sajak persahabatan

3
SAJAK "PERSAHABATAN" KOMSAS TINGKATAN 2 Puisi karya Mohd. Amran Daud berjudul seringkas perkataan tunggal "Persahabatan" dimuatkan dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, muka surat 20 - 21. Sajak empat rangkap itu turut dipisahkan dengan angka roman I, II, III dan IV. Tema "Persahabatan" ialah perpaduan antara kaum mudah terjalin dalam kalangan kanak-kanak. Rangkap I menggambarkan kanak-kanak perempuan Melayu, rangkap II kanak-kanak perempuan Cina, dan rangkap III kanak-kanak perempuan India. Pengenalan keturunan setiap kanak-kanak perempuan itu digambarkan menerusi pakaian tradisi kaum yang mereka pakai. Rangkap IV ialah pandangan penyajak tentang dunia kanak-kanak yang tidak menghiraukan segala perbezaan sesama mereka untuk membentuk perpaduan. Ulasan rangkap demi rangkap I Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Kanak-kanak perempuan Melayu dapat dikenal pasti menerusi pakaian baju kurung, selain gadis cilik itu memiliki lesung pipit (garis yang terbentuk di pipi apabila tersenyum), serta alis matanya lentik. Pada mulanya si kanak-kanak perempuan Melayu itu bermain sendirian (keseorangan). Sebagai kanak- kanak, hanya gambaran kegembiraan yang menghiasi riak wajahnya, bibirnya yang menguntum senyum penuh ceria, dan dia ketawa berderai-derai (melantunkan ketawanya bersahaja) memecah suasana (menarik perhatian orang lain - kanak-kanak lain dan pemuisi). II Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan.

Upload: james-jackson

Post on 16-Jan-2016

93 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: SAJAK Persahabatan

SAJAK "PERSAHABATAN" KOMSAS TINGKATAN 2 Puisi karya Mohd. Amran Daud berjudul seringkas perkataan tunggal "Persahabatan" dimuatkan dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, muka surat 20 - 21. Sajak empat rangkap itu turut dipisahkan dengan angka roman I, II, III dan IV. Tema "Persahabatan" ialah perpaduan antara kaum mudah terjalin dalam kalangan kanak-kanak.

Rangkap I menggambarkan kanak-kanak perempuan Melayu, rangkap II kanak-kanak perempuan Cina, dan rangkap III kanak-kanak perempuan India. Pengenalan keturunan setiap kanak-kanak perempuan itu digambarkan menerusi pakaian tradisi kaum yang mereka pakai. Rangkap IV ialah pandangan penyajak tentang dunia kanak-kanak yang tidak menghiraukan segala perbezaan sesama mereka untuk membentuk perpaduan.

Ulasan rangkap demi rangkap

                     I           Seorang kanak-kanak           berbaju kurung nampak cantik           berlesung pipit beralis lentik           bermain-main riang, bermain keseorangan           pada wajahnya meriak gembira           pada bibirnya menguntum ceria           berderai ketawa mengocak suasana.

Kanak-kanak perempuan Melayu dapat dikenal pasti menerusi pakaian baju kurung, selain gadis cilik itu memiliki lesung pipit (garis yang terbentuk di pipi apabila tersenyum), serta alis matanya lentik. Pada mulanya si kanak-kanak perempuan Melayu itu bermain sendirian (keseorangan). Sebagai kanak-kanak, hanya gambaran kegembiraan yang menghiasi riak wajahnya, bibirnya yang menguntum senyum penuh ceria, dan dia ketawa berderai-derai (melantunkan ketawanya bersahaja) memecah suasana (menarik perhatian orang lain - kanak-kanak lain dan pemuisi).

                       II           Seorang kanak-kanak           berpakaian ceongsam bertocang dua           bergincu pipi tampak ceria           tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa           menghulur senyum dan ketawa manja           pada wajahnya menyerlah keriangan           mereka bermain alang-kepalang           berkejar-kejaran tanpa halangan.

Kanak-kanak perempuan Cina pula menyarung ceongsam, pakaian tradisi kaumnya. Rambutnya dirias bertocang dua, di samping bergincu pipi. Si gadis cilik Cina kemudian menyertai si gadis cilik Melayu bermain dengan bebas riang tanpa halangan. Mereka sama-sama bertegur sapa, senyum, ketawa manja, berwajah riang dan bermain alang-kepalang (hingga puas).

                     III           Seorang kanak-kanak           bersari bergelang kaki           bertindik hidung menguntum seri           melihat saja telatah manja           si comel berdua, bermain, dan tertawa           dirinya bagai digamit bermain bersama           mengongsi kemesraan           menterjemah makna kejiranan.

Page 2: SAJAK Persahabatan

Kanak-kanak perempuan India mengenakan pakaian tradisi sari dan bergelang kaki, selain bertindik hidung bagi menaikkan seri wajah. Pada mulanya dia hanya melihat sahaja kanak-kanak perempuan Melayu dan Cina bermain dan tertawa bersama-sama. Akhirnya, dia tidak dapat menahan diri untuk turut serta berkongsi kemesraan sebagai tanda semangat berjiran.

                          IV           Ah, kanak-kanak           biar berlainan agama           biar berlainan bangsa           mereka saling bersalaman           dan berpeluk mesra           tanpa menghiraukan adat dan budaya;           membina keakraban tanpa curiga           membentuk perpaduan tanpa prasangka           bersatu hati membentuk jati diri           ke arah wawasan lebih bererti!

Begitulah keistimewaan kanak-kanak walaupun berlainan agama dan berlainan bangsa, mereka saling bersalaman dan berpeluk mesra. Adat dan budaya yang berbeza bukanlah penghalang untuk mereka menjadi akrab dan memupuk perpaduan. Tanpa perasaan curiga atau prasangka, mereka bersatu hati membentuk jati diri menuju wawasan yang sebenar.

Elemen komsas dalam sajak

Nilai:1   Perpaduan kaum2   Menghargai tradisi3   Semangat kejiranan4   Hormat-menghormati / bersangka baik5   Kemesraan

Persoalan:

1   Perpaduan antara kaum (dalam kalangan kanak-kanak)2   Pergaulan mesra antara kanak-kanak berlainan kaum / agama3   Kecintaan terhadap pakaian tradisi kaum4   Dunia kanak-kanak yang riang gembira tanpa curiga / prasangka5   Pemupukan perpaduan dalam kalangan kanak-kanak6   Permainan sebagai cara memupuk perpaduan

Pengajaran:

1   Kita hendaklah mengutamakan perpaduan2   Kita hendaklah mencintai pakaian tradisi kaum masing-masing3   Kita hendaklah menjauhi perasaan curiga / prasangka4   Kita hendaklah mencontohi persahabatan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berlainan agama / bangsa5   Kita hendaklah menggalakkan permainan yang memupuk perpaduan kaum