sajak aku membaca lagi
DESCRIPTION
Komponen komsas baharu mulai 2015 untuk tingkatan 4.TRANSCRIPT
SAJAK ‘AKU MEMBACA LAGI’
Disediakan oleh:
Muhammad Hazwan bin A.RahmanTan Hong Hee
Adrean Lim Say Jun
MAKSUDSAJAK
Penyajak mendongak ke langit. Penyajak berasa drinya kerdil melihat
kebesaran Ilahi yang mencipta berbagai-bagai fenomena alam.
Penyajak menyaksikan pelbagai keindahan alam yang dicipta Ilahi bagi
melengkapi kehidupan manusia
Penyajak sekali lagi mendongak ke langit. Penyajak mendapati masalah penggunaan Bahasa Melayu semakin
meruncing.
Penyajak masih mendongak ke langit dan mendapati
bulan dan bintang menangis kerana sedih melihat nasib
Bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa
peribumi sendiri.
Penyajak masih mendongak ke langit dan menyaksikan
langit menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan dilupakan anak
bangsa
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Rangkap 4
Rangkap 5
TEMA & PERSOALAN
TEMANasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan anak
bangsa.
PERSOALAN• Bahasa sebagai maruah bangsa• Peranan bangsa untuk mendaulatkan bangsa• Kesyukuran terhadap kebesaran Tuhan
BENTUK SAJAK
Berbentuk bebas dan tidak terikat
Jumlah patah kata tidak sama dalam setiap baris, iaitu satu hingga enam
patah kata
Rima akhir sajak ini bebas iaitu; abcde, abcd,
abcadae, abcd, abcd
Terdiri daripada lima rangkap
GAYA BAHASA
Repitisi
Metafora
Personifikasi
Helai demi helai - Rangkap 3, baris 6
Dahan dan ranting terkulai – Rangkap 3, baris 4
Wajah pelangi - Rangkap 2, baris 3Lantai tanah airku – Rangkap 3, baris 7
PENGAJARAN
Kita hendaklah memikul tanggungjawab mengangkat martabat bahasa Melayu yang semakin dilupakan.
Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu.
Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan atas ciptaan-Nya yang melengkapi kehidupan manusia.
TERIMAKASIH