laporan kajian hoki -skema

42
1.0 PENGENALAN Permainan adalah tunjang utama dalam pendidikan jasmani dan semestinya disertai oleh semua lapisan murid tanpa mengira tahap kebolehan kemahiran (Holt, Strean & Bengoecha, 2002; Rovengno, Nevett & Babiarz, 2001). Salah satu daripada permainan tersebut ialah hoki. Hoki merupakan permainan yang tiada fakta yang tepat tentang asal usulnya. Namun terdapat rekod yang mengatakan permainan hoki menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang ,pada zaman kuno dahulu .Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang –orang Greek ,Parsi dan Rom sejak zaman Sebelum Masihi lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus ienyap sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan dan dimainkan di England. Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana tiada sebarang peraturan atau undang- undang khusus untuknya, orang pada zaman itu telah memainkannya dalam pelbagai cara dan teknik. Kepelbagaian teknik ini telah menyebabkan sering berlaku kekecohan sehingga berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini telah mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya atas sebab keselamatan, pihak berkuasa England telah mengharamkannya. Dalam pada itu, permainan hoki sudah mula diterima oleh banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.

Upload: suhaimimohamad

Post on 10-Nov-2015

169 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

hoki belum siap

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Permainan adalah tunjang utama dalam pendidikan jasmani dan semestinya disertai oleh semua lapisan murid tanpa mengira tahap kebolehan kemahiran (Holt, Strean & Bengoecha, 2002; Rovengno, Nevett & Babiarz, 2001). Salah satu daripada permainan tersebut ialah hoki. Hoki merupakan permainan yang tiada fakta yang tepat tentang asal usulnya. Namun terdapat rekod yang mengatakan permainan hoki menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan permainan hoki sekarang ,pada zaman kuno dahulu .Menurut catatan itu, ia dimainkan oleh orang orang Greek ,Parsi dan Rom sejak zaman Sebelum Masihi lagi. Akan tetapi permainan ini kemudiannya terus ienyap sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali diperkenalkan dan dimainkan di England. Kedatanganpermainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat masyarakat di negara tersebutketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh keranatiadasebarang peraturan atau undang- undangkhususuntuknya, orang pada zaman itu telah memainkannya dalam pelbagai cara dan teknik. Kepelbagaian teknik initelah menyebabkan seringberlaku kekecohan sehingga berlaku pergaduhan dan pertumpahan darah.Dengan kata lain, cara permainan yang tidak teratur ini telah mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya atas sebab keselamatan, pihak berkuasa England telah mengharamkannya.

Dalam pada itu, permainan hoki sudah mula diterima oleh banyak negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka. Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia mendatangkan manfaat kepada kepada permainan ini kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturanini, maka dapatlahpermainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah bagi mereka yang mahu mempelajarinya. Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama. Contohnya, di Ireland, hoki dikenali dengan nama Huvley atau Huvling, di Scotland, ia disebut Shinty atau Shinny dan di Wales ia dikenali dengan sebutan Banty atau Bandy, perkataan Hockey pula diambil dari perkataan Perancis, iaitu Hoquet. Seterusnya, nama ini telah diinggeriskan menjadi Hockry (hoki).

Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yangbermain, malah kaum perempuan pun turut bermain. Pasukan hoki pertama ditubuhkan di negaratersebut pada tahun 1840an dan Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertamadan tertua di dunia. Kelabini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki yang antara lain ialah cara bermain, pengunaan pengadilan, kawasan permainan yang terhad, dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan. Berikutan dengan itu, undand-undang hoki teleh digubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuaratdi London pada tahun 1875. 8 tahunkemudiannya, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undangyang lebih baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu sukan yang paling diminatidi dunia. Dari England, permainanini tersebarke negara negaralain seperti India, Amerika syarikat dan beberapa negara Eropah.

Sejarah hoki Malaysia pula hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini. Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Jurulatih atau guru sekolah yang bertindak sebagai jurulatih harus merancang program latihan dengan menggunakan model dan stail pengajaran bagi meningkatkan prestasi permainan di peringkat sekolah terlebih dahulu. Program latihan permainan haruslah disesuaikan dengan tahap kebolehan kemahiran dan tahap kematangan murid. Murid yang cepat atau lambat matang mempunyai keupayaan yang sama untuk menjadi ahli sukan yang berprestasi tinggi (Rink, 2002:Sanderson,1989).

Cothran, Kulina dan Ward (2000) menyatakan bahawa stail pengajaran

Mosston dan Ashworth merupakan kerangka teori pengajaran dan latihan sukan serta permainan. Kerangka teori ini mempunyai pengaruh yang luas, namun stail pengajaran ini belum betul-betul diuji keberkesanannya dalam program latihan permainan. Tambahan pula, menurut Mosston (1992; 2002), perkara yang perlu dikaji bukan sekadar stail pengajaran yang berkesan tetapi perlu mencari dan menentukan stail pengajaran yang bersesuaian dengan program latihan permainan. Model kemahiran kurang memberi perhatian terhadap pengalaman murid dan tidak menggalakkan pemikiran kreatif untuk membuat keputusan mengenai taktik dalam situasi permainan. Akibatnya pemain tidak dapat meningkatkan prestasi permainan dalam aspek seperti mengawal bola, membuat keputusan dan melaksanakan kemahiran dalam situasi permainan. (Butler & McCahan, 2005; Metzler, 2005; Werner et al., 1996)).

Penyelidikan tentang teknik permainan hoki telah lama bermula semenjak kali pertama diadakan pertandingan. Dari persepsi guru pula, ia telah dimulakan beberapa tahun yang lalu oleh Sanmuga Nathan A/L K. Jeganathan (2007) dan Aizat Fitri (2010) serta beberapa pengkaji lain lagi. Kajian-kajian tersebut mendapati masalah permainan hoki boleh dikategorikan dalam 5 aspek, iaitu : Kemahiran servis Kemahiran memegang kayu hoki Kemahiran memukul bola Kemahiran memasukkan bola ke dalam gol Kemahiran bergerak semasa permainan1.2 PERNYATAAN MASALAH

Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Johor merupakan antara sekolah ternama yang berada di bandar. Berdasarkan rekod ujian kemahiran permainan hoki yang telah dijalankan sebelum ini, terdapat 30 orang pelajar telah mencatatkan ranking skor terendah. Mereka agak kurang menyerlah dalam menunjukkan kemahiran mereka ataupun sememangnya mereka kurang berkemahiran. Mereka juga agak kurang memikirkan tentang kepentingan kepelbagaian kemahiran terutamanya semasa bermain di perlawanan. 1.3 SOALAN KAJIAN

Adakah penguasaan kemahiran drag flick dalam permainan hoki dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah ansur maju? 1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif yang ingin dicapai dengan menjalankan kajian ini iaitu;a) Untuk meningkatkan penguasaan kemahiran drag flick dalam permainan hoki bagi pelajar tingkatan 2 melalui kaedah ansur maju.1.5 BATASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara lebih khusus, jadi pengkaji membataskan kajian ini supaya dapatan kajian adalah memuaskan. Pengkaji meletakkan skop dan ruang yang agak sempit dalam batasan kajian, namun mempunyai intipati yang menyeluruh. Dalam kajian ini, pengkaji membataskan bahan kajian kepada skop yang sempit iaitu pengkaji hanya melakukan analisis pada keupayaan pelajar itu sendiri. Dalam bahan kajian ini, tema yang dipaparkan adalah sangat universal iaitu permainan hoki. Pengkaji hanya mengambil satu elemen dari cabang permainan iaitu mengenai satu teknik yang relevan untuk digunakan. 1.6 DEFINISI / ISTILAH

Dalam sukan hoki, wujud penggunaan istilah yang khusus untuk menerangkan sesuatu keadaan dalam permainan. Sebagai contoh, istilah faul yang member maksud kegagalan pemain untuk menerima hantaran bola. Selain itu, istilah stick yang merujuk kepada kayu hoki yang digunakan oleh pemain. Istilah Drag Flick pula merujuk kepada teknik permainan yang dapat memungkinkan pemain memukul bola dan memasukkan bola ke dalam gol dengan cemerlang.1.7 KEPENTINGAN KAJIANa) Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami kemahiran pelajar.b) Dapat merancang teknik latihan dengan lebih berkesan.

c) Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pelajar dapat memahirkan diri dengan teknik yang ingin diaplikasikan.

d) Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian dengan lebih berkesan.

e) Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan.2.0TINJAUAN LITERATUR

Permainan adalah tunjang utama dalam Pendidikan Jasmani dan semestinya ia disertai oleh semua lapisan pelajar tanpa mengira tahap kebolehan kemahiran mereka (Holt. Strean & Bengoeca.2002: Rovengo. Nevett & Babiarz. 2001). Di Malaysia, permainan menjadi tunjang utama dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Guru Pendidikan Jasmani di Malaysia boleh berperanan sebagai jurulatih dalam usaha meningkatkan mutu sukan Negara. Justeru itu, jurulatih harus menghayati falsafah kejurulatihan dan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan murid-murid ((Connel.1993 & Thompson, 2000).

Guru yang bertindak sebagai jurulatih boleh menyulami waktu Pendidikan Jasmani dengan memperkenalkan program latihan permainan untuk meningkatkan prestasi permainan. Kajian menunjukkan melalui pendekatan program latihan minat, prestasi permainan serta kecergasan murid-murid dapat ditingkatkan sepanjang hayat (Corbin, 2002; Dodds, Griffin &Placek, 2001; Holt et al., 2002; Oslin, Mitchell & Griffin,1998).

3.0METODOLOGI KAJIAN

Data kajian akan dikumpul dengan menggunakan teknik-teknik berikut;

A.Ujian Pra dan Pasca

Dalam kajian ini, cara mengumpulkan data adalah melalui Ujian

Pra iaitu melalui ujian kemahiran drag flick sebelum menjalani latihan

ansur maju yang telah dirancangkan. Setelah menjalani latihan

tersebut, Ujian Pasca akan dibuat dengan menggunakan ujian yang

sama seperti Ujian Pra.

B.Soal Selidik

Saya telah menjalankan soal selidik untuk mengenal pasti tahap

keberkesanan pengajaran saya serta persepsi minat pelajar saya

terhadap pembelajaran yang telah saya jalankan. Skala pemeringkatan

Likert telah dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan soal selidik

tersebut. Data-data telah diambil dan dianalisa mengikut segala

persoalan yang dikemukakan.

C.Temubual

Temubual di antara saya dengan pelajar dan antara saya

dengan guru pembimbing diadakan sebelum dan selepas aktiviti ansur

maju dijalankan. Temubual telah dirakamkan dan disimpan untuk

dianalisa dan dijadikan bahan bukti untuk kajian ini.

3.1Perancangan Cara Menganalisisa Data

Untuk menganalisis data, data Ujian Pra dan Pasca akan dikumpulkan dan dijadualkan. Data tersebut akan diproses dan dipindahkan ke dalam bentuk graf. Perbincangan dan perbandingan graf akan dibuat untuk membuktikan keberkesanan latihan ansur maju terhadap kemahiran drag flick.

3.2REKABENTUK PENYELIDIKAN

Pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam menjalankan kajian tindakan ini.

Penyelidikan tindakan bermula dengan penghasilan idea umum iaitu masalah atau isu yang dijelaskan dan dikenal pasti punca masalah berkenaan. Seterusnya pelan tindakan dirancang untuk menyelesaikan masalah atau isu berkenaan. Pengkaji telah mendapat gambaran awal tentang masalah kemahiran drag flick di kalangan pelajar tingkatan 2. Dan bermula dari tinjauan awal masalah, pengkaji telah merancang perkara untuk dilaksanakan. Antara perkara yang telah dirancang ialah kaedah mengenal pasti masalah pelajar, cara pengumpulan dan menganalisis data serta intervensi yang bakal dijalankan ke atas pelajar tersebut. Kemudian perancangan berkenaan telah dilaksanakan dan pengkaji dapat menentukan hasil yang diperolehi selepas memberi tindakan/intervensi. Antara cara yang pengkaji gunakan dalam menentukan intervensi yang dijalankan berkesan ataupun tidak ialah melalui proses rakaman video. Selepas mengambil tindakan dan mengenal pasti hasil dapatan, refleksi dibuat untuk menentukan sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya atau pun tidak. Sekiranya tindakan yang dijalankan kurang berjaya atau kurang memuaskan, perancangan masalah akan dibuat penambahbaikan.

Model Kurt Lewin (1948) telah dipilih untuk digunakan kerana masalah/isu kajian telah diketahui dan memerlukan pengesahan supaya perancangan yang tepat dapat digunakan. Pengkaji telah mengetahui gambaran awal masalah yang dihadapi pelajar melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Sebelum melakukan sebarang perancangan, pengkaji telah mengenalpasti aspek amalan refleksi melalui pengalaman menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kebiasaannya, kekangan atau masalah yang dihadapi untuk mencapai objektif latihan memerlukan penambahbaikan kepada amalan refleksi yang dijalankan. Misalnya, dalam refleksi, didapati bahawa pelajar menghadapi masalah ketika melakukan pukulan drag flick dalam pertandingan yang disertai. Masalah ini telah menjejaskan keputusan perlawanan kerana kebanyakkan gol dalam satu-satu perlawanan dihasilkan daripada pukulan sudut penalti.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini perlu segera ditangani agar dapat membantu pasukan amnya dan mampu meningkatkan kemahiran drag flick seseorang pelajar khususnya. Tinjauan masalah dan analisis masalah dijalankan oleh pengkaji untuk mengenal pasti masalah sebenar. Justeru itu, pengkaji telah memikirkan cara bagi mengatasi masalah ini dengan melakukan beberapa perancangan serta tindakan. Sekiranya perancangan dan pelaksanaan tindakan yang diambil oleh guru bersesuaian dengan masalah pelajar, ia akan membawa kepada perubahan yang besar terhadap pencapaian individu dan pasukan.

3.3POPULASI DAN SAMPEL

Murid30 orang

Tingkatan2

JantinaLelaki

SekolahSekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor

Kriteria PemilihanMendapat skor terendah di dalam ujian kemahiran

3.4INSTRUMEN

3.4.1INVENTORI DIRI RESPONDEN

Arahan : Tandakan ( ) dalam kotak berkenaan atau tulis maklumat dalam ruang yang disediakan.

1.Jantina

() Lelaki

() Perempuan

2.Bangsa

() Melayu

() Cina

() India

() Lain-lain

3.Agama

() Islam

() Budha

Hindu

()

()lain-lain: nyatakan

..)

4.Umur:...................................tahun

5.Kawasan kediaman: () Bandar

() Pinggir bandar

() Luar bandar

6.Jenis tempat tinggal: () Rumah kampung() Rumah teres

() Apartment

() Rumah pangsa

7. Bilangan adik beradik () 1-4 orang

() 5-8 orang

() 9-12 orang

() lebih 12 orang

8.Lokasi sekolah () Dalam bandar() lingkungan 2-5km

() lebih dari 5km dari bandar

9.Pekerjaan Ibubapa

Bapa :........................................... Ibu :.........................................

10.Pencapaian dalam Sukan Hoki

: ................................................................................

3.4.2SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

Pemerhatian terhadap sikap pelajar sebelum guru memasuki kelasKes 1 :

Kes 2 :

Kes 3 :

Kes 4 :

Kes 5 :

Pemerhatian terhadap sikap pelajar semasa pengajaran dan pembelajaranKes 1 :

Kes 2 :

Kes 3 :

Kes 4 :

Kes 5 :

Pemerhatian terhadap sikap pelajar semasa soaljawab dilakukanKes 1 :

Kes 2 :

Kes 3 :

Kes 4 :

Kes 5 :

Pemerhatian terhadap maklum balas pelajar semasa sesi soaljawab dilakukanKes 1 :

Kes 2 :

Kes 3 :

Kes 4 :

Kes 5 :

Pemerhatian terhadap maklum balas pelajar apabila menjalankan latihan Kes 1 :

Kes 2 :

Kes 3 :

Kes 4 :

Kes 5 :

Pemerhatian terhadap sikap pelajar apabila menjalankan aktivitiKes 1 :

Kes 2 :

Kes 3 :

Kes 4 :

Kes 5 :

3.4.3BORANG SOAL SELIDIK

Tanda ( () pada ruangan di bawah : 1 tidak setuju 2 setuju 3 tidak berkaitan

BilItem123

1Pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah subjek yang menyeronokkan saya

2Pendidikan Jasmani adalah subjek yang bosan

3Subjek ini tidak berkaitan dengan kehidupan saya

4Aktiviti yang dijalankan memberi saya banyak pengetahuan dalam kemahiran drag flick

5Saya suka melakukan aktiviti kemahiran drag flick

6Saya sangat suka belajar kemahiran baru

7Guru sangat membantu dalam meningkatkan minat dan kemahiran drag flick saya

8Guru amat membantu dalam mengenalpasti kelemahan saya

9Saya telah berjaya meningkatkan kemahiran drag flick.

10Pengetahuan tentang asas drag flick sangat penting.

11Saya amat bermotivasi untuk melakukan aktiviti kemahiran dengan kaedah ansur maju ini

12Saya suka belajar menganalisa pergerakan drag flick dengan menggunakan video kamera.

13Guru membimbing saya dalam menyelesaikan masalah kelemahan saya.

14Saya berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik

15Saya seronok belajar kemahiran baru dengan kaedah ansur maju

3.4.4BORANG TEMU BUAL BERSTRUKTUR

BILSOALANCATATAN

1.Pada pendapat anda, adakah pembelajaran kemahiran drag flick dalam sukan hoki amat menyukarkan.

Kenapa?

Ya/Tidak

2.Adakah kamu telah mengetahui teknik melakukan drag flick dalam sukan hoki?

Ya/Tidak

3.Semasa anda menjalani pembelajaran kemahiran drag flick dengan kaedah ansur maju yang dijalankan oleh guru, apakah kebaikan yang kamu perolehi daripadanya?

Senarai Nilai Positif

4.Apakah cadangan yang ingin anda kemukakan untuk meningkatkan lagi kemahiran drag flick kamu?

Senarai Cadangan

3.5KAJIAN RINTIS KEBOLEHPERCAYAAN / KEESAHAN

Setelah kajian dijalankan, ujian kebolehpercayaan telah dilaksanakan ke atas instrumen yang dibina. Terdapat beberapa ujian piawaian yang boleh digunakan untuk tujuan pengukuran dan penilaian. Kesahan dan kebolehpercayaan instrument amat penting bagi mempertahankan kejituan instrument daripada terdedah kecacatan. Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument maka semakin jitu data-data yang akan diperolehi bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Ghazali, 2002).

Terdapat 3 jenis kesahan iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan kriteria. Keperluan pertama untuk menjadikan sesuatu ujian itu berkualiti ialah dengan menentukan bahawa item-item yang digunakan dalam ujian sah. Maka sesuatu isntrumen dianggap sah jika ia boleh mengukur apa yang hendak diukur. Terdapat 3 garis panduan digunakan untuk menunjukkan item yang sah dalam ujian (Siti Rahayah, 2008 & Ahmad Hashim, 2004) iaitu : Memastikan bahawa item bekerja dalam arah yang sama untuk mengukur konstruk yang hendak diukur. Menjamin suatu item itu menyumbang dalam cara-cara yang bermakna dan berguna. Memastikan bahawa ujian secara keseluruhannya adalah mengukur konstruk. Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliablility) instrument penting bagi mempertahankan kejituan instrument daripada terdedah kepada kecacatan.

3.5.1KESAHAN DALAM UJIAN PRA DAN PASCA

Pengkaji menyiapkan inventori soalan pra dan pasca dengan

berbantukan guru-guru lain yang lebih pakar tentang permainan hoki

sebelum menyerahkan kepada penyelia untuk melihat keselarasan

antara objektif kajian dan tema dengan soalan kajian. Pengesahan

penyelia ini juga salah satu bentuk daripada kebolehpercayaan data kerana menurut Bogdan dan Biklen (2003) bahawa salah satu

daripada kesahan data kualitatif adalah melalui pengesahan penyelia

dan rakan penyelidik terhadap keteraturan kajian yang dilakukan.

3.5.2KESAHAN DALAM SOAL SELIDIK

Bagi memastikan kesahan dalam soal selidik, soalan soal selidik

diberikan sebanyak 1 kali sejurus selesai sesi kajian. Borang ini

diberikan kepada setiap sampel kajian bagi memastikan hasil yang

diperolehi bertepatan dengan yang diinginkan. Semasa soal selidik

dijalankan, pengkaji membiarkan sampel untuk bebas berada di mana-

mana bagi mengelakkan berlakunya terpengaruh dengan rakan-rakan

lain ataupun bertindak malu kepada pengkaji. Tiada nama yang perlu

ditulis supaya identiti sampel yang menjawab tidak diketahui.

3.5.3KESAHAN DALAM TEMU BUAL

Salah satu cara untuk meningkatkan kesahan dan

kebolehpercayaan terhadap data kualitatif utama yang dikutip oleh

pengkaji adalah melalui pengesahan dengan tandatangan terhadap

data yang dikutip (Bogdan & Biklen 2003). Rakaman yang dijalankan

oleh pengkaji melibatkan rakaman suara. Semua responden kajian

membenarkan temu bual jenis rakaman ini. Dan malangnya rakaman

video tidak diterima oleh semua responden atas sebab-sebab

tersendiri. Rakaman suara bagi setiap responden kemudian ditranskrip

oleh pengkaji dengan kadar yang segera supaya semua data yang

menyokong kepada rakaman itu boleh dilaporkan dalam nota

lapangan. Setelah siap teks transkrip, pengkaji menyerahkan salinan

tersebut kepada responden yang terlibat untuk mereka membaca

kembali segala isi perbualan dan keterangan daripada maksud

perbualan. Para responden dibenarkan untuk membetulkan fakta yang

tersilap seterusnya menandatangani teks transkrip tersebut. Melalui

pembetulan fakta, pengakuan, dan pengesahan respoden terhadap

data utama (data temu bual) ini menjadikan kesahan dan

kebolehpercayaan terhadap data dapat ditingkatkan.

3.6PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Data kajian yang telah dijalankan dikumpul dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3.5.1JADUAL PERANCANGAN KAJIAN

Jadual kajian disediakan dengan teliti bagi mengelakkan

berlakunya kelewatan atau gangguan semasa proses pengumpulan

data. Setiap proses pengumpulan data melalui prosedur yang telah

ditetapkan dan mengikut jadual yang dirancang.BilAktivitiMinggu

12345678

1Mengenalpasti masalah

2Membuat kertas cadangan kajian tindakan

3Membuat pemilihan subjek

4Ujian Pra

5Ansur Maju 1

6Refleksi

7Ansur Maju 2

8Refleksi

9Ansur Maju 3

10Refleksi

11Ansur Maju 4

12Refleksi

13Ansur Maju 5

14Refleksi

15Ujian Pasca

16Menganalisis data

17Membuat laporan dan kesimpulan

18Menyiapkan pembentangan dapatan kajian

Jadual 1.0Jadual Perancangan Kajian

3.5.2PROSEDUR

Setiap data yang diambil adalah dengan kebenaran sampel itu

sendiri. Dalam teknik ini, prosedur secara pengamatan telah dijalankan

bagi mendapatkan data yang sah iaitu pengamatan ringkas,

pengamatan sistematik dan pengamatan peserta.A. PENGAMATAN RINGKAS

Cara ini dilakukan oleh pengkaji pada peringkat awal kajian tanpa atur cara tertentu. Teknik ini bertujuan untuk menetukan perkara yang diperhati, diselidiki dan diteliti.

B. PENGAMATAN SISTEMATIK

Cara ini dilakukan sepanjang kajian berlangsung. Contohnya mengkaji permasalahan dari segi sampel,latar belakang sampel, temu bual bersama orang yang rapat dengan sampel dan sebagainya. Pengumpulan data berlaku mengikut instrument yang telah ditetapkan.

C. PENGAMATAN PESERTA

Cara ini dilakukan secara langsung dan melibatkan 3 peringkat iaitu pengamatan peringkat permulaan; menetapkan kumpulan sasar dan sekiranya kumpulan sasar tidak sesuai, ianya akan diubah serta merta. Peringkat yang kedua, pengamatan dalam pengumpulan data; pengkaji membuat kajian secara berhati-hati tanpa menimbulkan perasaaan kurang senang oleh sampel atau orang lain yang berkaitan. Dalam peringkat ini, segala data yang diperolehi akan dicatatkan secara rasmi. Peringkat ketiga, penganalisian data; melibatkan pencarian atau penetuan tema diterima atau ditolak oleh sampel.

3.7CARA PENGANALISAN DATA

Untuk menganalisis data, data Ujian Pra dan Pasca akan dikumpulkan dan dijadualkan. Data tersebut akan diproses dan dipindahkan ke dalam bentuk graf. Perbincangan dan perbandingan graf akan dibuat untuk membuktikan keberkesanan latihan ansur maju terhadap kemahiran drag flick.

Bil RespondenMata Ujian Pra

81

82

143

Jadual 2.0Keputusan Ujian Pra

Carta 1.0Keputusan Ujian Pra

Bil RespondenMata Ujian Pasca

53

104

155

Jadual 3.0Keputusan Ujian Pasca

Carta 2.0Keputusan Ujian Pasca4.0ANALISA DATA

4.1PROFIL RESPONDEN

Penelitian profil responden ini dilakukan dengan cara mengkategorikan setiap item pada diri setiap pelajar / pemain. Kategori-kategori ini ialah dari segi latar belakang keluarga, tempat tinggal, jumlah pertandingan yang pernah disertai dan jumlah gol yang pernah dilakukan.

Bil PelajarLatar Belakang

18Sederhana

12Berada

Jadual 4.0Analisa Latar Belakang Pelajar

Graf 3.0Analisa Latar Belakang PelajarBil PelajarLatar Belakang

15Luar Bandar

15Bandar

Jadual 5.0Analisa Tempat Tinggal Pelajar

Carta 4.0Analisa Tempat Tinggal PelajarBil PelajarJumlah Pertandingan Yang Pernah Disertai

30

51

103

125

Jadual 6.0Analisa Jumlah Pertandingan Yang Pernah Disertai

Carta 5.0Analisa Jumlah Pertandingan Yang Pernah DisertaiBil PelajarJumlah Gol Yang Pernah Dilakukan

50

152

105

Jadual 7.0Analisa Jumlah Gol Yang Pernah Dilakukan

Carta 6.0Analisa Jumlah Gol Yang Pernah Dilakukan

4.2LAPORAN DAPATAN KAJIAN

Seramai 30 orang pelajar hoki dari Tingkatan 2 akan menjalani ujian kemahiran asas yang telah ditetapkan di mana yang mempunyai markah terendah telah dipilih. Mereka dijadikan subjek kajian ini. Setelah selesai sesi pemilihan, mereka dilibatkan menjalani Ujian Pra kemahiran drag flick. Ujian tersebut adalah merupakan ujian ketepatan, iaitu ujian untuk menguji tahap kawalan kemahiran drag flick subjek.

Gol dibahagikan kepada beberapa kawasan markah yang bermula dari 0-3. Markah 0 adalah subjek gagal untuk memasukkan bola ke dalam gol. Manakala, markah 3 dan 2 adalah kawasan yang berpotesi tinggi untuk jaringan gol dihasilkan. Markah 1 pula adalah kawasan tengah gol yang mempunyai potensi paling rendah untuk menjaringkan gol dalam situasi sebenar permainan. Setiap subjek diberikan sebanyak 12 kali cubaan. Setiap skor dicatat dan dikategorikan dari aras yang paling tinggi ke aras yang paling rendah, bermula dengan cemerlang, baik, sederhana, lemah, sangat lemah dan gagal.

Pelaksanaan ujian ini dijalankan dengan menggunakan manual TID (Program Mengenalpasti bakat) bagi ujian specific sukan hoki iaitu kemahiran menjaring yang dikeluarkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan, kepelbagaian latar belakang pelajar, dan beberapa item penting dalam mengkategorikan pelajar memberikan impak kepada prestasi peningkatan kemahiran mereka setelah menjalani ansur maju teknik Drag Flick ini. 5.0RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1RUMUSAN HASIL KAJIAN

Secara keseluruhannya, saya akan merumuskan data yang diperolehi untuk membuktikan bahawa aktiviti dan kaedah ansur maju yang dilakukan boleh menyelesaikan masalah dalam melakukan drag flick serta meningkatkan prestasi drag flick pelajar tingkatan 2, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar. Dapatan kajian ini akan dapat dijadikan contoh dan panduan kepada semua pendidik dan jurulatih yang menghadapi kesukaran untuk meningkatkan kemahiran drag flick pelajar mereka.

Kekuatan yang boleh saya nyatakan di sini, secara yakinnya saya boleh katakan bahawa penggunaan kaedah ansur maju sememangnya membantu dalam menerapkan kemahiran pemain hoki. Juga tidak mustahil pelajar lain juga akan tertarik dengan permainan hoki pada masa akan datang.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang telah dikenalpasti semasa sesi kajian berlangsung seperti arahan yang sukar difahami. Walaupun arahan yang diberikan disertakan dengan demonstrasi, namun terdapat pemain yang kelihatan membandingkan teknik tersebut ialah kemahiran sedia ada mereka walhalnya sememamngnya itulah kemahiran yang mereka ada tetapi masih tidak tinggi kemahirannya. Selain itu, masa kajian juga amat singkat jika dibandingkan dengan masa yang digunakan oleh latihan di peringkat nasional. Hal ini memungkinkan mereka akan lupa sekiranya kemahiran ini tidak diteruskan pada waktu-waktu yang lain.

5.2PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Perkara yang harus ditegaskan dalam kajian ini ialah keputusan yang diperolehi mengenai keupayaan pemain untuk mahir dalam gerakan Drag Flick dengan kaedah ansur maju bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor. Berdasarkan kajian ini, dapat dilihat perbezaan yang signifikan pada empat erientasi kecergasan, faktor latar belakang keluarga, persahabatan dan keseronokan.

Ianya menyokong pendapat Halliwel (1980) yang menyatakan bahawa dalam bidang sukan terdapat ramai yang mempunyai perubahan apabila menyertai sesuatu aktiviti dan mendapat faedah daripadanya. Ini menunjukkan bahawa pelajar lebih suka melibatkan diri dalam arena permainan kerana pengaruh dari rakan-rakan yang ingin mendapatkan sesuatu faedah dari permainan seperti keseronokan, persahabatan dan sebagainya. Kajian ini turut mengukuhkan pendapat Gill (1986) bahawa motif penglibatan memainkan peranan penting dalam sukan. Menurut beliau, kebanyakan atlit yang melibatkan diri dalam sukan adalah berdasarkan faktor ingin berseronok, suka akan sukan tersebut, beraksi dan kepuasan. Tambah beliau lagi, ganjaran seperti piala, baju atau kewangan akan membolehkan seseorang individu terbabit berlatih dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Terdapat pelbagai faktor motif yang menjadi motif peningkatan seseorang pemain di dalam sesuatu permainan seperti hoki. Berdasarkan dapatan kajian secara keseluruhannya, faktor yang menjadikan mereka pantas memahirkan diri dalam kemahiran Drag Flick ialah disebabkan tempat asal mereka yang mana pemain yang berasal dari bandar cepat mahir dan juga faktor kekaguman terhadap ganjaran yang akan diperolehi. Selain daripada itu, faktor keseronokan apabila menang juga menjadi faktor mereka cepat belajar teknik ini. Melalui faktor keseronokan, item-item yang terkandung dalam faktor ini seperti minat, menyeronokkan dan mendapat kepuasan dari permainan yang disertai. Ini merupakan pemangkin kepada berapa pantasnya pelajar-pelajar ini meningkatkan kemahiran mereka dalam teknik yang baru sahaja dipelajari. Penemuan faktor-faktor ini dalam dapatan kajian ini menyokong lagi pendapat yang dikemukakan oleh Magill (1982) yang mengatakan bahawa motif penglibatan kanaj-kana dalam aktiviti sukan didorong oleh faktor keseronokan, ingin mempelajari kemahiran baru, mendapatkan kecergasan fizikal dalam aktiviti sukan dan ingin berinteraksi dengan rakan sebaya.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa faktor keseronokan dan mendapat kemahiran baru merupakan faktor utama yang menjadikan kajian ini berjaya dengan kemahiran teknik ini dapat dikuasai oleh hampir semua pemain. Kajian oleh Scanlan dan Lewthwaite (1986) juga menyatakan bahawa keseronokan dalam sukan sebagai kesan kepada motivasi diri. Justeru faktor-faktor ini menjadi pendorong kepada cepatnya kemahiran ini di kuasai. Menurut Gill dan rakan-rakannya (1983) yang melakukan kajian terhadap 750 orang pelajar lelaku dan 418 orang pelajar perempuan dari Summer Sport School mengemukakan keputusan yang diperoleh. Sebab utama mereka menyertai sukan ialah untuk memperbaiki kemahiran, untuk cabaran dan untuk kecergasan fizikal. Analisis kajian mereka selanjutnya menunjukkan faktor peningkatan kemahiran adalah salah satu faktor yang menjadi pilihan responden. Kajian yang dijalankan oleh Longhurst dan Spink (1987) ke atas 5 jenis sukan juga menunjukkan motif utama atlit melibatkan diri dalam mempelajari atau kursus mempelajari kemahiran baru adalah untuk peningkatan kemahiran dan mempelbagaikan kemahiran diri dalam permainan.

Keputusan kajian membawa kepada implikasi yang baik dan ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap bidang sukan bukanlah suatu bidang yang tidak penting bagi mereka. Ini bersesuaian dengan pendapat yang dikemukakan oleh Kim (1991), bahawa atlit perlu dimotivasikan untuk mencapai prestasi cemerlang dan superior dari segi kemahiran dan tahap psikologinya. Faktor orientasi kecergasan turut merupakan faktor yang terpenting bagi pelajar tingkatan 2 Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ini. Walaupun tidak sependapat dengan keputusan kajian oleh Longhurst dan Spink (1987) di mana kajian mereka mendapati bahawa motif meningkatkan kemahiran merupakan faktor kedua terpenting di belakang faktor memperbaiki kemahiran. Percanggahan keputusan kajian tidak menafikan bahawa faktor ini turut memainkan peranan penting dan mempengaruhi penglibatan seseorang individu untuk mengikuti sesi kemahiran diri dalam kemahiran permainan seperti hoki ini.

Seterusnya faktor yang menjadikan kesemua pemain menunjukkan keputusan positif di dalam kajian ini ialah faktor orientasi yang mana dapatan faktor ini mengukuhkan lagi kenyataan yang dibuat oleh Cruz dan Viana (1989) di mana untuk mengenalpasti motif penglibatan mereka dalam ujian peningkatan kemahiran permainan hoki menunjukkan minat kepada semangat berpasukan yang mana ini juga merupakan faktor untuk berjaya dalam menguasai sesuatu kemahiran baru. Selain itu, kajian oleh Carron dan Bill (1976) membuktikan bahawa faktor semangat berpasukan merupakan antara faktor yang terpenting dalam aktiviti kajian ini. Faktor orientasi pasukan penting bagi sesuatu pasukan yang lebih kepada berpasukan atau berkumpulan. Semangat serta kerjasama pasukan wujud apabila setiap individu dalam pasukan menganggap dirinya ialah sebahagian daripada ahli pasukan dan akan melakukan yang terbaik untuk kumpulannya. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada Gill (1986) iaitu kejayaan pasukan bergantung kepada kebolehan setiap individu dalam melaksanakan tanggungjawab dalam kumpulan tersebut. Faktor semangat berpasukan ini perlu dipupuk dan ditingkatkan kerana ianya bukan sahaja dapat menarik minat atlit untuk melibatkan diri dalam aktiviti peningkatan kemahiran malah ia sebenarnya menjadi faktor kejayaan dalam permainan. Carron (1982) menyatakan kerjasama merupakan satu proses yang dinamik yang mana mencerminkan kewujudan hubungan yang erat dan bersatu padu untuk memenuhi tujuan dan objektif mereka. Oleh itu, penglibatan individu dalam program peningkatan kemahiran teknik bermain sangat dipengaruhi oleh faktor semangat berpasukan yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang sama.

Faktor pembebasan tenaga merupakan faktor seterusnya dalam motif penglibatan pelajar dan mempelajari teknik kemahiran Drag Flick ini bagi pelajar tingkatan 2 Sekolah Sukan Tunku Ismail. Walaubagaimanapun, kajian Gill dan rakan-rakannya (1983) dan Longhurst dan Spink (1987) kurang bersetuju dengan hasil kajian ini dengan hasil kajian mereka kerana hasil kajian mereka mendapati faktor ini kurang diminati oleh kebanyakan atlit di seluruh dunia. Seterusnya faktor persahabatan adalah pilihan seterusnya bagi kesemua pemain-pemain ini yang terlibat dalam mempelajari teknik Drag Flick ini. Penglibatan pemain-pemainini membolehkan mereka bersama-sama dengan guru, rakan-rakan dan sahabat handai mereka. Penglibatan pemain dalam permainan membolehkan mereka dapat lebih mengenail rakan-rakan mereka dan pada masa yang sama, dapat mengenali rakan-rakan yang baru dikenali apabila terlibat dalam sesuatu pertandingan. Elemen ini dibuktikan oleh Bergerone dan rakan-rakan (1985) apabila mendapati kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan diri dalam mini permainan bola tampar adalah kerana inginkan rakan baru, bersama rakan sebaya, penglibatan ibu bapa serta kemudahan yang berdekatan dengan kediaman mereka. Berdasarkan keputusan ini, dapatlah dirumskan bahawa pengaruh rakan juga dapat mendorong pelajar atau pemain berusaha untuk meningkatkan prestasi kemahiran mereka dan mempelbagaikan kemahiran mereka demi mencapai matlamat yang sama dalam pasukan.

Faktor situasi yang merupakan faktor terakhir dalam penglibatan pelajar dalam berusaha meningkatkan kemahiran dengan teknik drag flick ini. Walaupun faktor ini bukan merupakan faktor penyumbang kepada kemenangan dalam permainan, tetapi faktor ini boleh menjadi faktor penting dalam memberi motivasi kepada mereka. Faktor ini juga perlu diberi perhatian dari semasa ke semasa untuk memastikan pelajar atau individu kekal dengan aktiviti yang mereka sertai. Faktor status pencapaian hasil dari pertandingan mereka dapat memberikan mereka motivasi diri yang penting supaya mereka lebih berusaha untuk mencapai kejayaan di dalam pertandingan di masa hadapan.

5.3IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan-dapatan kajian yang dinyatakan dan dihuraikan di atas mempunyai beberapa implikasi terhadap permainan hoki bagi pasukan yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 2 Sekolah Sukan Tunku Ismail, Johor, khususnya terhadap teknik bermain di dalam latihan dan permainan.

Pertamanya, dapatan-dapatan kajian ini member natijah bahawa perancangan program atau aktiviti dalam latihan peningkatan kemahiran permainan hoki adalah vital dalam menentukan keberkesanan latihan tersebut apabila memasuki peringkat pertandingan.

Kedua, dapatan-dapatan kajian ini mengukuhkan lagi pandangan Morrison (1995) bahawa penyediaan program atau aktiviti yang berkualiti memerlukan perancangan yang teliti. Walau bagaimanapun dapatan dari kajian ini juga member gambaran kepada kita bahawa guru atau jurulatih perlulah mempunyai orientasi linguistic dan psikologi untuk membantu para pemain dalam memahirkan diri mereka dengan kemahiran baru.

Dapatan kajian ini juga menyokong sukatan kokurikulum Kebangsaan yang ingin menerapkan kepelbagaian kemahiran dalam diri pelajar demi menghadapi cabaran di dalam pertandingan dan seterusnya mencapai kejayaan. Hakikat ini menggambarkan bahawa guru-guru yang bertindak sebagai jurulatih perlulah mempunyai orientasi linguistic dan psikologi tertentu yang dapat membantu para pemain / pelajar dalam mentafsir ilmu yang diajarkan kepada mereka serta mampu memilih strategi, membina dan menyusun gerak langkah secara berkesan.

Hakikat yang ternyata di atas mempunyai implikasi tertentu terhadap latihan permainan hoki di masa akan dating. Ia membayangkan bahawa angkubah guru sebagai model dan pengajar mempunyai hubungan yang rapat. Dari sudut lainnya, amalan pendekatan, prosedur dan teknik serta bahan yang disediakan oleh guru mempunyai hubungan dengan keberkesanan sesuatu program.

5.4CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini telah meninjau tentang kaedah ansur maju yang digunakan bagi melatih pemain dalam mempelajari teknik Drag Flick dalam permainan hoki yang mana harapan untuk melihat teknik ini digunakan di dalam pertandingan dan seterusnya mencapai kecemerlangan. Kekerapan penggunaan teknik yang sama dalam permainan oleh para pemain hoki yang terlibat dalam pasukan hoki di mana pemain-pemain ini adalah dari kalangan pelajar tingkatan 2 Sekolah Suka Tunku Ismail telah menjadikan tahap permainan berada di takuk yang lama. Analisis pencapaian dalam ujian pra dan pasca semasa kajian ini memperlihatkan bahawa, secara kuantitatifnya, penggunaan teknik kemahiran yang berlainan, adalah mengikut faktor-faktor latar belakang peserta kajian iaitu, jantina, latar belakang keluarga, tempat tinggal dan juga minat, menujukkan bahawa perkaitan semantik wujud dalam diri kesemua pelajar ini.

Dapatan kajian ini diharapkan akan membantu guru-guru dan jurulatih-jurulatih pasukan hoki Sekolah Sukan Tunku Ismail dan juga sekolah-sekolah lain yang menggunakan hasil kajian ini. Kajian ini akan membantu semua yang berkenaan untuk merancang dan melaksanakan pengajaran kemahiran teknik Drag Flick dengan menggunakan kaedah ansur maju yang baik. Melalui kajian ini dapat dibuktikan bahawa penggunaan kaedah sebenar dan betul akan membantu para pemain untuk mahir dalam jangka masa yang singkat dan mengikut jadual.

Dapatan kajian membuktikan bahawa penguasaan terhadap teknik ini penting dalam permainan hoki. Ini bererti para guru perlu memberikan penekanan terhadap kaedah mempelajari teknik ini. Mereka seharusnya mengajar cara mempelajari teknik ini dengan betul dan mengikut kesesuaian pemain. Dengan itu, pemain tanpa perlu dipaksa dan ditekan dapat meningkatkan kemahiran mereka sendiri dan seterusnya dapat mempelbagaikan kemahiran dalam permainan demi kualiti dalam permainan.

Berdasarkan dapatan kajian ini, langkah permainan yang baik dan menunjukkan mutu yang baik dapat menjamin peratus kemenangan dalam permainan. Ini bererti kemahiran yang betul merupakan satu faktor utama dalam menentukan samada seseorang pemain itu ialah pemain yang bagus atau tidak. Dengan ini dicadangkan aspek pengajaran kemahiran teknik Drag Flick harus dijadikan sebagai salah satu kemahiran dalam sukatan pengajaran permainan hoki di peringkat sekolah menengah bagi memperkukuhkan kemahiran bermain dalam kalangan pelajar.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan pencapaian kemahiran antara terutamanya berkait dengan latar belakang. Ini memberikan implikasi bahawa pelajar yang berbeza latar belakang memerlukan pengajaran secara langsung. Maka, guru perlu peka terhadap tahap keupayaan pelajar menguasai kemahiran menggunakan teknik Drag Flick. Mereka juga perlu merancang teknik pengajaran secara ansur maju yang sesuai supaya pelajar tidak terlewat peningkatan kemahirannya. Guru-guru perlu memperbanyakkan latihan dan membuat diagnosis terhadap prestasi pelajar. Sekolah juga perlu mengadakan latihan perkembangan staf kepada guru-guru untuk membantu memantapkan kemahiran permainan hoki dengan teknik Drag Flick ini dengan menjemput pakar ataupun jurulatih hoki yang sebenar.

Oleh itu, dapat diringkaskan, hasil daripada dapatan dan pemerhatian semasa menjalankan kajian ini, cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

1. Menaikkan kemahiran ansur maju ke satu tingkat tahap mengikut turutan dan tidak melangkauinya agar pemain tidak terbeban. 2. Melibatkan penggunaan TMK seperti video perlawanan sebenar bagi menghasilkan focus mereka terhadap teknik yang digunakan oleh orang lain. 3. Menggunakan tutur kata yang standard bagi memudahkan responden untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.6.0PENUTUP

Sebagai penutupnya, dapat saya katakan di sini bahawa data yang telah diperolehi dapat membuktikan kemahiran seseorang pemain dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah ansur maju. Maka sekiranya diteruskan dengan sesuatu teknik tanpa ansur maju, pemain tidak akan dapat memahirkannya atas sebab kejutan atau sebagainya. Begitulah juga dengan teknik Drag Flick yang mana dengan kemahiran yang tinggi dalam Drag Flick, tidak mustahil seseorang pemain dapat memasukkan gol yang banyak dalam sesuatu permainan berbanding dengan pemain yang tidak menggunakan teknik ini. Dapatan kajian ini berguna bagi semua jurulatih sekolah yang sememangnya menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas mereka. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini telah berjaya mengkaji keberkesanan teknik Drag Flick dalam permainan hoki.

TINDAKAN

PEMERHATIAN

REFLEKSI

PERANCANGAN

1