utusanbiz • 26.10 -...

1
Diberitahu memenangi hadiah namun perlu membayar pelbagai caj sampingan Ditawarkan pelaburan menjanjikan pulangan berlipat ganda Penunjuk 5 Penipuan Melalui Telefon Cara mengatasi Tidak melayan panggilan telefon daripada orang tidak dikenali Abaikan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan Jangan mendedahkan : Kata laluan & username perbankan internet Nombor pin ATM Butiran peribadi 1 2 Meminta butiran peribadi seperti nombor kad kredit 3 4 5 Telemarketing palsu seringkali meminta bayaran secara tunai 'Dipaksa' melakukan transaksi kewangan berjumlah besar dengan segera Sumber : Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM)

Upload: vanxuyen

Post on 01-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTUSANBIZ • 26.10 - wordpress1.rm7mills.comwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/10/26102017... · tindak balas kepada keperluan pasaran baharu yang

UTUSAN MALAYSIA MUKA 18

Unit Berita Ekonomi44, Jalan Utusan,

Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

E-mel: [email protected]: @utusanbiz

Laman web: www.utusan.com.myUTUSANBIZUnit Berita Ekonomi

44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,

55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]

Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my

RIYAL (100)112.8843/9437

EURO4.9816/9848

POUND5.5776/5820

TUKARAN MATA WANG ASING25.10.17

DOLAR4.2335/2355

YEN3.7090/7118

DOLAR3.1046/1075

RUPIAH (100)0.0312/0312

KUALA LUMPUR (Indeks Komposit)(+2.91) mata1,739.05

SINGAPURA (Straits Times)(+8.09) mata3,342.76

TOKYONikkei(-97.55) mata21,707.62

NEW YORKNikkei(+167.80) mata23,441.76

HarapanBAJET 2018

Diberitahu memenangi hadiah namun perlu membayar pelbagai caj sampingan

Ditawarkan pelaburan menjanjikan pulangan berlipat ganda

Penunjuk5 Penipuan Melalui Telefon

Cara mengatasi

Tidak melayan panggilan telefon daripada orang tidak dikenaliAbaikan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakanJangan mendedahkan : Kata laluan & username perbankan internet Nombor pin ATM Butiran peribadi

1

2

Meminta butiran peribadi seperti nombor kad kredit

3

4

5

Telemarketing palsu seringkali meminta bayaran secara tunai

'Dipaksa' melakukan transaksi kewangan berjumlah besar dengan segera

Sumber : Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM)

Ketatkan syarat kad kreditOleh ZUNAIDAH [email protected]

� KUALA LUMPUR 25 OKT.

KERAJAAN disaran meng­etatkan syarat mendapat­kan kemudahan kad kredit

dalam Bajet 2018 supaya rakyat Malaysia tidak terpengaruh de­ngan budaya berhutang dan gaya hidup mewah yang berlebih­le­bihan.

Pensyarah Kanan Putra Busi­ness School, Universiti Putra Ma­laysia (UPM), Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, budaya ber­hutang menggunakan kad kredit perlu dipandang serius kerana ia menyebabkan seseorang ber­belanja melebihi kemampuan.

Katanya, langkah mengetat­kan syarat mendapatkan ke­mudahan kad kredit amat pen­ting kerana sebahagian besar masyarakat mudah tertarik de­ngan apa yang dipaparkan di media sosial dan tindakan rakan­rakan serta keluarga meletakkan barangan berjenama se bagai sim ­bol status dalam masyarakat.

“Kerajaan juga perlu mencari jalan supaya kempen kesedaran secara berterusan dijalankan me­

Petronas bekalkan LNG ke JepunKUALA LUMPUR 25 Okt. – Malay­sia LNG Sdn. Bhd. (MLNG) me­nandatangani perjanjian dasar induk (HOA) dengan JERA Co. Inc. (JERA) untuk membekalkan sehingga 2.5 juta tan metrik gas asli cecair (LNG) setiap tahun bagi tempoh tiga tahun.

Naib Presiden Pemasaran dan Dagangan LNG Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, anak syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petro­nas) itu akan membekalkan LNG kepada JERA mulai April 2018.

Katanya, dalam landskap in­dustri LNG yang sentiasa ber­ubah, operasi bersepadu Petronas membolehkan syarikat memberi tindak balas kepada keperluan pasaran baharu yang turut mena­warkan penyelesaian jangka pan­jang dan pendek.

“Syarat­syarat dan terma per­mintaan baharu menjadi satu norma dan menyediakan penye­lesaian bagi memenuhi keperlu­

an berbeza pembeli baharu kami pada masa hadapan.

“Kami amat menghargai ker­jasama dengan rakan dan pe­langgan di Jepun yang telah ter­jalin sejak lebih 30 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

JERA merupakan syarikat usa­ha sama antara Tokyo Electric Power Company Fuel & Power, Inc. dan Chubu Electric Power Co. Inc. yang terlibat dalam per­

niagaan pembekalan tenaga dan jana kuasa di Jepun serta luar ne­gara.

MLNG pula mengendalikan Kompleks LNG Petronas di Bin­tulu, Sarawak, yang merupakan antara kompleks LNG terbesar dunia dalam satu kawasan tung­gal. Kemudahan Train 9 mempu­nyai gabungan kapasiti pengelu­aran sebanyak 30 juta tan metrik.

Petronas merupakan penge­luar LNG ketiga terbesar dunia.

Model ekonomi Malaysia bersifat lestariKUALA LUMPUR 25 Okt. – Model ekonomi yang diperkenalkan Per­dana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai sebuah model pembangunan lestari ke­rana ia meliputi kesemua elemen kesejahteraan dan pembangunan terutamanya kepada rakyat.

Menteri Perdaga ngan Antara­bangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, se­bagai contoh, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) merupakan antara pembaha­ruan cukai yang paling penting sebagai satu usaha untuk me­ningkatkan kecekapan ekonomi.

“Dalam kerajaan moden ini, kerajaan memenuhi banyak tun­tutan rakyat dari segi pendidi­kan, pembangunan wanita dan keusahawanan, pertahanan dan bermacam lagi.

“Mungkin ada pihak meng­anggap langkah yang diambil Datuk Seri Najib tidak popular,

tetapi dalam usaha menjadi se­buah negara maju kita memer­lukan satu model ekonomi yang lebih mapan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penjenamaan semula Pusat Ru­jukan Setempat SME Corp. Ma­laysia kepada Hab Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Ibu pejabat SME Corp. di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Ro­

hani Abdul Karim; Pengerusi SME Corp, Tan Sri Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid. dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Hab PKS yang dijenamakan semula itu bertujuan untuk me­ngukuhkan lagi fungsi serta pe­ranan SME Corp. dalam me nya­lurkan maklumat kepada PKS ber ke naan bantuan dan insentif yang berkaitan dengan pembangu­nan industri tersebut di Malaysia.

Perodua tidak bercadang perkenal model EV

TOKYO 25 Okt. – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Pe­rodua) tidak mempunyai ranca­ngan untuk mengeluarkan ken­deraan elektrik (EV) atau hibrid pada masa ini.

Naib Presiden Perodua Auto Corp. Sdn. Bhd., Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ini ke­rana infrastruktur untuk EV dan hibrid masih belum diperluas­kan di dalam negara.

Sehubungan itu katanya, Per­odua akan meneruskan usaha untuk mengoptimumkan peng­gunaan enjin sedia ada men­jadikan ia lebih cekap dan jimat penggunaan minyak.

“Perodua masih belum me­ngeluarkan sebarang cadangan untuk EV pada masa depan.

“Jika kita mahu mengeluar­kan model EV, kita perlu mem­buat kajian mengikut keperluan pasaran dan kesesuaian di Ma­laysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ke­pada media Malaysia yang mela­wat Tokyo Motor Show 2017 di sini hari ini.

Pada pameran itu, Daihatsu yang merupakan rakan teknolo­gi dan teknikal serta pemegang saham Perodua melancarkan lima kenderaan konsep.

Model tersebuat ialah DN Pro Cargo yang merupakan EV, DN Compagno, DN U-Space, DN Trec dan DN Multisix.

Tema syarikat pembuat ken­deraan kompak global itu kali ini

ialah ‘Terangi Anda’ (Light you up) sempena ulang tahunnya ke­110.

Mengulas mengenai tema Daihatsu, Zainal Abidin berkata, syarikat itu telah mempunyai pelan hala tuju ke arah EV.

Beliau berkata, Daihatsu sen­tiasa menekankan kepada ke­cekapan kos dan mampu milik dalam menghasilkan model­mo­del baharu. – UTUSAN

Melaporkan dari TOKYO, JEPUN

Mohd. Fauzi Jaafar

PRESIDEN Daihatsu Motors, Soichiro Okudaira berucap semasa merasmikan pameran kereta Daihatsu di Pameran Motor Tokyo, semalam. – REUTERS

Dalam kerajaan moden ini, kerajaan memenuhi banyak tuntutan rakyat dari segi pendidikan, pembangunan wanita dan keusahawanan, pertahanan dan bermacam lagi.”

MUSTAPA MOHAMEDMenteri Perdaga ngan Antarabangsa dan Industri

libatkan semua pihak termasuk swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agar dapat me­ngubah gaya hidup rak yat, tidak terikut­ikut de ngan trend sema­sa yang bersifat kebendaan.

“Alternatif gaya hidup yang mapan juga amat digalakkan se perti menyewa rumah bukan­nya membeli, membeli kereta terpakai atau pakej perkah­winan yang berpatutan,” ka­tanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memben­tangkan Bajet 2018 di Parlimen,

Jumaat ini. Berdasarkan maklumat Agen­

si Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), daripada 516,000 peserta AKPK dalam tempoh 10 tahun sehingga Disember lalu, sebanyak 15 peratus berumur di bawah 30 tahun manakala 39 peratus di antara 31 hingga 40 ta­hun dan 46 peratus berumur 41 tahun ke atas.

Kaji selidik AKPK itu menun­jukkan sebanyak 49.3 peratus responden mempunyai peran­cangan kewangan yang lemah, diikuti kegagalan dalam per­niagaan (15.2 peratus), kos sara hidup tinggi (12.3 peratus), per­

belanjaan perubatan yang tinggi (10.9 peratus) dan kehilangan pekerjaan (9.5 peratus).

Sementara itu, Presiden Ge­nerasi Muda Berjaya (GMB), Agil Faisal Ahmad Fadzil pula berharap kerajaan menilai se­mula insentif pengurangan cukai pendapatan bagi mereka yang bekerja atau menjalankan per­niagaan.

Beliau berkata, Malaysia ada­lah antara negara di rantau ASE­AN selain Singapura, yang masih mempunyai kadar cukai penda­patan dan korporat yang tinggi walaupun melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kerajaan juga disaran mem­beri beberapa kelonggaran ke­pada golongan peniaga, antara­nya tidak mengenakan sebarang caj kepada mereka yang mahu menutup syarikat tidak lagi ak­tif.

Kos menutup syarikat tinggi sehingga ada peniaga tidak mam­pu berbuat demikian menyebab­kan mereka didenda dan penga­rah syarikat disenaraihitam kan,” katanya.

Beliau turut berharap syari­kat­syarikat yang mengambil pe kerja ditamatkan perkhidma­tan diberi insentif dan pelepasan cukai.

Alternatif gaya hidup yang mapan juga amat digalakkan seperti menyewa rumah bukannya membeli, membeli kereta terpakai atau pakej perkahwinan yang berpatutan.”

AHMED RAZMAN ABDUL LATIFFPensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia

KHAMIS • 26.10.2016

Malaysia adalah antara negara di rantau ASEAN selain Singapura, yang masih mempunyai kadar cukai pendapatan dan korporat yang tinggi walaupun melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).“

AGIL FAISAL AHMAD FADZILPresiden Ge nerasi Muda Berjaya

MLNG mengendalikan Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak, yang merupakan antara kompleks LNG terbesar dunia dalam satu kawasan tunggal.