asnb sasar tarik 6,000 pelabur...

1
Bursa saham bukan kasino atau skim cepat kaya BANYAK persoalan saya terima yang seolah-olah beranggapan perdagangan saham itu sama seperti perdagangan forex (tu- karan wang asing). Dengan modal yang kecil sesiapa sahaja boleh membuat urus niaga dan memperoleh keuntungan dari- pada perbezaan harga beli dan jual. Berbeza dengan perdaga- ngan forex yang merupakan satu perdagangan atau tran- saksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara ter- hadap mata wang negara yang lain, saham merupakan satu pemilikan ekuiti kepada pe- megang saham syarikat terse- narai di Bursa Malaysia. Bagi mengubah persepsi masyarakat untuk beralih ke bi- dang saham, maka banyak iklan menarik perhatian pembaca dengan menggunakan konsep seolah-olah urus niaga saham ini sama juga seperti skim cepat kaya atau kasino. Sebagai con- toh, iklan yang berbunyi keun- tungan saham boleh mencecah 300 peratus atau anda boleh melabur saham hanya ber- modalkan RM50. Sekiranya terbaca iklan ini dan tidak mempelajari selok- belok pasaran, ditakuti mereka ini terbeli saham syarikat yang berada di dalam kumpulan PN17, saham bertanda atau waran yang hampir tamat tem- poh kerana tertarik dengan harga yang murah disebabkan modal yang kecil. Juga, mereka mungkin membeli saham tanpa mem- buat kajian atau analisis pasa- ran kerana beranggapan semua saham syarikat tersenarai akan naik sehingga 300 peratus. Maka, pembaca perlu ber- hati-hati dengan strategi pe- masaran iklan seminar saham atau lebih selamat untuk meru- juk kepada pakar-pakar yang bertauliah atau organisasi di bawah pasaran modal serta membuat kaji selidik terlebih dahulu dengan melayari inter- net mencari seminar-seminar yang dianjurkan oleh organi- sasi yang berkaitan dengan pasaran modal seperti simpo- sium saham yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 9 Sep- tember lalu. Kadang-kala ia indah khabar dari rupa seperti aduan dan e- mel yang saya terima daripada orang ramai yang terpedaya dengan iklan-iklan sedemikian. Terdapat kecaman dan kata-ka- ta negatif yang dilemparkan di laman sosial Facebook apabila orang ramai yang menghadiri kelas pembelajaran saham tidak mendapat pulangan se- perti yang dicanangkan. Agak sukar seseorang pe- labur atau pedagang saham un- tuk membuat keuntungan yang konsisten dan lumayan sepan- jang masa kerana sebagai ma- nusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Sekiranya pelabur dan peda- gang saham merasakan untuk membuat urus niaga jual beli sa- ham di pasaran terbuka agak ru- mit dari segi pemilihan saham, maka pelabur boleh beralih un- tuk membuat pelaburan pada saham IPO di tawaran awam atau permohonan di Kemente- rian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Persoalannya, adakah modal RM50 atau RM100 itu men- cukupi atau melayakkan anda memohon saham IPO, walau- pun terdapat kenyataan yang menyatakan satu lot saham ber- samaan dengan 100 unit, juste- ru kita boleh membeli saham hanya untuk 100 unit sahaja? Maka, kenyataan dengan bermodalkan RM50 atau RM100 untuk membuat pelaburan di pasaran saham itu bagi saya amat mengelirukan dan samar- samar. Walau bagaimanapun, semuanya terletak pada budi bicara anda kerana semua keputusan jual dan beli terletak pada diri sendiri. Dengan ayat pemasaran ini, ia sama juga seperti me- letakkan harapan kononnya modal RM50 itu boleh men- jadi RM1,000. Memang agak menarik strategi pengiklanan ini kerana masyarakat kita me- mang sangat gemar dengan ce- rita sebegini yang menjanjikan untung lumayan. Mereka yang kekurangan wang atau yang tiada wang ber- lebihan berbondong-bondong membuka akaun CDS dan terus membeli saham tanpa mem- buat persediaan yang secukup- nya kerana mereka sangat ter- uja dengan kata-kata membuat keuntungan di pasaran saham sehingga 300 peratus hanya de- ngan modal yang kecil. Tidak dinafikan telah ber- laku suatu saham syarikat yang harganya kurang daripada 5 sen telah naik berterusan sehingga 26 sen tetapi ia tidak terjadi ke atas kesemua saham di papan Bursa Malaysia dan ada banyak saham yang tidak terus naik dengan cepat. Sekiranya semua saham naik 300 peratus, saya percaya se- mua orang tidak perlu bekerja tetapi menjadi pelabur dan pedagang sepenuh masa. Untuk pengiklanan kelas saham perlu dibuat secara berhemah dan tidak menge- lirukan lebih-lebih lagi kelas pembelajaran saham yang dibuat oleh pemegang lesen berdaftar seperti dealer dan remisier. Ini untuk menjaga reputasi pemegang lesen berdaftar yang dikawal selia di bawah undang- undang Bursa Malaysia dan Su- ruhanjaya Sekuriti (SC). Sebagai panduan pengikla- nan, kita boleh membuat per- bandingan dengan ayat-ayat pengiklanan yang dikeluarkan oleh syarikat broker saham, Bursa Malaysia dan Securities Industry Development Corpo- ration (SIDC) yang tiada unsur- unsur memberi harapan atau berjanji ‘bulan dan bintang’. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Sekiranya semua saham naik 300 peratus, saya percaya semua orang tidak perlu bekerja tetapi menjadi pelabur dan pedagang sepenuh masa.

Upload: ngoxuyen

Post on 29-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASNB sasar tarik 6,000 pelabur baharuwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · had (PNB) menerusi anak syarikat miliknya, Amanah ... bankan Islam Malaysia

17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 20 SEPTEMBER 2017

ASNB sasar tarik 6,000 pelabur baharu

Alpine Return, Ascott lancar Ascott Star KLCC Kuala Lumpur

AIBIM guna pakai piagam pelanggan

Ardence Labs perkenal 18 penyewa komersial

MyHSR Corp, LTA bincang kutipan tiket, tambang

Garis panduan crypto diperkenal

Bursa saham bukan kasino atau skim cepat kaya

Oleh ZUNAIDAH [email protected]

� KUALA LUMPUR 19 SEPT.

PERMODALAN Nasional Ber­had (PNB) menerusi anak syarikat miliknya, Amanah

Saham Nasional Berhad (ASNB) mahu menarik antara 5,000 hing­ga 6,000 pelabur baharu sepan­jang penganjuran Fiesta Labur PNB mulai 28 September hingga 1 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mo­hammad Hussin berkata, program tersebut yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dianjurkan buat kali kedua dan disasar menarik 15,000 pengunjung.

Katanya, menerusi Fies ta Labur PNB, ASNB mahu me­nyam paikan mesej mengenai ke­lebihan melabur dan berkongsi ilmu asas pelaburan seperti Kua­sa Kompaun dan Rule of 72 untuk memudahkan para pelabur.

“Program ini bermatlamat untuk menghimpunkan kesemua pro­gram Didik Pelabur PNB yang dian­jurkan sepanjang tahun di semua negeri. Ia bertujuan menyampai­kan maklumat berkaitan pelaburan dalam suasana santai bersama para peserta dan orang ramai.

“Berteraskan hiburan berinfor­masi, terdapat pelbagai program dan aktiviti yang menarik antara­nya Santai Labur yang menampil­kan Datuk Seri Dr. Hasmiza Oth­

man atau Dr. Vida dan Datuk Aliff Syukri, Labur Ria bersama artis popular seperti Ziana Zain, Aiman Tino dan Wany Hasrita,” katanya dalam sidang akhbar Fiesta Labur PNB di sini hari ini.

Fiesta Labur PNB akan diras­mikan Menteri Kewangan II, Da­tuk Johari Abdul Ghani pada 28 September ini.

Program itu mengumpulkan semua program didik labur seperti Kuiz Pelaburan PNB untuk empat kategori iaitu badan beruniform, sekolah menengah, institut pen­didikan guru dan institusi penga­jian tinggi; Jamboree untuk Kelab Pelaburan Bijak PNB, persemba­han seni kreatif dan Kem Peran­cangan Kewangan Kanak­kanak

PNB untuk pelajar sekolah rendah. Bagi memeriahkan program,

sebanyak 50 gerai jualan dan pam­eran akan dibuka terdiri daripada ejen ASNB, badan beruniform dan peniaga industri kecil dan seder­hana (IKS) yang menjual pelbagai produk seperti tudung, pakaian, makanan dan barangan kecantikan.

Para pengunjung juga boleh mendapat maklumat berguna me­ngenai pelaburan menerusi Beng­kel “Kuasai Kewangan Anda” yang membincangkan empat topik me­narik iaitu Pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Peranca­ngan Pelaburan Emas, Perancangan Pelaburan Hartanah dan Peranca­ngan Harta Pusaka yang menampil­kan sifu hartanah, Ahyat Ishak.

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Alpine Return Sdn. Bhd. (Alpine Return) bersama The Ascott Limited (As­cott) melancarkan menara kedia­man mewah, Ascott Star KLCC Kuala Lumpur dengan nilai pem­bangunan kasar (GDV) RM1 bi­lion.

Ketua Pegawai Operasi Al­pine Return, Alan Koh berkata, menara ketiga setinggi 58 ting­kat tersebut akan menyediakan sebanyak 471 unit kediaman bersaiz antara 700 hingga 2,972 kaki persegi pada harga bermula RM1.6 juta.

Jelasnya, Alpine Return op­timis dengan kadar pemilikan Ascott Star KLCC Kuala Lumpur selepas sebanyak 557 unit kedia­man bagi menara pertama terjual sepenuhnya sementara 482 unit bagi menara kedua berada pada 90 peratus.

“Kerjasama dengan jenama terkemuka dalam portfolio kedi­aman berservis iaitu Ascott akan meningkatkan nilai hartanah ke­pada pemilik sebagai pelaburan selain memberi jaminan pengu­rusan perkhidmatan yang profe­sional.

“Sasaran utama adalah pe­langgan China, Hong Kong, Ko­rea Selatan dan Jepun, malah kami telah menerima lebih 100 pertanyaan mengenai projek ini

dari luar negara,” katanya pada majlis pelancaran dan perjanjian antara kedua­dua syarikat itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Negara Ascott Malay­sia, Philip Lim; Pengurus Besar Serantau Ascott Singapura dan Malaysia, Ervin Yeo; Ketua Pega­wai Kewangan Symphony Life Bhd. (Symphony Life), Hazurin Harun dan Pengarah Urusan United Malayan Land Bhd. (UM Land), Dennis Ng.

Alpine Return ialah sebuah syarikat usahasama antara dua pemaju terkemuka di Malaysia iaitu Symphony Life dan UM Land, akan bersama memba­ngunkan Ascott Star KLCC Kua­la Lumpur yang dijangka siap pertengahan 2021.

Di bawah perjanjian itu, Ascott secara rasminya dilantik sebagai pengendali untuk menguruskan semua perkhidmatan kediaman itu seperti sebuah hotel selama 10 tahun termasuk concierge dan kemasan bilik secara harian.

Sementara itu, Yeo berkata, Ascott sedang giat memperlu­askan kehadirannya di Malaysia dengan sebanyak lapan hartanah di bawah pengurusan dan 11 lagi di bawah jenama Citadines, Som­erset dan Ascott bakal siap pada 2023.

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Persatuan Institusi Per­bankan Islam Malaysia (AIBIM) kini mengguna pakai Piagam Perkhidmatan Pelanggan dalam usaha memperkasakan komitmen ke arah mempertingkatkan mutu khidmat pelanggan.

Presiden AIBIM, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid berkata, piagam yang dirangka menerusi kerjasama anggota AIBIM tersebut merupakan satu lagi komitmen institusi perbankan Islam dalam menyediakan perkhidmatan berpiawaian tinggi serta konsisten untuk pelanggan.

Beliau berkata, bank­bank Islam diharap menjadikan ketelusan sebagai perkara utama dalam model perniagaan mereka secara konsisten.

“Sokongan padu yang ditunjukkan oleh semua anggota AIBIM dalam melaksanakan piagam ini merupakan satu lagi kejayaan bagi industri perbankan Islam dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Reza berkata, piagam itu telah diguna pakai oleh kesemua anggota persatuan mulai 15 September lalu dan ia menekankan empat prinsip iaitu Kenali Pelanggan Anda, Perkhidmatan yang Cekap dan Menepati Masa, Perkhidmatan yang Telus dan Berbudi Pekerti serta Perbankan yang Mudah Diakses.

“Piagam yang diguna pakai oleh setiap bank mungkin terdapat sedikit perbezaan antara satu dengan yang lain. Ini kerana khidmat pelanggan yang disediakan bergantung kepada kepelbagaian produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan terbabit," jelasnya. – BERNAMA

SHAH ALAM 19 Sept. – Ardence Labs memperkenalkan 18 penye­wa komersial bagi projek bandar raya eko, Eco Ardence dan dija­ngka mula beroperasi pada suku pertama 2018.

Pengurus Besar Bahagian Eco Ardence, Liew Tian Xiong berkata, kesemua penyewa komersial itu akan ditempatkan di kawasan kom­ersial Eco Ardence iaitu Ardence Labs yang berkeluasan 11 hektar.

Tambahnya, Ardence Labs di­bina menggunakan konsep kon­tena yang diperbaharui kerana lebih fleksibel dan bilangannya boleh ditambah mengikut keper­luan semasa.

“Konsep pembinaan menggu­nakan kontena bukanlah sesuatu yang baharu, namun kami mem­binanya dalam skala yang besar. Kaedah ini juga membantu kami mengubah suai ruang perniagaan mengikut keperluan penyewa.

“Sementara itu, pemilik per­niagaan akan menikmati fleksi­biliti dalam mencorak imej bagi mengekalkan identiti perniagaan mereka. Kami mahu memberi kelainan dengan menampilkan binaan yang artistik dan sofis­tikated” katanya dalam majlis pengenalan 18 penyewa Ardence Labs di Galeri Jualan Eco Ardence di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eco World Development Group Ber­had, Datuk Chang Khim Wah dan

Pengarah Cascara Sdn. Bhd., Mo­hamad Nadziff Bustari.

Antara 18 penyewa komersial yang terdapat di Ardence Labs adalah Cocomomo Pets Hotel, Ardene Arena, Plant Catridge, Tealive, Gindako, Hinata Cafe, Bamboo Biryani, Jaya Grocer dan Ottimo Dessert.

Tian Xiong menambah, pelba­gai jenis perniagaan akan dibuka di Ardence Labs seperti akademi bola sepak, restoran dan kafe, ho­tel untuk haiwan peliharaan serta peruncitan.

Menurut beliau, pemilihan setiap penyewa komersial dilaku­kan dengan ketat dan teliti agar ia dapat memberi kemudahan, berkualiti serta menepati ke­hendak komuniti yang ada di Eco Ardence kelak.

“Kami menjangkakan pem­beli akan mula mendiami Eco Ardence pada penghujung 2019. Pengenalan awal ini adalah seba­gai gambaran kepada mereka apa yang sudah disediakan di sini dan akan memberi inspirasi kepada bakal pembeli baharu,” ujarnya.

KUALA LUMPUR 19 Sept. – MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) dan Pihak Berkuasa Pe­ngangkutan Darat (LTA) Singapu­ra akan mengadakan perbincan­gan dengan syarikat­syarikat yang mempunyai kepakaran dalam kutipan tiket dan tambang (FTC).

Menurut MyHSR Corp, perbin­cangan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Oktober ini serta mengalu­alukan kehadi ran

syarikat kutipan tiket bagi berkongsi teknologi dan pemba ngunan terkini pendekatan TFC yang mantap untuk projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur­Singapura.

Jelasnya, MyHSR Corp dan LTA membayangkan sistem tiket mesra penumpang yang menggabungkan teknologi terkini sambil memas­tikan perjalanan yang lancar di sepanjang ekosistem HSR, dengan mengambil kira unsur rentas sem­

padan projek itu serta pengendali berasingan untuk perkhidmatan antarabangsa dan domestik.

“Input daripada perbincangan akan diambil kira apabila MyHSR Corp dan LTA menyusun ekosis­tem kutipan tiket dan tambang, termasuk bagaimana Syarikat Aset (AssetsCo) dan Syarikat Ope­rasi (OpCos) terlibat dalam pros­es berkenaan,” katanya dalam kenya taan di sini hari ini.

Oleh NUR HANANI [email protected]

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan garis panduan mengenai mata wang elektronik atau crypto menjelang akhir ta­hun ini.

Gabenor BNM, Tan Sri Muham­mad Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengkaji butiran penting berkaitan mata wang berbentuk baharu berkenaan yang telah me­narik perhatian banyak bank pu­sat di seluruh dunia.

Katanya, BNM berharap garis panduan mata wang crypto da­pat diperkenalkan sebelum akhir tahun ini khususnya berkaitan dengan pengubahan wang haram dan pembiayaan atau bantuan ke wangan kepada kumpulan peng ganas.

“Kami mahu me­mastikan bahawa ter­dapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang mahu mengambil bahagian dalam sektor ini,” katanya kepada pemberita selepas me­rasmikan Simposium Global Institusi Pem­bangunan Kewangan (DFI) di sini hari ini.

Crypto atau wang tunai digital ketika ini beroperasi secara bebas dan semakin popu­lar dalam kalangan masyarakat di Malaysia mahupun luar ne­gara.

Menurut laman web Investo-pedia, selain Bitcoin yang telah menjadi pencetus trend, terda­pat banyak lagi mata wang cryp­to seperti Litecoin, Ethereum, Zcash, Dash, Ripple dan Monero.

Meskipun beberapa mata wang elektronik itu lebih mudah di­niagakan daripada Bit­coin, terdapat risiko lebih tinggi antara­nya kecairan lebih ren­dah, penerimaan dan pengekalan nilai.

Dalam perkemba­ngan lain, Muhammad berkata, mata wang tempatan perlu sentiasa

mencerminkan kekuatan ekonomi dan pengukuhan asas Malaysia.

“Kedudukan ringgit bukanlah satu perkara penting, tetapi apa yang lebih penting ialah ringgit mesti mencerminkan kekuatan ekonomi Malaysia.

“Jika pertumbuhan ekonomi dan inflasi terkawal, maka kadar pertukaran akan mencerminkan keadaan semasa,” katanya.

BANYAK persoalan saya terima yang seolah­olah beranggapan perdagangan saham itu sama seperti perdagangan forex (tu­karan wang asing). Dengan modal yang kecil sesiapa sahaja boleh membuat urus niaga dan memperoleh keuntungan dari­pada perbezaan harga beli dan jual.

Berbeza dengan perdaga­ngan forex yang merupakan satu perdagangan atau tran­saksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara ter­hadap mata wang negara yang lain, saham merupakan satu pemilikan ekuiti kepada pe­megang saham syarikat terse­narai di Bursa Malaysia.

Bagi mengubah persepsi masyarakat untuk beralih ke bi­dang saham, maka banyak iklan menarik perhatian pembaca dengan menggunakan konsep seolah­olah urus niaga saham ini sama juga seperti skim cepat kaya atau kasino. Sebagai con­toh, iklan yang berbunyi keun­tungan saham boleh mencecah 300 peratus atau anda boleh melabur saham hanya ber­modalkan RM50.

Sekiranya terbaca iklan ini dan tidak mempelajari selok­belok pasaran, ditakuti mereka ini terbeli saham syarikat yang berada di dalam kumpulan PN17, saham bertanda atau waran yang hampir tamat tem­poh kerana tertarik dengan harga yang murah disebabkan modal yang kecil.

Juga, mereka mungkin membeli saham tanpa mem­buat kajian atau analisis pasa­ran kerana beranggapan semua saham syarikat tersenarai akan naik sehingga 300 peratus.

Maka, pembaca perlu ber­hati­hati dengan strategi pe­masaran iklan seminar saham atau lebih selamat untuk meru­juk kepada pakar­pakar yang bertauliah atau organisasi di bawah pasaran modal serta membuat kaji selidik terlebih dahulu dengan melayari inter­net mencari seminar­seminar yang dianjurkan oleh organi­sasi yang berkaitan dengan pasaran modal seperti simpo­sium saham yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh akhbar

Utusan Malaysia pada 9 Sep­tember lalu.

Kadang­kala ia indah khabar dari rupa seperti aduan dan e­mel yang saya terima daripada orang ramai yang terpedaya dengan iklan­iklan sedemikian. Terdapat kecaman dan kata­ka­ta negatif yang dilemparkan di laman sosial Facebook apabila orang ramai yang menghadiri kelas pembelajaran saham tidak mendapat pulangan se­per ti yang dicanangkan.

Agak sukar seseorang pe­labur atau pedagang saham un­tuk membuat keuntungan yang konsisten dan lumayan sepan­jang masa kerana sebagai ma­nusia tidak terlepas daripada membuat kesilapan.

Sekiranya pelabur dan peda­gang saham merasakan untuk membuat urus niaga jual beli sa­ham di pasaran terbuka agak ru­mit dari segi pemilihan saham, maka pelabur boleh beralih un­tuk membuat pelaburan pada saham IPO di tawaran awam atau permohonan di Kemente­rian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Persoalannya, adakah modal RM50 atau RM100 itu men­cukupi atau melayakkan anda memohon saham IPO, walau­pun terdapat kenyataan yang menyatakan satu lot saham ber­samaan dengan 100 unit, juste­ru kita boleh membeli saham hanya untuk 100 unit sahaja?

Maka, kenyataan dengan bermodalkan RM50 atau RM100 untuk membuat pelaburan di pasaran saham itu bagi saya

amat mengelirukan dan samar­samar. Walau bagaimanapun, semuanya terletak pada budi bicara anda kerana semua keputusan jual dan beli terletak pada diri sendiri.

Dengan ayat pemasaran ini, ia sama juga seperti me­letakkan harapan kononnya modal RM50 itu boleh men­jadi RM1,000. Memang agak menarik strategi pengiklanan ini kerana masyarakat kita me­mang sangat gemar dengan ce­rita sebegini yang menjanjikan untung lumayan.

Mereka yang kekurangan wang atau yang tiada wang ber­lebihan berbondong­bondong membuka akaun CDS dan terus membeli saham tanpa mem­buat persediaan yang secukup­nya kerana mereka sangat ter­uja dengan kata­kata membuat keuntungan di pasaran saham sehingga 300 peratus hanya de­ngan modal yang kecil.

Tidak dinafikan telah ber­laku suatu saham syarikat yang harganya kurang daripada 5 sen telah naik berterusan sehingga 26 sen tetapi ia tidak terjadi ke atas kesemua saham di papan Bursa Malaysia dan ada banyak saham yang tidak terus naik dengan cepat.

Sekiranya semua saham naik 300 peratus, saya percaya se­mua orang tidak perlu be kerja tetapi menjadi pelabur dan pedagang sepenuh masa.

Untuk pengiklanan kelas saham perlu dibuat secara berhemah dan tidak menge­lirukan lebih­lebih lagi kelas pembelajaran saham yang dibuat oleh pemegang lesen berdaftar se perti dealer dan remisier.

Ini untuk menjaga reputasi pemegang lesen berdaftar yang dikawal selia di bawah undang­undang Bursa Malaysia dan Su­ruhanjaya Sekuriti (SC).

Sebagai panduan pengikla­nan, kita boleh membuat per­bandingan dengan ayat­ayat pengiklanan yang dikeluarkan oleh syarikat broker saham, Bursa Malaysia dan Securities Industry Development Corpo­ration (SIDC) yang tiada unsur­unsur memberi harapan atau berjanji ‘bulan dan bintang’.

MOHAMMAD Hussin dan kakitangan ASNB menunjukkan poster Fiesta Labur PNB 2017 selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

MUHAMMAD IBRAHIM

ALAN KOH (dua dari kanan), Dennis Ng (kiri), Philip Lim (dua dari kiri), Ervin Yeo (tengah) dan Hazurin Harun pada majlis pelancaran Ascott Star KLCC Kuala Lumpur, semalam.

MOHAMAD NADZIFF BUSTARI (kiri) dan Liew Tian Xiong pada majlis pengenalan 18 penyewa komersial Ardence Labs di Shah Alam, semalam.

Sekiranya semua saham naik 300 peratus, saya percaya semua orang tidak perlu be kerja tetapi menjadi pelabur dan pedagang sepenuh masa.