sejarah hoki

5
MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu: CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK menggelecek longgar - Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. - Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. - Mata memandang bola ketika membuat tolakan. - Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. - Kedudukan kayu hoki 45° ke tanah menggelecek rapat - Pegangan seperti menggelecek longgar. - Badan juga seperti menggelecek longgar - Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. - Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki. menggelecek Indian - Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri

Upload: abdul-shurkur-ahmad

Post on 25-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sejarah hoki

TRANSCRIPT

MENGGELECEKMenggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu:CARA MENGGELECEKBUTIRAN MENGGELECEK

menggelecek longgar-Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan.-Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan.-Mata memandang bola ketika membuat tolakan.-Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.

-Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah

menggelecek rapat-Pegangan seperti menggelecek longgar.-Badan juga seperti menggelecek longgar-Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang.-Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki.

menggelecek Indian-Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar.

-Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu.-Mata seperti menggelecek rapat.-Badan mengikut pergerakan bola.-Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

MENGUIT/MENGUISKemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik.

Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan.

Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan jari kayu hoki.MEMUKULKemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahiran-kemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain.MEKANIK MEMUKULBUTIRAN MENGAJAR

Pegangan-Letakkankepala kayu hoki di atas tanah-Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar-Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri.-Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk V apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki.

Cara berdiri-Bahu kiri menghadap sasaran atau arah pukulan.-Kedudukan badan seimbang.-Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu.-Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30 - 40.

Bola-Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa.

Ayunan-Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak.-Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul.-Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju.

Badan-Pada masa bola dipukul, berat badan berada pada kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak.-Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki.

Kuasa untuk memukul bola-Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi.-Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki.

Menolak adalah kaedah penghantaran yang paling pantas kepada rakan . Sasaran hantaran bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Dalam keadaan kritikal, tolakan merupakan kaedah yang paling selamat dan boleh dibuat dengan mudah dan pantas. Kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar apabila kemahiran memukul tidak sempat untuk dilakukan.

Kepentingan Kemahiran MenolakWalaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkan dengan kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan oleh anda dengan pantas tanpa disedari oleh pihak lawan. Kemahiran menolak sangat berguna untuk melakukanclearancecepat atau jaringan. Kemahiran ini juga boleh dilakukan dari kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak boleh digunakan. Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain sedang berlari. Ini kerana pemain tidak menggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat dan menjangka bila dan ke mana hantaran akan dibuat.

Mekanik Menolak(a)Cara Memegang KayuTangan kiri memegang kayu di bahagian atas, sementara kedudukan tangan kanan ialah 15-30sm di bawah tangan kiri. Kayu dipegang kuat untuk melaksanakan kemahiran ini.(b)Cara BerdiriBahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atautarget. Kedudukan kaki adalah selesa untuk memberikan keseimbangan. Lutut dibengkokkan menghampiri kayu supaya dapat diletak dekat dengan bola.(c)BolaKedudukan bola ialah 15sm dari kaki kanan atau lebih kurang 30sm dari kaki kiri atau lebih kurang 40-45sm apabila kedudukan badan bersudut tepat.(d)Badan:Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat.- See more at: http://www.zairedin.com/2011/03/kemahiran-asas-hoki-menolak.html#sthash.Kgw5g9Vw.dpuf