adn tahan cadang kerajaan negeri ambil alih …

21
ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH PENGURUSAN TAMAN NEGARA PAHANG KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan mencadangkan Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut diambil alih oleh Kerajaan Pahang secara keseluruhan bagi memastikan ia lebih berdaya maju. YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, keseluruhan pengurusan Taman Negara ini boleh dijadikan Perbadanan Taman Negeri Kuala Tahan. “Para penggiat pelancongan telah berbincang dan mencadangkan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengambil alih keseluruhan pengurusan Taman Negara Pahang dengan menjadikannya Perbadanan Taman Negeri Kuala Tahan. “Kami juga bercadang supaya Kerajaan Negeri mengambil alih aset-aset yang ada supaya ia berdaya maju dari segi ekonomi tanpa menjejaskan kualiti pentadbiran, konservasi, penyelenggaraan dan penguatkuasaan. “Untuk memastikan kepentingan penduduk tempatan dan penggiat industri pelancongan di Kuala Tahan terjamin, ahli lembaga Pengarah Perbadanan hendaklah dianggotai sekurang-kurangnya satu pertiga daripada penduduk tempatan dan penggiat industri pelancongan di Kuala Tahan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. Tambah beliau lagi, beberapa aset di Taman Negara memerlukan penambahbaikan bagi menarik kedatangan pelancong. “Antara aset yang terlibat adalah membuka semula Pusat Pengajian Alam Semulajadi Kuala Atok yang ditutup, dan membuka laluan pejalan kaki berkanopi ( canopy walkway) secara keseluruhan. “Selain itu, Bumbun Kumbang, Bumbun Chegar Anjing, Bumbun Tabing dapat diselenggara dengan lebih baik; manakala Bumbun Tenor, Bumbun Yong, dan Bumbun Blau pula dibuka semula,” katanya.

Upload: others

Post on 06-Nov-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH PENGURUSAN

TAMAN NEGARA PAHANG

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan mencadangkan

Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut diambil alih oleh Kerajaan Pahang secara

keseluruhan bagi memastikan ia lebih berdaya maju.

YB. Encik Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin berkata, keseluruhan pengurusan

Taman Negara ini boleh dijadikan Perbadanan Taman Negeri Kuala Tahan.

“Para penggiat pelancongan telah berbincang dan mencadangkan Kerajaan Negeri

Pahang untuk mengambil alih keseluruhan pengurusan Taman Negara Pahang

dengan menjadikannya Perbadanan Taman Negeri Kuala Tahan.

“Kami juga bercadang supaya Kerajaan Negeri mengambil alih aset-aset yang ada

supaya ia berdaya maju dari segi ekonomi tanpa menjejaskan kualiti pentadbiran,

konservasi, penyelenggaraan dan penguatkuasaan.

“Untuk memastikan kepentingan penduduk tempatan dan penggiat industri

pelancongan di Kuala Tahan terjamin, ahli lembaga Pengarah Perbadanan hendaklah

dianggotai sekurang-kurangnya satu pertiga daripada penduduk tempatan dan

penggiat industri pelancongan di Kuala Tahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021 di

Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, beberapa aset di Taman Negara memerlukan penambahbaikan

bagi menarik kedatangan pelancong.

“Antara aset yang terlibat adalah membuka semula Pusat Pengajian Alam Semulajadi

Kuala Atok yang ditutup, dan membuka laluan pejalan kaki berkanopi (canopy

walkway) secara keseluruhan.

“Selain itu, Bumbun Kumbang, Bumbun Chegar Anjing, Bumbun Tabing dapat

diselenggara dengan lebih baik; manakala Bumbun Tenor, Bumbun Yong, dan

Bumbun Blau pula dibuka semula,” katanya.

Page 2: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

Beliau turut mencadangkan Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada hampir 450

pengusaha yang terjejas akibat penutupan kali kedua Taman Negara Pahang pada 6

hingga 22 Oktober lepas. -PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 3: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: ADN CHINI LAHIR RASA TERUJA

BERBAHAS KALI PERTAMA

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020 : Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd

Sharim Haji Md. Zain meluahkan rasa teruja selepas berbahas buat pertama kali pada

Sidang Dewan Negeri Pahang hari ini.

Beliau yang membawa isu berkaitan belia hari ini turut berjanji untuk terus bersama

barisan ADN negeri ini di dalam Sidang Dewan Negeri yang bermula semalam.

“Saya selaku wakil rakyat yang baharu sangat teruja dapat mendengar ucapan

pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2021 oleh YAB. Menteri Besar.

“Insya-Allah saya akan terus bersama dalam perbahasan Belanjawan oleh ADN lain

bagi memastikan apa sahaja isu berkaitan rakyat dapat kita selesaikan secara

berhemah dan sepakat,” katanya ketika ditemui selepas sesi perbahasan Belanjawan

Negeri Pahang 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari.

Beliau dalam perbahasannya hari ini mencadangkan Kerajaan Negeri untuk

mewujudkan perumahan transit bagi golongan belia yang tidak berkemampuan selain

menyarankan tiga aspek penggunaan dana khas bagi peniaga muda di negeri ini. -

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 4: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: CADANG PERMIT PERAIRAN BAGI

BANTU SEKTOR PELANCONGAN

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Ahli Dewan Negeri (ADN) Muadzam Shah

mencadangkan Kerajaan Pahang mengenakan permit masuk ke ruang perairan

negeri ini bagi membantu membangunkan sektor pelancongan negeri.

YB. Tuan Ir. Razali Kassim berkata, permit ini dikhaskan untuk memasuki ruang

perairan khasnya untuk aktiviti rekreasi memancing atau sukan memancing yang

bersifat pelancongan.

“Apabila berlaku pandemik COVID-19, kita semua dapat melihat berlakunya

penyusutan hasil ekonomi terutamanya sektor pelancongan. Saya berpandangan

pihak kerajaan masih ada ruang dalam menerokai dan menambahkan hasil daripada

sumber-sumber lain terutama dalam sektor yang lebih berdaya tahan (sustainable).

“Saya mengambil contoh aktiviti memancing rekreasi yang mana aktiviti ini merupakan

salah satu cabang kepada sektor pelancongan,” katanya ketika perbahasan

Belanjawan Negeri Pahang 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, permit ini akan dikenakan kepada mereka yang ingin melakukan

aktiviti di perairan negeri tetapi dikecualikan daripada nelayan tempatan yang

berdaftar.

“Seperti yang kita maklum, pada masa dan ketika ini, sesiapa sahaja boleh memasuki

perairan kita bagi tujuan memancing sebagai salah satu aktiviti rekreasi secara

percuma tanpa dikenakan sebarang caj.

“Mereka hanya perlu menyewa bot dengan pengusaha bot tempatan bagi tujuan

tersebut. Jika pihak kerajaan sebelum ini boleh mengenakan permit berbayar

contohnya kepada pengunjung yang memasuki hutan simpan, mengapa tidak kita

wujudkan permit berbayar untuk memasuki ruang perairan dan caj ini mestilah

dikecualikan kepada nelayan-nelayan tempatan yang berdaftar dengan Jabatan

Perikanan,” katanya.

Page 5: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

Beliau berkata, hasil kutipan fi atau permit ini kemudiannya boleh dilaburkan semula

bagi tujuan baik pulih dan pembangunan ekosistem marin di perairan negeri ini.

“Hasil daripada kutipan permit ini, boleh digunakan bagi membina lebih banyak tukun-

tukun tiruan sebagai alternatif terbaik pada masa ini kepada terumbu karang bagi

tujuan pembiakan ikan.

“Kewujudan ikan-ikan besar inilah yang diperlukan dan merupakan faktor utama

tarikan kepada para pemancing rekreasi ini mendapatkan hasilnya,” katanya. -

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 6: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN NEGERI DISARAN WUJUD

RUMAH TRANSIT BAGI BELIA

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020 : Kerajaan Pahang disaran mewujudkan rumah

transit bagi belia yang masih tidak berkemampuan untuk membeli rumah.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chini, YB. Encik Mohd Sharim Haji Md Zain berkata, rumah

transit ini adalah bagi belia yang tidak mampu membeli rumah namun memerlukan

kediaman yang selesa kerana mempunyai keluarga.

“Kita boleh mengambil contoh rumah transit yang diamalkan di Kuala Lumpur dan

Selangor yang mana belia yang sudah berkahwin boleh menyewa di rumah transit

selama dua tahun sebelum keadaan ekonomi mereka bertambah baik bagi

membolehkan mereka membeli rumah sendiri.

“Saya percaya sekiranya rumah transit ini dilaksanakan, ia mampu membantu belia

kita yang tengah kesempitan untuk sekurang-kurangnya duduk di rumah yang lebih

selesa sebelum mereka berkemampuan untuk membeli rumah,” katanya ketika

perbahasan Belanjawan Negeri Pahang 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau turut mencadangkan dana khas RM10 juta yang diberikan sebagai bantuan

awal perniagaan kepada golongan muda di negeri ini diperluaskan dalam bentuk

pinjaman mikro kredit kepada belia yang telah mempunyai perniagaan.

“Saya mencadangkan pinjaman mikro kredit ini diberi kepada usahawan belia yang

telah pun mempunyai perniagaan dan memerlukan bantuan untuk membesarkan lagi

perniagaan.

“Mikro kredit yang diberikan hendaklah bersifat membantu dan cuba untuk

mengurangkan birokrasi seboleh mungkin supaya bilangan usahawan yang mendapat

manfaat dimaksimumkan,” katanya.

Beliau juga turut mencadangkan dana khas yang diperuntukkan ini juga seharusnya

memberi manfaat dari segi latihan berterusan untuk belia.

Page 7: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

“Latihan berbentuk upskilling dan reskilling iaitu peningkatan kemahiran dan

kemahiran semula bagi belia bagi mendepani cabaran pandemik Covid-19,” katanya.

– PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 8: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG DIMINTA CAMPUR

TANGAN ISU TANAH DAN BAYARAN PAMPASAN ECRL

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang diminta campur tangan dalam

isu pengambilan semula tanah dan bayaran pampasan kepada pengusaha sangkar

ikan yang terlibat dengan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Semantan, YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin

berkata, isu ini berlaku akibat pengendalian yang kurang cermat kedua-dua pihak

terlibat.

“Amat menyedihkan kerana projek yang begitu bermanfaat yang sepatutnya menjadi

situasi menang-menang dan tidak berlaku sebaliknya menjadi tegang terutamanya

kepada 12 pengusaha sangkar ikan yang terlibat.

“Jadi saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri untuk campur tangan bagi

menyelesaikan kemelut ini,” katanya ketika perbahasan Belanjawan Negeri Pahang

2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, penduduk juga memberitahu bayaran pampasan mereka juga masih

belum diselesaikan oleh pihak terlibat.

“Penduduk yang tanah mereka termasuk laluan pembinaan ECRL merungut bahawa

pampasan mereka masih belum diselesaikan sedangkan kerja-kerja pembinaan telah

pun mula dijalankan.

“Ini menyebabkan penduduk merasakan seolah-olah pihak pemaju menceroboh tanah

tanaman dan ternakan mereka kerana masuk tanpa notis,” katanya.

Selain itu, ADUN Kuala Semantan juga meminta Kerajaan Negeri memasukkan

kawasan Taman Perindustrian Temerloh di dalam kawasan penumpuan wilayah

ekonomi negeri ini selain tiga kawasan lain yang di sebut YAB. Menteri Besar Pahang

semalam melibatkan Taman Maritim Tanjung Agas, Taman Halal Gambang, dan

Taman Teknologi Pahang.

Page 9: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

“Memandangkan kawasan Temerloh-Mentakab akan menjadi laluan ECRL dan

difahamkan akan dibina stesen utama berdekatan kawasan perindustrian Temerloh,

saya ingin menyarankan Kerajaan Negeri memasukkan Taman Perindustrian

Temerloh ini dalam kawasan penumpuan wilayah ekonomi sebagai persediaan

menghadapi penumpuan pada masa akan datang,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 10: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: KERAJAAN PAHANG SEDIA

PERTIMBANG WAJIB KELAS KAFA

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang sedia untuk mempertimbangkan

cadangan bagi mewajibkan semua anak-anak berusia tujuh hingga 11 tahun

mengikuti pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang,

YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, setakat ini Kerajaan Negeri masih

belum mewajibkan pelajar untuk mengikuti KAFA ini.

"Kerajaan Negeri lihat cadangan ini amat baik dan kita boleh pertimbangkan sama

ada mewajibkan atau bagaimana. Kerana KAFA ini memberi kesan positif kepada

anak-anak.

"Kita akui kelas pengajian KAFA mendapat sambutan hangat sama ada di kampung,

taman dan bandar yang dilaksana dan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Pahang

(JAIP) dengan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Jadi, bagi memastikan kelas pengajian ini dapat dilaksanakan sebaik-baiknya dan

Kerajaan Negeri sentiasa memberi komitmen dan galakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Beserah, YB.

Tuan Haji Andansura Rabu (PAS) berkenaan cadangan mewajibkan setiap anak

berusia tujuh hingga 11 tahun mengikuti pengajian KAFA pada sesi pertanyaan-

pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di

Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak RM33.2 juta telah disalurkan JAKIM untuk

bayaran elaun guru dan bantuan termasuk bantuan khas kewangan kepada Kerajaan

Negeri.

Jelasnya, berdasarkan statistik, Kerajaan Negeri menerima peruntukan daripada

JAKIM sejak 2015 ialah berjumlah RM29.3 juta, diikuti RM56.1 juta (2016) RM33.4

juta (2017), RM35.3 juta (2018) dan RM30.8 juta (2019).

Page 11: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

"Di Pahang, terdapat sebanyak 3,620 buah KAFA dengan jumlah 74,116 pelajar

berumur tujuh hingga 11 tahun," katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Mahathir Ali

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 12: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: MPWP LAKSANA PELBAGAI PROGRAM

UNTUK WANITA

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP)

yang ditubuhkan pada September 2019 oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri

Haji Wan Rosdy Wan Ismail telah melaksanakan pelbagai program termasuk

kesihatan, kemasyarakatan, sosial, kesihatan dan kebajikan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita

dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkata,

antara program yang telah dilaksanakan ialah Program Bantuan Khas COVID-19

kepada wanita yang terkesan dengan wabak ini.

“Bantuan Khas ini adalah untuk bantuan makanan barangan keperluan bagi

disalurkan kepada 2,100 keluarga wanita di seluruh Pahang.

“Selain itu, pemberian bantuan lampin pakai buang kanak-kanak serta dewasa yang

melibatkan 700 keluarga wanita di seluruh Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Kuala Semantan,

YB. Dato’ Haji Nor Azmi Mat Ludin (BN) berkenaan perkembangan MWNP dan

bantuan yang telah disalurkan pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat

Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari

ini.

Katanya lagi, bagi bantuan ini MPWP telah membelanjakan RM140,000 melalui

peruntukan Kerajaan Negeri.

“Bagi isu pemasalahan wanita pula, MPWP memainkan peranan sebagai pemudah

cara menyalurkan permasalahan wanita kepada Pusat Khidmat Aduan Wanita Negeri

Pahang yang dikendalikan oleh Unit Pembangunan Wanita Negeri Pahang.

“Sepanjang lima bulan dari Februari hingga Oktober, MPWP telah menyalurkan 56

kes wanita yang melibatkan kes penderaan fizikal dan mental, kes rumah tangga, kes

undang-undang, kes bantuan hospital, kes pendaftaran kelahiran dan kad

pengenalan.

Page 13: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

“Daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes telah diselesaikan dengan kerjasama jabatan

serta agensi yang berkaitan,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Mahathir Ali

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 14: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PAHANG SEDIA TANDATANGAN

PERJANJIAN PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang sentiasa komited dalam usaha

untuk memuktamadkan penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air

Pahang termasuk bersedia menandatangani perjanjian dengan Kerajaan

Persekutuan.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya

hanya menunggu tarikh untuk menandatangani perjanjian itu yang dijadualkan

Disember ini.

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan akan membentangkan draf perjanjian bagi

mendapatkan kelulusan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bulan ini.

“Kita telah menunaikan semua tanggungjawab dalam usaha untuk memuktamadkan

penstrukturan Semula Bekalan Air Pahang dan hanya menunggu tarikh untuk

menandatangani perjanjian-perjanjian itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Triang, YB. Cik

Leong Yu Man (DAP) berkenaan perkembangan terkini mengenai penstrukturan

semula air di Pahang pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga

Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Pahang juga telah memohon hapus kira bagi pinjaman

projek bekalan air negeri bagi penstrukturan semula bekalan air kepada Perdana

Menteri melalui surat bertarikh 25 Oktober 2018.

Sehubungan itu, katanya, pihak Kerajaan Pahang juga telah bersetuju untuk

menubuhkan satu pasukan khas bagi merunding perkara ini.

“Hasil rundingan yang telah dibuat dengan Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli

(KATS), tiga perjanjian telah dimutamadkan.

“Draf perjanjian-perjanjian ini telah dibentang di dalam Mesyuarat 28 Oktober lalu dan

diluluskan untuk ditandatangani oleh pihak-pihak di dalam perjanjian tersebut.

Page 15: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

Keputusan ini juga telah dimaklumkan kepada KATS melalui surat bertarikh 3

November lalu,” katanya.- PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Mahathir Ali

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 16: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERKESO BANTU PEKERJA TERKESAN

COVID-19

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang melalui Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan beberapa usaha untuk

membantu golongan yang kehilangan pekerjaan di Negeri Pahang termasuk ketika

pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan

Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain berkata,

antaranya ialah Faedah Kewangan, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang sehingga

30 Oktober lalu, seramai 2,217 individu yang kehilangan pekerjaan telah membuat

permohonan.

“Seterusnya ialah Faedah Latihan SIP di mana PERKESO menawarkan faedah

latihan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka ini diberi peluang untuk

meningkatkan kemahiran. PERKESO akan menanggung yuran latihan sebanyak

maksimum RM4,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Tahan, YB. Encik

Zakhwan Ahmad Badarddin (PAS) berkenaan langkah Kerajaan Pahang dalam

menangani isu kehilangan pekerjaan dan penggangguran akibat COVID-19 pada sesi

pertanyaan-pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang

Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak PERKESO juga ada menyediakan Faedah Bantuan Pencarian

Pekerjaan SIP iaitu dengan kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai

Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Dengan program ini, PERKESO akan membantu mereka yang terlibat dengan aktiviti

pencarian pekerjaan seperti jawatan-jawatan kosong yang bersesuaian, temuduga

terbuka, karnival kerja yang sedang berlangsung serta sebarang bengkel,” katanya.

YB. Dato’ Sri Haji Mohd Johari berkata, PERKESO juga telah mewujudkan sebuah

portal pekerjaan baharu iaitu Portal MYFutureJobs bagi membantu para majikan

mengiklan kekosongan jawatan yang tersedia.

Page 17: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

“Selain itu, portal itu juga membantu golongan pencari kerja di luar memohon jawatan

kosong yang diiklankan di seluruh Malaysia,” katanya. – PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Mahathir Ali

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 18: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: PERUNTUKAN RM511 JUTA UNTUK NAIK

TARAF EMPAT LOJI RAWATAN AIR

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang telah menyediakan peruntukan

sebanyak RM511 juta untuk menaik taraf empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini

sejak 2018 sehingga tahun ini.

Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, empat

LRA berkenaan adalah LRA Jelai, Lipis; LRA Karak, Bentong; LRA Kechau, Lipis dan

LRA Semambu Fasa 3 di sini.

"LRA Jelai melibatkan kos sebanyak RM20 juta, LRA Kechau (RM5 juta), LRA Karak

(RM40 juta) dan LRA Semambu Fasa 3 membabitkan kos sebanyak RM446 juta,"

katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Cheka, YB. Encik

Lee Ah Wong (BN) berkenaan usaha menaik taraf loji air bersih pada sesi pertanyaan-

pertanyaan lisan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang Ke-14 di

Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy berkata, dengan menaik taraf LRA Jelai dijangka akan

dapat menyelesaikan masalah bekalan air secara holistik di beberapa kawasan

'blackspot' iaitu di Institut Pendidikan Guru Lipis, Taman Cheneras Jaya dan kampung

sekitar.

"Status kini projek berkenaan adalah dalam peringkat pembinaan dan dijangka

beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021.

"Bagi projek menaik taraf LRA Karak pula, dijangka akan menyelesaikan masalah

bekalan air di Kampung Jambu Rias, sebahagian Pekan Karak dan kampung-

kampung sekitar. Projek kini dalam proses pembinaan dan dijangka beroperasi dalam

tahun 2022," jelasnya.

Katanya lagi, di LRA Kechau pula membabitkan projek membaik pulih cerun serta

kerja-kerja berkaitan dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021.

Page 19: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

"Untuk LRA Semambu Fasa 3 pula, akan menyelesaikan masalah bekalan air di

Kawasan Perindustrian Gebeng dan sekitarnya. Status terkini dalam peringkat kajian,

kerja ukur dan penyiasatan tanah. Dijangka beroperasi pada tahun 2025," katanya. –

PAHANGMEDIA

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Muhammad Shahrinnahar Abd. Latib Foto: Mahathir Ali

(LIPUTAN BERGAMBAR)

Page 20: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

SIDANG DEWAN NEGERI PAHANG: YB PUAN YOUNG SYEFURA MOHON

MAAF LANGGAR SOP PKPB

KUANTAN, 17 NOVEMBER 2020: Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari memohon maaf

kepada Dewan Negeri Pahang hari ini berikutan kesalahan melanggar prosedur

operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru

ini.

YB. Puan Young Syefura Othman dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang

2021 berkata, pihak polis telah selesai melakukan siasatan berkaitan isu tersebut.

“Saya ingin memohon maaf jika kesalahan saya melanggar SOP PKPB telah memberi

nama yang kurang baik kepada Dewan Negeri Pahang.

“Siasatan polis baharu selesai dan saya dikhabarkan oleh pihak polis bahawa saya

perlu membayar kompaun sebanyak RM1,000 dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam perbahasan yang sama, beliau turut mencadangkan peruntukan khas kepada

ADN pembangkang di negeri ini dinaikkan kepada RM50,000 pada tahun hadapan.

“Dengan pencapaian hasil Kerajaan Negeri Pahang yang membanggakan dan sikap

prihatin YAB. Dato’ Sri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri terhadap rakyat Negeri

Pahang, saya mohon mencadangkan supaya peruntukan khas kepada ADN

Pembangkang bagi tahun 2021 ini dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000.

“RM25,000 untuk projek pembangunan dan RM25,000 untuk tujuan kebajikan,

program, NGO dan sebagainya,” katanya.

Beliau juga meminta Kerajaan Pahang supaya mempertimbangkan untuk memberi

bantuan kepada pengusaha bas sekolah dan pengusaha kantin sekolah yang terjejas

apabila sekolah ditutup.

“Kerajaan Pahang menyatakan akan menyalurkan lebihan hasil yang berjumlah RM5

juta kepada Akaun Amanah Bencana Negeri Pahang untuk digunakan bagi tujuan

mengekang wabak dan juga membantu mereka yang terkesan dengan pandemik

COVID-19 ini,” katanya. – PAHANGMEDIA

Page 21: ADN TAHAN CADANG KERAJAAN NEGERI AMBIL ALIH …

Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #PahangGo Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Foto: Putera Falliq Hakim Suhairi

(LIPUTAN BERGAMBAR)