditulis selepas nama tempat penerbit. Tanda titik bertindih atau kolon harus diletakkan di antara nama tempat dan nama penerbit tersebut. Jika tidak ada nama penerbit, maka ia harus tulis dengan singkatan t.n.p yang bermaksud tanpa nama penerbit yang dibubuh dalam tanda kurungan. Teknik ini juga digunakan untuk menulis catatan rujukan atau bibliografi. Contohnya;9 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ataupun, jika tiada penerbit;9 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, (t.t.p): (t.n.p).(e). Tahun Penerbitan

Tahun atau tarikh penerbitan penting untuk memberitahu pembaca bilakah buku tersebut dikeluakan. Sekiranya sesebuah buku atau sumber itu tidak terdapat tahun penerbitannya, maka harus dituliskan singkatan t.t yang bermaksud tanpa tarikh yang dibubuhkan dalam tanda kurungan. Contohnya;10 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.

Ataupun, jika tiada tahun penerbitan;10 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (t.t).

(f). Halaman

Ini adalah perkara terakhir dalam catatan notakaki. Ia harus ditulis dengan perkataan halaman ataupun dengan singkatan hlm. dan diikuti oleh nombor halamannya. Rujukan yang hanya terdiri daripada satu halaman sahaja akan ditulis hlm. 23. Jika lebih dari satu halaman harus ditulis hlm. 27-29 yang termasuk halaman 28. Sekiranya hendak menunjukkan kepada halaman 27 dan 29, ia harus ditulis hlm. 27 dan 29, atau mungkin lebih daripada dua nombor harus ditulis hlm. 27, 29 dan 44. Tanda noktah harus dibubuhkan pada akhir notakaki. Contoh notakaki yang lengkap;11 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 23.

12 (t.p), Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 23.

13 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, (t.t.p): Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 23.

14 Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, (t.t), hlm. 23.

Singkatan perkataan kerap digunakan dalama teknik notakaki. Singkatan ini biasanya berasal daripada perkataan bahasa Latin dan juga bahasa Inggeris. Namun, beberapa contoh tadi telah menggunakan singkatan-singkatan dalam bahasa Melayu, yakni bahasa pengantar modul ini. Di antaranya singkatan-singkat asal bahasa Latin ialah termasuk ibid, op.cit, dan passim.

Ibid adalah singkatan perkataan dari bahasa latin, Ibidem yang bermaksud dalam sumber yang sama. Biasanya ia diberi bermaksud sama seperti di atas. Ini bermaksud Ibid digunakan untuk merujuk kepada maklumat yang sama dibuat secara berturut-turut tanpa apa-apa rujukan yang lain di antaranya walaupun untuk beberapa halaman ke hadapan. Dengan kata lain, untuk merujuk kepada sumber yang baharu sahaja dicatatkan pada notakaki sebelumnya. Harus ingat bahawa setiap istilah atau perkataan yang bukan istilah bahasa pengantar sesebuah penulisan sejarah hendaklah dicondongkan (italic). Oleh kerana istilah seperti ibid, op.cit dan lain-lain adalah bukan istilah bahasa Melayu, maka perkataan terebut harus dicondongkan. Contohnya;15 Rupert Emerson, Malaysia: A Study of Direct and Indirect Rule, London: Macmilla, 1937, hlm. 186.

16 Ibid.

17 Ibid, hlm. 189.

Op.cit adalah singkatan bahasa latin opera citato iaitu yang membawa maksud sama dengan sumber yang telah dirujuk yang dahulunya lazim digunakan dalam karya-karya akademik, tetapi kini jarang digunakan ataupun langsung tidak lagi dikehendaki. Oleh itu, adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah singkatan Ibid. Ia merujuk kepada sumber yang telah dicatatkan di dalam notakaki. Tetapi rujukan itu tidak menyusul berturut seperti mana penggunaan singkatan Ibid tadi. Kadang kala pula tidak digunakan op.cit, tetapi digunakan catatan pendek, iaitu ditulis nama pengarang, tajuk buku atau sumber secara singkat (ditulis tajuk induk) diikuti oleh halanan. Contohnya;18 Rupert Emerson, op.cit, hlm. 187.18 Rupert Emerson, Malaysia, hlm. 187.

Akhir sekali, ialah penggunaan istilah passim yang berkmaksud terdapat di halaman sana sini. Biasanya ia digunakan untuk merujuk kepada suatu idea atau fakta yang ditemui atau disebut pada berbagai-bagai halaman sesuatu sumber. Contohnya;19 Rupert Emerson, Malaysia, hlm. passim.Penggunaan notakaki adalah berbeza terhadap jenis-jenis sumber. Bagi sumber buku telahpun diberikan beberapa contoh yang telah disebut tadi. Bagi sumber artikel atau esei sama ada terdapat dalam buku ataupun makalah, notakaki hendaklah mengandungi urutan nombor notakaki, nama penulis, tajuk artikel atau esei, tajuk atau nama sumber, tempat penerbitan, nama penerbitan, tahun diterbit, dan halaman. Tajuk artikel atau tajuk esei tidak boleh dicondongkan seumpama yang harus dilakukan terhadap tajuk atau nama sumber. Tajuk artikel atau esei bolehlah menggunakan tanda pembuka dan penutup kata atau dua tanda kutip (quote and quote), ataupun juga tidak perlu. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan notakaki pada sumber yang berbeza;Buku10 G. Balandier, Political Anthropologhy, New York: Pantheon Book, 1970. hlm. 23.

Artikel atau Esei21 G. Dalton, Primitive Money, American Anthronology, New York: Natural History Press, 1967, hlm. 45.

Suratkhabar22 The Prairie City Cyclone, 22 February 1953, hlm. 6.

Bahan tidak diterbitkan23 Gerge Dogberry, London Sailors Under Henry VIII: A Study Of Their Origins. Dissertation (Ph.D), New York: Department of History, University of America, 1955, hlm. 29.

Dokumen Kerajaan24 Majlis Kongres Amerika, Violations of free speach and rights of labor, 76th Congress, Senate Report 6, Part 3, 16 Mac 1939, Washington: Goverment Printing Office, hlm.107-115.

Mengapa perlu notakaki

Pertautan amat penting dalam penulisan sejarah. Transisi inilah yang membantu menjalinkan hubungan antara satu idea dengan yang lain. Dengan ini penulis akan mendapatkan temanya dan membentuk keterangan yang selari pada notakaki yang diberikan. Jelas notakaki menjadi evidence atau bukti yang selari dengan tema yang dibincangkan. Selain itu, notakaki juga digunakan dalam sejarah untuk memastikan penulis memperolehi idea dari fakta secara teliti, tepat dan penting kerana ia mendedahkan sumber-sumber yang telah digunakan. Maka notakaki sebagai sesuatu yang memberikan jaminan tentang hak penggunaan sumber secara wajar.

Notakaki diperlukan dalam penulisan apabila mendapati bahawa ringkasan biodata yang disebutkan dalam teks perlu dimaktubkan tetapi ia tidak sewajarnya diserta di bahagian lampiran. Penulis boleh menulis biodata seseorang di bahagian notakaki agar tidak menjejaskan susunan teks sesuatu penulisan. Sekiranya penulis ingin membincangkan beberapa hujah khusus dengan mendalam yang berkaitan dengan tajuk perbincangan teks ataupun bukan merupakan inti kepada tema asal, ia boleh menggunakan notakaki. Di sini notakaki berperanan untuk menyatakan pendapat-pendapat atau maklumat tambahan kepada teks penulisan.

Ruang lingkup penggunaan notakaki lebih luas lagi apabila penulis ingin mendedahkan beberapa istilah khas, konsep atau makna-makna yang tersirat dalam sesuatu penulisan, yang penulis merasakan tidak perlu diterangkan dalam teks penulisan. Mungkin penulis ingin memberikan penerangan atau ingin menjelaskan kepada pembaca sebagai pengetahuan tambahan, supaya lebih memahami apa yang dibincangkan. Pendek kata, notakaki berfungsi sebagai suatu alat untuk menunjukkan perkara yang menarik perhatian kerana perkara tersebut adalah tidak sesuai dihuraikan dalam teks penulisan.

BIBLIOGRAFI

Bibliografi merupakan teknik terakhir dalam melakukan penulisan sejarah. Perkataan tersebut adalah berasal daripada perkataan Greek iaitu bibliographia yang bermakna menulis buku. Walaupun begitu, ia lebih sesuai diertikan sebagai satu senarai rujukan yang sistematik berupa buku, manuskrip, makalah, alat pandang dengar dan sebagainya yang menjadi rujukan penulis dan disenaraikan di bahagian akhir teks untuk menjadi tempat rujukan. Ia juga dianggap sebagai rujukan tambahan kepada notakaki yang telah disenaraikan semasa membuat penulisan. Ia adalah untuk memenuhi kehendek pembaca mengetahui dengan lebih teliti tentang sesuatu sumber yang dirujuk.

Berbeza dengan notakaki, nama pertama pengarang dalam bibliografi didahulukan, misalnya Emerson, R. Penekanan teknik ini ialah nama keluarga (surname) haruslah didahulukan. Biasanya bibliografi diatur atau disusun mengikut urutan abjad berbanding notakaki yang dibuat mengikut keperluan sumber sahaja. Dalam bibliografi juga halamannya tidak perlu dituliskan seperti mana dalam notakaki.

Biasanya dalam membuat bibliografi, jarak di antara senarai bibliografi ialah dengan jarak satu langkau iaitu sama seperti membuat petikan dan notakaki. Penyusunan mengikut nama pengarang dalam urutan abjad adalah perlu untuk memudahkan membuat rujukan semula. Bagi sumber-sumber yang tidak diketahui penulisnya, abjad pertama tajuk atau judul sumber akan dijadikan ukuran untuk membuat bibliografi. Setiap abjad awal juga harus menggunakan huruf besar dan tajuk buku atau artikel hendaklah menggunakan huruf condong ataupun digariskan. Satu catatan bibliografi yang lengkap akan mengadungi nama keluarga pengarang, tahun penerbitan, judul sumber yang lengkap, terjemahan (sekiranya ada), bilangan jilid atau edisi, nama tempat penerbitan, nama penerbit. Kedudukan baris pertama ayat bibliografi harus dimulakan pada santak kiri dan baris ayat seterusnya hendaklah pada kedudukan tergantung (hanging) ataupun dengan ensotan 12.5 mm (pada ketukan keenam). Harus juga ingat bahawa penekanan tanda noktah diamalkan dalam teknik bibliografi, tidak seperti teknik notakaki yang menekankan penggunaan tanda coma. Contohnya;Ibrahim Hj. Yaakob. 1951. Nusa dan Bangsa Melayu. Jakarta: N.V.AL Maarif.

__________. 1957. Sekitar Malaya Merdeka, Jakarta: Penerbitan Kesatuan Malaya.

Qullick, J.M. 1958. Indigenous Political System Of Western Malaya, London: London University Press.

Jika terdapat lebih dari satu sumber karya yang dikarang boleh penulis yang sama, maka digunakan tanda garisan seperti yang ditunjukkan dalam contoh di atas. Secara umumnya bibliografi dapat dibahagikan kepada dua kelompok sumber, iaitu berasaskan kepada pecahan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer bagi sesuatu bibliografi adalah merujuk kepada sumber-sumber yang terhasil sezaman dengan period yang dikaji oleh seseorang ahli penyelidik sejarah. Ini termasuklah rekod-rekod rasmi yang tidak diterbitkan, rekod-rekod rasmi yang telah diterbitkan, laporan rasmi dan akhbar. Sementara sumber sekunder pula merujuk kepada apa-apa hasil penulisan yang telah dibuat boleh ahli-ahli penyelidik sejarah melalui proses penyelidikan zaman-zaman dahulu. Ia adalah seperti buku, jurnal, kertas kerja, majalah dan lain-lain.

Biasanya sumber-sumber rujukan ini disusun mengikut jenisnya, iaitu sumber awalan (primer) dan sumber pendua (sekunder) dan juga latihan ilmiah. Contoh-contoh penggunaan bibliografi adalah seperti di bawah;

Bukui. Jika seorang pengarang.Bourguignon, E.M. 1973. Religion, Altered States of Conciousness and Social Change. Columbus: Ohio State University Press.

ii. Jika lebih dari seorang pengarang.Adorono,T.W., et.al. 1950. The Authoritarian Personality: Studies in Prejudice. New York: Harper.

iii. Jika penulis adalah penyunting.Wilkinson, R.J. (ed). 1971. Papers on Malay Subjects. New York: Oxford University Press.

iv. Terjemahan.Riffer, John. 1977. The History on Exploration in America. (Terjemahan). New York: Brown Co.

Artikel atau Esei.Abdullah Zakaria Ghazali. 1979. Kebangkitan Anti British di Malaysia. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Suratkhabar.Older, Jonathan. Silver Thorns. The Praine Gity Cyclone, 24 July 1986.

Munuskrip.Squire, James Charles. 19 Mac 1905-17 February 1943. Manuscript. 30 Volumes. Central University of America Library. Used by permission of Mrs. James Charles Squire.

TemubualNama: Father Peter SimonTempat Lahir: SingaporeUmur: 56 tahunPekerjaan: PaderiPengalaman : Pernah menjadi guru sebelum melibatkan diri sepenuh masa dengan gereja St. Peter pada tahun 1960. Beliau pernah menjadi ketua paderi.Tempat Temubual: Di pejabat beliau, St. Peter Church, No. 188, Leong Heng Road, Singapore.

Rumusan, dengan ini dapat dikatakan bahawa selain dari melakukan penyelidikan yang baik dan pengumpulan maklumat atau sumber yang tepat, teknik-teknik penulisan yang berkesan dan betul juga akan menjadi tali pengukur kepada sebuah penulisan sejarah. Tanpa memberi perhatian terhadap penggunaan teknik tersebut, maka hasilnya bukanlah sebuah karya yang ilmiah.PAGE 13