rumah: hba cadang tubuh pasukan...

1
PELABUR yang ingin mahir dalam urus niaga serta meraih keuntungan saham dalam apa jua keadaan sekalipun perlu tahu banyak perkara termasuk terminologi pasaran. Termi- nologi pasaran boleh dike- tahui atau dipelajari sekiranya pelabur dan pedagang saham menggunakan khidmat dealer atau remisier yang berpengala- man. Dealer dan remisier yang mempunyai pengalaman lama di dalam pasaran saham kebia- saannya mengetahui tentang terminologi pasaran kerana mereka telah melaluinya atau melakukannya. Terminologi pasaran ini boleh disemak di la- man web Bursa Malaysia. Satu daripada terminologi pasaran yang sangat sinonim dalam transaksi saham ialah jualan paksa. Jualan paksa ini merupakan satu paksaan men- jual yang dikenakan oleh Bursa Malaysia ke atas pembelian sa- ham yang tidak dijelaskan pada hari yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, peda- gang saham membeli saham sekadar untuk melakukan tran- saksi kontra kerana mereka tidak mempunyai modal tunai yang mencukupi bagi mem- bayar pembelian saham yang dibuat. Pembelian saham yang tidak disokong oleh modal tunai ini merupakan pemberian pinja- man sementara oleh broker sa- ham kepada pedagang saham. Pada hari jualan paksa dilaku- kan, syarikat broker saham mengenakan faedah ke atas jumlah pinjaman ke atas pem- belian saham tersebut. Perkataan jual paksa itu sa- haja biasanya memberi gam- baran bahawa harga saham akan menurun kerana ramai pedagang saham yang beru- rusniaga saham secara kontra menunggu saat terakhir untuk menjual saham dengan hara- pan harga saham akan naik dalam tempuh yang ditetapkan bagi membuat pembayaran. Oleh kerana berlakunya jualan paksa pada harga se- masa dagangan Bursa Malaysia, harga akan menurun dan jika jualan paksa dilakukan secara agresif dan berterusan, ini akan mengakibatkan harga saham menjadi semakin jatuh. Jualan paksa perlu dilaku- kan sebelum waktu pratutup Bursa Malaysia. Maka, seki- ranya masih banyak saham yang belum dijual paksa, syari- kat broker saham tidak akan berkompromi dalam aktiviti jual paksa ini. Mereka akan menjual saham tersebut pada harga berapa sa- haja yang diminta oleh pem- beli. Pedagang saham kontra perlu mengambil berat tentang keadaan ini untuk mengelak- kan kerugian menjadi semakin besar. Dalam analisis teknikal, sesuatu keadaan yang turun akan meneruskan penurunan. Begitu juga sesuatu keadaan menaik, ia akan menerus- kan kenaikan. Oleh sebab itu adanya limit up dan limit down dalam pasaran Bursa Malaysia. Satu keadaan yang mana harga saham terus naik atau terus jatuh pada satu had yang ditentukan oleh Bursa Malay- sia. Justeru, pedagang atau pelabur saham perlu mengam- bil perhatian tentang aktiviti jualan paksa ini. Keadaan boleh menjadi semakin teruk sekira- nya jualan paksa ini berterusan untuk beberapa hari atau ming- gu. Maka, tidak hairanlah jika ramai membeli saham yang semakin jatuh untuk beberapa hari kerana jualan paksa ini tidak dapat diserap oleh aktiviti pembelian. Juga, aktiviti jual paksa ini juga boleh terjadi pada portfo- lio saham yang di bawah pem- biayaan margin. Secara um- umnya, harga saham di dalam akaun margin akan menurun semasa pasaran saham dalam aliran menurun. Justeru, ini akan mengakibatkan panggilan margin atau margin call dikena- kan ke atas pemilik akaun mar- gin ini. Sekiranya pemilik akaun margin tidak dapat menam- bah modal tunai atau mende- posit saham-saham syarikat tersenarai ke dalam akaun margin tersebut pada waktu yang ditetapkan, akaun margin tersebut juga akan dikenakan jual paksa. Secara umumnya, jualan paksa ke atas akaun margin ini lebih teruk impaknya daripada pemegang akaun biasa atau akaun runcit (retail account). Semasa zaman kejatuhan pasaran saham Asia tahun 1997-98, banyak saham di dalam akaun margin ini di- jual paksa dan mengakibatkan akaun margin tersebut men- jadi negatif atau hampir hilang modal pelaburan kerana pemi- lik akaun margin ini juga perlu membayar faedah serta rollover fees ke atas kemudahan margin yang diberikan oleh syarikat broker saham. Maka, pelabur dan pedagang saham perlu bijak memahami dan mengambil tahu makna terminologi pasaran untuk di- manfaatkan dalam membuat pelaburan saham di Bursa Ma- laysia. Dengan ini juga, kita dapat menghindarkan diri dari- pada mengalami kerugian atau- pun dapat mengelakkan keru- gian menjadi semakin besar. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Jualan paksa dalam pelaburan saham Mereka akan menjual saham tersebut pada harga berapa sahaja yang diminta oleh pembeli. Pedagang saham kontra perlu mengambil berat tentang keadaan ini untuk mengelakkan kerugian menjadi semakin besar.

Upload: trinhminh

Post on 24-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

15UTUSANBIZ

PELABUR yang ingin mahir dalam urus niaga serta meraih keuntungan saham dalam apa jua keadaan sekalipun perlu tahu banyak perkara termasuk terminologi pasaran. Termi­nologi pasaran boleh dike­tahui atau dipelajari sekiranya pelabur dan pedagang saham menggunakan khidmat dealer atau remisier yang berpengala­man.

Dealer dan remisier yang mempunyai pengalaman lama di dalam pasaran saham kebia­saannya mengetahui tentang terminologi pasaran kerana mereka telah melaluinya atau melakukannya. Terminologi pasaran ini boleh disemak di la­man web Bursa Malaysia.

Satu daripada terminologi pasaran yang sangat sinonim dalam transaksi saham ialah jualan paksa. Jualan paksa ini merupakan satu paksaan men­jual yang dikenakan oleh Bursa Malaysia ke atas pembelian sa­ham yang tidak dijelaskan pada hari yang ditetapkan.

Dalam erti kata lain, peda­gang saham membeli saham sekadar untuk melakukan tran­saksi kontra kerana mereka tidak mempunyai modal tunai yang mencukupi bagi mem­bayar pembelian saham yang dibuat.

Pembelian saham yang tidak disokong oleh modal tunai ini merupakan pemberian pinja­man sementara oleh broker sa­ham kepada pedagang saham. Pada hari jualan paksa dilaku­kan, syarikat broker saham mengenakan faedah ke atas jumlah pinjaman ke atas pem­belian saham tersebut.

Perkataan jual paksa itu sa­haja biasanya memberi gam­baran bahawa harga saham akan menurun kerana ramai pedagang saham yang beru­rusniaga saham secara kontra menunggu saat terakhir untuk menjual saham dengan hara­pan harga saham akan naik dalam tempuh yang ditetapkan bagi membuat pembayaran.

Oleh kerana berlakunya jualan paksa pada harga se­masa dagangan Bursa Malaysia,

harga akan menurun dan jika jualan paksa dilakukan secara agresif dan berterusan, ini akan mengakibatkan harga saham menjadi semakin jatuh.

Jualan paksa perlu dilaku­kan sebelum waktu pratutup Bursa Malaysia. Maka, seki­ranya masih banyak saham yang belum dijual paksa, syari­kat broker saham tidak akan berkompromi dalam aktiviti jual paksa ini.

Mereka akan menjual saham tersebut pada harga berapa sa­haja yang diminta oleh pem­beli. Pedagang saham kontra perlu mengambil berat tentang keadaan ini untuk mengelak­kan kerugian menjadi semakin besar.

Dalam analisis teknikal, sesuatu keadaan yang turun akan meneruskan penurunan. Begitu juga sesuatu keadaan menaik, ia akan menerus­kan kenaikan. Oleh sebab itu adanya limit up dan limit down dalam pasaran Bursa Malaysia.

Satu keadaan yang mana harga saham terus naik atau terus jatuh pada satu had yang ditentukan oleh Bursa Malay­sia.

Justeru, pedagang atau pelabur saham perlu mengam­

bil perhatian tentang aktiviti jualan paksa ini. Keadaan boleh menjadi semakin teruk sekira­nya jualan paksa ini berterusan untuk beberapa hari atau ming­gu.

Maka, tidak hairanlah jika ramai membeli saham yang semakin jatuh untuk beberapa hari kerana jualan paksa ini tidak dapat diserap oleh aktiviti pembelian.

Juga, aktiviti jual paksa ini juga boleh terjadi pada portfo­lio saham yang di bawah pem­biayaan margin. Secara um­umnya, harga saham di dalam akaun margin akan menurun semasa pasaran saham dalam aliran menurun. Justeru, ini akan mengakibatkan panggilan margin atau margin call dikena­kan ke atas pemilik akaun mar­gin ini.

Sekiranya pemilik akaun margin tidak dapat menam­bah modal tunai atau mende­posit saham­saham syarikat tersenarai ke dalam akaun margin tersebut pada waktu yang ditetapkan, akaun margin tersebut juga akan dikenakan jual paksa.

Secara umumnya, jualan paksa ke atas akaun margin ini lebih teruk impaknya daripada pemegang akaun biasa atau akaun runcit (retail account).

Semasa zaman kejatuhan pasaran saham Asia tahun 1997­98, banyak saham di dalam akaun margin ini di­jual paksa dan mengakibatkan akaun margin tersebut men­jadi negatif atau hampir hilang modal pelaburan kerana pemi­lik akaun margin ini juga perlu membayar faedah serta rollover fees ke atas kemudahan margin yang diberikan oleh syarikat broker saham.

Maka, pelabur dan pedagang saham perlu bijak memahami dan mengambil tahu makna terminologi pasaran untuk di­manfaatkan dalam membuat pelaburan saham di Bursa Ma­laysia. Dengan ini juga, kita dapat menghindarkan diri dari­pada mengalami kerugian atau­pun dapat mengelakkan keru­gian menjadi semakin besar.

UTUSAN MALAYSIA • RABU 5 JULAI 2017

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

STV, LDM komersialkan mesin pemotong ketepatan mikro

AirAsia perkenal laluan ke Nha Trang, Vietnam

Firma audit digesa tingkat kawalan kualiti

Faktor luaran kekal pengaruhi ringgit

Jualan paksa dalam pelaburan saham

Oleh NABILA YASMIN [email protected]

KUALA LUMPUR 4 Julai – Anak syarikat SIRIM Bhd., SIRIM Tech Venture Sdn. Bhd. (STV) menanda­tangani perjanjian pakatan strate­gik bersama LD Micro Precision Sdn. Bhd. (LDM) sebagai langkah berterusan dalam mengkomersial­kan mesin pemotong ketepatan mikro ke sektor pendidikan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir. Dr. Ah­mad Fadzil Mohamad Hani berka­ta, melalui perjanjian ber kenaan, STV akan menjadi gerbang pe­masaran dan jualan bagi mesin pemotong ketepatan mikro yang akan dibangunkan oleh LDM.

Beliau berkata, usaha sama berkenaan juga akan membawa hasil penyelidikan dan pemban­gunan serta inovasi ke dalam pasaran selaras dengan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia.

“Ini adalah kejayaan kepada SIRIM di dalam usaha pengko mer­ sialan, yang mana kami memu­dahkan pemindahan teknologi dengan industri yang dapat mem­bantu mereka membina pengeta­huan dalam teknologi inovatif.

“Di samping itu, usaha ini akan membolehkan industri meng­hasilkan peralatan dalam bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan

Vokasional (TVET) untuk melatih penggunanya mengenai mesin ketepatan serta teknologinya. Perkongsian sinergi antara STV dan LDM dalam membangunkan teknologi mesin pemotong ketepa­tan mikro ini akan memberi man­faat kepada sektor pendidikan.

“Kami berharap teknologi ini akan terus berkembang ke pasa­ran industri tempatan dan seran­tau terutamanya di bahagian semikonduktor, alat perubatan, bahagian aeroangkasa dan sektor komponen,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Perjanjian itu telah ditanda­tangani oleh Ahmad Fadzil dan Pengarah LDM, Lai Siaw Ling, disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi STV, Ajmain Kasim dan Pengarah Urusan LDM, Tan Kean Lee dalam satu majlis ringkas di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Tambah Ahmad Fadzil, pro­gram tersebut juga selaras dengan pelaksanaan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS: MC­050­3­2015) oleh Jabatan Kemahi­ran Pembangunan Jabatan Tenaga Manusia yang dijangka dilaksana­kan pada suku ketiga 2017.

KUALA LUMPUR 4 Julai – AirAsia Bhd. (AirAsia) memperkenalkan laluan penerbangan harian baha­ru dan keempat ke Vietnam iaitu ke bandar Nha Trang dari sini, bermula 14 September depan.

Ketua Komersial AirAsia, Spen­cer Lee berkata, pelanggan boleh menempah harga promosi tambang dari serendah RM99 sehala hingga 9 Julai ini untuk perjalanan 14 Sep­tember ini hingga 28 Ogos 2018.

“Kami berbesar hati untuk memperluaskan rangkaian pener­bangan dengan laluan ke­54 dari Malaysia ke satu lagi destinasi menarik di rantau ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lee berkata, sebagai satu­satu­nya syarikat penerbangan yang terbang terus ke Nha Trang dari Ma­laysia, laluan itu memberi akses ke­pada penduduk dari wilayah Khanh Hoa untuk menikmati lebih 120 destinasi AirAsia di seluruh Asia.

“Sempena pengenalan laluan ba­haru ini, kami juga akan menghubung­kan sebanyak 14 laluan Fly­Thru bagi melancarkan perjalanan para pelang­gan ke destinasi ASEAN tersebut.

“Penumpang boleh menggu­nakan perkhidmatan penerban­gan sambungan Fly­Thru di mana bagasi berdaftar mereka akan di­hantar terus ke destinasi terakhir tanpa perlu melalui pelepasan

imigresen di hab transit,” katanya.Kata beliau, perkhidmatan

itu akan melancarkan penerban­gan tetamu ke Nha Trang dari 14 bandar serata Asia dan Australia seperti dari Johor Bahru, Pu­lau Pinang, Singapura, Jakarta, Guangzhou, Shenzhen, Chengdu, Changsha, Xi’an, Wuhan, Mel­bourne, Gold Coast, Sydney, atau Perth melalui Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 4 Julai – Firma audit digesa mengukuhkan pem­binaan kapasiti dan meningkat­kan kawalan kualiti bagi menun­jukkan kepentingan nilai audit serta kaitannya dalam memastikan tadbir urus korporat sesebuah syari­kat yang baik.

Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Gu­muri Hussain berkata, ke­bolehpercayaan terhadap penyata kewangan terau­dit, amalan audit berkualiti tinggi dan menangani pemerhatian dalam pemeriksaan firma audit di Malay­sia kekal menjadi tumpuan utama organisasi pengawal selia tersebut.

Jelas beliau, laporan tahunan AOB 2016 menggesa firma audit supaya mengukuhkan pembi­naan kapasiti dan meningkat­kan kawalan kualiti syarikat bagi mendorong ketelusan dalam setiap laporan audit.

“AOB komited untuk me nge­kalkan tumpuan dan momentum positif terhadap hal­hal utama dan pemangkin pasaran seperti

Piawaian Pelaporan Juruaudit Ba­haru dan Disemak Semula (Piawa­ian) sebagai satu cara memacu ketelusan laporan juruaudit dan pelaporan kewangan.

“Piawaian mengke­hendaki juruaudit untuk menzahirkan hal utama audit dalam laporan mereka iaitu memberi laporan yang lebih ber­maklumat dan disesuai­kan khusus kepada situasi pelanggan dan bukannya pendekatan dalam pelaporan ketika

ini yang terdiri daripada amalan standard,” katanya dalam kenyat­aan di sini hari ini.

Sejak 2015, AOB telah men­gumpul data daripada 10 firma terbesar yang meliputi bidang campuran hasil, sumber manu­sia, latihan, peruntukan portfolio pelanggan dan aktiviti peman­tauan dalaman bagi menanda aras prestasi setiap syarikat.

Proses pengumpulan data tahu­nan telah membolehkan AOB mem­peroleh kefahaman yang lebih men­dalam mengenai keadaan semasa sesebuah firma audit yang besar.

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kedudukan ringgit akan terus dipengaruhi oleh faktor luaran walaupun kembali pulih kepada purata RM4.33 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua daripada RM4.50 yang dicatatkan pada suku pertama 2017.

Penganalisis HLIB Research, Felicia Ling Xiao Wei berkata, ringgit dijangka sedikit menyusut pada separuh kedua tahun ini disebabkan beberapa faktor, antaranya langkah Rizab Persekutuan AS yang mula menyelaraskan (unwinding) imbangan kira­kira yang secara tidak langsung mengukuhkan dolar AS berikutan pengagihan semula portfolio global.

Selain itu, katanya, ringgit turut dipengaruhi oleh harga minyak global yang semakin menyusut sekali gus mengehadkan kecenderungan terhadap aset Malaysia.

“Separuh kedua tahun ini akan menyaksikan pertumbuhan global dipengaruhi oleh dasar ekonomi Presiden AS, Donald Trump, China yang melaksanakan dasar mengurangkan hutang dan kitaran pertumbuhan lebih sederhana.

“Tambahan pula, Rizab Persekutuan AS akan mula melaksanakan pelan pelarasan imbangan kira­kira pada suku keempat 2017 yang dilihat boleh menjejaskan harga aset dan keyakinan global.

“Buat masa ini, kami mengekalkan unjuran ringgit sekitar RM4.30 hingga RM4.40 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Minggu lalu, ringgit muncul nilai mata wang Asia paling kukuh berbanding dolar AS untuk sepanjang suku kedua tahun ini, di sebalik pelbagai dakwaan negatif yang dilemparkan terhadap kepemimpinan negara.

ECER Pahang tarik pelaburan RM56.9bKUALA LUMPUR 4 Julai – Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Pa­hang berjaya menarik pelaburan domestik dan antara­bangsa bernilai RM56.9 bilion sehingga Mei 2017 dengan mewujudkan le­bih 53,565 peluang peker­jaan sekali gus mening­katkan taraf hidup rakyat negeri berkenaan.

Ketua Pegawai Ekse­kutif Majlis Pembangun­an Wilayah Ekonomi Pan­tai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John (gambar) berkata, pelaburan swasta di Pa­hang yang sebahagian besar di­pacu oleh kerjasama erat antara ECERDC dan kerajaan negeri te­rus berkembang bagi menjadikan Pahang sebagai destinasi utama pelabur.

Jelas beliau, pelaburan dalam sektor pembuatan di Pahang kini berjumlah RM29 bilion dengan kewujudan lebih 35,400 peluang pekerjaan termasuk pelaburan baharu dalam bentuk pembi­naan kilang oleh Sichuan Migao

Chemi cal Fertilizer Industri Co. Ltd. di Taman Industri Malaysia­China Kuantan (MCKIP).

Katanya, pembinaan pusat siber di Taman Teknologi Pahang (PTP) juga giat berjalan dan di­jangka siap menjelang Ogos nanti yang memu­dahkan pertumbuhan industri makanan halal, bioteknologi, teknologi maklumat dan komuni­kasi serta agroteknologi.

“PTP menyediakan plat­form terbaik bagi lebih banyak pelaburan dalam industri terse­but yang bakal muncul sebagai bidang baharu dalam sektor pem­buatan Malaysia.

“Kerajaan Persekutuan akan terus melabur dalam melaksana­kan projek­projek berimpak tinggi dan infrastruktur untuk terus memudahcara dan merangsang kewujudan peluang pekerjaan dan keusahawanan baharu melalui peningkatan pelaburan dan per­tumbuhan sosioekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

AHMAD FADZIL MOHAMAD HANI (dua dari kiri) dan Tan Kean Lee (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Ajmain Kasim (kiri) dengan Lai Siaw Ling (kanan) di Bayan Lepas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

GUMURI HUSSAIN

Mereka akan menjual saham tersebut pada harga berapa sahaja yang diminta oleh pembeli. Pedagang saham kontra perlu mengambil berat tentang keadaan ini untuk mengelakkan kerugian menjadi semakin besar.

Rumah: HBA cadang tubuh pasukan khas Oleh AKMYR SYAHAR [email protected]

� KUALA LUMPUR 4 JULAI

PERSATUAN Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menca­dangkan penubuhan sebuah

pasukan petugas khas bagi me­mantau projek perumahan teru­tama mampu milik dan memacu pemilikan rumah di negara ini.

Setiausaha Kehormat HBA, Chang Kim Loong berkata, pasu­kan itu perlu bertindak sebagai sebuah organisasi pengumpulan data yang akan memantau pelak­sanaan projek perumahan di pe­ringkat rancangan, pembinaan dan setelah projek itu siap dibina.

“Pasukan ini perlu mengawal harga perumahan dengan me­nyelaras harga bahan asas binaan seperti simen, keluli dan pasir, sekali gus tidak ada lagi alasan bagi pemaju untuk mengenakan harga rumah yang terlalu tinggi.

“Ia perlu melibatkan pemaju­pemaju utama kerana mereka ada­lah pelopor yang gemar membina rumah mewah. Jika perkara ini dapat diselaraskan, pemaju boleh bina rumah mampu milik dengan keuntungan sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika

ditemui pada acara dialog bagi kemampanan pembangunan pe­rumahan mampu milik anjuran Cagamas Holdings Berhad (Caga­mas) di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Shaik Abdul Rasheed Ab­dul Ghaffour; Pengerusi Cagamas, Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff; Pengurus Amalan, Bandar dan Risiko Bencana Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Abhas K. JHA; Pengarah Eksekutif Khazanah Na­sional Berhad (Khazanah), Datuk Charon Mokhzani dan Ketua Pen­garah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Abdul Rahim Ishak.

Sementara itu, Shaik Abdul Rasheed berkata, perubahan ketara dalam pasaran dan demo­grafi hartanah negara telah men­jadikan isu ketidakseimbangan antara permintaan dan bekalan perumahan semakin ketara.

Jelasnya, pembiayaan bukan satu isu kerana kadar kelulu­san pinjaman perumahan kekal tinggi pada 74 peratus dengan lebih 60 peratus pinjaman baharu diperluas kan untuk pembelian rumah di bawah RM500,000,

“Berdasarkan data 2014, kekuran­gan perumahan mampu milik ada­lah sebanyak 960,000 unit, malah

angka itu dijangka mencecah sejuta menjelang 2020 jika tiada langkah sewajarnya untuk meningkatkan kemampuan,” katanya.

Dalam pada itu, Persatuan Pema­ju Hartanah dan Perumahan Ma­laysia (REHDA) berharap semakan semula Dasar Perumahan Negara (DPN) dapat disiapkan sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Penaung REHDA, Datuk Ng Seing Liong berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Ke­menterian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tem­patan (KPKT) untuk menyelaras­kan harga rumah mampu milik di negara ini kerana banyak perkara perlu dinilai sebelum semakan dasar tersebut disiapkan.

“Setiap negeri mempunyai keperluan yang berbeza, perkara ini akan diperhalusi supaya ia da­pat diselaraskan dengan negeri­negeri yang lain.

“Selain itu, tafsiran harga mampu milik juga berbeza yang mana RM500,000 dianggap mampu milik di Lembah Klang tetapi tidak di kawasan yang lain,” katanya dalam sidang akhbar Kar­nival Perumahan Mampu Milik (KPMM)­Ekspo Hartanah dan Pe­rumahan Malaysia (Mapex) 2017 di sini hari ini.

SHAIK ABDUL RASHEED ABDUL GHAFFOUR (empat dari kiri) bersama sebahagian peserta dialog bagi kemampanan pembangunan perumahan mampu milik anjuran Cagamas Holdings Berhad di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN