asaimen hoki

Download Asaimen Hoki

Post on 02-Jun-2018

238 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Asaimen Hoki

    1/27

    KBK 3063

    SOKONGAN DALAM KOMUNITI

    TUGASAN 2 :

    KUMPULAN

    GROUP UPSI08

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFONJUNIZA BINTI KASEM D20102041649 019-5555047

    NAMA TUTOR E-LEARNING :

    TARIKH SERAH : 23 NOVEMBER 2014

    PEMARKAHAN

    TUGASAN 2 40

    JUMLAH

    KURIKULUM PDK MENGUTAMAKAN MODUL KEMAHIRAN ASAS MANAKALA

    KURIKULUM DI SEKOLAH UNTUK MURID BERKEPERLUAN KHAS MEMFOKUSKAN

    KEPADA KEBOLEHDIDIKAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS. SECARA

    ILMIAH BANDINGKAN KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DI PDK DAN DI

    SEKOLAH.

  • 8/10/2019 Asaimen Hoki

    2/27

    PENGENALAN

    Hoki merupakan sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara

    seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis sukan yang dimainkan di atas padang

    rumput atau astrotuf, dan sejenis lagi yang dimainkan di dalam gelanggang ais. Di sesetengah

    Negara, hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang

    rumput atau astrotuf. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu hoquet yang

    kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris menjadi hockey. Di Malaysia, sukan

    hoki begitu terkenal dan dimainkan hampir di semua sekolah. Pihak Majlis Sukan Sekolah-

    Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan pertandingan hoki setiap tahun melibatkan kategori

    umur bawah 12 tahun dan 18 tahun. Perkembangan sukan hoki di Malaysia begitu

    membanggakan dan negara mampu bersaing dengan pasukan terhebat dunia dalamkejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Dunia (FIH).

    Pada mulanya sukan hoki di Ireland dikenali sebagai hurley , Wales dikenali dengan

    nama banty atau bandy manakala di Scotland pula ia dinamakan Shinty , tetapi permainan hoki

    sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet . Orang Belanda juga

    mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada

    orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840

    apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular disekolah-sekolah di England.

    Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh

    pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886

    pula Persatuan Hoki British (BHA) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal

    raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England

    telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci

    dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat

    juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama

    selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan- peraturan yang

    telah disusun oleh BHA dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England

    dengan Ireland telah diadakan. Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan

    kakitangan Inggeris yang bertugas di negara kita pada sekitar tahun 1892 dan perlawanan

    pertama secara rasmi dimainkan adalah antara Harris dan XI XI Whitley pada Nov 30, 1898

    di Kuala Lumpur. Pada peringkat awal, permainan hoki hanya berjaya menarik minat orang-

    orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di Tanah Melayu sahaja kerana penduduk tempatan

  • 8/10/2019 Asaimen Hoki

    3/27

    masih tidak dapat menerima permainan ini lagi. Namun, pada tahun 1904, perlawanan hoki

    antara negeri telah diadakan di antara pasukan Selangor dan pasukan Singapura. Selain itu,

    kelab yang dikuasai British di Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang juga mempunyai pertandingan

    mereka sendiri. Menjelang tahun 1920-an, terdapat lebih Malaya bermain permainan.

    Persekutuan Tanah Melayu berbanding siri Colony telah dimulakan pada tahun 1925.

    Bermula pada sekitar tahun 1920, permainan ini berjaya menarik minat penduduk

    tempatan dan bilangan mereka yang mempelajari dan bermain hoki semakin meningkat dari

    sehari ke sehari sehinggalah sukan ini menjadi salah satu acara sukan yang paling digemari.

    Permainan ini juga boleh dimainkan oleh semua peringkat umur sama ada lelaki mahupun

    wanita. Perlawanan hoki pertama telah diadakan di antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

    dan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1926. Negara kita berjaya menubuhkan pasukan hoki

    pada tahun 1932 hasil daripada usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan

    kebangsaan India dalam lawatan mereka ke negara kita dengan keputusan 7 - 0 berpihak

    kepada India. Pada ketika itu, pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas dalam

    Sukan Olimpik. Perlawanan tersebut juga telah mendorong dan memberi semangat kepada

    pasukan hoki negara untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun kemudian,

    pasukan hoki negara telah mengadakan lawatan persahabatan ke Hong Kong dan Macau di

    mana pasukan negara berjaya memenangi kesemua perlawanan persahabatan tersebut.

    Pasukan hoki Macau pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat

    mengadakan dua perlawanan persahabatan yang juga membawa kemenangan kepada pasukan

    Malaysia.

    Pada tahun 1946 di Taiping, Liga Hoki Malaysia telah dimulakan di negara kita untuk

    pertama kalinya. Pada tahun 1948, Persekutuan Hoki Tanah Melayu (PHM) telah ditubuhkan

    sebagai badan penyelaras permainan hoki di negara kita. Pada tahun 1953, Persatuan Hoki

    Dunia (FIH) telah menerima PHM sebagai ahli gabungannya. Oleh itu, ia telah memberi dan

    membuka peluang kepada pasukan hoki negara mengambil bahagian

  • 8/10/2019 Asaimen Hoki

    4/27

    dalam kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa. Tidak berapa lama selepas itu,

    PHM bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Olimpik

    Kebangsaan yang bertangungjawab dalam menyelaraskan pertandingan-pertandingan di

    peringkat antarabangsa.

    Perseketuan Hoki Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1954 dengan Herman Marie De Souza

    dipilih sebagai presiden dan Kandiah Aryaduray setiausaha. Sir Gerald Templer dan Sir

    Donald MacGillivray di Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu juga telah turut

    membantu dalam sebagai penasihat. Bermula pada tahun 1951, kejohanan hoki pertama telah

    dianjurkan oleh PHM dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Allahyarham Tun Abdul

    Razak adalah tokoh pertama yang dilantik sebagai Presiden PHM pada tahun 1957. Pada

    tahun tersebut, beliau telah menyumbangkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan

    di antara negeri. Piala tersebut dinamakan Piala Razak bersempena dengan nama beliau.

    Bagaimanapun, pertandingan ini hanya berjaya dianjurkan pada tahun 1963. Perlantikan Tun

    Razak sebagai Presiden PHM telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru

    kepada PHM serta orang ramai untuk memperbaiki mutu sukan ini di negara kita. Buktinya,

    sehingga kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan

    oleh PHM pada setiap tahun. Setelah itu, PHM telah diterajui oleh DYMM Seri Paduka

    Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dari tahun 1976 hingga 2004. Mulai tahun 2004

    hingga 2006, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Presiden PHM diikuti Tan Sri Dato Seri

    Mohammad Anwar Mohammad Nor dari tahun 2006 hingga 2008 dan KDYTM Tengku

    Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah dari tahun 2008 sehingga sekarang.

    Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi pasukan hoki negara kerana pada tahun

    tersebut, pasukan negara telah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di

    Melbourne, Australia. Negara kita berjaya menduduki tempat ke sembilan daripada dua belas

    pasukan yang bertanding. Selain itu, pasukan hoki negara juga turut mengambil bahagian

    dalam pertandingan Hoki Piala Dunia.

    Tujuan LatihanManual latihan ini adalah bertujuan:-a) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik secara

    berterusan. b) Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif.

    c) Menjadi satu paduan kepada jurulatih mengendalikan satu sistem latihan yang bersistematik.d) Melahirkan pemain yang bersikap positif dan melahirkan pemain yang berbakat.

  • 8/10/2019 Asaimen Hoki

    5/27

    Objektif Manual LatihanManual latihan ini pada keseluruhannya memuatkan contoh-contoh sukatan latihan, rancanganlatihan, gerak kerja serta latih tubi yang bersesuaian. Ia dibuat untuk jurulatih-jurulatih menjalanisatu sessi pengajaran permainan hoki ke atas kumpulan pelajar. Secara am, manual latihan inimerangkumi konsep dan sistem latihan, cara pengelolaan yang bersesuaian dengan tahap

    pencapaian pemain. Dari segi kejurulatihan, manual ini diharapkan:-a) Dapat membantu jurulatih mengetahui kelebihan-kelebihan yang diperolehi dalam menjalankanlatihan berdasarkan sukatan yang diberi.

    b) Dapat memberi tunjuk cara dan menjalankan latihan dengan lebih berkesan.

    KEMAHIRAN ASAS

    Kemahiran hoki dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:1. Kemahiran Individu

    2. Kemahiran Berkumpulan

    Bagi merancang program latihan Pra Pertandingan selama 6 minggu, kemahiran yang akan

    diajarkan dan diberi penekanan ialah:

    1. Mengawal bola dan mengelecek2. Memukul dan menahan bola

    3. Menolak, menguis dan menceduk

    4. Menghantar dan menerima

    Tujuan Latihan

    Manual latihan ini adalah bertujuan:-

  • 8/10/2019 Asaimen Hoki

    6/27

    a) Memberi satu latihan dengan tunjuk cara yang tepat berteraskan kepada prinsip

    mekanik