utusanbiz • 08.01.2016 • 27.10 -...

1
Sumber : Indeks Persaraan Global 2017 Melbourne Mercer Indeks 2017 Persaraan Global DENMARK 78.9 BELANDA 78.8 AUSTRALIA 77.1 NORWAY 74.7 FINLAND 72.3 SWEDEN 72.0 SINGAPURA 69.4 1 2 3 7 5 6 4 MARKAH NEGARA MALAYSIA 57.7 17

Upload: others

Post on 20-Sep-2019

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTUSAN MALAYSIA MUKA 16

JUMAAT • 08.01.2016 Unit Berita Ekonomi44, Jalan Utusan,

Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

E-mel: [email protected]: @utusanbiz

Laman web: www.utusan.com.myUTUSANBIZUnit Berita Ekonomi

44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,

55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]

Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my

JUMAAT • 27.10.2017

RIYAL (100)112.8576/9437

EURO4.9994/0047

POUND5.5916/5972

TUKARAN MATA WANG ASING26.10.17

DOLAR4.2335/2355

YEN3.728/7274

DOLAR3.1101/1130

RUPIAH (100)0.0312/0312

KUALA LUMPUR (Indeks Komposit)(-2.25) mata1,736.80

SINGAPURA (Straits Times)(+12.57) mata3,356.25

TOKYONikkei(+32.16) mata21,739.78

NEW YORKNikkei(-111.30) mata23,329.46

Sumber : Indeks Persaraan Global 2017 Melbourne Mercer

Indeks

2017

PersaraanGlobal

DENMARK

78.9BELANDA

78.8

AUSTRALIA 77.1

NORWAY 74.7

FINLAND 72.3

SWEDEN 72.0

SINGAPURA 69.4

1 2

3

7

5

6

4

MARKAHNEGARA

MALAYSIA

57.717

30 juta penumpang pilih AirAsia XGOLD COAST, AUSTRALIA 26 Okt. – Le­bih 30 juta penumpang meng­gunakan perkhidmatan AirAsia X Bhd. sepanjang syarikat pen­erbangan itu beroperasi bermula 2007 hingga kini di lebih 30 des­tinasi di serata negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Air­Asia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, untuk segmen Australia dan Asia sahaja, seramai 12 juta penumpang telah memilih meng­gunakan perkhidmatan AirAsia X.

“Sebanyak 22 peratus keun­tungan AirAsia X disumbangkan oleh pasaran Australia dan kami bercadang untuk meningkatkan lagi pasaran di sini.

“Kami bercadang untuk me­nambah kekerapan penerbangan dengan memberi fokus kepada pengukuhan pasaran di laluan se­dia ada di sini seperti Gold Coast, Sydney dan Melbourne,” katanya selepas menghadiri majlis sam­butan operasi AirAsia X ke­10 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Ek­sekutif Pembangunan Perniagaan Lapangan Terbang Gold Coast,

Paul Donovan.Menurut Benyamin, penerba­

ngan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke Gold Coast dimulakan pada 2007 dengan hanya tiga penerba­ngan seminggu dan selepas 10 ta­hun beroperasi, jumlah kekerapan penerbangan meningkat menjadi 11 penerbangan seminggu.

Katanya, AirAsia X tidak me­nolak kemungkinan untuk mem­buka laluan­laluan baharu untuk penumpang di Australia.

AirAsia X ujarnya, menjangka jumlah penumpang yang meng­gunakan perkhidmatan syarikat berkenaan meningkat hingga 10 peratus pada tahun depan. – UTUSAN

BENYAMIN ISMAIL (tiga dari kiri) dan Paul Donovan diapit oleh pramugari AirAsia pada majlis sambutan operasi AirAsia X yang ke-10 tahun di Gold Coast, Australia, semalam.

SAFINA RAMLI

Melaporkan dari BRISBANE, AUSTRALIA

MASJID Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga dikenali sebagai ‘Masjid Besi’ di Putrajaya. –GAMBAR IHSAN/ NOR IKHSAN ISMAIL

Oleh NUR HANANI [email protected]

� KUALA LUMPUR 26 OKT.

DALAM usaha mengurang­kan hutang isi rumah yang tinggi, rakyat Ma­

laysia disaran berbelanja secara berhemah dan menepis gaya hidup mewah yang dipromosi­kan menerusi media sosial.

Dekan Fakulti Perniaga­an Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berka­ta, ini kerana pengguna me­dia sosial hari ini dilihat sering memaparkan gaya hidup de­ngan per belanjaan yang terlalu tinggi.

Katanya, gambar bercuti di luar negara dan pembelian beg tangan berjenama mewah di butik terkemuka sering dimuat

naik di laman Instagram dan Facebook menyebabkan mere­ka yang kurang berkemampuan juga terpengaruh.

Berdasarkan statistik ujar­nya, hutang isi rumah Malaysia di antara yang tertinggi beriku­tan perbelanjaan orang ramai yang berlebihan daripada struk­tur gaji mereka.

“Trend berbelanja mewah ini malah dilihat telah menu­lar kepada peringkat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sehinggakan para pelajar yang belum bekerja sudah memiliki kad kredit mahupun pinjamkan peribadi.

“Ini merupakan budaya ne­gatif yang perlu kita tangani,” katanya mengulas mengenai kos sara hidup mahal yang di­kaitkan dengan gaya hidup mewah kepada Utusan Malay-sia di sini hari ini.

Bagi membantu mengurang­kan bebanan rakyat terhadap impak kenaikan kos sara hidup, kerajaan telah memperkenal­kan pelbagai langkah terma­suk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Klinik 1Malaysia dan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Dr. Aimi berkata, walau ba­gaimanapun, bajet seseorang tidak akan pernah cukup seki­ranya individu itu berbelanja lebih daripada apa yang mereka mampu seterusnya menyebab­kan mereka berhutang keliling pinggang.

Menurutnya, pihak bank tidak boleh disalahkan dalam hal ini kerana mereka mempu­nyai sasaran kelulusan pinja­man masing­masing yang perlu dicapai.

Oleh itu, tambah beliau, kem­pen kesedaran secara ber terusan perlu diadakan de ngan kerjasa­ma di antara Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi berkaitan.

“Bajet 2018 perlu mene­kankan perancangan konkrit jangka panjang dan tidak hanya tertumpu kepada pelan jangka pendek semata­mata.

“Bajet 2018 disaran mem­perkenal strategi dan program untuk mewujudkan perseki­taran yang membolehkan rak­yat mengamalkan dan me­ngekalkan perbelanjaan yang berhemat,” jelas beliau.

TNB peruntuk capex RM12.06 bilion untuk dua projek jana kuasaOleh ZUNAIDAH [email protected]

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mempe­runtukkan perbelanjaan mo dal (capex) berjumlah RM12.06 bilion tahun ini berbanding RM11.39 bilion bagi tahun sebelumnya manakala RM10.77 bilion pada 2015.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd. berkata, seba nyak RM5.4 bilion daripada capex tersebut adalah untuk dua projek jana kuasa berjumlah 3,000 me­gawatt (MW) dan satu daripada­nya, Janamanjung 5 dengan ka­pasiti 1,000MW beroperasi pada 28 September lalu.

Katanya, pelaburan capex itu dibuat bagi memastikan margin simpanan yang mencukupi se­jajar dengan matlamat negara menjadi negara berpendapatan

tinggi selepas 2020 dan secara tidak langsung memperkukuh­kan imbangan tunai kumpulan dengan aset asas kumpulan me­ningkat kepada RM142.01 bilion setakat 31 Ogos 2017.

“TNB secara berterusan akan mengeluarkan sejumlah per­belanjaan modal bagi menjamin bekalan elektrik yang cekap, ber­daya harap dan selamat.

“Sehubungan itu, Index Gang­

guan 64.2 minit bagi setiap pe­langgan pada 2013 telah menurun kepada 50.2 tahun ini, sekali gus menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi daya harap bekalan dan se­tanding dengan negara­negara maju yang lain,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Bagi tahun kewan­gan berakhir 31 Ogos 2017, TNB mencatat penurunan keuntun­gan selepas cukai (PAT) seba nyak 5.6 peratus kepada RM6.91 bilion berban ding RM7.32 bilion bagi tempoh sama tahun se belumnya terutama kepada peningkatan kos kewangan dan cukai.

Kos kewangan pula mening­kat 40.1 peratus berbanding ta­hun lalu disebabkan faedah yang

dibayar kepada kerajaan mengi­kut Dana Simpanan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bernilai RM130 juta dan faedah program

sukuk yang terakru berjumlah RM100 juta.

Peningkatan cukai terutama berpunca daripada ke naikan perbelanjaan cukai tertunda turut mem­beri impak kepada PAT manakala dari segi per­mintaan unit elektrik bagi tahun kewa ngan 2017 hanya mencatat kenaikan satu peratus.

Menurut Azman, pelaksanaan meka nisme Kawal Selia Ber asaskan Insentif (IBR) oleh kerajaan pada Januari 2014 memberi lebih kepastian ke atas pendapatan TNB dalam pernia­gaan yang dikawal selia.

Katanya, PAT daripada per­

niagaan dikawal selia di bawah rangka kerja IBR yang melibat­kan Penghantaran dan Pembaha­gian berjumlah RM4.5 bilion bagi tahun ini dan ia membolehkan syarikat berada dalam kedudu­kan yang lebih kukuh dan dapat berkongsi faedah dengan para pelanggan dan pemegang saham melalui rebat ICPT dan dividen.

“Bagi tempoh kawal selia per­tama, kami telah memberi RM4.3 bilion kepada sembilan juta pe­langgan kami dalam bentuk rebat sejak Mac 2015, hasil penjimatan kos penjanaan melalui meka­nisme IBR,” katanya.

Beliau berkata, TNB menjang­kakan pertumbuhan unit per­mintaan elektrik lebih stabil dan dari segi pelaksanaan IBR pula, ia membolehkan jangkaan penda­patan lebih baik untuk TNB beri­kutan pengurangan risiko bahan api.

Tepis gaya hidup mewah

HarapanBAJET 2018

Bajet seseorang tidak akan pernah cukup sekiranya individu itu berbelanja lebih daripada apa yang mereka mampu seterusnya menyebabkan mereka berhutang keliling pinggang.”

DR. AIMI ZULHAZMI ABDUL RASHIDDekan Fakulti Perniagaan UniKL

AZMAN MOHD.

STESEN Janakuasa Sultan Azlan Shah di Manjung, Perak.