rumusan stress

6
RUMUSAN Menurut (Saunders, 1998), stress is an external pressuring force or a catalyst resulting in tension. Tension is an internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To Manage Stress And Take Control Of Your Life) Stres seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak terdedah dengan kesan – kesan negatif stres. Pertama bagi saya ialah dengan mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa. Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing – masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai 9

Upload: charles-compton

Post on 10-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

RUMUSAN

Menurut (Saunders, 1998), stress is an external pressuring force or a catalyst resulting in tension. Tension is an internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To Manage Stress And Take Control Of Your Life)

Stres seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak terdedah dengan kesan kesan negatif stres.Pertama bagi saya ialah dengan mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa. Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru stres.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang. (Kenton,1988) menyatakan relaxation is also the most important key to mitigating the damaging effects of long term stress... Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.

Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas, sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang sepatutnya memiliki hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati dengan mengingati perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat diri berasa tertekan, cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang menggembirakan hati, insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang boleh membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau mengetepikan punca punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan secara bersama antara pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir, sekiranya guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas, guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya.Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan menghadapi tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru, guru perlu mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may exist only in some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a job is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres juga berpunca daripada lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat diperlukan untuk setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan kemahiran setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing masing. Jika guru diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa masalah mereka sehingga ke sekolah. Contohnya amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di rumah berlarutan sehingga ke bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.

Guru perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza yang perlu diasingkan jika timbul apa- apa permasalahan. Kegagalan guru mengasingkan keperluan kedua dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri. Namun, jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan suasana ceria tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang lain. Hal ini kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang damai dan ceria.

Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri sendiri. (Mohan, 1997) most stress is experienced only because of our imagined fears. Fears triggered off by external factors and our reasoning of these factors. Now we must learn how to control our fears, so that we can control our stress. Jelas menunjukkan melalui pernyataan ini bahawa untuk mengatasi stres, guru perlu yakin dan tidak takut pada cabaran yang terbentang di hadapan mata.

Misalnya jika seorang guru permulaan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan sesebuah program besar, pada awalnya mungkin rasa takut dan tidak yakin akan diri sendiri akan timbul dalam diri guru tersebut. Namun, seharusnya guru tersebut tidak membiarkan perasaan takut mencuba sesuatu yang baru beraja dalam dirinya. Seorang guru yang berkualiti tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir, atau cemerlang sekalipun, seharusnya bersedia dengan apa jua tugasan baru yang mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri ke satu tahap yang lebih baik.

Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif dengan menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Jika guru sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri sendiri.

Secara keseluruhannya, stres atau tekanan sememangnya akan wujud dalam diri setiap individu sama ada guru, doktor, peguam atau lain- lain profesion. Namun, cara menangani stres tersebutlah yang membezakan impak stres terhadap diri masing- masing. Guru yang bijak dan profesional adalah guru yang mengambil peluang atas tekanan yang dihadapi dengan menjadikannya sebagai sesuatu yang positif. Misalnya, tekanan akibat terlalu banyak kerja mampu mendorong guru untuk bertindak secara positif atau negatif. Jika diambil tekanan secara positif, guru akan bertindak menyiapkan kerja satu persatu mengikut keutamaan. Sebaliknya jika diambil secara negatif, timbunan kerja tersebut akan menambahkan lagi tekanan guru hanya mengakibatkan guru mengeluh dan berasa tidak mampu untuk menyiapkan kerja- kerja tersebut. Akibatnya, tekanan semakin bertambah kerana tiada satu kerja pun berjaya diselesaikan dan bakal menimbulkan tekanan lain di tempat kerja kerana tidak menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan. Akhir kalam, saya menyeru diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru untuk melihat dan mengambil tekanan daripada sudut yang positif dan berusaha mempertingkatkan diri ke arah yang lebih baik, insyaAllah.12