sajak

46
SAJAK "ORANG TUA" OLEH :PUSPA RANI A/P MUNUSAMY Isnin Kelas 3f (1120-1240) dan 3d (1240-1400) Sajak Maksud Nampakkah kau wanita tua di tepi jalan mukanya comot rambutnya kusut membawa bersamanya beg usang berjalan ke sana ke mari tanpa suatu destinasi. Penyajak mengajak pembaca (kau) merenung nasib seorang wanita tua yang dilihatnya di tepi jalan dalam keadaan fizikal (penampilan diri) yang tidak terurus. Wanita tua itu menggalas sebuah beg buruk sambil merayau tanpa arah tujuan yang khusus. Nampakkah kau lelaki tua di hujung jalan kemejanya kotor seluarnya rabak duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan di restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong. Seorang lelaki tua di hujung jalan pula berpakaian compang- camping kelihatan terjelepuk kelaparan di sudut sebuah tangga. Dia hanya berharap dapat mengutip sisa makanan yang ditinggalkan oleh pelanggan sebuah restoran mamak untuk mengisi perutnya yang berkeroncong. Nampakkah kau darah berlumuran di jalan raya mayat si tua dibiarkan di situ dan di bilik mayat pula tiada siapa datang menuntutnya. Di sebatang jalan raya pula kelihatan darah keluar daripada mayat seorang warga tua yang terbabit dengan nahas. Mayat si tua tidak dipedulikan. Di hospital, tiada waris yang muncul. Nampakkah ia sepertimu mereka juga dicipta oleh-Nya tetapi bezanya mereka diabaikan ditinggalkan oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi Penyajak menggesa pembaca berfikir bahawa warga tua ialah insan yang sama seperti kita, iaitu sebagai makhluk ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka begitu malang angkara

Upload: aking-bakil

Post on 22-Oct-2015

104 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sajak

SAJAK "ORANG TUA"

OLEH :PUSPA RANI A/P MUNUSAMY

Isnin Kelas 3f (1120-1240) dan 3d (1240-1400)Sajak  Maksud

Nampakkah kau

wanita tua di tepi jalan

mukanya comot rambutnya kusut

membawa bersamanya beg usang

berjalan ke sana ke mari

tanpa suatu destinasi.

Penyajak mengajak pembaca (kau)

merenung nasib seorang wanita tua

yang dilihatnya di tepi jalan dalam

keadaan fizikal (penampilan diri) yang

tidak terurus. Wanita tua itu menggalas

sebuah beg buruk sambil merayau

tanpa arah tujuan yang khusus. 

Nampakkah kau

lelaki tua di hujung jalan

kemejanya kotor seluarnya rabak

duduk di sudut tangga

menunggu sisa makanan di restoran

mamak

untuk mengalas perut yang kosong.

Seorang lelaki tua di hujung jalan pula

berpakaian compang-camping kelihatan

terjelepuk kelaparan di sudut sebuah

tangga. Dia hanya berharap dapat

mengutip sisa makanan yang

ditinggalkan oleh pelanggan sebuah

restoran mamak untuk mengisi perutnya

yang berkeroncong.

Nampakkah kau

darah berlumuran di jalan raya

mayat si tua dibiarkan di situ

dan

di bilik mayat pula

tiada siapa datang menuntutnya.

Di sebatang jalan raya pula kelihatan

darah keluar daripada mayat seorang

warga tua yang terbabit dengan nahas.

Mayat si tua tidak dipedulikan. Di

hospital, tiada waris yang muncul.

Nampakkah ia sepertimu

mereka juga dicipta oleh-Nya

tetapi bezanya mereka diabaikan

ditinggalkan

oleh anak-anak jahil yang tidak berbudi

nampakkah kau?

Penyajak menggesa pembaca berfikir

bahawa warga tua ialah insan yang

sama seperti kita, iaitu sebagai makhluk

ciptaan Ilahi. Hanya nasib mereka begitu

malang angkara anak-anak derhaka dan

jahil yang tidak tahu mengenang budi

dan jasa ibu bapa. Penyajak mahu

pembaca memiliki kesedaran yang

sama.

Tema

Kesengsaraan  yang  dialami  oleh  warga  tua  akibat  diabaikan.

Page 2: Sajak

Persoalan

1)    Keprihatinan terhadap nasib warga tua

2)    Mengenang jasa ibu bapa

3)    Kasih sayang sesama masyarakat

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

1)   Repetisi  Nampakkah  kau

2)   Sinkope  Kau,  mu.

3)   Peribahasa mengalas perut.

4)   Bahasa puitis mukanya comot rambutnya kusut. 

5)   Asonansi - pengulangan 

vokal  ‘a’

tiada  siapa  datang menuntutnya.

6)   Aliterasi - pengulangan 

konsonan  ‘m’

membawabersamanya beg usang.

Nilai murni

1)    Keprihatinan 

2)    Mengenang budi

3)    Kasih sayang

Pengajaran

1)    Kita hendaklah prihatin terhadap nasib warga tua.

2)    Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa.

3)    Kita hendaklah menyayangi warga tua.

Soalan Pengukuhan

1. Nyatakan tindakan orang tua dalam rangkap kedua2. Huraikan pengajaran berserta contoh yang sesuai sajak ini

Page 3: Sajak

Antologi Harga Sebuah LukisanSajak Seorang Insan Istimewa Tg3NotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 21 Disember 2011 10:24

Seorang Insan Istimewa(Natasya Puteri)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD

TEMA

Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewatelah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

PERSOALAN

     Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkansebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan.

      Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insansempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya.

     Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya inibersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.

     Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diriinsan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.

    Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkanoleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

BENTUK                                                                                                                                                   

     Sajak ini berbentuk bebas.      Mengandungi empat rangkap.      Baris-baris ayat dan rima akhir    Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.

Rangkap Maksud1 Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk

dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.

2 Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.

3 Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

4 Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

Page 4: Sajak

    Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.    Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.    Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

GAYA BAHASA

     RepitisiContoh  :  Seorang insan istimewa.

      AnaforaContoh    :  sebuah.

     Responsi.Contoh  :  suatu.

     Asonansi – pengulangan vokal ‘e’Contoh  :  meneruskan kehidupan.

    Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’Contoh  :  bantulah, bimbinglah.

     InversiContoh  :  biar sukar mesti disempurnakan.

NILAI

     Nilai keredaanContoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.

      Nilai ketabahanContoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.

     Nilai simpatiContoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

     Nilai bantu-membantuContoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.

    Nilai keikhlasanContoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.

     Nilai amanahContoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

vii.    Nilai bertanggungjawabContoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawabmenolong golongan kurang upaya.

PENGAJARAN

     Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat.      Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita.     Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa.     Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.    Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.

SOALAN

     Nyatakan contoh gaya bahasa repitisi dalam sajak      Bagaimanakah cara untuk membantu orang kelainan upaya yang

disarankan oleh penyajak.

JAWAPAN

1. Contoh gaya bahasa repitisi ialah seorang insan istimewa

2. (R2 : B1 dan R3 : B1).

Page 5: Sajak

1. Cara untuk membantu orang kelainan upaya yang disarankan

2.  oleh penyajak adalah dengan memberi bantuan dan bimbingan secara ikhlas.

 

  

  

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com ©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed FaridE-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookLabels: Antologi Tingkatan 3 2012

Antologi Harga Sebuah LukisanSajak Rumput Tg3NotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 21 Disember 2011 10:23

Rumput(Khadijah Hashim)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD

Rangkap 1 Maksud

1 Keluhan insan yang nasibnya diibaratkan seperti rumput. Sebelum sempat untuk bangun dia sudah ditindas oleh seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.

2 Sebelum sampai hajatnya menunjuk bakat, ada pula yang memperkecil bakatnya tanpa menghiraukan nasib golongan susah demi keuntungan mereka semata-mata.

3 Penyajak menyatakan keluhan orang susah yang tiada apa-apa lebih malang berbanding orang susah yang masih ada tempat berlindung.

TEMA

Rintihan nasib seorang yang hina dan dipandang rendah. Golongan miskinselalunya dipandang rendah oleh orang lain.

PERSOALAN

Page 6: Sajak

     Sikap hormat-menghormati sesama insan walaupun terhadapgolongan yang kurang berkemampuan. Golongan yang berkedudukan tinggisering tidak menghormati golongan miskin

     Penghargaan kepada orang lain. Menghargai bakat seseorang ituwalaupun miskin.

    Penindasan terhadap golongan bertaraf rendah. Golongan bertarafrendah selalu menjadi alat untuk kepentingan golongan atasan.

     Cabaran dalam kehidupan. Walaupun berada dalam kesusahandan keperitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan.

BENTUK                                                                                                                                                   

     Sajak ini berbentuk bebas.     Mengandungi tiga rangkap.    Baris-baris ayat dan rima akhir    Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.    Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.    Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

GAYA BAHASA

    Sinkope.Contoh  :  tak.

ii.     Personifikasi.Contoh  :  tangan hendak menari.

iii.   RepitisiContoh  :  Baru saja.

iv.   AnaforaContoh  :  cepat.

v.    Asonansi – pengulangan vokal ‘u’Contoh  :  diserbu debu menutup muka.

vi.   Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’Contoh  :  ditambah lagi bau busuk asap lori.

vii.    SimileContoh  :  bagai menunggu mati.

NILAI

     Nilai ketabahanTabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

     Nilai kegigihanTidak berputus asa walaupun penindasan berlaku di mana-mana.

PENGAJARAN

     Kita janganlah menghina orang susah atau miskin.Sebagai seorang yang bernasib baik kita tidak sepatutnya menghina orang susah.

Page 7: Sajak

     Kita perlulah mempunyai sifat hormat-menghormatiterutamanya kepada golongan miskin.

    Kita janganlah memandang rendah akan bakat seseorang.     Kita janganlah menutup peluang orang lain terutamanya

peluang golongan susah atau miskin.

SOALAN

       Nyatakan rima akhir sajak dalam rangkap 1.       Berikan maksud perkataan mendongak yang terdapat dalam rangkap 1.

JAWAPAN

       Rima akhir sajak dalam rangkap 1 ialah aaabcddd.       Maksud perkataan mendongak yang terdapat dalam

rangkap 1 ialah mengangkat muka.

HIKAYAT INDERAPUTERA(DISENGGARA OLEH  ALI  HAJI AHMAD)

Sumber : Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)SinopsisCerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela  Syah.            Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian.            Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat.  Si tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang emas pula membuat gambar merak daripada emas.  Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar Inderaputera lalu menerbangkannya.  Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita.            Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan.  Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan.  Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah. Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.

Page 8: Sajak

Tema

Cerita ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.

Persoalan1.     Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Raja Bikrama Puspa tidak mahu berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera dilarikan merak emas.

2.     Persoalan keutamaan menurut arahan. Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa mengikut arahan membayar ufti kepada baginda.

3.     Persoalan kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Bunga-bunga di kebun Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah Nenek Kebayan memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat.

Watak dan PerwatakanWatak Utama Inderaputera

  Berwajah menarik.  Ayahandanya bernama Maharaja Bikrama Buspa  Bondanya bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi.  Seorang yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh oleh

orang lain.  Pandai membaca al quran .  Seorang yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menteri makan.

Watak SampinganNenek Kebayan

  Penyayang contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.  Seorang yang perihatin terhadap kesusahan orang lain.

Perdana Menteri  Seorang yang bersimpati terhadap nasib orang lain.  Mengambil Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.

LatarLatar Masa

   14 haribulan. Hari lnderaputera dilahirkan.

  Tujuh tahun.Tempoh Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas.

Latar Tempat   Negeri Semanta Puri.

Negeri ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa.   Di dalam istana Raja Bikrama Buspa.

Di sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas.   Di dalam kebun Nenek Kebayan.

Di tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah menyambarnya.         Di rumah Perdana Menteri.

Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera makan.

Page 9: Sajak

Latar Masyarakat         Latar masyarakat yang perihatin terhadap orang lain.

Nenek Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia dijatuhkan oleh burung merak emas.

   Latar masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku.        Latar masyarakat yang sayangkan kanak-kanak.        Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian dan keistimewaan yang luar biasa.

Inderaputera yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama Mamdu yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.

Gaya Bahasa1.     Kata ganda

Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya, hina-dina, gilang-gemilang 2.     Inversi

Tuan puteri pun beranaklah seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya 3.     Simile

Terlalu sekali elok paras rupanya seperti   matahari baharu terbit gilang-gemilang 4.     Bahasa istana

Baginda, santap, semayam 5.     Bahasa Arab

Al-Quran

Nilai           

1.     Nilai kebijaksanaan.Kebijaksanaan ketara ditonjolkan pada watak Inderaputera yang berjaya menewaskan gergasi bernama Mamdu dengan menggunakan kebijaksanaan.2.     Nilai kasih sayang.Hal ini ditunjukkan oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera.3.     Nilai pemurah.Maharaja Bikrama Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik nasib anaknya.4.     Nilai berbudi bahasa.Inderaputera sungguh berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya.5.     Nilai kejujuranInderaputera berlaku jujur  dengan menerangkan asal usulnya dan bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.

Pengajaran1.       Kita hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang tidak dijangka-jangka. Jika

tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan berlaku. Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak  emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan oleh burung berkenaan.

 2.       Kita hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sebagai contoh, Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya belajar mengaji selama tujuh tahun.

 3.       Kita mestilah menghargai jasa orang kepada kita.  Maharaja Bikrama Buspa menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan persalinan setelah menilik nasib Inderaputera.

 4.       Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang. Sikap ini ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri ketika berhadapan Perdana Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana Menteri tidak selesai makan.

Page 10: Sajak

Antologi Harga Sebuah LukisanProsa Tradisional Hikayat Marakarma NotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 21 Disember 2011 08:29

 Hikayat MarakarmaSumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

Bab 14

Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan

Prosa tradisional ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja Marakarma telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluar  berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak  berperang dan bertarung mengikut status masing-masing. Ramai yang tewas dalam peperangan, mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Hanya  Maharaja Indera Dewa sahaja yang terselamat.

Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ. Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalu menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malang dan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiada gunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.

Setelah mendengar berita kemangkatan ayahandanya di medan peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Sebelum pulang ke negeri Puspa Sari, Maharaja Marakarma telah mengarahkan Raja Rum Syah Ke negeri Anta Beranta yang telah kematian maharajanya. Kemudiannya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari bertemu pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam peperangan dan kemudiannya mereka pulang ke negeri Puspa Sari.

Setelah melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya Khairani pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan Puteri Cahaya Khairani. Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itu kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal  di negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang lain bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya dan ingin ditabalkan menjadi raja di negeri Anta Beranta. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat

Page 11: Sajak

persiapan untuk meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta.

Bab 15Maharaja Negeri Mercu Indera

Seluruh rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya  membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surat tersebut dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.

Genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja  negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera.

TEMA

Tema  prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat dirajaPeperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta  ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.

PERSOALAN

        Keberanian untuk menempuh cabaran.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

          Kebijaksanaan dalam tindakan.Contoh: Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar baginda dapat menakluk negeri tersebut.

          Penderitaan tidak semestinya berkekalan.Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnya mendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

        Tanggungjawab seorang bapa.Contoh: Maharaja Marakarma menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Puteri Nila Cahaya dengan menjaga puterinya dengan baik serta mengahwinkan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera.

Watak Utama

Maharaja Marakarma

Page 12: Sajak

          Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.           Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.          Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.          Taat.

Contoh: Maharaja Marakarma taat  akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.

          Mahir memanah.Contoh: Maharaja Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran memanah yang dimiliki oleh baginda.

          Berani.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

          Bertanggungjawab.Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ayah      kepada Puteri Nila Cahaya dengan baik.

          Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.

Watak Sampingan

Raja Mengindera Sari

          Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.           Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma.          Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya.          Taat.

Contoh: Raja Mengindera Sari taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.

         Berani.Contoh: Raja Mengindera Sari berani berperang menentang raja Maharaja Indera Dewa.

Puteri Nila Cahaya

          Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.           Permaisuri kepada Raja Bujangga Indera

Contoh: Puteri Nila Cahaya berkahwin dengan Raja Bujangga Indera dan dijadikan raja negeri Anta Beranta.          Penyayang.

Contoh: Puteri Nila Cahaya berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan bondanya.          Bernasib baik.

Contoh:  Walaupun pada asalnya Puteri Nila Cahaya hidup menderita namun kerana kemangkatan ayahanda baginda namun akhirnya mendapat kebahagiaan setelah berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

Puteri Cahaya Khairani

          Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.           Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera.          Penyayang.

Contoh: Puteri Cahaya Khairani berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adinda yang disayangi.

Raja Bujangga Indera

          Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani

Page 13: Sajak

           Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya          Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta          Penyayang.

Contoh: Raja Bujangga Indera berasa amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakanda tersayang.

LATAR

Latar Masa

          PagiContoh: Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan Maharaja Marakarma pada waktu pagi.

           Empat puluh hari empat puluh malamContoh: Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya berlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.

Latar Tempat

          Negeri Puspa SariContoh: Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa.

           Negeri Anta BerantaContoh: Tempat  perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan  pertabalan Raja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ.

          Negeri Mercu InderaContoh: Tempat pertabalan Maharaja Marakarma  menjadi maharaja.

Latar Masyarakat

          Masyarakat feudalContoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

           Masyarakat yang penyayangContoh: Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya.

          Masyarakat yang taat setia.Contoh: Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang.

          Masyarakat yang bertanggungjawabContoh: Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan sempurna.

         Masyarakat yang berani.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

          Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Contoh:  Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharaja Indera Dewa.

          Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.Contoh: Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap sebagai anak yang membawa malang.

Page 14: Sajak

GAYA BAHASA

          Bahasa IstanaContoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana

           Bahasa SanskritContoh: ratna mutu manikam

          Bahasa ArabContoh: maghrib, masyrik

          Bahasa Melayu KlasikContoh: rata, lebu duli, anak keti

         Kata Pangkal AyatContoh: maka, adapun

NILAI

          Nilai menepati janjiContoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberi layanan yang baik kepada baginda.

           Nilai keberanian.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

          Nilai kasih sayang.Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat  mayat ayahanda dan bondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua.

          Nilai amanah.Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi.

         Nilai kerjasamaContoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang.

          Nilai ketaatanContoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperang dengan Maharaja Marakarma.

          Nilai bertanggungjawabContoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

          Nilai kebijaksanaanContoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat di negeri Anta Beranta setelah maharajanya mangkat.

PENGAJARAN

 i.      Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji.                       

Page 15: Sajak

Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untuk menjaga Puteri Nila Cahaya.

ii.      Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa dan menentang baginda.

iii.      Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untuk menyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna.

iv.      Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

v.      Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohon keizinan  ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang.

vi.      Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untuk berperang.

vii.      Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga.Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagi mengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya.

viii.      Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melalui kepercayaan karut.

SOALAN

          Bagaimanakah Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa?

           Apakah hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera?

JAWAPAN

          Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa dengan menikam dada Maharaja Indera Dewa terus ke belakang.

           Hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera ialah adikberadik.

Antologi Harga Sebuah Lukisan

Page 16: Sajak

Prosa Tradisional Hikayat PataniNotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 21 Disember 2011 08:31

Hikayat PataniSumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

                Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda  mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara.  Phaya Tu Antara menjadi raja selepas  kemangkatan ayahandanya dengan gelaran  Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki  rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan  dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan  mengejar  seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa  berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan  mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan  tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan  Mahacai Pailang. 

Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa  mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji.  Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa  membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan  Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan  ke sungai.  Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa  upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

TEMA

Tema  prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani.Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri.

Page 17: Sajak

Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani  Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.

PERSOALAN

  Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan.                                    Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.

  Keberanian dalam menegakkan kebenaran.                       Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar  memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

  Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

   Menunaikan janji yang telah dibuat.Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk   agama Islam setelah sembuh daripada penyakitnya sebanyak tiga kali.

  Peristiwa pengislaman seorang pemerintah.Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Phaya Tu NaqpaNama asalnya Phaya Tu Antara.Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa.Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah  Zillullah Fil-Alam.Seorang raja yang tidak berpegang pada janji.Contoh:  Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubati oleh Syeikh Said pada kali pertama.Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga.Mempunyai tiga cahaya mata.Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak Sampingan

Syeikh SaidBerkebolehan mengubati penyakit.Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh.Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahu memeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga.Berani kerana benar.Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah.

Kerub Picai  Paina

Page 18: Sajak

Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuanku MahacaiAnak perempuan kepada Phaya Tu NaqpaAnak kedua daripada tiga adik beradikMenggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai PailangAnak bongsu kepada Phaya Tu NaqpaMenggunakan gelaran Sultan Manzur  Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk BesarSeorang yang bertanggungjawab.Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

LATARLatar Tempat

          Jambatan Kedi   Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut

           Pintu Gajah                         Contoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh.

          Kampung orang PasaiContoh: tempat tinggal Syeikh Said.

          Balairung istanaContoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat  menjalankan proses pengislaman.

         SungaiContoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

Latar Masa          Zaman pemerintahan  Phaya Tu Naqpa

Contoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam.

           MalamContoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada                 waktu malam untuk mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah.

          Bulan Ramadan.Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam.

Latar Masyarakat     Masyarakat feudal.

Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa.

      Masyarakat  yang taat setia kepada pemerintah.Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam                kerana mereka taat pada pemerintah.

     Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda                 sembuh daripada penyakit buat kali ketiga.

Page 19: Sajak

     Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.Contoh: Phaya  Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua           kali   penyakitnya disembuhkan oleh Syeikh Said.

GAYA BAHASA

          Bahasa istanaContoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.

           Bahasa ArabConto : karar

          Kata gandaConto : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa.

          Simile                                                                                                                          Contoh: besarnya seperti kambing

         Hiperbola                Contoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang

NILAI

       Nilai bekerjasama.Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

       Nilai keberanian.                Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya.

       Nilai berpendirian tegas.                Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

       Nilai menepati janji.                Contoh: Phaya Tu Naqpa akhirnya menepati janji setelah tiga kali ditimpa            musibah.

      Nilai keinsafan.                Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf akan kesilapan dirinya tidak menepati janji. Akhirnya baginda insaf dan bersedia untuk memeluk agama Islam.

PENGAJARAN

          Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.Contoh: Rakyat  jelata bekerjasama membina negeri baharu.

           Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.Contoh: Syeikh Said sangat berani kerana menuntut raja menunaikan janji yang telah dibuat.

          Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.Contoh: Syeikh Said sangat tegas dengan keputusannya.

          Kita hendaklah menepati janji.Contoh: Phaya Tu Naqpa telah menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam .

Page 20: Sajak

         Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf setelah dua kali memungkiri  janji dan akhirnya baginda insaf dan memeluk Islam.

SOALAN

          Nyatakan asal-usul nama negeri Patani Dar al-Salam?           Nyatakan dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin setelah mayat

mereka dihanyutkan ke sungai?

JAWAPAN          Nama negeri Patani Dar al-Salam diambil sempena nama Encik Tani.

           Dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat  tersebut ialah mayat Syeikh Gambak timbul separas pinggangnya, manakala mayat Abdul Mukmin pula timbul separas dadanya . Apabila air surut kedua-dua mayat itu hanyut ke hilir secara beriringan seperti orang berjalan. Apabila air pasang pula kedua-dua mayat tersebut hanyut balik ke jambatan.

Antologi Harga Sebuah LukisanProsa Tradisional Hikayat Seri Kelantan Tg3NotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 21 Disember 2011 08:38

Hikayat Seri KelantanSumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

                Prosa tradisional ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan bernama Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila mengetahui bahawa anak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri Sa’dung, Encik Siti telah menjadikan Tuan Puteri Sa’dung sebagai anak angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupa Tuan Puteri Sa’dung sehingga banyak orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan Puteri Sa’dung dewasa, Encik Siti telah  mengahwinkan Tuan Puteri Sa’dung dengan anak raja Jembal bernama Raja Abdullah bertujuan mencari pewaris tahta. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan Kota Jelasin dan Sultan Abdullah memerintah di situ manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.

 Raja Siam di benua Siam yang besar kerajaannya, telah mendengar berita Tuan Puteri Sa’dung  berkahwin dengan Sultan Abdullah, lalu  memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah takluk baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Raja Siam juga menitahkan ahli nujum bernama Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah  dan menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Hal ini telah menyebabkan Sultan Abdullah marah lalu menghalau keluar utusan Raja Siam. Ekoran daripada itu, pasukan tentera Siam telah menyerang Kota Jelasin. Namun, tentera Siam telah tewas kerana  kesaktian yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sa’dung.

Dengan takdir Tuhan, negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu, Tuan Puteri Sa’dung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Setelah itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana. Tuan Puteri Sa’dung dan rakyatnya membuat

Page 21: Sajak

negeri di dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin ghaib, raja dan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan ahli nujum Tuk Ca. Tuk Ca dengan ilmu nujumnya dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sa’dung dan melihat mahligai Tuan Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan mereka terus mengikuti Tuan Puteri Sa’dung menuju ke arah selatan.

Rombongan Raja Siam tiba di cerang besar lalu mengepung mahligai Tuan Puteri Sa’dung. Tuan Puteri Sa’dung tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah berpecah-belah, maka baginda  mencadangkan agar  Sultan Abdullah  bertanya kepada Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Tuk Ca memberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluk negeri baginda tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isteri kesayangan baginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sa’dung yang berasa serba salah kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca ke Siam. Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untuk belayar pulang ke benua Siam.

TEMA

Tema prosa tradisional ini adalah keistimewaan seorang puteri yang mempunyai kelebihan  luar biasa.Tuan Puteri Sa’dung mempunyai kelebihan, iaitu rupa paras yang terlalu cantik sehingga Raja Siam ingin memilikinya walaupun sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah. Tuan Puteri Sa’dung juga mempunyai ilmu kesaktian, iaitu boleh menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu terjatuh ke dalam hutan.

PEMIKIRAN

       Merampas hak orang.                Contohnya: Raja Siam sanggup merampas Tuan Puteri Sa’dung walaupun Tuan Puteri Sa’dung sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.

      Kasih sayang antara suami dengan isteri.Contoh:Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung berasa sangat sedih ketika mereka hendak berpisah.

      Kepentingan perpaduan dalam mempertahankan negara.Contoh: Akibat tiada perpaduan Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya berpecah-belah setelah dilanda bala kebuluran.

     Semangat bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Contoh: Utusan Siam bermuafakat dalam merancang strategi bagi menyerang Kota Jelasin.

     Taat setia rakyat kepada raja.Contoh: Rakyat Siam patuh pada perintah rajanya supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung yang merupakan isteri Sultan Abdullah.

     Kepentingan diplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.Contoh: Sultan Abdullah sanggup mengadakan rundingan secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeri baginda daripada dimusnahkan oleh tentera Siam.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama1.   Tuan Puteri Sa’dung

           Anak perempuan raja Jembal.          Dijadikan  anak angkat oleh Encik Siti Wan Kembang.           Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal.          Mempunyai rupa paras yang sangat cantik.

Contoh: Kecantikannya banyak menyebabkan  orang tergila-gilakannya sehingga Raja Siam terlalu ingin

Page 22: Sajak

memilikinya.          Memiliki kesaktian yang luar biasa.

Contoh: Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera Siam.

          Sangat sayang akan suaminya.Contoh: Tuan puteri Sa’dung berasa sangat sedih serta serba salah ketika hendak berpisah dengan Sultan Abdullah kerana sangat sayang akan baginda.

          Sanggup berkorban.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya daripada dimusnahkan oleh tentera Siam.

          Taat setia akan suaminya.Contoh: Tuan Puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk menjadi milik Raja Siam kerana taat akan suaminya itu.

          Bijaksana.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.

          Memelihara kehormatan diri.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.

Watak SampinganSultan Abdullah

           Anak raja Jembal.          Nama asal Raja Abdullah.           Berkahwin dengan Tuan Puteri Sa’dung.          Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

Contoh: Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang.          Berpendirian tegas.

Contoh: Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam.

          Sangat sayang akan isterinya.Contoh: Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya.

          Berani.Contoh: Sultan Abdullah berani bersemuka dengan tentera Siam yang mahu menyerang Kota Jelasin untuk mengetahui sebab mereka mahu menyerang kota itu.

          Sanggup berkorban.Contoh: Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya.

          Bijak dalam mengambil tindakan.Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan Kota Jelasin  musnah.

Tuk Ca           Ahli nujum kepada Raja Siam.          Taat setia kepada raja.

Contoh: Tuk Ca turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam setelah diperintahkan oleh Raja Siam.

           Memiliki kesaktian.Contoh: Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.

          Bijak dalam mengatur strategi.Contoh: Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju ke arah selatan agar Tuan Puteri Sa’dung dapat ditangkap.

          Tenang dalam menyelesaikan masalah.Contoh: Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang setelah Tuan Puteri Sa’dung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib.

          Bertolak ansur.Contoh: Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan Tuan Puteri Sa’dung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.

Page 23: Sajak

Encik Siti Wan Kembang           Raja Perempuan. Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.          Belum berkahwin dan mempunyai anak. Mengambil Tuan Puteri Sa’dung sebagai anak angkat.           Sangat sayang akan anak angkatnya.

Contoh: Encik Siti terlalu mengasihi anak angkatnya sehingga tidak membenarkan orang lain mendekati Tuan Puteri Sa’dung.

          Bijaksana.Contoh: Encik Siti Wan Kembang mengahwinkan Tuan Puteri Sa’dung dengan Raja Abdullah, kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya.

          Bertolak ansur.Contoh: Encik Siti Wan Kembang berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah menantunya, Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin.

LATARLatar Masa

     Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.

      40 hari 40 malam.Contoh: Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sa’dung dengan Sultan Abdullah diadakan  selama 40 hari 40 malam.

     Waktu malam.Contoh: Utusan Siam bermuafakat dengan orang Siam mahu menyerang kota Jelasin kerana Sultan Abdullah tidak mahu menyerahkan Tuan Puteri Sa’dung.

     Waktu siang.Contoh: Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Istana Kota Jelasin telah ghaib.

Latar Tempat     Negeri Kelantan Purba yang dikenali sebagai negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

Contoh: Negeri Kelantan Purba diperintah oleh Encik Siti Wan Kembang yang kemudiannya diwariskan kepada Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung.

      Kota Jelasin.Contoh: Kota ini dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Encik Siti.

     Cerang Bahana.Contoh: Tempat dipindahkan Tuan Puteri Sa’dung, Sultan Abdullah, Kota dan istana baginda, dari Kota Jelasin ke Cerang Bahana setelah ghaib akibat doa Tuan Puteri Sa’dung.

     Gunung Ayam.Contoh: Tempat tinggal Encik Siti Wan Kembang setelah Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin.

    Istana/mahligai.Contoh: Tempat bersemayam Sultan Abdullah yang dikepung oleh pasukan tentera Siam.

     Perahu jong.Contoh: Sultan Abdullah dengan Tuk Ca mengadakan rundingan dalam perahu jong untuk mengetahui punca sebenar Raja Siam menyerang Kota Jelasin.

Latar Masyarakat     Masyarakat feudal.

Page 24: Sajak

Contoh: Rakyat Kelantan mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

      Masyarakat penyayang.Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila mereka terpaksa berpisah.

     Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.Contoh: Tuk Ca serta pasukan Siam yang terdiri daripada raja-raja, menteri dan hulubalang sanggup belayar ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana menunaikan hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung.

     Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.Contoh: Sultan Abdullah dan rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berperang menentang tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin.

    Masyarakat yang bijak dalam mengambil tindakan.Contoh: Tuk Ca meminta pasukan Siam bertenang apabila Kota Jelasin ghaib lalu mencadangkan mereka bersiap sedia menuju ke arah selatan agar Tuan Puteri Sa’dung dapat ditangkap.

     Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu berada di dalam hutan.

vii.    Masyarakat yang tidak bersatu padu.Contoh: Rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berpecah-belah apabila ditimpa bala kebuluran sehingga menyebabkan Kota Jelasin dikepung oleh tentera Siam.

viii.   Masyarakat yang bertolak ansur dalam menyelesaikan persengketaan.Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan kota Jelasin  daripada musnah.

GAYA BAHASA

i.  Bahasa Istana    Contoh:   sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda

ii. Bahasa Melayu Klasik    Contoh:   jemelah, suak, cerang, cetera

iii. Bahasa Arab    Contoh:   mustaib, Allah subhanahu wa taala

iv. Dialek Kelantan    Contoh:   beroyat

v. Kata Pangkal Ayat    Contoh:   maka, alkisah, hatta, sebermula

NILAI

i. Nilai kasih sayangContoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung saling menyayangi dan berasa sangat sedih apabila baginda berdua terpaksa berpisah.ii. Nilai taat setia Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung.

iii. Nilai bertolak ansurContoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeri baginda daripada

Page 25: Sajak

musnah.

iv. Nilai beraniContoh: Sultan Abdullah berani berperang dengan tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin.               

v. Nilai cinta akan tanah airContoh: Sultan Abdullah sanggup berpisah dengan Tuan Puteri Sa’dung demi menyelamatkan tanah air  baginda daripada serangan tentera Siam.

vi. Nilai bermuafakatContoh: Sultan Abdullah bermuafakat bersama-sama dengan pegawai baginda dalam membina Kota Jelasin.

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah taat setia kepada raja.Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri  Sa’dung

ii. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung sanggup berpisah agar negeri mereka     tidak musnah oleh serangan tentera Siam.

iii.  Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan  Tuk Ca untuk mengetahui hajat Raja Siam setelah Kota Jelasin diserang oleh tentera   Siam.

iv. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara.Contoh: Akibat rakyat berpecah-belah apabila ditimpa bala kebuluran, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam.

v. Janganlah kita merampas hak orang lain.Contoh: Raja Siam sanggup menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung yang sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.

vi. Kita hendaklah bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung bermuafakat dengan segala hamba suruhannya untuk membina sebuah negeri di dalam hutan yang diberi nama Mahligai.

vii. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang    persengketaan.Contoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negerinya.

SOALAN

           Mengapakah Raja Siam menitahkan Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri Tanah     Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung?

          Nyatakan dua keistimewaan Tuan Puteri Sa’dung.

JAWAPAN

           Raja Siam menitahkan Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri Tanah Serendah KebunBunga Cerangtegayung kerana Tuk Ca mengetahui ilmu nujum.

          Keistimewaan Tuan Puteri Sa’dung ialah tuan puteri mempunyai rupa paras yang

Page 26: Sajak

sangat cantik sehingga banyak orang tergila-gilakannya termasuk Raja Siam. Tuan Puteri Sa’dung juga memiliki kesaktian kerana dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan   mahligainya ghaib lalu jatuh ke dalam hutan.

Mencari Nafas BaruCerpen Nafas Baru Tg3NotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 30 November 2011 18:35

Mencari Nafas Baru(Ayusari MJ)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

                 Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan  Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati  Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah  menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan  Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat  kelahirannya.

Tema

Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru.Ana sanggup mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum tulang kepada muridnya Milah yang menghidap leukemia. Malangnya, Milah meninggal dunia  sebelum sempat menerima sumsum tulang  Ana.

Persoalan

i.        Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

ii.        Pengorbanan guru terhadap murid.Contoh: Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.

iii.        Kasih sayang guru terhadap murid.Contoh:  Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri.

iv.        Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.Contoh: Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya.

v.        Kepentingan perubatan moden.Contoh: Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional.

Page 27: Sajak

Plot

i.        PermulaanPembaca diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

ii.        PerkembanganPada bahagian ini, Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan Milah. Ana menganggap  Milah  seperti adiknya sendiri.

iii.        PuncakMilah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

iv.        PeleraianAna reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil  keputusan untuk  bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot

i.        PemerianContoh: Pada permulaan cerita, pengarang memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana.

ii.        DialogContoh: Perbualan antara Ana dengan emak Milah tentang ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari.

iii.        Imbas KembaliContoh: Ana teringat detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang. 

iv.        KejutanContoh: Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Anai.        Seorang guru lulusan universiti pendidikan tempatan.

ii.        Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang

iii.        Gigih melaksanakan tugas.Contoh: Setiap pagi Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya  sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

iv.        Sanggup berkorban terhadap anak didiknya.Contoh: Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidap penyakit leukemia.v.        Penyayang.Contoh:  Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.

vi.        Prihatin.

Page 28: Sajak

Contoh: Ana pergi ke rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit.

Watak SampinganMilahi.        Murid kepada Ana.

ii.        Pelajar tingkatan 1.

iii.        Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.

iv.        Ibunya berniaga secara kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap ikan.

v.        Seorang pelajar yang rajin dan aktif dalam sukan.Contoh: setiap petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum.

vi.        Menghidap penyakit leukemia.

vii.        Menerima rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya.

viii.        Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.

LatarLatar Masai.        Pagi SabtuContoh: Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

ii.        Waktu petangContoh: Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu petang dan selepas itu Ana melawat Milah.

iii.         Hari Jumaat.Contoh: Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital Daerah Kuala Lipis.

iv.        Tempoh tiga bulan.Contoh: Dalam tempoh tiga bulan Ana telah bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat.

Latar  Tempati.        Kampung Chat, Hulu PahangContoh: Kampung tempat Ana ditugaskan.

ii.        Sekolah Kebangsaan Kampung ChatContoh: Sekolah pertama tempat Ana mengajar.

iii.        Kampung LenjunContoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

iv.        Hospital Daerah, Kuala LipisContoh: Tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya.

Latar Masyarakati.        Masyarakat  guru yang prihatin terhadap anak muridnya.Contoh:  Ana mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari tidak hadir ke sekolah.

Page 29: Sajak

ii.        Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik  dan kokurikulum.Contoh:  Ana gigih mengajar dan sering mengadakan kelas tambahan yang diikuti dengan tekun oleh murid-muridnya.iii.        Masyarakat kampung di pedalaman.Contoh:  Masyarakat kampung yang bekerja sebagai nelayan.

iv.        Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.Contoh:   Ayah Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah meninggal dunia akibat leukemia.

v.        Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan.Contoh: Ana berazam dan sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di pedalaman.

 Gaya Bahasa

i.        PersonifikasiContoh: Tambahan pula, dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar.

ii.        SinkopeContoh: “Belum . Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang                                            demamnya…..” keluh emak Maisarah.

iii.        Kata GandaContohnya:  Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan.

iv.        SimileContohnya:  Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

v.        MetaforaContoh: hutan dara

Nilai

i.        Nilai kasih sayang.Contoh:  Ana sangat menyayangi  Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri.

ii.        Nilai pengorbanan.Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

iii.        Nilai kerajinan.Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung.

iv.        Nilai simpati.Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidap

penyakit leukemia.

v.        Nilai kegigihan.Contoh: Ana dan guru-guru yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

vi.        Nilai keprihatinan.Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah.

Pengajaran

Page 30: Sajak

i.        Kita hendaklah mengasihi sesama insan .Contoh :  Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri.

ii.        Kita  hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang lain.Contoh :  Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

iii.        Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.Contoh:  Ana  rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit.

iv.        Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.Contoh :   Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahawa Milah disahkan menghidap  penyakit  leukemia.

Soalan

i.        Bincangkan  tiga perwatakan watak utama dalam cerpen ini.

ii.        Berikan dua latar tempat berserta peristiwa yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

i.        Watak utama dalam cerpen ini ialah Ana. Tiga perwatakan watak utama ialah seorang yang gigih melaksanakan tugas. Contohnya, pada pagi Sabtu, Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya  sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. Seorang yang prihatin terhadap anak didiknya. Contohnya, Cikgu Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidapi penyakit leukemia. Seorang yang penyayang. Contohnya, Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.

ii.        Dua latar tempat dalam cerpen ini ialah Hospital Daerah Kuala Lipis. Contohnya, tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya. Kedua, Sekolah Kebangsaan Kampung Chat.     Contohnya,  sekolah tempat Ana mengajar.

Budi Semangkuk DagingCerpen Budi Semangkuk Daging Tg3NotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 30 November 2011 18:02

Cerpen Budi Semangkuk Daging(Amy Suzani Ainuddin)Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis           Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi  setiap orang jirannya semangkuk  daging masak Minang. Semua jirannya memuji  keenakan masakannya kecuali  Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Tema

Page 31: Sajak

Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Persoalan

i.        Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.Contoh:  Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.

ii.        Larangan dalam agama.Contoh:  Cik Punita mengembalikan semangkuk daging  pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

iii.        Dendam yang berpanjangan.Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya.

iv.        Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung.

Plot

i.        PermulaanMengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii.        PerkembanganPuan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

iii.        PuncakPuan Ainun akhirnya mengetahui  punca Cik Punita mengembalikan masakannya  melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama  Hindu tidak boleh  makan daging lembu.

iv.        PeleraianAkhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Penceritaan

i.        PemerianContoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii.        DialogContoh:  Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka.

iii.        Imbas KembaliContoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

iv.        SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.

Page 32: Sajak

v.        Monolog DalamanContoh:  Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya.

vi.        MonologContoh:  Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya.

Watak dan Perwatakan

Watak UtamaPuan Ainuni.        Isteri kepada Encik Hilal.

ii.        Ibu kepada Shafiq dan Hanif.

iii.        Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.

iv.        Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapahari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa  dalam keadaan yang selamat.

v.        Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu.Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang.

vi.        Seorang yang mudah kecil hati dan  pendendam.Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya.

vii.        Insaf akan kesilapannya.Contoh:  Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.

Watak SampinganCik Punitai.        Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.

ii.        Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.

iii.        Fasih berbahasa Melayu.

iv.        Berasal dari Ipoh.

v.        Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.

vi.        Patuh pada ajaran agamanya .  Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.

vii.        Mempunyai semangat kejiranan.Contoh : Cik Punita memberikan buah limau  bali kepada keluaga Puan Ainun.

Encik Hilali.        Suami kepada Puan Ainun.

ii.        Bapa kepada Shafiq dan Hanif.

Page 33: Sajak

iii.        Menasihati  isterinya yang  menghadapi  masalah dengan jirannya.

iv.        Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain. Contoh: Dia menjelaskan bahawa  penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Latar

Latar Masai.        Waktu pagiContoh: Puan Ainun  menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya.

ii.        Waktu tengah hariContoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang  untuk makan tengah hari.

iii.        Waktu petangContoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.

Latar  Tempati.        Rumah Puan Ainun.Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.

ii.        Kawasan PerumahanContoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita.

Latar Masyarakati.        Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).

ii.        Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita.

iii.        Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.

Gaya Bahasa

i.        Pengaruh bahasa asing.Contoh:  Penggunaan bahasa Inggeris - best.

ii.        PerlambanganContoh:   hatinya berasa kembang.

iii.        SinkopeContoh : “ Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam,” jawab Puan Ainun.

iv.        SimileContohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.

v.        PeribahasaContoh :  Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Page 34: Sajak

vi.        Kata GandaContoh:  Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.

Nilai

i.        Nilai  tolong- menolong.Contoh:  Puan Ainun  menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu.

ii.        Nilai bertanggungjawab.Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti  menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

iii.        Nilai kepatuhan.Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya.

iv.        Nilai keinsafan.Contoh:  Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.

v.        Nilai prihatinContoh:  Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain.Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

ii.        Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran.Contoh:  Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga  dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong  Puan Ainun membeli  barang-barang  kerana dia hendak ke kedai.

iii.        Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.

iv.        Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.Contoh:   Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama jiran.

Soalan

i.        Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.

ii.        Jelaskan dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

Jawapan

i.        Dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai  tolong- menolong. Contoh:  Puan Ainun dan jiran-jirannya mengamalkan nilai tolong-menolong dengan sentiasa bertegur sapa, menjaga perasaan jiran dan menolong menyiram pokok-pokok bunga. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti  menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

Page 35: Sajak

ii.        Dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini  masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita tinggal di satu taman perumahan. Persoalan penganut agama Hindu yang tidak makan daging kerana menganggap lembu ialah binatang suci. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging  pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

Segala yang Tercinta Ada Di SanaCerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana Tg3NotaDitulis oleh Cikgu Zainudin   Rabu, 30 November 2011 18:49

Segala yang Tercinta Ada di Sana(Zainal Rashid Ahmad)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya yang dibesarkan di kampung.  Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan mahal.  Mereka diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan dan amat disayangi oleh mereka.  Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong.  Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kematian kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

Tema

Cerpen ini bertemakan tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.  Masyarakat kampung banyak bergantung kepada tumbuh-tumbuhan semula jadi bagi menjalani kehidupan mereka termasuklah dalam perubatan tradisional dan sumber makanan harian bagi mereka.  Guru mengaji dan imam pula merupakan tempat rujukan bagi mendalami ilmu agama dan mengatasi sebarang masalah dalam kehidupan harian. 

Persoalan

i.        Kepentingan alam semula jadi dalam meneruskan kehidupan harian.Contoh: Herba tumbuhan seperti daun melong, ubi jaga, asam jawa dan buah kundur digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. 

ii.        Pendidikan agama dalam masyarakat.Contoh: Bagi masyarakat Melayu tradisional, guru mengaji dan imam merupakan orang-orang penting bagi mendidik ahli-ahli dalam masyarakat

iii.        Ketaatan kepada guru.Contoh: Masyarakat kampung tradisional terutamanya kanak-kanak amat taat kepada guru mengaji dan imam kampung.

iv.        Kemiskinan masyarakat di kampungContoh: Masyarakat kampung digambarkan sebagai masyarakat yang miskin.  Penulis dan rakan-rakannya digambarkan sebagai orang miskin yang sudah lali dengan kelaparan.

Page 36: Sajak

Plot

i.        PermulaanPenulis mengingati zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung.

ii.        PerkembanganPenulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.

iii.        PuncakPenulis dan rakan-rakan amat sedih kerana kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

iv.        PeleraianPenulis menganggap Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik Plot

i.        Imbas KembaliContoh: Penulis menggunakan teknik imbas kembali bagi menyampaikan ceritanya dari awal hingga akhir.  Peristiwa menggambarkan kehidupan penulis dan rakan-rakannya semasa dibesarkan di kampung.

ii.        DialogContoh: Dialog antara Hajah Tom dan penulis semasa menasihatkan anak-anak muridnya supaya sentiasa tawakal, berserah dan berdoa kepada Allah Yang Maha Berkuasa agar mendapat keberkatan ilmu.

iii.        PemerianContoh: Penulis menceritakan secara langsung tentang daun-daun yang dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit.

iv.        KejutanContoh:  Pembaca dikejutkan dengan berita kematian Hajah Tom secara tiba-tiba. 

Watak UtamaAku/kamii.        Penulis dan rakan-rakan merupakan anak kampung yang miskin dan dibesarkan di kampung.

ii.        RajinContoh:  Penulis dan rakan-rakan rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom  dan Haji Salleh Pumpong.

iii.        TaatContoh: Penulis dan rakan-rakan bersedia untuk membuat apa-apa sahaja pekerjaan yang disuruh oleh Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

Page 37: Sajak

Watak SampinganHajah Tomi.        Hajah Tom ialah guru Quran penulis dan rakan-rakan di kampung.

ii.        Beliau telah kematian suami pada usia yang masih muda.

iii.        Hajah Tom tinggal sendirian di kampung.

iv.        Beliau bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang.

v.        Kuat agamaContoh:  Hajah Tom sering menasihatkan penulis dan rakan-rakannya agar sentiasa mengingati Tuhan.

vi.        Baik hatiContoh:Hajah Tom akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-muridnya sangat letih kerana belum makan.

vii.        PemurahContoh: Hajah Tom menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.

viii.        PenyayangContoh:  Hajah Tom sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak.  Penulis dan rakan-rakannya  juga telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom.

Haji Salleh Pumpongi.        Haji Salleh Pumpong ialah imam tua di kampung penulis.

ii.        Berpengetahuan luasContoh:  Aku menyatakan bahawa imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan dengan agama.

iii.        PembersihContoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

iv.        PenyayangContoh: Penulis menganggap bahawa Haji Salleh Pumpong seorang yang penyayang.

Latar

Latar Masai.        Waktu subuhContoh: Penulis dan rakan-rakan berasa takut pada waktu subuh kerana ada anjing berkeliaran pada waktu itu.

ii.        Malam-malam pertengahan RamadhanContoh: Hajah Tom menasihatkan penulis dan rakan-rakan agar mengamalkan surah al-Ikhlas dan bertawakal kerana tiada binatang buas yang akan mengganggu mereka jika mengamalkan surah tersebut.

iii.        Pagi-pagi sebelum keluar rumahContoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menghafal surah yang telah diajar oleh Hajah Tom kepada mereka.

Page 38: Sajak

iv.        Sebelum habis bulan pertama persekolahanContoh: Dalam jangka masa tersebut, penulis dan rakan-rakannya telah menghafal segala bacaan dan doa yang diajarkan oleh Hajah Tom kepada mereka.v.        Suatu hari kelam-kelam buta.Contoh: Haji Salleh Pumpong meminta penulis dan rakan-rakannya membersihkan surau.vi.        Tiga bulan kemudianContoh: Hajah Tom meninggal dunia selepas tiga bulan menyuruh Haji Salleh Pumpong mengajarkan solat jenazah kepada penulis dan rakan-rakannya.

vii.        Awal RamadhanContoh: Awal Ramadhan selepas kematian Hajah Tom, Imam Haji Salleh Pumpong pula meninggal dunia.

Latar Tempati.        KampungContoh:  Tempat penulis dan rakan-rakannya dibesarkan.

ii.        Kepala jalan masuk ke kampung sebelum menempuh jalan besarContoh:  Tempat pertemuan penulis dan rakan-rakannya semasa dalam perjalanan ke rumah Hajah Tom.

iii.        SurauContoh:  Tempat orang-orang kampung sembahyang berjemaah dan penulis atau rakan-rakannya bergilir-gilir azan apabila disuruh oleh Haji Salleh Pumpong.  Penulis dan rakan-rakannya juga telah membersihkan surau kerana air pasang yang membawa selut dan lumpur mengotori surau tersebut.

iv.        GubirContoh: Tempat Sarjan Omar, suami Hajah Tom meninggal dunia ditembak oleh pengganas.

Latar Masyarakati.        Masyarakat kampong.Contoh: Masyarakat dalam cerita ini merupakan masyarakat kampung yang digambarkan bergantung kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional.

ii.        Masyarakat miskin. Contoh: Penduduk kampung menggunakan rawatan tradisional kerana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik.

iii.        Masyarakat yang taat kepada guru .Contoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat dan menurut kata Hajah Tom sebagai guru Quran mereka.

iv.        Masyarakat yang prihatin.Contoh: Hajah Tom digambarkan sebagai seorang guru mengaji yang amat prihatin terhadap anak-anak muridnya.  Beliau sentiasa mengambil tahu hal-ehwal anak-anak muridnya sebelum mula mangajar mereka.

v.        Masyarakat yang mengutamakan kebersihan.Contoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu sangat daif keadaannya.

vi.        Masyarakat yang mengenang jasa.Contoh: Penulis dan rakan-rakannyanya tidak pernah melupakan jasa Hajah Tom dan Haji Salleh

Page 39: Sajak

Pumpong yang banyak mendidik mereka sejak kecil.

Gaya Bahasa

i.        Kata GandaContoh:tua-tua/dewa-dewa/doa-doa/subuh-subuh/malam-malam/pagi-pagi/sama-sama/cepat-cepat/tahun-tahun/compang-camping/satu-satu/berlubang-lubang/sisa-sisa/berebut-rebut/budak-budak/lama-kelamaan.

ii.        SimileContoh:  Peluang ketemu doktor pula umpama menghadap dewa-dewa.

iii.        Pengaruh Bahasa AsingContoh:  bahasa Arab - insya-Allah/Allah

iv.        Pengulangan kataContoh: Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya mesti,maka cepat-cepat kami patuhi.

Nilai

i.        Nilai ketaatanContoh: Penulis dan rakan-rakannya amat taat kepada Hajah Tom dan mengikut semua arahan guru Quran tersebut.

ii.        Nilai keprihatinanContoh: Hajah Tom amat prihatin kepada anak-anak muridnya dan sentiasa bertanyakan hal-ehwal mereka sebelum mula mengajar Quran.

iii.        Nilai baik hatiContoh: Hajah Tom akan memasakkan nasi untuk penulis dan rakan-rakannya sekiranya mereka belum makan.

iv.        Nilai mengenang jasaContoh: Penulis dan rakan-rakannya sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah banyak berjasa kepada mereka.

v.        Nilai kasih sayangContoh: Penulis dan rakan-rakan menyayangi Hajah Tom yang amat prihatin dan mengambil berat hal-ehwal mereka sejak mereka kecil lagi sehinggalah beliau meninggal dunia.

vi.        Nilai kebersihanContoh: Haji Salleh Pumpong sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah taat kepada guru yang mendidik kita.Contoh:  Penulis dan rakan-rakannya sentiasa menurut kata Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.

ii.        Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.Contoh: Hajah Tom sentiasa prihatin dan mengambil tahu hal-ehwal penulis dan rakan-rakannya yang merupakan anak-anak kampung yang miskin.

iii.        Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.Contoh:  Hajah Tom memasakkan nasi dan lauk bagi penulis dan rakan-rakannya apabila mengetahui mereka keletihan dan kelaparan.

Page 40: Sajak

iv.        Kita hendaklah mengenang jasa orang yang mendidik kita.Contoh:  Penulis dan rakan-rakan sentiasa mengenang jasa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong yang telah mendidik mereka sejak kecil lagi.

v.        Kita hendaklah berkasih sayang antara satu sama lain.Contoh: Penulis dan rakan-rakan amat menyayangi Hajah Tom yang sentiasa baik hati kepada mereka.

Soalan

i.        Mengapakah orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit?

ii.        Bagaimanakah penulis dan rakan-rakan diajar cara untuk tidur lena?

Jawapan

i.        Orang-orang tua berikhtiar meramukan segala macam herba bagi mengubati penyakit kerana mereka tidak mampu pergi ke klinik.

ii.        Penulis dan rakan-rakan menggunakan empulur sabut yang dipintal lalu diikat tebal-tebal pada hujung batang buluh bagi dijadikan berus untuk membersihkan lantai surau.

Antologi Harga Sebuah LukisanMutiara Bonda (Osman Ayob)

Sumber: Bahagian Pembangunan KurikulumSinopsis

Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok  yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz  tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.

Tema                                                                                                   Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Persoalan

i.        Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.

Page 41: Sajak

ii.        Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.Contoh: Keempat-empat  orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  

iii.        Keciciran pelajar luar bandar.Contoh:  Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam.iv.        Masalah sosial dalam kalangan remaja.Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya  yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja.

v.        Tekanan  hidup anak bekas banduan.Contoh:  Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah.

Plot

i.        PermulaanPembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran  di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga  berjaya. Ketika  Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.        PerkembanganPada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga  dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii.        PuncakMohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd.  Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv.        PeleraianMohd. Harraz insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot

i.        PemerianContoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon.

ii.        DialogContoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.

iii.        Imbas Kembali

Page 42: Sajak

Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya  ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

iv.        KejutanContoh:  Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan.

v.        SaspensContoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.

vi.        Konflikvii.        Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.

Watak utamaAdiki.        Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi.

ii.        Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.

iii.        Degil dan keras hati.Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.

iv.        Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.

v.        Panas baran.Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah  bonda enggan memberikannya.

vi.        Insaf akan kesalahan yang dilakukan.Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

vii.        Berpelajaran tinggi.Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak SampinganBondai.        Ibu tunggal yang kematian suami.

ii.        Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.

iii.        Gigih membesarkan anak-anak.Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.

Page 43: Sajak

iv.        Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.

v.        Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.

Kak Ciki.        Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

ii.        Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.Contoh:  Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii.        Anak yang bertanggungjawab.Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masai.        Waktu pagiContoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.

ii.        Waktu senjaContoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii.        Waktu malamContoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Latar  Tempati.        Rumah BondaContoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka.

ii.        Pondok di dusunContoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.

iii.        Atas katilContoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.

Latar Masyarakat                                                                                                    i.        Masyarakat yang gigih mendidik anak.Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.ii.        Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii.        Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.

Page 44: Sajak

Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.

Gaya Bahasa

i.        PersonifikasiContoh:   

 -    tikaman masa lampau yang menajam di ingatan -    darah meluncur dari ibu jari kaki bonda -    mencincanglumatkan jantung bonda

ii.        HiperbolaContoh:  

 -    melangit tinggi       -    berasap-asap bara meluat       -    kata-kata berapi yang membakar kepala

iii.        SinkopeContoh :   

-     “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”-     “ Adik nak berhenti sekolah…………”-     “Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.”

iv.        PengulanganContoh :  

 -    tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking-     buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas danbuang duit setem       sahaja.

v.        SimileContoh: 

-     perangainya persis syaitan-     bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi.        PeribahasaContoh:  

-    bersengkang mata      -    mengembalikan manikam ke dalam cembulnya      -    ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya      -    dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan      -    musuh dalam selimut      -    bendera putih                  

Nilai

i.        Nilai kasih sayang.Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii.        Nilai bertanggungjawab.Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya.

iii.        Nilai kesabaran.

Page 45: Sajak

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

iv.        Nilai kegigihan.Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga  berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

v.        Nilai keinsafan.Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula.

vi.        Nilai ketabahan.Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.

Pengajaran

i.        Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.

ii.        Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.

iii.        Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.Contoh: Adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.

iv.        Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.

v.        Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya  terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

vi.        Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.Contoh: Bonda tetap  tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.   Soalan

i.        Jelaskan tiga perwatakan adik.ii.        Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

i.        Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya,  adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam.  Seorang yang malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contohnya, adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya,

Page 46: Sajak

ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

ii.        Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika  darjah enam.