utusanbiz selasa -...

1
Sumber : Bernama dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia INDUSTRI BIOJISIM DI MALAYSIA PENERIMA UTAMA Projek diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 226 PROJEK Sarawak dan Sabah mempunyai potensi besar sebagai penggiat utama industri biojisim Jepun, Korea Selatan dan negara Eropah tunjuk minat kerjasama dengan syarikat Malaysia RM2.92 BILION NILAI Johor RM733 JUTA Selangor RM571 JUTA Sabah RM472 JUTA Sarawak RM93 JUTA

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTUSANBIZ SELASA - wordpress1.rm7mills.comwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/10/... · meningkatkan pengeluaran di lapangan minyak. Pengarah Urusan

UTUSAN MALAYSIA MUKA 18

UTUSANBIZUnit Berita

Ekonomi44, Jalan Utusan,

Melalui Jalan Chan Sow Lin,

55200, Kuala Lumpur.E-mel: ekonomi@utusan.

SELASA • 24.10.2017

Sumber : Bernama dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

INDUSTRI BIOJISIMDI MALAYSIA

PENERIMA UTAMA

Projek diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

226PROJEK

Sarawak dan Sabah mempunyai potensi besar sebagai penggiat utama industri biojisim

Jepun, Korea Selatan dan negara Eropah tunjuk minat kerjasama dengan syarikat Malaysia

RM2.92BILION

NILAI

Johor

RM733JUTA

Selangor

RM571JUTA

Sabah

RM472JUTA

Sarawak

RM93JUTA

RIYAL (100)112.8710/9570

EURO4.9717/9760

POUND5.5770/5826

TUKARAN MATA WANG ASING23.10.17

DOLAR4.2330/2360

YEN3.7184/7213

DOLAR3.1059/1092

RUPIAH (100)0.0313/0313

Deleum, UTP bekerjasama bangun teknologi minyak dan gasOleh AKMYR SYAHAR [email protected]

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Dele-um Bhd. menerusi anak syari-katnya, Deleum Chemicals Sdn. Bhd. dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama memban-gunkan teknologi baharu bagi meningkatkan pengeluaran di lapangan minyak.

Pengarah Urusan Kumpulan Deleum, Nan Yusri Nan Rahimy berkata, kedua-dua pihak akan berkongsi kepakaran untuk membangunkan teknologi serta produk khusus berkenaan in-strumen dan bahan kimia serta mengurangkan aliran jaminan yang dihadapi pemilik aset.

“Deleum mengutamakan ke-

upayaannya untuk berinovasi. Disebabkan itu, kami sentiasa berusaha mengukuhkan produk dan perkhidmatan dalam men-capai tahap baharu bagi penye-lesaian yang khusus dan ino-vatif.

“Kerjasama ini akan menjadi dorongan bagi kedua-dua pihak untuk menjadi pemain yang aktif dalam membangunkan penyelesaian bagi keperluan industri minyak dan gas pada masa depan,” katanya pada ma-jlis MoU tersebut di sini hari ini.

Nan Yusri menandatangani MoU itu bersama Naib Canselor UTP, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim sambil disaksikan Pen-gurus Besar Deleum Chemicals, Anwarudin Saidu dan Pengarah Pejabat Pakatan Strategik UTP, Prof. Madya Dr. Fawnizu Azma-

di Hussin.Tambah Nan Yusri, fasa per-

mulaan usaha berkenaan diran-cang dalam tempoh dua tahun, dengan pilihan untuk diterus-kan lagi bergantung kepada pe-nemuan dan kemajuan kaji se-lidik penyelesaian baharu yang akan dijalankan.

“Sepanjang tempoh tersebut, akan terdapat penglibatan dan interaksi yang aktif untuk me-neroka teknologi baharu bagi menyelesaikan masalah yang di-hadapi oleh industri dalam ope-rasi harian mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, teras utama MoU buat UTP adalah untuk menyediakan platform yang mapan bagi mem-bangunkan keupayaan pelajar dengan pendedahan dan cabaran sebenar berkaitan industri.

NAN YUSRI NAN RAHIMY (kiri) dan Abdul Rahim Hashim menandatangani memorandum persefahaman antara Deleum Chemicals Sdn. Bhd. dan Universiti Teknologi Petronas di Kuala Lumpur, semalam.

Malaysia perbaiki kedudukan IPGMMKUALA LUMPUR 23 Okt. – Malaysia memperoleh penarafan ‘C’ dalam Indeks Persaraan Global Melbourne Mercer (IPGMM) kesembilan, me-ngatasi kebanyakan negara Asia yang lain dengan peningkatan markah kepada 57.7 berbanding 55.7 markah yang dicatatkan pada tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Mercer Malaysia, Hash Piperdy berkata, in-deks yang menilai 30 buah negara merangkumi 60 peratus populasi dunia itu turut menyeru kebanya-kan negara yang mempunyai sis-tem persaraan tidak mapan supaya mengambil tindakan segera agar tidak berhadapan dengan risiko pada masa akan datang.

Menurutnya, Malaysia mempu-nyai infrastruktur persaraan yang kukuh disokong oleh beberapa ciri terbaik buat rakyat, namun perlu menangani beberapa risiko besar sebelum boleh dianugerahkan pe-narafan B atau A.

“Sistem persaraan sektor awam hanya akan menjadi lebih mahal dari tahun ke tahun dan masih ra-mai rakyat Malaysia yang belum mempunyai akses kepada mana-mana simpanan persaraan.

“Beberapa penambahbaikan adalah penting kepada kemapanan dan kemajuan sistem bagi jangka masa panjang dengan sokongan tahap minimum kepada individu berpendapatan rendah dan lebih

banyak insentif bagi majikan serta industri bagi menubuhkan Skim Persaraan Swasta (PRS),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Denmark mengekalkan kedudu-kan teratas dalam indeks tersebut bagi tahun keenam berturut-turut apabila mendapat markah keselu-ruhan berjumlah 78.9 mendahului Belanda dan Australia masing-masing di tangga kedua dan ketiga dengan markah 78.8 dan 77.1.

Indeks Persaraan Global yang menilai 30 buah negara termasuk tiga negara baharu tahun ini iaitu New Zealand, Norway dan Colom-bia mempunyai 40 indikator yang merangkumi tiga ciri utama iaitu ke-mampuan, ketahanan dan in tegriti.

Dalam pada itu, Pengurusan Kanan Mercer, Dr. David Knox

yang juga merupakan penulis in-deks tersebut memberitahu, dua soalan baharu yang dimasukkan dalam laporan tahun ini untuk-mengekalkan integriti indeks ber-kenaan telah menyebabkan tiada negara memperoleh gred A.

Katanya, dua soalan baharu itu merangkumi ciri ketahanan bagi mengukur pertumbuhan ekono-mi sebenar sesebuah negara dan elaun bagi persaraan pilihan.

“Negara yang telah menunjuk-kan peningkatan signifikan dalam nilai indeks seperti Malaysia, Chi-na, India, Indonesia dan Republik Ireland mempunyai pertumbu-han ekonomi sebenar yang tinggi dalam tiga tahun lepas dan dijang-ka kekal meningkat bagi tiga tahun akan datang,” katanya.

Oleh ZUNAIDAH ZAINON dan AFIQ MOHD. [email protected]

� KUALA LUMPUR 23 OKT.

KERAJAAN dijangka mem-beri fokus kepada usaha menangani kos sara hidup

dan pelaksanaan projek-projek infrastruktur bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam pem-bentangan Bajet 2018.

Menurut Pengarah Urusan Glenreagh Sdn. Bhd., Nordin Ab-dullah, pelaksanaan projek-pro-jek infrastruktur penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan secara tidak langsung mem-beri kesan positif kepada pen-duduk setempat.

Beliau berkata, kerajaan juga dijangka menyediakan peruntu-kan berterusan terhadap projek in-frastruktur di Sabah dan Sarawak yang menjadi kunci utama dalam meningkatkan sumber ekonomi di Borneo sekali gus memberi pula-ngan ekonomi yang tinggi.

“Pendekatan ini adalah seiring dengan matlamat kerajaan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mam-pu bergerak menuju negara ber-pendapatan tinggi dengan pertum-buhan ekonomi dikongsi semua kumpulan pendapatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bajet 2018 bakal dibentangkan Perdana Menteri yang juga Men-teri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada 27 Oktober ini.

Nordin berkata, walaupun perkara tersebut kekal mencabar

mengambil kira pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pendapatan dari-pada cukai, namun ia akan me-mastikan komitmen kerajaan ter-hadap rakyat dalam jangka masa terdekat dan sederhana mampu dipenuhi.

Beliau yang juga Pengerusi Pe-ngasas Forum Perniagaan Global Malaysia (MGBF) berkata, dalam membentuk masa hadapan, ada-lah penting bagi Malaysia untuk mengenal pasti bahawa daya sa-ing adalah perkara yang lebih penting berbanding bersaing dalam pasaran dan perdagangan global serta pekerjaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Damansara Realty, Brian Iskandar Zulkarim berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada sektor pengu-rusan kemudahan dengan mem-berikan pelepasan cukai, insentif atau skim yang fleksibel kepada pemaju yang menyediakan per-khidmatan pengurusan kemuda-

han dalam pembentangan Bajet 2018.

Beliau berkata, pertimba ngan kerajaan dalam memberikan in-sentif bagi meningkatkan ke se-daran dan menggalakkan penye-diaan perkhidmatan pe ngu rusan kemudahan yang baik amat pen-ting untuk menyokong proses per-bandaran pesat negara.

“Kami berharap kerajaan da-pat memberikan insentif teruta-ma dari segi pendidikan buat pe-milik aset untuk melihat sendiri kepentingan nilai pengurusan kemudahan bersepadu sebagai objektif perniagaan penting yang dapat menyumbang kepada ke-tahanan jangka panjang harta-nah mereka.

“Tanpa pengurusan kemu-dahan bersepadu atau strategik dalam jangka masa panjang, pe-milik aset akan berhadapan de-ngan pelbagai masalah yang boleh mengurangkan jangka hayat dan nilai aset mereka,” katanya.

Portal hartanah terkemuka,

PropertyGuru Malaysia pula men -cadangkan beberapa langkah untuk menangani kebimbangan mengenai rumah mampu milik dan pemilikan rumah dalam Ba-jet 2018.

Antara cadangan itu ialah mengemas kini garis panduan atau definisi hartanah mampu milik, kerana ia perlu termasuk bukan sahaja harga, tetapi juga saiz unit, lokasi, maklum balas sektor swasta dan pertimbangan lain.

“Terdapat keperluan untuk mendapat persetujuan yang jelas antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat mengenai apa yang dilihat sebagai rumah mampu milik,” jelas portal ber kenaan.

PropertyGuru juga menca-dangkan diadakan insentif khas untuk pemilik rumah yang me-nyewakan rumah kepada rakyat Malaysia secara jangka panjang, dengan memberi contoh perjan-jian penyewaan dua hingga lima tahun bagi mereka yang berada di kumpulan umur dan paras pen-dapatan tertentu, misalnya Ge-nerasi M40.

Bajet: Kesejahteraan rakyat jadi fokus

GOLONGAN pekerja diwajibkan mencarum dalam KWSP sebagai jaminan persaraan mereka. – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR (Indeks Komposit)(+0.82) mata1,741.47

SINGAPURA (Straits Times)(+9.07) mata3,349.80

TOKYONikkei(+239.01) mata21,696.65

NEW YORKNikkei(+165.59) mata23,328.63

Pelaksanaan projek-projek infrastruktur penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada penduduk setempat.” NORDIN ABDULLAH Pengarah Urusan Glenreagh Sdn. Bhd

HarapanBAJET 2018