tragedi tahfiz: cadang pinda - tpm - moe.gov.my · islam dalam negeri masing-masing. jadi kita...

12
BPPDP BIL. (09) 2017, EDISI SEPTEMBER ____________________ Sekolah tahfiz: Kementerian Pendidikan sedia kerjasama dengan kerajaan negeri YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid Kementerian Pendidikan Malaysia bersedia memberi kerjasama dan berkolaborasi dengan kerajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz, kata Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid. Cuma saya nak tegaskan di sini bahawa sekolah tahfiz ini berada di bawah kerajaan negeri malah dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri ada menyebut Sultan dan Raja-raja Melayu yang mengetuai agama Islam dalam negeri masing- masing. Jadi kita perlu ada satu cara kerjasama yang harmoni dan tertib berkaitan hal ini. Masalah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan bagi mendapatkan keputusan terbaik. Sumber : Berita Harian, 16 September 2017 Maklumat dan Pertanyaan Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284 Tragedi tahfiz: Cadang pinda Akta 550 - TPM YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi membolehkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian tertakluk di bawah akta itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri memandangkan hal-hal berkaitan agama dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. "Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana kita perlu menghormati perkongsian kuasa di mana hal-hal berkaitan agama di bawah pemantauan kerajaan negeri.” Sumber : Berita Harian, 20 September 2017 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Upload: phungngoc

Post on 07-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

BPPDP BIL. (09) 2017, EDISI SEPTEMBER

Disember 2016

____________________

Sekolah tahfiz: Kementerian Pendidikan sedia kerjasama dengan kerajaan negeri

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Kementerian Pendidikan

Malaysia bersedia memberi kerjasama dan berkolaborasi dengan kerajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz, kata Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

Cuma saya nak tegaskan di sini bahawa sekolah tahfiz ini berada di bawah kerajaan negeri malah dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri ada menyebut Sultan dan Raja-raja Melayu yang mengetuai agama Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu cara kerjasama yang harmoni dan tertib berkaitan hal ini. Masalah ini boleh diselesaikan melalui perbincangan bagi mendapatkan keputusan terbaik.

Sumber : Berita Harian, 16 September 2017

Maklumat dan Pertanyaan

Sektor Pusat Dokumentasi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 1, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya

Tel : 03-8884 6002 Faks : 03-8884 6284

Tragedi tahfiz: Cadang pinda Akta 550 - TPM

YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) disyorkan dipinda bagi

membolehkan soal pendaftaran dan pengawalan sekolah agama persendirian tertakluk di bawah akta itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hal itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri memandangkan hal-hal berkaitan agama dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Kerajaan pusat akan berbincang dengan kerajaan negeri kerana kita perlu menghormati perkongsian kuasa di mana hal-hal berkaitan agama di bawah pemantauan kerajaan negeri.”

Sumber : Berita Harian, 20 September 2017

"Demi kepentingan bersama, saya berharap mereka (kerajaan negeri) bersetuju," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempegerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-Sekolah Tahfiz di sini, hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia, 7 Ogos 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 1

Page 2: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 2

Kata Kunci Kejayaan

“ Bila orang bermula dengan kepastian, dia akan berakhir dengan keraguan. Jika

orang bermula dengan keraguan, dia akan berakhir dengan kepastian.”

(Francis Bacon)

443,794 calon menduduki peperiksaan UPSR

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Seramai 443,794 calon menduduki peperiksaan

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, seramai 433,536 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala 10,258 adalah calon sekolah swasta. Sebanyak 8,085 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara, melibatkan seramai 51,363 petugas peperiksaan.

Sumber : Berita Harian, 11 September 2017 _________________________________________________________

Bangunan sementara atau kekal, piawaian keselamatan perlu dipatuhi - TPM Zahid

Semua Maahad Tahfiz, sekolah dan Sekolah Agama

Rakyat perlu mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat walaupun bangunan yang didirikan bersifat sementara.

Sumber : Berita Harian, 21 September 2017

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

berkata sama ada bangunan itu sementara atau kekal, peraturan

keselamatan sudah termaktub dalam dasar pendidikan Maahad

Tahfiz.

"Kita dapati tidak terdapat ciri keselamatan yang sepatutnya

dipatuhi. Kami faham bahawa tempat penginapan dan pengajian

ini adalah sementara sahaja kerana mereka sedang melakukan

pengubahsuaian bagi Maahad Tahfiz yang kekal bentuknya.

'Pusher' boleh sampai kepada murid dengan cepat - Mahdzir

YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid

Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid

mengakui pihaknya menghadapi cabaran dalam memerangi dadah dalam kalangan murid sekolah.

Katanya, murid sekolah kini bukan sahaja terdedah kepada pengaruh rakan sebaya tetapi juga pengaruh luar yang datang dalam pelbagai bentuk. Masalah sekarang ini dadah datang dalam pelbagai jenis pil dan susah kita nak kesan apa yang dia ambil.

“Pusher boleh sampai ke murid dengan cepat,” katanya dalam sidang media selepas menyampikan sumbangan Yayasan Guru Malaysia (YGMB) kepada waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, hari ini. Bagi cadangan Pindaan Akta Pelajaran 1996 (Akta 550) pula, Mahdzir memberitahu, satu jawatankuasa rundingan dengan kerajaan negeri akan diwujudkan dalam masa terdekat.

Sumber : Berita Harian, 20 September 2017

Page 3: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Koleksi Bahan dan Keratan Akhbar bagi September 2017

Maklumat bahan rujukan dan peminjaman

koleksi layari laman sesawang berikut:

http://librarykpm.moe.gov.my

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

20172017 3

2. ARTIKEL AKHBAR

BIL BERITA HARIAN,

UTUSAN MALAYSIA,

W STRAITS TIMES

BILANGANTAJUK

BAHAN

JUMLAH 188

3. KEMASUKAN DATA DAN PENGKATALOGAN

BIL JUMLAH KOLEKSI

YANG DITERIMA

BILANGAN

DIKATALOG

110 110

Jumlah Kumulatif sehingga 31 September 2017:

192,120

1. PEROLEHAN

BIL JENIS KOLEKSI JUMLAH

1. Koleksi Umum 0

2. Koleksi KPM 7

3. Koleksi Tesis 69

4. Koleksi CD-ROM 32

5. Koleksi Jurnal 0

6. Koleksi Risalah/

Hadiah/Sumbangan 2

JUMLAH 110

ISU-ISU UTAMA YANG DIPAPARKAN DI AKHBAR

BAGI BULAN SEPTEMBER 2017

1. Kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi Semua Mata Pelajaran/MBMMBI/

Sukatan Mata Pelajaran

- 02 isu

2. Kenyataan oleh Menteri Pendidikan dan

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

- 05 isu

3. Pengurusan Pendidikan

- 05 isu

4. Keselamatan/ Disiplin Murid

- 03 isu

STATISTIK PENGGUNAAN PUSAT DOKUMENTASI

BAGI BULAN SEPTEMBER 2017

Bilangan Pengguna 125

Pendaftaran Baharu 20

Pinjaman Buku/CD/Bahan

KPM

5

Rujukan Tesis 28

JUMLAH PENGUNJUNG PORTAL LIBRARY KPM

SEHINGGA 31 SEPTEMBER 2017

40,498 orang

Perkhidmatan Kaunter

Senyum Selalu

SEDIA BANTU 03-8884 6425

Page 4: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 4

1,798 calon duduki UPSR di Putrajaya

Murid mendengar taklimat dan nasihat daripada guru sebelum

peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya

Sebanyak 1,798 calon di sini menduduki Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR) pada hari pertama kelmarin

membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu kertas Pemahaman

dan Penulisan. Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Kebangsaan

(SK) Putrajaya Presint 8 (1) di sini mendapati sebanyak 132 calon

hadir dan sesi peperiksaan berjalan dengan lancar.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Putrajaya, Roaini

Jaafar dan ibu bapa turut hadir untuk memberi sokongan kepada

calon sebelum peperiksaan bermula. Calon UPSR turut membaca

doa sebelum masing-masing mula menjawab soalan peperiksaan

malah, ibu bapa juga turut berkumpul bersama-sama dengan guru

membaca surah Yasin dan mengadakan solat hajat.

Sementara itu, seorang guru tahun enam, Fatimah Zainal Abidin

berkata, pihak sekolah menyediakan roti dan air kepada setiap

calon sebelum memasuki dewan peperiksaan.

“Ia bagi memastikan mereka bertenaga untuk

menjawab kertas soalan. Alhamdulillah, setiap

murid sudah bersedia untuk menduduki

peperiksaan selama empat hari itu.”

Sumber: Utusan Malaysia, 13 September 2017

-

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis

8.00 pagi – 4.30 petang

Jumaat

8.00 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Ditutup pada Sabtu, Ahad dan

cuti umum

KEAHLIAN

Keahlian adalah percuma

Terbuka kepada semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia

Institut Pengajian Tinggi (IPTA dan IPTS)

Agensi Kerajaan

Penyelidik

Bagi pelajar/pensyarah universiti yang pertama kali mendaftar perlu:

Membawa kad matrik dan surat pengesahan

Melengkapkan borang pendaftaran

Bagi agensi kerajaan lain dan penyelidik

Membawa surat pengesahan dari ketua jabatan yang berkaitan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Rujukan

Perkhidmatan Sirkulasi

Bilik Mesyuarat

Peti Pemulangan Buku (24 Jam)

Khidmat Nasihat dan Kepakaran

Bilik Tayangan

Informatif, Tepat &

Mesra

Page 5: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

Informasi

Swasta bantu lahir murid berkualiti

Tan Sri KPPM di Majlis Perasmian Portal Pendidikan Percuma freeschool.com.my

Tanggungjawab melahirkan generasi berkemahiran

tinggi bukan peranan kerajaan saja tetapi memerlukan pembabitan masyarakat termasuk badan korporat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof, berkata dunia teknologi komunikasi maklumat (ICT) bergerak pantas dan ini memerlukan komitmen daripada pihak swasta untuk sama-sama membantu agensi awam.

Beliau berkata, semua pihak harus memandang ke hadapan dan meningkatkan usaha untuk membantu membina masyarakat yang terdidik. Sebagai contoh, katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ditaja sepenuhnya oleh Brickfield Asia College (BAC) membantu dalam melonjakkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Pembangunan portal pendidikan percuma, www.freeschool.my satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) BAC yang menyediakan sokongan kemudahan pendidikan dengan pendekatan lebih interaktif secara dalam talian, khususnya kepada murid Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sumber: Berita Harian, 10 September 2017

"Dengan platform ini, pelbagai kemudahan boleh dicapai sekaligus dapat dimanfaatkan pelajar melalui

sistem pengurusan pembelajaran

TAJUK ISU & INFO SEMASA

1,000 pelajar tingkatan empat sertai Petronas All About Youth

Zambry agih tablet guru di Perak

Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - Ahmad Zahid

Jaguh F1 In School

Lawat sekolah: KM, MB perlu dapat kebenaran menteri

443,794 calon ambil UPSR 2017

Pengetua berkuasa merotan pelajar

Pengetua mempunyai kuasa untuk merotan dan boleh melantik mana-mana guru sesuai untuk merotan murid yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peraturan-peraturan dan pekeliling sebelum ini sudah menjelaskan kuasa merotan terletak di bawah kuasa pengetua dan guru besar sekolah bagi menghukum murid yang melakukan kesalahan disiplin.

Kes pukul pelajar tidak pernah ditutup – Exco

PM umum lima lonjakan TVET

Sumber: Utusan Malaysia/ Berita Harian, September 2017

Page 6: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

INOVASI MURID

1,000 murid tingkatan empat sertai Petronas All About Youth

Seramai 1,000 murid tingkatan empat dari seluruh negara

mengambil bahagian dalam program Petronas All About Youth (AAY) 2017 yang dijalankan buat kali keempat bagi merebut hadiah utama bernilai RM50,000.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petrolium Nasional Bhd. (Petronas), Zahariah Abdul Rahman berkata, AAY merupakan program pelaburan sosial korporat (CSI) Petronas yang bermatlamat untuk menyuburkan golongan belia yang serba boleh dalam bidang pembangunan sosial, kesejahteraan komuniti dan alam sekitar.

Katanya, program ini dibangunkan untuk memperkasa golongan belia dan pelaksanaannya adalah di sekitar kawasan pengoperasian Petronas.

Program ini juga mendapat perakuan daripada Kementerian Pendidikan yang mendukung falsafah pendidikan negara. Petronas AAY 2017 menerima penyertaan 50 buah sekolah termasuk penyertaan pasukan baharu dari Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sumber : Utusan Malaysia, 13 September 2017

Penyelidik cilik ditaja Unimap bertanding di Jakarta

Tiga beradik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sena dan seorang

murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau merupakan penyelidik cilik yang bertuah apabila ditaja Universiti Malaysia Perlis (Unimap) untuk bertanding di Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ke-Empat (IYIA) di Jakarta dari 22 hingga 24 September.

Ketiga-tiga beradik itu terdiri daripada Najihah Humairah Mohd. Najmuddin, 12: Najidah Humaira, 10, dan Najmuilmi Hakim, 8, selain seorang lagi, Muhamad Idham Yustialmy, 13 tahun. Ketiga-tiga beradik itu akan mempertaruhkan ciptaan mereka iaitu produk 'A Novel Mint & Marigold Ant Repellent (MM-ARI Shooh!)' dan 'Vegi Compost Bucket'. Ciptaan produk semburan penghalau semut itu menggunakan sepenuhnya bahan semula jadi supaya selamat digunakan manakala produk keduanya pula untuk dua kegunaan iaitu menanam sayur-sayuran dan penghasilan baja kompos di ruang kecil seperti pangsapuri.

Sumber : Utusan Malaysia, 13 September 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 5

INFO PERISTIWA

SEMASA SEPTEMBER

Hari Keputeraan Duli Yang Amat

Mulia Seri Paduka Baginda Yang

di Pertuan Agong 9 September 2017

Sukan Para Asia

Kuala Lumpur 16-21 September 2017

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 September 2017

SALAM TAHUN

BARU 1439 HIJRAH

22 SEPTEMBER 2017

Ikhlas daripada

Warga BPPDP

Page 7: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

NOTA

Perkasakan pendidikan alam

sekitar di sekolah

UMNO Sabah mahu kerajaan

memperkasakan pendidikan penjagaan alam

bermula di peringkat sekolah dalam usaha

mewujudkan kesedaran mengenai alam

sekitar.

Wakilnya, Datuk Sairin Karno, berkata

penjagaan alam sekitar amat penting kerana ia

sebahagian daripada warisan negara selain

menjadi tumpuan pelancong yang datang ke

negara ini.

"Sudah sampai masanya murid sama ada di

sekolah rendah mahupun menengah diberi

pendidikan awal mengenai penjagaan alam

sekitar kerana ia akan menjadi liabiliti kepada

negara sekiranya tidak diberi perhatian serius.

"Tidak dinafikan ada institusi pengajian

tinggi seperti di Universiti Malaysia

Sabah (UMS) yang menawarkan

pengajian dalam bidang berkaitan,

namun tidak secara menyeluruh di

peringkat sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan

usul pendidikan sempena Perhimpunan

Agung UMNO 2017 di Dewan Merdeka, Pusat

Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala

Lumpur.

Sumber : Berita Harian, 12 September 2017

KURIKULUM

Sukatan mata pelajaran

Alam Sekitar dilaksana 2019

Sukatan mata pelajaran Alam Sekitar dijangka

dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut beliau, kertas cadangan itu sedang dibincangkan di peringkat Kementerian Pendidikan sebelum dibawa ke Kabinet, awal tahun depan.

“Sebenarnya kita rancang dari peringkat tadika lagi, kita mungkin buat buku pamplet untuk kanak-kanak melihat binatang-binatang umpamanya, bagaimana menyintai binatang, alam sekitar, jadi kita perkenalkan dari awal lagi,” katanya.

Sukatan pelajaran itu diperkenalkan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta peranan yang boleh dimainkan setiap individu, termasuk kanak-kanak.

KPM mengambil maklum dan sedang mengkaji keperluan cadangan Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah secara terperinci sebelum boleh dilaksanakan serta kaedah terbaik dalam menangani isu alam sekitar.

Pendapat Umum

Namun begitu dalam mendidik dan menghargai

alam sekitar perlu dipupuk oleh ibu bapa ketika anak-anak mereka berada di rumah dan persekitaran mereka. Persekitaran rumah yang bersih dengan pemeliharaan pokok dan kaedah pembuangan sampah dengan baik merupakan contoh pendidikan asas alam sekitar. Murid ini akan membawa contoh itu dalam kehidupan mereka walau di mana jua mereka berada.

Sumber : Berita Harian, 12 September 2017

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 6

Page 8: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Maklumat Peranca ngan Pendidikan

PM umum lima lonjakan TVET

Transformasi Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

mengumumkan lima lonjakan bagi mentransformasikan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar benar-benar berupaya menjadi agen perubahan dalam meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta ekonomi negara. Serentak dengan itu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem TVET kepada pelajar tahfiz bagi memastikan mereka bukan sahaja berkebolehan dalam menghafaz al-Quran tetapi turut berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang. Jelasnya, melalui lonjakan pertama, kerajaan akan melatih serta meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan daripada 28 peratus ketika ini kepada 35 peratus menjelang 2020 agar mereka menjadi kompetitif, berpeluang memiliki pekerjaan dan memperoleh pendapatan yang lumayan. Pada masa yang sama jelas beliau, di bawah lonjakan itu, kerajaan juga merancang untuk melatih sehingga 300,000 rakyat Malaysia daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) mulai sekarang hingga 2025 di bawah sistem TVET sebagai lonjakan kedua transformasi.

“Menjelang 2030, kita menyasarkan peratusan pekerja mahir mencapai 45 peratus, memiliki 20,000 tenaga pengajar vokasional dan 4,000 tenaga pakar TVET menjelang 2025,” katanya ketika berucap merasmikan penjenamaan semula TVET kepada TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari

7 Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Dalam pada itu, bagi lonjakan kedua pula iaitu memperkukuh dan memperhebatkan lagi kerjasama strategik awam dan industri, beliau berkata, menerusi langkah tersebut ia akan membentuk sinergi dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran. “Kerjasama strategik sebegini boleh direalisasikan melalui pelbagai bentuk antaranya seperti industri, menyumbang kepakaran atau mesin dan peralatan dalam melatih tenaga kerja mahir dalam bidang-bidang tertentu yang amat diperlukan oleh pasaran industri,” ujarnya. Perdana Menteri menambah, bagi lonjakan ketiga pula kerajaan memberi fokus melahirkan lulusan TVET dalam bidang perniagaan dan teknousahawan

agar mereka bukan sahaja mampu mewujudkan

peluang pekerjaan tetapi menjadi ikon kepada tenaga kerja tempatan selain berkebolehan bersaing di pentas antarabangsa. Selain itu, jelas beliau, bagi lonjakan keempat pula iaitu melaksanakan program geran padanan, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2017, di mana peruntukan kewangan diberikan pada nilai yang setara dengan nilai sumbangan diterima daripada pihak industri melibatkan program-program TVET berimpak tinggi. “Lonjakan kelima menjenamakan institusi TVET melalui TVET Malaysia yang mana menyaksikan ke semua institusi TVET di bawah pelbagai kementerian akan bersatu dan bergabung tenaga sebagai kerjasama unggul lagi bersepadu bagi melatih anak-anak muda untuk menjadi tenaga kerja teknikal yang berkemahiran tinggi,” katanya. Selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. yang kian pesat berkembang di seluruh dunia. Maka Malaysia juga perlu melahirkan ramai pereka bentuk industri dalam bidang-bidang tertentu bagi menghasilkan ciptaan inovasi baharu khasnya teknologi berkaitan TVET.

Sumber : Utusan Maysia, 27 September 2017

Hasil ciptaan seperti penggunaan superkomputer dan robot pintar jika dilaksanakan boleh menjadi pemangkin kepada ekonomi negara masa hadapan.

Page 9: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Kajian Penyelidikan Pendidikan

8

PENGINTEGRASIAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI (TMK)

BERDASARKAN

PENGETAHUAN TEKNOLOGI

PEDAGOGI KANDUNGAN

GURU KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU

HANI MERYLEINA BINTI AHMAD MUSTAFA

Kementerian Pendidikan Malaysia [email protected]

MOHD. ARIF BIN ISMAIL

Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected]

Transformasi pendidikan di Malaysia

menggariskan usaha mempertingkatkan

amalan kualiti pengajaran guru. Pengajaran

guru yang berkesan dapat membantu

keberhasilan murid melalui penghasilan modal

insan yang berpengetahuan, mampu berfikir

secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran

kepimpinan yang mantap dan berupaya

berkomunikasi dengan berkesan pada

peringkat global. Melalui mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), murid

dapat menjadi kreatif, inovatif dan produktif.

Oleh itu, guru KHB perlu melengkapkan diri

mereka dengan pelbagai pengetahuan

kandungan mata pelajaran dan juga pelbagai

pengetahuan dalam bidang-bidang yang

berkaitan termasuklah pengetahuan TMK.

Pengetahuan teknologi, isi kandungan dan

pedagogi adalah saling berkait bagi merancang

pengajaran berintegrasikan TMK.

ABSTRAK KAJIAN

Namun begitu, masih ramai guru KHB mempunyai

tahap penggunaan TMK yang sederhana. Kajian ini

bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan

yang diperlukan dalam mengintegrasikan TMK dalam

pengajaran serta kategori pengintegrasian TMK yang

diamalkan oleh guru sejak dua dekad

pengintegrasian TMK diperkenalkan di sekolah.

Kajian yang dijalankan di Semenanjung Malaysia ini

melibatkan seramai 423 orang guru KHB yang

mengajar peringkat menengah rendah. Kajian

mendapati guru KHB mempunyai tahap pengetahuan

teknologi pedagogi kandungan yang sederhana. Guru

KHB menjalankan pengintegrasian TMK pada tahap

sederhana dengan majoriti guru KHB berada di dalam

kategori Penerimaan (Adoption). Dalam kategori ini

guru menggunakan peralatan TMK untuk tujuan

pentadbiran dan personel. Guru juga masih mengajar

menggunakan kaedah pengajaran yang lama seperti

syarahan dan pengajaran secara kelas. Maka,

pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran perlu dilakukan secara lebih agresif

sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) yang serius membudayakan

pengintegrasian TMK dalam pendidikan di Malaysia.

Kata kunci : integrasi TMK, pengetahuan teknologi

pedagogi kandungan, kemahiran hidup

bersepadu

Sumber: Sektor Penyelidikan dan Penilaian, BPPDP

Jurnal

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017

Page 10: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Berita KPM dan Aktiviti Utama BPPDP

AH

Lawat sekolah: KM, MB perlu dapat kebenaran menteri

Seseorang ketua menteri atau menteri besar

yang mahu melawat sekolah perlu mendapat

kebenaran daripada menteri pendidikan

terlebih dahulu, kata Pengarah Pendidikan

Pulau Pinang Shaari Osman.

Beliau berkata perkara itu adalah satu

kebiasaan dan turut merangkumi orang awam

yang perlu mendapat kebenaran daripada

jabatan pendidikan negeri.

"Sudah menjadi kebiasaan seperti itu

sebab kita nak jaga kepentingan

sekolah,"

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua

Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa

dihalang daripada melawat sebuah sekolah

Cina di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Lim yang mahu mengadakan lawatan ke SJKC

Kampung Sungai Lembu pada 8 Sept lepas

bagi menyerahkan sumbangan cek kepada

anggota lembaga pengelola sekolah itu

dilaporkan berkata beliau menerima sepucuk

surat daripada Jabatan Pendidikan Pulau

Pinang yang memaklumkan permohonannnya

untuk melawat sekolah berkenaan ditolak dan

beliau perlu mendapat kebenaran daripada

menteri pendidikan.

Sumber : Berita Harian, 11 September 2017

Mengulas lanjut, Shaari berkata beliau

menganggap perkara itu tidak lagi menjadi isu.

KEBAJIKAN MURID

Wujudkan kolaborasi antara kementerian dan agensi bagi menanggani isu disiplin murid dan sosial remaja

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disarankan

untuk mewujudkan satu ‘task force’ bagi menanggani isu murid yang telah diambil tindakan disiplin buang sekolah. Usaha murni ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan perancangan strategik dan misi membantu golongan ini tercapai. Inisiatif ini selari dengan hala tuju Pelan Transformasi Nasional atau TN50 bagi memastikan pewaris negara terdiri daripada modal insan yang berilmu, berkemahiran, intelektual, kreatif dan mempunyai bakat kepimpinan serta bersahsiah mulia.

CADANGAN UMUM

Oleh itu, pelbagai agensi boleh bergabung idea bagi bersama-sama KPM membantu mereka ini.

Contoh perbanyakan program kemahiran kepada murid

Kerajaan dicadangkan menyediakan satu pusat latihan bagi golongan ini mendapat ilmu dan kemahiran seperti remaja lain. Kebanyakan mereka adalah insan yang terdiri daripada keluarga yang bermasalah dan isu sara hidup yang membebankan. Dipusat latihan ini kita jadikan satu industri atau perladangan yang memberi pulangan pekerjaan kepada mereka serta membina masa depan yang lebih selesa.

Sumber : Utusan Malaysia, 26 September 2017

Program

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 9

Page 11: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 10

1

Jangan abaikan murid dibuang sekolah

Pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian

Pendidikan perlu mengambil langkah yang lebih holistik dan menyeluruh bagi mengatasi masalah berkaitan murid yang telah dibuang sekolah.

Ini susulan pendedahan yang dibuat oleh pihak Menteri Pendidikan sendiri baru-baru ini yang menyatakan bahawa tujuh suspek yang terlibat di dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur terdiri daripada mereka yang telah dibuang sekolah disebabkan masalah disiplin.

Ibu bapa khususnya perlu memandang serius isu ini kerana melibatkan masa depan anak-anak iaitu waris mereka sendiri. Seseorang kanak-kanak atau remaja yang telah dibuang sekolah akan menghadapi tekanan hebat dari segi mental dan emosi kerana menganggap diri mereka sudah tiada nilai, tiada masa depan lagi serta dibuang masyarakat sekeliling.

Sekiranya isu ini tidak diatasi dengan baik, semua tanggapan negatif yang wujud di minda kanak-kanak dan golongan remaja ini akan menyebabkan mereka berasa putus asa, kecewa, marah dan lebih teruk lagi akan menyebabkan mereka memberontak dan mudah terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti dadah dan dunia jenayah.

Sekiranya dibiarkan berlaku, sudah pasti akan menjejaskan kehidupan remaja terbabit malah tempiasnya turut memberi kesan kepada kehidupan orang sekeliling seperti dalam kes kebakaran pusat tahfiz tersebut.

Oleh itu, langkah proaktif mesti diambil bagi memastikan setiap murid yang dibuang sekolah tidak dibiarkan hanyut dan tercicir sendirian jauh dari arus kehidupan bermasyarakat. Ibu bapa mereka perlu duduk berbincang dengan anak-anak yang menghadapi masalah ini serta mengenal pasti punca yang menyebabkan mereka dibuang dari sekolah.

Sekiranya masalah terbabit tidak dapat diselesaikan dalam keluarga mereka, libatkan pihak ketiga seperti kaunselor. Setelah masalah terbabit berjaya diselesaikan, ibu bapa mesti berusaha memastikan anak-anak mereka sambung kembali belajar. Mereka boleh menghubungi pihak sekolah asal untuk pertimbangkan mengambil kembali remaja tersebut.

Sekiranya tidak berjaya, mereka boleh menghubungi

pihak jabatan pendidikan bagi mendapatkan khidmat

nasihat mengenai perkara ini.

Sumber : Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP, 25 April 2017

PENDAPAT DAN ISU

Mereka juga boleh mempertimbangkan untuk

menghantar remaja tersebut sambung belajar

di beberapa institusi pendidikan yang ada

dalam negara kita seperti sekolah swasta,

sekolah latihan dan kemahiran vokasional,

ataupun home schooling (sekolah di rumah).

Dalam apa-apa situasi sekali pun, pastikan

aspek pendidikan berterusan anak-anak yang

telah dibuang sekolah ini tidak dipinggirkan

kerana kehidupan mereka masih panjang.

Pihak Kementerian Pendidikan juga perlu

menghulurkan segala jenis bantuan yang

boleh diberikan bagi membantu murid yang

dibuang sekolah ini dengan menyediakan

saluran alternatif kepada mereka.

Mereka yang telah dibuang sekolah tidak

seharusnya dibiarkan terkapai-kapai

bersendirian menghadapi segala masalah

yang berlaku tanpa bantuan orang dewasa

khususnya ibu bapa dan warga pendidik.

Usia mereka masih muda dan rata-ratanya

masih tidak memahami erti kehidupan

mahupun implikasi atau impak tindakan

mereka terhadap diri, keluarga dan orang di

sekeliling.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk

semua pihak membantu golongan berkenaan

daripada terus hidup tidak tentu hala setelah

dibuang dari sekolah kerana akhirnya bukan

sahaja mereka yang merana malahan

keluarga dan orang di sekeliling juga mungkin

menjadi mangsa.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW

Universiti Sains Islam Malaysia ____

____________________________________

KPM turut dicadangkan untuk melihat statistik

dan status murid yang telah dibuang sekolah dan

mengambil langkah perlu seperti tindakan

keperluan mewujudkan Pusat Khas yang

melibatkan kerjasama pelbagai pihak kerajaan

dan swasta bagi membantu mereka yang

bermasalah ini.

Sumber : Utusan Malaysia, 23 September 2017

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/ja

ngan-abaikan-pelajar-dibuang-sekolah-

1.530194#ixzz4tkIRbjSw

© Utusan Melayu (M) Bhd

Page 12: Tragedi tahfiz: Cadang pinda - TPM - moe.gov.my · Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu ... peperiksaan UPSR di SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya ... Pengurus

Informasi Pemangkin Ilmu Pengetahuan Terbitan Sektor Pusat Dokumentasi BPPDP 2017 11

1

Pemerkasaan STEM

Modul multimedia bantu kuasai

STEM

Dalam usaha meningkatkan penguasaan murid

dalam mata pelajaran Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Kementerian

Pendidikan menghasilkan Modul Multimedia

Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) untuk

digunakan oleh guru sekolah rendah dan

menengah.

Modul bercirikan Pembelajaran Abad Ke-21 itu ialah

edisi pertama yang dikeluarkan kementerian bagi

menyokong Anjakan Tujuh Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025, iaitu

Memanfaatkan Teknologi Komunikasi Maklumat

bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di

Malaysia.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair

Mohamad Yusof, berkata modul berkenaan yang

dihasilkan sendiri oleh sekumpulan guru menjadi

Bahan Bantu Mengajar yang berkonsepkan video

STEM.

Sebagai pelaksana mata pelajaran STEM, beliau

berkata, setiap guru perlu mempunyai pendekatan

PdPc yang seiring dengan perkembangan

pendidikan terkini.

"Perubahan ini perlu dibuat kerana

murid alaf baharu ialah generasi

digital yang terbuka dan perlu

dibabitkan dalam PdPc secara

langsung.

Sumber : Berita Harian, 25 September 2017

THE BELT AND ROAD SHANGHAI SUMMER STUDY

ON “PISA, TALIS AND REFORMS IN BASIC

EDUCATION”

The Belt and Road Shanghai Summer Study

Project ialah satu program yang dianjur dan

dibiayai oleh Shanghai Municipal Education

Commission (SHMEC). Program ini bertujuan

untuk berkongsi idea dan pengalaman di

kalangan pegawai, guru dan penyelidik dalam

pendidikan dari negara-negara Belt and Road.

Program ini dijalankan di Shanghai Normal

University (SHNU) dan diuruskan oleh The

Research Institute for International and

Comparative Education (RIICE), SHNU.

Program telah berlangsung pada 13-31 Ogos

2017 dan melibatkan 16 peserta dari 7 negara

iaitu Malaysia, Thailand, Mongolia, Myanmar,

Pakistan, Bangladesh dan Kenya. Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) telah diwakili oleh

Dr. Zainin Bidin, Dr. Nor Saidatul Rajeah

Zamzam Amin, Pn. Noor Hayati Uteh dan Dr.

Shamsudin Mohamad daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP). Pelibatan semua pegawai

KPM dalam program ini adalah sangat baik.

Pembentangan dan perkongsian idea serta

pengalaman telah dibuat oleh semua pegawai

KPM yang terlibat. Program ini adalah satu

program yang sangat baik untuk berkongsi idea

serta pengalaman bersama-sama negara lain

dalam usaha menambah baik pendidikan di

Malaysia khususnya dan di rantau negara Belt

and Road amnya.

Sumber : Sektor Penyelidikan dan Penilaian BPPDP

Sumber : UPEB BPPDP 2017