permainan hoki

26
PERMAINAN HOKI 1.0 PENGENALAN SEJARAH HOKI Permainan hoki mula dikenali sebagai sukan demontrasi di sukan OLIMPIK tahun 1900.Permainan ini mula dpertandingkan pada tahun 1928. Bukti sejarah menunjukkan hoki dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Sebuah dinding makam Bani Hasan dekat Minia sekitar 2000 sebelum Masihi. Sebelum penemuan ini dipercayai hoki bermula di Parsi se kitar 500 S.M. Orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo dan dikatakan hoki adalah keturunan daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus wujud lebih awal. Hoki wujud di Greek dan Rom sekitar 500 S.M. Bas-Reliefs (seni arca dinding) yang ditemui di Athens menggambarkan permainan menyerupai hoki telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu permainan kayu yang menyerupai hoki. Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland dinamakan Shinty manakala di Perancis dipanggil houquet. Orang Inggeris menggunakan nama commock sehingga tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Tahun 1800 an hoki popular di sekolah-sekolah di England. Kelab hoki Wimbledon ditubuhkan pada tahun 1886 apabila hoki menjadi lebih popular. Shinty dimainkan di Scotland dengan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Kayu hoki dibuat daripada kayu

Upload: bkd666

Post on 05-Jul-2015

334 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN HOKI

PERMAINAN HOKI

1.0 PENGENALAN SEJARAH HOKI

Permainan hoki mula dikenali sebagai sukan demontrasi di sukan OLIMPIKtahun 1900.Permainan ini mula dpertandingkan pada tahun 1928. Bukti sejarahmenunjukkan hoki dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Sebuahdinding makam Bani Hasan dekat Minia sekitar 2000 sebelum Masihi.Sebelum penemuan ini dipercayai hoki bermula di Parsi se kitar 500 S.M.Orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo dan dikatakan hoki adalahketurunan daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versihoki yang halus wujud lebih awal.

Hoki wujud di Greek dan Rom sekitar 500 S.M. Bas-Reliefs (seni arcadinding) yang ditemui di Athens menggambarkan permainan menyerupai hoki telahdimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain satu permainankayu yang menyerupai hoki.

Di Ireland hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland dinamakan Shintymanakala di Perancis dipanggil houquet. Orang Inggeris menggunakan namacommock sehingga tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Tahun 1800 an hokipopular di sekolah-sekolah di England. Kelab hoki Wimbledon ditubuhkan padatahun 1886 apabila hoki menjadi lebih popular.Shinty dimainkan di Scotland dengan bola gabus atau getah yang dibungkusdengan tali yang berlapis-lapis. Kayu hoki dibuat daripada kayu ash atau oak yangmempunyai lengkung semulajadi di hujungnya. England, Ireland dan Wales jugamemainkan permainan serupa. Kedua-dua belah kayu digunakan untuk memukulbola. Padang permainan di England berukuran 180 meter panjang dan 54 meter lebardengan pintu gol didirikan dengan menggunakan tiang tegak dalam jarak antara 9meter antara satu sama lain.

Tidak ada kawasan D dan boleh menjaring gol daripada mana-mana arah.Mereka mengadakan peraturan ofsaid yang menyatakan bahawa seseorang pemaintidak boleh berada di dalam kawasan 36 meter daripada gol lawan kecuali bola adalahantara anda dan gol lawan.

Sekitar tahun 1875 bola getah ditukar dengan bola kriket yang dicat putih.Pemain-pemain tidak dibenarkan menaikkan kayu hoki di atas bahu dan gol -gol hanyaboleh dimasukkan jarak yang tidak terlalu dekat. Peraturan -peraturan ofsaid ditukardan pemain-pemain tidak dibenarkan berlengah-lengah di dalam kawasan 4.5 meterdari garisan gol pihak lawan kecuali mempunyai bola.

Apabila berlaku banyak perubahan dalam peraturan,gaya bermain,alatan danpermulaan permainan, permainan hoki lebih digemari dan diminati.

Page 2: PERMAINAN HOKI

1.1 LATAR BELAKANG PERMAINAN HOKI MALAYSIAPermainan hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular diMalaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis SukanSekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setiap tahun akan mengelolakan pertandinganhoki untuk para pelajar. Hoki juga popular di sekolah menengah, kelab, Institusi Perguruan, universiti dan persatuan-persatuan.

Pasukan hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjayadi peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu padatahun 1988 di Seoul.

Tahun 1989 menampakkan perubahan dalam arena permainan hoki tanah air.Pertandingan Piala Razak (format baru) dua divisyen telah dilancarkan sebagaiperkembangan kepada permainan hoki di Malaysia. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini pasukan hoki kebangsaan menunjukkan peningkatan yang baik setelah menjadi Naib Johan dalam Sukan Komanwel 1998.

Dalam merealisasikan impian negara untuk menjadi johan dalam SukanOlimpik, pelbagai usaha dan program terancang harus dilakukan. Usaha untukmelaksanakan program ini bukanlah terletak kepada Majlis Sukan Negara Malaysiasahaja , kerjasama Persekutuan Hoki Malaysia dan MSSM juga perlu perlu untukmemajukan program ini.

Rajah 1: menunjukkan antara contoh permainan hoki yang telah dijalankan di peringkat Kebangsaan pada tahun 2009.

1.2 KEPERLUAN SEORANG GURU UNTUK PENGAJARAN HOKIPembelajaran Bertujuan:-a) Memberi satu panduan kepada seseorang guru yang tidak pernah mengajar pelajaran pendidikan jasmani untuk mengajar pelajaran tersebut.b) Mempelajari sesuatu kemahiran dengan teknik ansur maju aktiviti mudah kepada kemahiran yang lebih tinggi.c) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik secara berterusan.d) Mendedahkan kepada pelajar kepada satu sistem latihan yang rapi d an berobjektif.e) Mengenal pasti bakat pemain lebih awal untuk dilanjutkan pada peringkat tinggi.f) Melahirkan pemain-pemain bersikap positif seperti:-1) bertanggungjawab2) berdedikasi3) berwibawa4) kestabilan emosi5) ketahanan mental6) kepimpinan

Page 3: PERMAINAN HOKI

7) keyakinan diri8) bersemangat9) keazaman10) bersatu padu demi kepentingan kemajuan hoki Negara.

Rajah 1.1 Pemain England Nick Catlin diasak oleh Pemain Malaysia muhd Izzat dan Mohd Marhan di kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja FIH Stadium Hoki Johor Bahru Taman Daya, Johor Bahru, Johor Malaysia.

1.3 OBJEKTIF PENGAJARAN HOKISehubungan dengan itu, program ini diharapkan dapat menghasilkan pelajar -pelajar yang merupakan atlit yang seimbang dalam:-a) Menguasai dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran asas yang diajar dalampermainan hoki.b) Mempunyai nilai murni sebagai ahli sukan dan rakyat yang bertanggungjawabkepada masyarakat dan negara.c) Mampu untuk berinteraksi serta memupuk semangat kewarganegaraan denganberkesan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melalui permainanhoki.

Rajah 1.3 Pemain Malaysia Harvinder Singh terjatuh setelah diasak oleh pemain Korea di kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja FIH Stadium Hoki Johor Bahru Taman Daya, Johor Bahru, Johor Malaysia. 1.4 KEMAHIRAN HOKIKemahiran dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: -a) Kemahiran individub) Kemahiran berkumpulanBerikut adalah kemahiran-kemahiran yang diberi penekanan dalam latihan hoki.1) Menggelecek2) Hantaran/Pukulan3) Menyerkap4) Menolak

Rajah 1.4 Pertukaran pemain hoki

2.0 AKTIVITI PEMANASAN BADANMemanaskan badan adalah aktiviti persediaan yang dilakukan oleh seseorang pemain yang menjalani latihan sukan atau latihan kecergasan. Dengan memanaskan badan akan membolehkan suhu darah dan otot meningkatkan fungsinya melalui :• otot akan menguncup dan mengendur dengan lebih pantas

Page 4: PERMAINAN HOKI

• rintangan dalam otot akan menurun dan seterusnya meningkatkankemampuan melakukan sesuatu aktiviti• kenaikan suhu badan akan menyebabkan hemoglobin membebaskanoksigen dengan lebih cepat untuk kegunaan tisu-tisu otot• kenaikan suhu juga akan menyebabkan myoglobin berfungsi dengan lebihberkesan dan mempertingkatkan aktiviti enzim• rintangan dalam salur darah berkurangan dengan kenaikan suhu• mengurangkan risiko kecederaan pada tisu-tisu lembut.

Rajah 1.5 Aktiviti Pemanasan Badan

Bagi menaikkan suhu badan, seseorang pemain perlu melakukan aktiviti selama lebihkurang 30 minit dengan intensiti senaman yang sesuai.Kesan ke atas seseorang pemain yang telah melakukan latihan memanaskan badanialah ia akan berkemampuan melakukan kerja lebih kurang 45 hingga 80 minit.(Mengikut pendapat Herbert A de Vires )

2.1 Jenis Memanaskan badana. 1. Memanaskan badan secara aktif ( aktiviti yang dilakukansendiri )2. Memanaskan badan secara pasif ( aktiviti yang dijalankanDengan bantuan alat atau pihak lain )b. 1. Memanaskan badan secara am ( untuk meningkatkan suhubadan ) Contoh : Lari anak, lari setempat2. Memanaskan badan secara spesifik ( aktiviti yang dilakukankhusus untuk sesuatu latihan ) Contoh : Regangan StatikRegangan Dinamik

2.1 Prinsip-prinsip memanaskan badan1. Memanaskan badan secara am atau untuk meningkatkan suhu badan atauotot serta darah dapat meningkatkan pencapaian seseorang pemain.2. Aktiviti yang disusun sebaik-baiknya dikaitkan dengan sukan yangdimainkan supaya penguasaan kemahiran asas dapat dipertingkatkan.3. Latihan memanaskan badan boleh dijalankan secara pasif jika aktivitiaktif tidak dapat diadakan.4. Aktiviti memanaskan badan boleh mencegah kelesuan dan kecederaan

Page 5: PERMAINAN HOKI

otot semasa bermain.5. Prosedur memanaskan badan hendaklah tersusun dan bersesuaian denganindividu melaksanakan.6. Latihan memanaskan badan yang dilaksanakan secara lebihan beban akanmenyebabkan kesan positif kepada koordinasi neuro-muscular.

2.2 REGANGAN OTOT-OTOT SPESIFIK1. Otot-otot utama yang akan digunakan dalam permainan hoki harusdiregangkan.2. Pemain harus menahan setiap regangan selama 10 hingga 12 saat danulang aktivti ini.2.3 LATIHAN GERAKENDUR / WARM DOWNLatihan gerakendur ialah latihan yang dijalankan selepas seseorang pemain menjalanisesuatu latihan atau permainan.Latihan gerakendur adalah bertujuan untuk menghindarkan darah dari terkumpul dibahagian-bahagain anggota yang tertentu.

Antara aktiviti gerakendur yang dilakukan selepas menjalani latihan ialah :1. Perlahankan aktiviti kepada intensiti rendah.Contoh :-* Lari anak* Berjalan2. Regangan otot pada intensiti sederhana.* Regangan statik ( dari bawah ke atas )

Rajah 2.0 Mengelakkan Kecederaan Berlaku Selepas Bermain Hoki.

3.0 MENGELECEKKemahiran ini merupakan satu teknik kawalan bola dengan pergerakan pantas.Ia menolong pihak lawan atau mengumpan pihak lawan keluar tanpa kehilangan bola.Ia juga menolong membuka atau mewujudkan sudut-sudut hantaran bola. Iamembantu mengelakkan hantaran kepada pemain sepasukan yang berada dalamkeadaan Ofsaid. Kemahiran ini amat penting apabila hendak mengatasi pihakbertahan tanpa kehilangan bola.

3.1 MENGELECEK RAPATMengelecek cara ini membenarkan bola dikawal dengan bebas dan bergerak dihadapan kayu. Kelecek bebas ini membolehkan pergerakan lebih pantas danpenelitian yang baik tetapi menambahkan r isiko bola dirampas oleh pihak lawan. Olehsebab itu, pemain yang baik tidak akan membiarkan bola bergerak jauh dari kayunyadan menghadapi risiko bola dirampas oleh pihak lawan.Kelecek bebas juga digunakan untuk melepasi lawan yang berada dalam

Page 6: PERMAINAN HOKI

keadaan pegun dengan menolak bola melalui celah dan keliling kaki lawan ke tempatlapang dan menggunakan kelajuannya untuk mengekalkan pemilikan bola.Kelecek bebas ini digunakan oleh pemain di tempat lapang untuk bergerakpantas dengan bola seperti seorang penyerang bergerak ke sasaran yang lapang.

3.2 BUTIRAN MEKANIK1. Pegangan Kayu:Tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kirimemegang kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bolasaja.

2. Bola:Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di luar kaki kanan. Bolahendaklah di hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akanmengganggu pergerakan dan jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untukmengawalnya.

3. Kaki dan Badan:Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasamembawa bola. Gerakan kaki adalah seperti seorang berjalan atau berdiri. Kaedahini menggalakkan seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakanbiasa dan akan dapat mengatasi kawasan permainan yang lebih luas.Kayu pemain mesti menyentuh tanah supaya ia dapat melihat kehadapan semasaia berlari dan menggelecek bola.

3.3 MENGELECEK CARA 'INDIA'Kelecek cara ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalampermainan hoki. Pemain-pemain yang dapat menguasainya akan memperolehikepuasan dan berupaya bertindak cemerlang. Bagaimanapun tidak ada gunanyaseorang pemain menunjukkan kelecek 'India' yang 'cantik' sekiranya tiada pemainlawan yang berhampiran.

Rajah 3.0 Menunjukkan Gelecekkan Cara India

Pemain-pemain mestilah melaksanakan kelecek India di hadapan badan dengan caramenggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan dan dengan carasilih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri

Page 7: PERMAINAN HOKI

sentiasa menggerakkan kayu belakang dan ke hadapan ke atas bola. Tangan kananmembenarkan kayu diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untukmelakukan ketekan untuk menukar arah gerakan bola.

3.4 BUTIRAN MEKANIK.

1. Pegangan Kayu:Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas. Muka kayu pandangkan ke luarsambil buku jari tangan kiri pandangkan badan pemain. Tangan kanan memegangkayu di bawah sedikit. Tangan kiri memusing kayu sambil tangan kananmembantunya sahaja. Bola ditarik ke kanan atau ke kiri oleh kayu de nganmeluncur bola.

2. Bola:Bola hendaklah berada lebih kurang 30cm di hadapan kaki kanan. Ia kemudianditolak ke kaki kiri dan apabila bola sampai. Kayu meluncurkan bola dan tariknyabalik kepada kaki kanan.

3. Kaki dan Badan:Kedudukan kaki adalah kangkang dan badan dibongkokkan ke hadapan denganbola lebih kurang 60cm di depan. Pada awalnya gerakan bola dari kanan ke kiriadalah secara perlahan dan kemudiannya secara pantas. Jika kaki kanan dihadapan maka bola berada di kanan dan jika kaki kiri bergerak ke hadapan makabola ditarik ke kiri juga.Seorang pemain harus ingat, bahawa bola mestilah di hadapannya semasabergerak dan badan pula condong ke depan. Kayu sentiasa berhampiran denganbola dan ini membolehkan pemain mengawal bola pada setiap masa.

3.5 MEMANASKAN BADANAKTIVITI FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLari ulang alik (24 meter) a) Lari atas bebola kaki.b) Angkat lutut tinggi.c) Hayun tangan pantas ke hadapanLari membawa pasangan a) Pasangan berada di belakangb) Lari perlahan-lahan 15 meterc) Tukar pasanganTimbang Garam a) Belakang bertemu belakangb) Cangkok sikuc) Bengkok lutut (penimbang) dan bongkokkanbadan ke hadapan.d) Lentuk ke belakang dan luruskan kaki kebawah.Tolak Bahu a) Kedua-dua tangan lurus ke hadapan atas bahupasangan,b) Sstu kaki ke hadapan satu kaki ke belakang.

Page 8: PERMAINAN HOKI

c) Tolak bahu dengan kuat.Kelonggaran a) Dari atas ke bawah:i) Kepalaii) Tanganiii) Pinggangiv) Hamstring

3.6 Menggelecek Rapat

Ansur Maju 1.

A

1. Pemain A berjalan/berjogging sambil membawa kayu hoki (tanpa bola).2. Bongkokkan badan seolah-olah sedang membawa bola.3. Lari secara lurus 20 meter dan kembali ke tempat permulaan.4. Pastikan pemain memegang kayu dengan betul.

Ansur Maju 2.

A1. Pemain berjalan sambil mengelecek bola di garisan lurus 20 meter.2. Pastikan bola sentiasa berada pada garisan dan dekat dengan kayu hoki.3. Tambahkan kelajuan apabila pemain sudah menguasai kemahiran.4. Ulang aktiviti ini.Ansur Maju 3.

Page 9: PERMAINAN HOKI

sA1. Pemain A akan menggelecek bola di atas garisan ’S–.2. Pastikan bola sentiasa berada di atas garisan.3. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudahmenguasai kemahiran.4. Ulang aktiviti ini.

Ansur Maju 4.

1. Pemain mengelecek rapat 20 meter dalam kumpulan.2. Pemain A mengelecek bola kepada D dan akan menyambung diri di belakang F.3. Pemain D pula mengelecek bola kepada pemain B dan akan menyambung diri dibelakang C.4. Teruskan aktiviti ini sehingga pemain dapat menguasai kemahiran dengan baik.

Ansur Maju 5

1. Pemain A mengelecek bola di antara skitel dan memberikan bola kepada pemain C. Kemudian pemain A akan menyambung diri di belakang D.2. Teruskan sehingga semua pemain melakukan aktiviti ini.3. Pastikan pemain mengelecek dengan cara yang betul.4. Mulakan dengan berjalan kemudian tambahkan kelajuan apabila pemain sudahmenguasai kemahiran.5. Ulang aktiviti ini.

3.7 AKTIVITI PEMULIHAN

Page 10: PERMAINAN HOKI

1. Pemain akan mengelecek bola secara lurus dan kemudian mengelilingiskitel.2. Pemain A akan memberikan bola kepada pemain B dan menyambung diridi belakang pemain B.3. Apabila pemain sudah menguasai kemahiran, tambahkan kelajuan.

Aktiviti pemulihan ini perlu dilakukan untuk memastikan semua murid sekolah rendah ini berjaya untuk menguasai latihan yang dijalankan. Latihan yang dijalankan semasa aktiviti pemulihan ini perlu sentiasa dipantau oleh jurulatih.

3.8 Aktiviti Pengayaan

.

1. Pemain A akan mengelecek rapat ke hadapan sejauh 5 meter danKemudian menolak kepada pemain B.2. Pemain B yang menerima bola akan mengelecek rapat ke hadapan sejauh 5 meter dan kemudian menolak semula kepada pemain A3. Teruskan aktiviti mengelecek dan menolak sejauh 30 meter.

Page 11: PERMAINAN HOKI

3.9 Permainan Kecil.Aktiviti : Bola akhir dalam kotak.Bilangan Pemain : 12 orang.Tujuan : Memperbaiki kawalan bola cara dekat.Pengelolaan :1. 12 orang pemain bergerak bebas dalam kawasan empat segi sama berukuran 10meter.2. Sambil pemain-pemain bergerak dengan bebas mengawal bola sendiri, merekacuba mengeluarkan bola pemain lain dari kawasan permainan.3. Pemain yang bolanya telah dikeluarkan hendaklah menunggu di luar garisanpermainan.4. Pemain terakhir yang berada dalam kotak dengan bola berada dalam kawalannyaadalah pemenang.5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

3.10 Gerak Kendur.1. Semua pemain berlari-lari anak sambil mengangkat tangan ke atas,kiri dan kanan.2. Bentukkan separuh bulatan.3. Goyangkan kaki, tangan perlahan-lahan.4. Buatkan regangan secara perlahan-lahan.5. Tarik nafas 3 kali.

Gerak kendur amat penting dilakukan selepas selesai aktiviti yang dijalankan. Mengikut En Mohd Nor pelajar IPG KKB setiap aktiviti pengenduran yang dijalankan mampu melegakan ketegangan otot yang digunakan. Oleh itu setiap aktiviti pengenduran ini mampu mengelakkan daripada berlakunya kecederaan selepas melakukan aktiviti.Disiplin perlu wujud dalam diri jurulatih untuk memastikan semua pelajarnya mampu melakukan gerak kendur dengan baik tanpa berlaku sebarang penyelewengan dalam aktiviti tersebut.

4.0 PERBANDINGAN DENGAN PROGRAM LATIHAN LAIN. 4.1 Buku Ke Arah Bintang Sukan Hoki 1995Buku ini menunjukkan program yang dijalankan tidak berapa sesuai untuk dijalankan kepada pelajar sekolah rendah. Kerana di dalam buku beliau tahap latihan yang dijalankan boleh dikatakan tahap yang tinggi. Program tersebut sesuai untuk melatih pelajar yang berumur 15 tahun dan ke atas.Tugas utama guru mengajar di sekolah rendah bagi pengajaran hoki adalah melatih pelajar dan mencungkil bakat pelajar bertujuan mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dan pelapis disamping memupuk minat kanak-kanak kepada sukan hoki.

Page 12: PERMAINAN HOKI

Tahap satu merupakan pelajar berumur antara 7 tahun ke 9 tahun iaitu darjah 1 ke darjah 3. Dan tahap dua antara 10 tahun ke 12 tahun darjah 4 ke darjah 6. Jurulatih memainkan peranan penting dalam latihan.

5.0 HANTARAN (PUKULAN)Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bolaitu bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah yang bolehdicapai dengan latihan-latihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.

Gambar Rajah 5.0 Menunjukkan pukulan hantaran hoki dilakukan oleh pemain Malaysia di Stadium Hoki Johor Bahru Taman Daya, Johor Bahru, Johor Malaysia.

5.1 MEKANIK HANTARAN:1. Cara memegang kayu:Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementaratangan kanan di bawahnya. Kedua-dua ’V– yang dibuat dengan ibu jari danjari telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari. Tangan kiri ditegakkansupaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke belakang dan mengikut rentek kehadapan diadakan.2. Cara berdiri:Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan yangselesa. Letakkan bola lebih kurang 20cm dari kaki kiri. Bahu kiri ke arahgerakan atau pukulan. Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, matahendaklah memandang bola dan lutut dibengkokkan sedikit.3. Bola:Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kaki kiri.Sekirannya bola dalam kedudukan dekat sangat dengan kaki kiri,kemungkinanpemain berkenaan memukul kakinya sendiri. Kedudukan bola juga bergantungkepada ketinggian pemain berkenaan.4. Hayunan:Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satu garisanlurus dengan kaki kiri. Pada masa kayu kena pada bola, muka kayu hendaklahdalam keadaan ’Vertical– supaya pukulan tepat boleh berlaku. Gerakan tanganadalah bebas dan tidak menyentuh mana-mana bahagian badan atau sebarangjenis halangan sama ada pada masa menghayunkan ke belakang atau mengikutlajakan ke hadapan.5. Badan:

Page 13: PERMAINAN HOKI

Semasa kayu dihayunkan ke belakang,berat badan adalah sama rata tetapiapabila kayu diturunkan ke bawah berat badan dipindahkan dari kaki belakangke kaki hadapan. Jari-jari kaki kanan menjadi paksi. Perkara-perkara yangperlu diberi perhatian seperti berikut:a) Gerakan badan dan pemindahan keberatan badan.b) Kekuatan badan khasnya di bahagian bahu.c) Kepantasan menurunkan kayu.d) Kuncikan/Tegakkan/Genggaman pergelangan tangan.e) Memegang kayu dengan kuatnya pada masa kayu bersentuhan bola. 5.2 MEMANASKAN BADANAKTIVITI FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLari ulang alik (24 meter) a) Lari atas bebola kaki.b) Angkat lutut tinggi.c) Hayun tangan pantas ke hadapanLari membawa pasangan a) Pasangan berada di belakangb) Lari perlahan-lahan 15 meterc) Tukar pasanganTimbang Garam a) Belakang bertemu belakangb) Cangkok sikuc) Bengkok lutut (penimbang) dan bongkokkanbadan ke hadapan.d) Lentuk ke belakang dan luruskan kaki kebawah.Tolak Bahu a) Kedua-dua tangan lurus ke hadapan atas bahupasangan,b) Sstu kaki ke hadapan satu kaki ke belakang.c) Tolak bahu dengan kuat.Kelonggaran a) Dari atas ke bawah:i) Kepalaii) Tanganiii) Pinggangiv) Hamstring

5.3 HantaranAnsur Maju 1

Page 14: PERMAINAN HOKI

1. Pemain memukul bola ke arah dinding dari jarak 10 meter.2. Pemain bebas memukul tetapi hendaklah dengan cara yang betul.3. Pemain boleh mensasrkan pukulan ke arah yang dikehendakinya.4. Bagi permulaan pemain hendaklah berdiri statik dan kemudian bolehlah bergeraksatu langkah, 2,3 langkah seterusnya.

Ansur Maju 2

1. Dua pemain berdiri bersemuka pada jarak 10 meter.2. Pemain memukul bola ke arah satu sama lain.3. Bila pukulan memuaskan, jarak ditambahkan kepada 15 m, 20m, 30m danseterusnya.4. Pemain boleh bergerak satu langkah, 2, 3 dan seterusnya bila melakukan pukulan.

Ansur Maju 3

Page 15: PERMAINAN HOKI

1. Pemain-pemain berdiri dalam dua barisan dan menghadap kawannya.2. Seorang pemain memukul dan kawannya menahan bola dan memukul balikkepada pasangan berulang-ulang.3. Mulakan memukul bola secara statik dan kemudian bergerak 1, 2 dan 3 langkahsebelum memukul bola.

Ansur Maju 4

1. Setiap pemain akan menggunakan 2 biji bola hoki.2. Pemain akan memukul bola pertama dengan kuat.3. Pemain memukul pula bola kedua , supaya bola itu bergerak separuh jarak bolapertama.4. Ulang aktiviti ini sehingga pemain menguasai kemahiran.

Aktiviti Pemulihan

Page 16: PERMAINAN HOKI

1. Pemain A akan membuat pukulan ke arah pemain B, C dan D.2. Kemudianpemain A akan mengambil tempat pemain B.3. Pemain B pula mengambil tempat pemain A tadi dan membuat pukulan kepada tiga rakannya.4. Pemain boleh menegur rakan yang melakukan kesilapan memukul bola.5. Ulang aktiviti ini.

5.4 Aktiviti Pengayaan.

20 Meter1. Pemain-pemain (bertiga) akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bolake hadapan rakannya.2. Pemain A akan membawa bola perlahan-lahan dan memukul bola kepada pemainB. Pemain B akan menahan dan memukul kembali bola kepada A. Kemudianpemain A akan memukul pula kepada pemain C dan seterusnya. (secara bergerak)3. Apabila sampai di garisan yang ditetapkan pemain akan bertukar tempat danlakukan aktiviti yang sama seperti tadi.4. Pastikan pemain-pemain sentiasa bergerak semasa melakukan aktiviti ini.

5.5 Gerak Kendur.1. Semua pemain berlari-lari anak sambil mengangkat tangan ke atas,kiri dan kanan.2. Bentukkan separuh bulatan.3. Goyangkan kaki, tangan perlahan-lahan.4. Buatkan regangan secara perlahan-lahan.5. Tarik nafas 3 kali.

Page 17: PERMAINAN HOKI

Gerak kendur amat penting dilakukan selepas selesai aktiviti latihan. Jurulatih atau seorang guru perlu menitik beratkan aktiviti gerak kendur ini bagi mengelakkan kecederaan selepas melakukan aktiviti permainan hoki. Menurut Dr. Ariffaizal, 2009. Gerak kendur merupakan aktiviti wajib yang perlu dilakukan selepas selesai penting bagi meningkatkan gerak balas otot di tempat yang telah digunakan.

6.0 PERBANDINGAN DENGAN PROGRAM LATIHAN LAIN. 6.1 Buku Siri Sukan Malaysia Hoki (2005)Buku ini menunjukkan program yang dijalankan amat mudah dan tidak teperinci latihannya. Saya telah menggunakan buku tersebut sebagai rujukan bagai manapun kebanyakkan aktiviti di dalam buku tersebut telah diubahkan mejadikan lebih efektif. Latihan dalam buku tersebut juga boleh menyebabkan murid menjadi cepat bosan, oleh itu latihan ditambah kepada sedikit sukar untuk memastikan murid menguasai latihan tersebut.Tugas utama guru mengajar di sekolah rendah bagi pengajaran hoki adalah melatih pelajar dan mencungkil bakat pelajar bertujuan mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dan pelapis disamping memupuk minat kanak-kanak kepada sukan hoki.Tahap satu merupakan pelajar berumur antara 7 tahun ke 9 tahun iaitu darjah 1 ke darjah 3. Dan tahap dua antara 10 tahun ke 12 tahun darjah 4 ke darjah 6. Jurulatih memainkan peranan penting dalam latihan. Di dalam buku siri sukan ini murid akan menguasai semua latihan yang diberikan. Oleh itu saya menambah tahap kesukaran sidikit agar murid menguasai latihan dengan kemahiran yang lebih baik.Walau bagai manapun buku ini memberikan ilham kepada saya untuk mencipta kadar latihan dengan lebih lagi sepanjang program latihan yang dijalankan bagi pelajar di sekolah saya menduduki praktikum di Sekolah Kebangsaan Parang Puting. 7.0 KesimpulanPermainan Hoki adalah amat penting dipelajari dari sekolah rendah lagi. Guru memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran permainan hoki ini. Setiap latihan yang dijalankan perlu menggunakan setiap kemahiran yang berhubung kait dengan permainan hoki tersebut.Sepanjang saya menghasilkan tugasan ini saya telah banyak menjalankan kajian terhadap latihan yang dijalankan dalam buku rujukan permainan hoki termasuk buku teks sekolah rendah dan juga video latihan yang telah terdapat dalam www.youtube.com yang banyak memberikan saya pengajaran untuk mencipta latihan yang terbaik dan berkesan bagi pelajar sekolah rendah.Matlamat pengajaran dan pembelajaran adalah setiap murid menguasai latihan yang disediakan disamping saya dapat mencari bakat baru bermula dari sekolah rendah lagi. Oleh itu bagi saya latihan hoki secara menyeluruh di sekolah rendah amatlah perlu dititik beratkan. Ini kerana setiap cara dan teknik yang betul merupakan 20% bagi pelajar menguasai permainan hoki.

Page 18: PERMAINAN HOKI

Hoki tidak dapat diamainkan dengan kekuatan dan fitness semata-mata ini kerana teknik yang betul untuk dikuasai oleh pelajar amatlah penting bagi melahirkan pelajar yang boleh bermain hoki dengan baik dan menguasai permainan hoki. Satu pembaziran akan berlaku jika guru di sekolah rendah kebangsaan tidak menggunakan kayu hoki yang terdapat dalam stor sukan sebagia satu medium pengajaran kepada murid-muridnya. Guru perlu bersedia melatih pelajar dengan permainan hoki dan mencari bakat baru dalam hoki untuk diketengahkan.Kebanyakan ansur maju yang telah saya titipkan adalah melalui pengalaman saya sendiri menerusi kelas beliau. Saya juga mencari maklumat di bahagian English di dalam perpustakaan selain bergantung kepada hasil carian menerusi internet. Kebanyakan maklumat yang saya peroleh di dalam bahasa Inggeris dan memerlukan saya untuk menggunakan kamus dan translasi bahasa kira-kira 45%. Saya juga cuba merujuk kepada kawan-kawan yang mempunyai maklumat tambahan mengenai sukan hoki. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan usaha yang telah saya lakukan untuk menulis mengenai hoki ini. Bohonglah sekiranya saya menyatakan bahawa saya tidak kisah dengan markah yang bakal diberikan, namun saya hanya boleh mengatakan bahawa semua keputusan dibuat oleh penilai yang saya pasti seorang yang bijak dan pakar di dalam sukan. Saya sebagai pendatang baru di dalam dunia sukan hanya mampu untuk redha dan perbaiki diri dari semasa ke semasa.

8.0 Bibliografi Siri Sukan Malaysia Hoki (2005), terbitan Alpha Sigma Sdn. Bhd. Selangor.Buku Ke Arah Bintang Sukan Hoki 1995Tan; Helen, Haridas; M.P. (cetakan pertama, 2006). Siri Sukan Popular: Hoki. Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2006) 2) Taverner; Claire Mitchell. (cetakan pertama, 2005). Field Hockey: Techniques & Tactics. (2005). .Human Kinetics 3) Hawkins; Joyce M. (cetakan kelapan, 2006) Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Edisi Keempat (2006). Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4) Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Hockey 5) Internet. Diakses pada 29 Jun 2009. http://www.fihockey.org/ 6) Internet. diakses pada 3 feb – 15 mar 2010. http://apps.citcat.com/en/translate 28 Posted by mohd nor izwan sulaiman at 1:01 AM 0 comments Labels: hoki