bahasa pasaran saham ialah saham-saham scoot mahu tambah...

1
Saham penny atau kaunter cap ayam DALAM pasaran saham Bursa Malaysia, saham syarikat yang tersenarai mempunyai berba- gai peringkat harga dan diklasi- fikasikan dalam beberapa kate- gori. Satu daripadanya ialah saham-saham yang berharga murah yang disebut sebagai penny stock. Istilah penny ini jika diter- jemahkan dalam bahasa pasa- ran saham ialah saham-saham yang harganya di bawah 20 sen. Dalam papan Bursa Malaysia terdapat banyak saham syari- kat tersenarai yang harganya berada di dalam lingkungan ini. Contoh terbaik ialah pada saham-saham yang banyak ter- dapat di dalam pasaran ACE. Ada juga kalangan pedagang runcit yang menggelar saham- saham ini sebagai kaunter cap ayam. Ia bermaksud saham- saham yang harganya terlalu murah tetapi dari segi asas fundamentalnya agak kurang kukuh jika dibandingkan den- gan saham-saham berkaitan indeks. Ramai juga kalangan pelabur dan pedagang runcit yang menjauhkan diri daripa- da membeli saham-saham cap ayam ini tetapi masih terdapat juga yang menggemari kaun- ter-kaunter ini kerana dengan sedikit kenaikan boleh mem- berikan hasil yang agak luma- yan jika dibeli dalam kuantiti yang besar. Malah, kaunter-kaunter ini selalu menjadi sasaran ma- nipulasi harga yang menjurus kepada kenaikan harga yang luar biasa. Juga, kaunter-kaun- ter penny ini menjadi saham mampu beli bagi pedagang dan pelabur yang bermodal kecil serta yang baru melibatkan diri dalam pasaran saham. Terdapat banyak saham penny yang telah mencipta se- jarah kenaikan luar biasa. Satu daripadanya ialah Iris Corpo- ration Berhad yang masih di- ingati oleh ramai pelabur dan pedagang saham hingga ke hari ini di mana kenaikannya yang luar biasa iaitu sebanyak 1,500 peratus dalam masa lapan bu- lan. Harga sebelum kenaikan hanyalah lapan sen. Berbalik kepada topik yang kita bincangkan ini, adakah saham-saham penny ini sesuai untuk dibeli atau perlu dijauhi? Sekali lagi saya ingin me- ngingatkan, di dalam proses untuk memilih saham-saham berpotensi naik, seseorang pelabur mahupun pedagang saham perlu ada ilmu dalam membuat pilihan saham apa yang ingin dibeli. Kedua, ilmu pemilihan tersebut sama ada menggunakan pendekatan analisis teknikal atau funda- mental atau kedua-duanya sekali. Dan ketiga, apakah matla- mat pelaburan anda ke atas saham yang ingin dibeli itu?. Adakah ia hanya sekadar untuk transaksi jual beli dalam jangka masa singkat ataupun untuk pelaburan jangka masa pan- jang?. Sekiranya kita telah me- netapkan prinsip dan matla- mat, maka tiada salahnya kita membeli saham-saham ini se- perti mana kita membeli lain- lain saham syarikat yang terse- narai di papan Bursa Malaysia. Satu perkara yang ingin saya kongsikan di ruangan ini ialah bagaimana sesuatu saham syarikat tersenarai itu boleh menjadi saham penny? Untuk pengetahuan para pembaca, terdapat saham-sa- ham syarikat tersenarai yang asalnya bukan terdiri dari kalangan saham-saham penny. Ia terjadi apabila syarikat me- ngalami kerugian demi keru- gian yang berpanjangan. Oleh kerana kurang atau tiada mi- nat belian di kalangan pelabur, maka harga tidak naik dalam satu tempoh yang lama di- sebabkan tiada berita-berita positif, mempunyai banyak kes tuntutan mahkamah, penyata kewangan syarikat yang ber- masalah dan apa-apa perkara yang memberi impak negatif kepada syarikat tersebut. Juga, syarikat yang me- ngalami kerugian tidak dapat memberikan pembayaran divi- den kepada pemegang saham dan sudah tentu pelabur yang bijak tidak akan membeli sa- ham syarikat tersenarai yang tiada pembayaran dividen ta- hunan untuk pelaburan jangka panjang. Seperkara lagi, saham-sa- ham bertanda atau yang di- klasifikasikan di bawah Practice Note atau PN 17 juga kebanya- kannya berharga terlalu murah lebih-lebih lagi jika Bursa Ma- laysia telah mengisytiharkan sesuatu saham syarikat terse- narai bakal dinyahsenaraikan dari papan Bursa Malaysia. Justeru, pelabur dan pedagang saham perlu sentiasa dikemas kini dengan berita-berita serta pengumuman syarikat-syari- kat tersenarai. Sekiranya pelabur ingin membeli saham-saham yang mempunyai unsur-unsur spe- kulatif, kajian terperinci lebih- lebih lagi pengurusan risiko serta modal pelaburan yang mencukupi perlu ada serta tindakan yang pantas perlu diambil. Sebagai contoh, seki- ranya harga saham yang di- beli itu naik terlalu drastik dan banyak, pengambilan untung perlu dibuat dengan sebaiknya sebelum pengisytiharan UMA atau aktiviti pasaran luar biasa dikenakan ke atas syarikat ter- senarai yang sahamnya naik de- ngan drastik dalam waktu yang singkat. Pengambilan untung perlu dibuat sekurang-kurangnya separuh daripada pegangan sedia ada dan sekiranya sesua- tu pengumuman itu bersifat negatif, maka pelabur atau pe- dagang saham perlu bertindak pantas membuat keputusan tanpa berlengah-lengah kerana kadang-kala sedetik masa yang dibiarkan itu boleh mengaki- batkan perubahan harga yang banyak. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Istilah ‘penny’ ini jika diterjemahkan dalam bahasa pasaran saham ialah saham-saham yang harganya di bawah 20 sen.

Upload: vuongkiet

Post on 23-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 26 JULAI 2017

Saham penny atau kaunter cap ayamDALAM pasaran saham Bursa Malaysia, saham syarikat yang tersenarai mempunyai berba­gai peringkat harga dan diklasi­fikasikan dalam beberapa kate­gori. Satu daripadanya ialah saham­saham yang berharga murah yang disebut sebagai penny stock.

Istilah penny ini jika diter­jemahkan dalam bahasa pasa­ran saham ialah saham­saham yang harganya di bawah 20 sen. Dalam papan Bursa Malaysia terdapat banyak saham syari­kat tersenarai yang harganya berada di dalam lingkungan ini. Contoh terbaik ialah pada saham­saham yang banyak ter­dapat di dalam pasaran ACE.

Ada juga kalangan pedagang runcit yang menggelar saham­saham ini sebagai kaunter cap ayam. Ia bermaksud saham­saham yang harganya terlalu murah tetapi dari segi asas fundamentalnya agak kurang kukuh jika dibandingkan den­gan saham­saham berkaitan indeks.

Ramai juga kalangan pelabur dan pedagang runcit yang menjauhkan diri daripa­da membeli saham­saham cap ayam ini tetapi masih terdapat juga yang menggemari kaun­ter­kaunter ini kerana dengan sedikit kenaikan boleh mem­berikan hasil yang agak luma­yan jika dibeli dalam kuantiti yang besar.

Malah, kaunter­kaunter ini selalu menjadi sasaran ma­nipulasi harga yang menjurus kepada kenaikan harga yang luar biasa. Juga, kaunter­kaun­ter penny ini menjadi saham mampu beli bagi pedagang dan pelabur yang bermodal kecil serta yang baru melibatkan diri dalam pasaran saham.

Terdapat banyak saham penny yang telah mencipta se­jarah kenaikan luar biasa. Satu daripadanya ialah Iris Corpo­ration Berhad yang masih di­ingati oleh ramai pelabur dan pedagang saham hingga ke hari ini di mana kenaikannya yang luar biasa iaitu sebanyak 1,500 peratus dalam masa lapan bu­lan. Harga sebelum kenaikan hanyalah lapan sen.

Berbalik kepada topik yang kita bincangkan ini, adakah

saham­saham penny ini sesuai untuk dibeli atau perlu dijauhi?

Sekali lagi saya ingin me­ng ingatkan, di dalam proses untuk memilih saham­saham berpotensi naik, seseorang pelabur mahupun pedagang saham perlu ada ilmu dalam membuat pilihan saham apa yang ingin dibeli. Kedua, ilmu pemilihan tersebut sama ada menggunakan pendekatan analisis teknikal atau funda­mental atau ke dua­duanya sekali.

Dan ketiga, apakah matla­mat pelaburan anda ke atas saham yang ingin dibeli itu?. Adakah ia hanya sekadar untuk transaksi jual beli dalam jangka masa singkat ataupun untuk pelaburan jangka masa pan­jang?.

Sekiranya kita telah me­netapkan prinsip dan matla­mat, maka tiada salahnya kita membeli saham­saham ini se­perti mana kita membeli lain­lain saham syarikat yang terse­narai di papan Bursa Malaysia.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan di ruangan ini ialah bagaimana sesuatu saham syarikat tersenarai itu boleh menjadi saham penny?

Untuk pengetahuan para pembaca, terdapat saham­sa­ham syarikat tersenarai yang asalnya bukan terdiri dari kalangan saham­saham penny. Ia terjadi apabila syarikat me­ngalami kerugian demi keru­gian yang berpanjangan. Oleh kerana kurang atau tiada mi­nat belian di kalangan pelabur, maka harga tidak naik dalam

satu tempoh yang lama di­sebabkan tiada berita­berita positif, mempunyai banyak kes tuntutan mahkamah, penyata kewangan syarikat yang ber­masalah dan apa­apa perkara yang memberi impak negatif kepada syarikat tersebut.

Juga, syarikat yang me­ngalami kerugian tidak dapat memberikan pembayaran divi­den kepada pemegang saham dan sudah tentu pelabur yang bijak tidak akan membeli sa­ham syarikat tersenarai yang tiada pembayaran dividen ta­hunan untuk pelaburan jangka panjang.

Seperkara lagi, saham­sa­ham bertanda atau yang di­klasi fikasikan di bawah Practice Note atau PN 17 juga kebanya­kannya berharga terlalu murah lebih­lebih lagi jika Bursa Ma­laysia telah mengisytiharkan sesuatu saham syarikat terse­narai bakal dinyahsenaraikan dari papan Bursa Malaysia. Justeru, pelabur dan pedagang saham perlu sentiasa dikemas kini dengan berita­berita serta pengumuman syarikat­syari­kat tersenarai.

Sekiranya pelabur ingin mem beli saham­saham yang mempunyai unsur­unsur spe­kulatif, kajian terperinci lebih­lebih lagi pengurusan risiko serta modal pelaburan yang mencukupi perlu ada serta tindakan yang pantas perlu diambil. Sebagai contoh, seki­ranya harga saham yang di­beli itu naik terlalu drastik dan banyak, pengambilan untung perlu dibuat dengan sebaiknya sebelum pengisytiharan UMA atau aktiviti pasaran luar biasa dikenakan ke atas syarikat ter­senarai yang sahamnya naik de­ngan drastik dalam waktu yang singkat.

Pengambilan untung perlu dibuat sekurang­kurangnya separuh daripada pegangan sedia ada dan sekiranya sesua­tu pengumuman itu bersifat negatif, maka pelabur atau pe­dagang saham perlu bertindak pantas membuat keputusan tanpa berlengah­lengah kerana kadang­kala sedetik masa yang dibiarkan itu boleh mengaki­batkan perubahan harga yang banyak.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

MIER: KDNK bakal tumbuh 4.8% Kerajaan tubuh pasukan berkaitan cukai pegangan

Ekonomi digital antara fokus Bajet 2018

PIKOM anjur jualan dalam talian #MyCyberSale 2017

HDC, WSD bangun infrastrukturpatuh syariah

� SINGAPURA 25 JULAI

SYARIKAT penerbangan kos rendah Scoot mahu menam­bah bilangan pesawat dari­

pada 37 kepada 74 buah dalam tempoh lima tahun akan datang khususnya model Airbus A320.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Lee Lik Hsin berkata, pertamba­han pesawat itu seiring dengan proses penggabungan Scoot dan Tigerair di bawah syarikat pega­ngan yang sama, Budget Aviation Holdings yang telah dimuktamad­kan hari ini.

Mulai hari ini, semua pener­bangan Tigerair akan dikenda­likan di bawah jenama Scoot dan penerbangan Scoot akan berope­rasi di bawah kod tanda pener­bangan TR.

“Scoot telah menerbangkan lebih 50 juta pelanggan ke des­tinasi masing­masing dan kini mengendalikan 14 pesawat Boe­ing 787 Dreamliner badan lebar dan 23 pesawat angkatan Airbus A320 yang baharu dan moden, dengan enam lagi Boeing 787 Dreamliner dan 39 pe­sawat Airbus A320neo

dalam tempahan. “Scoot menjangkakan untuk

menerima dua lagi pesawat men­jelang akhir 2017 dan kira­kira empat pesawat dalam tempoh dua tahun,” katanya kepada pem­berita selepas majlis pelancaran lima destinasi baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Komersial Scoot, Leslie Thng dan Ketua Pegawai Operasi Scoot, Ho Yuen Sang.

Terdahulu, Scoot memper­kenalkan lima destinasi baharu termasuk ke Kuantan, Pahang; Kuching, Sarawak; Palembang, Indonesia; Harbin, China dan per­jalanan jarak jauh ke Honolulu, Amerika Syarikat.

Lik Hsin berkata, pemilihan Kuantan dan Kuching berikutan tarikan unik negeri berkenaan sekali gus menjadikan jumlah destinasi ke Malaysia kepada enam selepas Ipoh, Perak; Lang­

kawi, Kedah; Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Laluan baharu ini termasuk Harbin, Honolulu dan Kuching, dijangka memulakan operasi selewat­lewatnya akhir 2017, se­mentara Kuantan dan Palembang (awal 2018).

“Scoot kini menawarkan pener­bangan ke 65 destinasi meliputi 18 negara,” katanya yang tidak meno­lak kemungkinan untuk menam­bah destinasi lain di Malaysia.

Sembilan bulan lalu, Scoot dan Tigerair mengumumkan hasrat untuk menjadi jenama tunggal dan beroperasi di bawah lesen menggunakan jenama Scoot yang diperkukuhkan.

Industri penerbangan mengu­capkan ‘selamat tinggal’ kepada Tigerair dengan penerbangan ter­akhir dari Singapura ke Tiruchi­rappalli, India pada 11.05 malam, semalam.

Dalam majlis sama, Scoot tu­rut memperkenalkan pakaian se­ragam baharu buat anak kapalnya yang lebih mesra digelar Scootees berserta pertukaran slogan baha­ru iaitu Escape the Ordinary. – UTU-SAN

KUALA LUMPUR 25 Julai – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) membuat unjuran positif terhadap kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dija­ngka berkembang 4.8 peratus, peningkatan 0.3 pera­tus berbanding unjuran awal 4.5 peratus yang dikeluarkan institusi berkenaan April lalu.

Pengarah Eksekutifn­ya, Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, semakan semula KDNK tersebut susulan daripada pres­tasi baik terutama yang dicatatkan semasa suku pertama tahun ini iaitu pertumbu­han sebanyak 5.6 peratus.

Menurutnya, perkembangan perdagangan yang merekodkan pencapaian terbaik dalam sepa­ruh pertama tahun ini juga bakal merancakkan lagi kedudukan ekonomi negara.

Katanya, permintaan domestik terus menjadi penyumbang uta­ma kepada pertumbuhan ekono­mi negara di samping penguku­han permintaan luaran.

“Permintaan domestik dijang­ka tumbuh sebanyak 4.6 peratus dengan kegunaan swasta akan berkembang pantas pada kadar enam peratus.

“Pertumbuhan eksport dan import bagi barangan dan perkh­idmatan pula dijangka kekal mas­ing­masing pada kadar 1.8 dan 1.5 peratus tahun ini,” katanya dalam

sesi taklimat Unjuran Ekonomi Malaysia ke­32 di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pe­ngarah MIER, Dr. Ahmad Fauzi Puasa dan Felo Penyelidikan Kanan MIER, Dr. Zulkiply Omar.

P e r t u m b u h a n ekonomi Malaysia pada suku pertama 2017 merupakan prestasi terbaik pernah dicatat­kan dalam tempoh dua tahun berbanding 4.2 peratus pada suku per­tama 2016 dan 5.8 per­atus bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Zaka­riah berkata, kedudukan ekonomi negara akan terus kukuh walau­pun berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk sentimen peng­guna yang masih rendah.

“Sentimen pengguna dijangka akan terus menunjukkan pening­katan kerana pengguna akan terus berbelanja terutamanya dengan pengukuhan kadar tukaran mata wang ringgit yang dijangka kem­bali pulih pada tahap RM4.20 se­hingga RM4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

“Walaupun kadar inflasi di­jangka meningkat sehingga 3.8 peratus tahun ini, namun kami yakin ekonomi akan berkem­bang dengan mapan termasuk mengekalkan momentum per­tumbuhan KDNK tahun hadapan yang dijangka antara 4.7 peratus hingga 5.3 peratus,” katanya.

Oleh AFIQ MOHD. [email protected]

KUALA LUMPUR 25 Julai – Kera­jaan akan menubuhkan kumpu­lan khas untuk memberi maklu­mat dan mengumpul pandangan teknikal dalam menangani kebim­bangan berkaitan cukai pegangan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kumpulan yang bakal dianggotai oleh pakar dalam industri cukai termasuk wakil kerajaan, per­satuan dan firma akauntan akan menyediakan garis panduan bagi memberi penjelasan mengenai aspek teknikal dan pelaksanaan cukai pegangan.

Katanya, garis panduan yang jelas akan membantu pemain in­dustri lebih memahami tujuan sebenar pelaksanaan cukai pe ga ­n gan iaitu untuk membangunkan sektor perkhidmatan domestik selain memberi lebih peluang ke­pada pekerja tempatan.

“Saya faham pelbagai cabaran yang dinamik selain keperluan negara perlu diambil kira dalam merubah industri percukaian dalam memastikan kaedah yang digunakan adalah inklusif dan mapan serta terdapat kebimba­ngan daripada komuniti pernia­gaan mengenai cukai pegangan.

“Kita tidak boleh bergantung ke­pada pindaan undang­undang dan kaedah penguatkuasaan semata­mata kerana mekanisme ini tidak mampu bertahan dan relevan dalam

tempoh masa yang panjang.“Bergerak ke hadapan, kita

perlu mengeratkan lagi kerjasama bagi menyemai budaya cukai yang baik terutama dalam kala ngan rakyat, institusi dan komuniti per­niagaan,” katanya dalam majlis pelancaran Persidangan Cukai Ke­bangsaan 2017 di sini hari ini.

Persidangan Cukai Kebang­saan edisi ke­17 tersebut dianjur­kan bersama oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Insti­tut Percukaian Malaysia (CITM) dengan tema ‘Mengurus isu cukai bagi pertumbuhan dan pemba­ngunan negara’.

Yang turut hadir Ketua Setiau­saha Perbendaharaan,  Tan Sri  Dr. Mohd.  Irwan Serigar  Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Da­

tuk Sabin Sabitah; Presiden CITM, Seah Siew Yun; Pengarah Akademi Cukai Malaysia, Asriah Shaari dan Ahli Majlis CITM, Poon Yew Hoe.

Cukai pegangan ialah satu amaun yang dipegang oleh pem­bayar iaitu syarikat yang men­jalankan perniagaan di Malaysia terhadap pendapatan yang diteri­ma oleh penerima bukan pemas­tautin dan dibayar kepada LHDN.

Cukai berkenaan telah diper­luas bermula Januari tahun ini di bawah Akta Kewangan 2017 yang mewajibkan pekerja bukan pemas­tautin membayar cukai pegangan sekiranya memberi perkhidmatan kepada syarikat yang berpangka­lan di Malaysia sama ada perkh­idmatan berkenaan dilakukan di dalam atau luar negara.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Ekonomi digital menjadi satu daripada fokus utama Bajet 2018 yang akan diben­tangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Oktober ini.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Sire­gar Abdullah berkata, ini kerana kerajaan komited memastikan sasa­ran sumbangan ekonomi digital ke­pada ekonomi negara sebanyak 18.4 peratus menjelang 2020 tercapai.

Katanya, sumbangan ekonomi digital pada tahun lalu berada pada tahap membanggakan iaitu seban­yak 17.8 peratus dan jika tumpuan khusus diberikan kepada pemban­gunan syarikat teknologi digital, angka itu boleh melepasi sasaran

yang ditetapkan.“Kita bergerak dengan sangat

pantas dalam era ekonomi digi­tal. Saya yakin den­gan segala inisiatif di­jalankan, sumbangan ekonomi digital mam­pu melepasi tahap 20 peratus,” katanya kepada pemberita se­lepas majlis prapelan­caran Misi Teknologi Mega United Kingdom­Malaysia 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell dan Ketua Pegawai Ekse­kutif Perbadanan Ekonomi Digital

Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

Misi Teknologi Mega UK-Ma­laysia 2017 yang di­adakan dari 9 hingga 11 Oktober depan bakal dihadiri kira­kira 50 delegasi syarikat teknologi Britain.

Treadell berkata, program tersebut yang diadakan hasil usahasa­ma MDEC, Jabatan Per­dagangan Antarabang­sa (DIT) UK dan SME

Corp., memberi peluang kepada syarikat­syarikat teknologi dan permulaan di Malaysia untuk ber­hubung dengan syarikat dari UK.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) akan menganjurkan jualan dalam talian tahunan terbesar #MyCy­berSale 2017 dengan sasaran nilai dagangan kasar (GMV) se­banyak RM300 juta.

Timbalan Pengerusi, Ganesh Kumar Bangah berkata, didorong oleh prestasi tiga acara #My-CyberSale sebelum ini, persatuan itu yakin jualan tahun ini dapat menerus­kan momentum tersebut supaya ia mempunyai ke­mampanan kendiri.

"Kami juga menyasarkan per­olehan eksport RM20 juta me­mandangkan jualan kali ini akan disokong oleh 1,000 peniaga.

“Persatuan turut yakin akan da­

pat meneruskan momentum yang dicapai sejak #MyCyberSale diper­kenalkan pada 2014," katanya.

#MyCyberSale merupakan usa­ha peringkat kebangsaan oleh Ma­

laysian Digital Economy Corporation Sdn. Bhd. (MDEC) dengan soko­ngan Pikom dan peserta industri teknologi mak­lumat dan komunikasi (ICT) di seluruh negara.

Ganesh, yang juga Pengerusi E-Commerce Malaysia di bawah Pikom berkata, acara kali ini merupakan

#MyCyberSale pertama yang dian­jurkan oleh Pikom di bawah skop MDEC, selain mempunyai rancan­gan untuk mengadakannya lebih daripada sekali setahun pada 2019.

KUALA LUMPUR 25 Julai – Perbadanan Pemban­gunan Industri Halal (HDC) dan Weifang Sime Darby Port Co. Ltd. China (WSD) akan membangun­kan infrastruktur patuh syariah di pelabuhan WSD dan taman perindustrian mengikut piawaian halal Malaysia.

Menurut Sime Darby Bhd. yang juga pemilik WSD, kerjasama itu akan memudahkan penembusan produk halal Malaysia ke dalam rangkaian One Belt, One Road (OBOR) bagi mencapai pasaran yang lebih luas terutama wilayah utara dan barat China, serta negara­negara jiran.

“Kedudukan pelabuhan WSD yang terletak berdekatan dengan rangkaian OBOR menawarkan pelbagai kelebihan kepada ‘koridor halal’ dengan sambungan kepada wilayah Islam di China menjadikannya sebagai pintu masuk untuk mengimport dan mengeksport produk halal.

“Sebahagian daripada MoU, HDC akan berkongsi kepakaran dan menawarkan perkhidmatan latihan dan perundingan kepada WSD yang diharap dapat memberi manfaat kepada pengeksport Malaysia dalam mengembangkan perniagaan mereka,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, inisiatif OBOR mewujudkan platform kerjasama ekonomi terbesar dunia termasuk penjajaran dasar, promosi perdagangan, kerjasama pembiayaan,pertukaran sosial dan budaya.

Tambah beliau, eksport halal Malaysia meningkat 7.1 peratus kepada RM42.18 bilion pada tahun lalu.

Melaporkan dari SINGAPURA

Nur Hanani Azman

Mohd. Fauzi Jaafar

LEE LIK HSIN (tengah) bersama krew kabin Scoot sempena majlis pelancaran destinasi baharu syarikat penerbangan itu di Singapura, semalam.

ZAKARIAH ABDUL

GANESH KUMAR

JOHARI ABDUL GHANI (tengah), Sabin Samitah (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) menunjukkan tempat simpan telefon bimbit semasa merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/GHAZALI BASRI

MOHD. IRWAN

Istilah ‘penny’ ini jika diterjemahkan dalam bahasa pasaran saham ialah saham-saham yang harganya di bawah 20 sen. Scoot mahu tambah

jumlah pesawat