hoki ansur maju
Post on 07-Apr-2018
235 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/6/2019 hoki ansur maju
1/28
1
1.0 PENGENALAN
Antara permainan yang terkenal di dunia ialah hoki. Ia telah
diperkenalkan pada 1890 dan telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik
pada tahun 1928. Terdapat banyak perubahan yang berlaku di dalam sukan
hoki sejak diperkenalkan kira-kira 100 tahun dahulu. Antara perubahan yang
berlaku termasuklah undang-undang permainan, cara bermain dan lain-lain
lagi.
1.1 PERKEMBANGAN PERATURAN HOKI
Seperti yang telah dinyatakan di atas, berlaku banyak perubahan di
dalam sukan hoki. Contohnya, penggunaan kayu hoki yang pada asalnya
menggunakan kayu ash atau kayu oak yang mempunyai lengkung semulajadi
di hujungnya ditukarkan kepada kayu kilas (reverse stick).
Contoh seterusnya ialah penggunaan bola gabus yang telah
ditukarkan kepada bola kriket yang dicat putih dan seterusnya ditukarkan
kepada bola yang berwarna putih. Selain daripada peralatan permainan,
padang juga mengalami proses perubahan seiring dengan peredaran zaman.
Pada asalnya padang hoki berukuran 180 meter panjang dan 54 meter lebar,
namun kini, padang hoki hanya berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter
lebar.
8/6/2019 hoki ansur maju
2/28
2
Selain daripada padang, pintu gol turut menerima tempias yang
serupa. Hal ini kerana, pintu gol telah didirikan dengan menggunakan dua
tiang gol dan diletakkan 9 meter antara satu sama lain. Selain itu, di
kawasan gol juga tidak mempunyai kawasan D. Namun, pada 1890, batang
mendatar (crossbar) telah diperkenalkan beserta bulatan pukulan (striking
circle).
1.2 PERKEMBANGAN HOKI ANTARABANGSA
Negara-negara seperti Wales, Scotland, Ireland, Belgium dan Perancis
telah menerima peraturan terperinci hoki yang telah dirangka pada tahun
1886. Hal ini memudahkan mereka melakukan perlawanan antarabangsa.
Namun, pada 1912, hoki telah dihentikan sementara ekoran daripada Perang
Dunia Kedua. Pada 1920, hoki dipertandingkan semula di dalam Sukan
Olimpik namun terpaksa digugurkan semula pada tahun 1924 kerana tiada
badan induk dunia yang mengawal permainan ini.
Hal ini menyebabkan pemimpin hoki Perancis mengambil inisiatif untuk
memanggil negara-negara yang berminat dengan sukan ini untuk tampil
menghadiri mesyuarat bagi menubuhkan badan antarabangsa bagi
permainan hoki. Meskipun negara-negara seperti Belgium dan Ireland tidak
menghadirkan diri, namun mereka menjadi ahli selepas Sukan Olimpik. India
juga menyertai badan ini dan merupakan negara bukan putih pertama yang
menyertainya.
Kini, hoki telah berkembang ke tujuh-tujuh benua dan mempunyai 112
buah negara yang menganggotai Persekutuan Hoki Antarabangsa.
Persatuan ini telah menganjurkan beberapa pertandingan bertujuan untuk
8/6/2019 hoki ansur maju
3/28
3
memajukan sukan ini. Antara penganjuran mereka ialah Piala Dunia, Piala
Dunia bagi Belia, Sukan Olimpik dan sebagainya.
1.3 PERKEMBANGAN HOKI DI MALAYSIA
Pada tahun 1948, sebuah badan rasmi telah ditubuhkan untuk
mengawal sukan hoki di Tanah Melayu. Badan ini dinamakan Majlis Hoki
Malaya dan telah ditubuhkan bersama-sama Singapura. Namun, pada 1953,
persatuan ini barulah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
Kini, pertubuhan sukan ini lebih dikenali sebagai Persekutuan Hoki
Malaysia dengan penyertaan daripada semua negeri sebagai ahli. Secara
ringkas, persatuan ini mempunyai pertandingannya sendiri iaitu Pertandingan
Piala Sultan Azlan Shah yang secara rasminya merupakan salah satu
pertandingan peringkat antarabangsa pertama Malaysia. Pertandingan ini
diadakan dua tahun sekali.
Pertubuhan Hoki Malaysia juga telah menubuhkan sebuah yayasan
untuk menjaga kebajikan para atlit dan untuk memberi bantuan kepada atlit
yang ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian.
Setelah hampir 61 tahun hoki diperkenalkan di negara kita, banyak
perubahan telah berlaku. Antaranya, pasukan negara kita merupakan antara
15 pasukan terbaik dunia. Selain itu, pasukan kita juga telah menyertai
pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa yang lain seperti Sukan
Komanwel, Piala Dunia dan Piala Dunia Remaja.
8/6/2019 hoki ansur maju
4/28
4
2.0 PERALATAN SUKAN
Setiap permainan mempunyai peralatannya tersendiri. Begitu juga
dengan hoki. Bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa bermain, kita
perlulah mengenali peralatan-peralatan yang telibat.
2.1 PADANG
Ciri-ciri padang hoki adalah seperti berikut:
i) Berbentuk segi empat bujur.
ii) Berukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar.
iii) Garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisan lebar
dikenali sebagai garisan belakang.
Untuk lakaran gambar padang hoki, rujuk lampiran (a).
8/6/2019 hoki ansur maju
5/28
5
2.2 BULATAN JARINGAN (STRIKING CIRCLE)
Ciri-ciri bulatan jaringan ialah:
i) Satu garisan dengan panjang 3.66 meter selari dengan garisan gol di
tengah garisan berukuran 14.63 meter.
ii) Dua suku bulatan dengan radius 14.63 meter dilukis bermula dari
garisan 3.66 meter ke garisan belakang.
iii) Dikenali sebagai kawasan D.
iv) Strok penalti berada 6.4 meter di hadapan gol, manakala garisan bagi
sudut penalti yang lain berada 5.0 meter dan 10.0 meter dari tiang gol
kiri atau kanan.
2.3 PINTU GOL
Setiap permainan mempunyai gol. Begitu juga hoki. Tanpa gol, sesuatu
permainan itu tidak mempunyai matlamat untuk dicapai. Bagi permainan
hoki, setiap pasukan mempunyai pintu gol masing-masing. Ciri-ciri bagi pintu
gol hoki adalah seperti berikut:
i) Terletak di tengah-tengah garisan belakang.
ii) Diperbuat daripada dua tiang yang disambungkan dengan sebuah
palang mendatar (crossbar) dan jarak antara dua tiang tersebut ialah
3.66 meter.
iii) Ketinggian tiang berukuran 2.14 meter.
iv) Tiang tengah dan tiang mendatar berbentuk segi empat bujur
berukuran 5.0 mm lebar dan dalam antara 5.0 m 7.5 m.
v) Semua tiang gol dicat putih.
8/6/2019 hoki ansur maju
6/28
6
2.4 JARING
Jaring merupakan pasangan bagi pintu gol. Jaring diikat kukuh
kepada tiang tengah dan tiang mendatar. Jaring mempunyai mesh
berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.
2.5 TIANG-TIANG BENDERA
Di setiap empat penjuru padang terdapat empat tiang bendera yang
dinamakan bendera sudut. Bendera-bendera ini dipacakkan dengan
ketinggian 1.20 meter hingga 1.50 meter. Bendera-bendera ini diletakkan di
luar sudut dan ia diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin
keselamatan pemain.
2.6 BOLA
Ciri-ciri bola:
i) Keras, pejal atau kosong
ii) Permukaan licin
iii) Berwarna putih (warna lain dengan persetujuan kedua-dua belah
pihak)
iv) Berat : 156 g (minimum) 163 g (maksimum)
v) Ukur lilit : 224 mm (minimum) 235 mm (maksimum)
8/6/2019 hoki ansur maju
7/28
7
2.7 KAYU HOKI
Sebatang kayu hoki yang baik perlulah:
i) Rata di sebelah kiri (muka kayu) dan berbentuk bulat (backstick) di
sebelah kanan.
ii) Pada bahagian back stick tidak dibenarkan untuk memukul bola.
Hanya permukaan muka kayu yang dibenarkan.
iii) Bahagian lengkok kayu dipanggil kepala kayu dan berbentuk J atau
U.
iv) Kayu hoki perlulah licin dan tidak mempunyai unsur tajam dan
merbahaya di tepi-tepi kayu.
v) Tebal kayu dihadkan, di mana sebuah gelung yang berdiameter 51
mm boleh melepasinya.
vi) Kayu hoki diperbuat daripada apa-apa bahan sekalipun kecuali logam,
tetapi perlulah menepati berat yang telah ditetapkan iaitu tidak
melebihi 737 g.
2.8 KASUT
i) Sukan hoki membenarkan pemainnya memakai apapun jenis
kasut yang sesuai. Namun, kasut-kasut yang membahayakan
pemain lain seperti kasut yang mempunyai pancang (spikes)
tetungku atau paku-paku tidak dibenarkan sama sekali. Kasut
yang mempunyai tetungku getah amatlah digalakkan. Kasut
khas turut digunakan ketika pemain bermain di atas permukaan
sintetik bagi memudahkan pergerakan pemain.
8/6/2019 hoki ansur maju
8/28
8
2.9 ALATAN PENJAGA GOL
Penjaga gol dalam sukan hoki perlulah menjaga keselamatan dengan baik.
Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranannya yang berbahaya. Antara
alat keselamatan yang perlu dipakai oleh penjaga gol adalah seperti:
i) Ped kaki
- Dipakai pada pergelangan kaki hingga lutut.
- Dipasang bersama kickers.
- Bahagian kaki yang biasa tercedera ialah kekuda kaki dan tempat
di mana ped-ped disambungkan kepada kickers diatas
pergelangan kaki.
- Ped hanya berdimensi 300 mm makimum apabila dipakai untuk
suatu permainan.
ii) Sarung tangan
- Diperbuat daripada kulit dan plastik
- Sarung tangan penting untuk memberi keyakinan kepada penjaga
gol untuk menahan bola yang dipukul pada kelajuan 140 160 km
sejam.
- Sarung tangan juga perlu lembut supaya boleh memegang kayu
hoki dengan kukuh.
- Sarung tangan tidak boleh melebihi 228 mm lebar dan 355 mm
panjang.
8/6/2019 hoki ansur maju
9/28
9
iii) Alat-alat lain
- pelindung dada
- ped-ped bahu
- penutup muka
- pelindung mulut
- seluar berped
- pelindung kemola (untuk penjaga gol lelaki)
2.10 PERMUKAAN BERMAIN
Permukaan sintetik kian popular digunakan di setiap penganjuran
sukan dunia.