utusanbiz isnin -...

1
WALT DISNEY 97.43 Sumber : Statista & Forbes – Global 2,000 Rankings NINTENDO 98.58 CARLSBERG 97.13 APPLE 96.95 FERRARI 96.84 HILTON 96.42 PANASONIC 96.38 ALPHABET 98.64 MICHELIN GROUP 98.67 SIEMENS 100 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Berdasarkan kedudukan 2,000 syarikat global daripada 58 negara dalam Forbes 2017. * Skala (0-100) 10 Syarikat Terbaik 2017

Upload: lydien

Post on 23-Aug-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTUSANBIZ ISNIN - wordpress1.rm7mills.comwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/10/... · Pengurus Besar Kanan Strate gi dan Prestasi Kewangan TNB, Jamel

UTUSAN MALAYSIA MUKA 18

UTUSANBIZUnit Berita Ekonomi

44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,

55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]

Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my

ISNIN • 23.10.2017

RIYAL (100)115.4700/109.6100

EURO4.9885/9922

POUND5.5512/5555

TUKARAN MATA WANG ASING21.10.17

DOLAR4.2240/2260

YEN3.7252/7279

DOLAR3.1057/1085

RUPIAH (100)0.0328/0297

Oleh AKMYR SYAHAR [email protected]

� KUALA LUMPUR 22 OKT.

SEBARANG tawaran syari­kat swasta untuk mengam­bil alih PLUS Malaysia Bhd.

(PLUS) perlu dikemukakan secara praktikal untuk dikaji de ngan teliti supaya tidak timbul isu penswastaan seperti yang terjadi kepada Perwaja Steel Sdn. Bhd. (Perwaja).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berka­ta, setiap cadangan juga perlu mengambil kira kemampuan se­suatu syarikat swasta itu untuk

menjana dana bagi membiayai kos pengambilalihan yang sangat tinggi.

“Kita mengalu­alukan semua cadangan namun ia harus prak­tikal supaya tidak wujud kea­daan seperti sebelum ini iaitu Perwaja yang diberikan status penswastaan, tetapi akhirnya terpaksa ditutup dan tidak ber­operasi lagi.

“Dari segi pembiayaan, kita mahu tahu dari mana datangnya sumber dana tersebut. Mereka perlu bentangkan perkara ini kepada UEM Group Bhd. (UEM Group) dan kerajaan supaya kita tahu,” katanya dalam sidang akh­bar sempena Kempen Kesihatan Anjuran UEM Group di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi

Lembaga Kemajuan Ikan Malay­sia (LKIM), Datuk Seri Dr. Irmohi­zam Ibrahim serta Pengarah Uru­san dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris.

Johari mengulas laporan Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju Hold­ings) berhasrat untuk membeli PLUS dengan nilai lebih RM36 bi­lion dan sekiranya berjaya dalam bidaan, Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Abu Sahid Mohamed memberi jaminan tia­da kenaikan tol dalam 20 tahun sehingga tamat tempoh konsesi.

Namun, UEM Group dan Kum­pulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selaku pemegang saham utama PLUS masing­masing de­ngan kepentingan 51 peratus dan 49 peratus tidak merancang un­tuk menjual pegangan mereka kepada Maju Holdings.

Mengulas lanjut, Johari ber­kata, cadangan pengambilalihan

juga tidak boleh hanya sekadar menjanjikan tiada kena ikan ka­dar tol serta kos penyelenggaraan yang lebih rendah kerana ia ada­lah aset strategik kerajaan.

“Saya tidak nampak lagi ma­na­mana syarikat konsesi yang tidak mahu kenaikan kadar tol. Saya pernah cadangkan dahulu supaya mereka tulis surat kepada kerajaan mengatakan tidak mahu kenaikan kadar tol. Setakat ini, semuanya masih menaikkan har­ga,” katanya.

Sementara itu, Izzadin turut menegaskan sekali lagi bahawa UEM Group tidak berhasrat un­tuk melepaskan kepentingannya dalam PLUS kepada mana­mana syarikat sehingga tamat tempoh konsesi pada 31 Disember 2038.

“Dakwaan yang mengatakan PLUS mengeluarkan kos pe­nyelenggaraan yang lebih tinggi adalah tidak berasas kerana UEM Group memastikan kerja­kerja itu menepati syarat dan piawaian pihak Lembaga Lebuhraya Ma­laysia (LLM),” katanya.

Jelasnya lagi, PLUS bukan sen­gaja tidak memanfaatkan nilai hartanah di sekitar jajaran, se­baliknya perjanjian konsesi yang diberikan hanya membolehkan pengendali itu membangunkan tanah khusus untuk kemudahan pengguna lebuh raya.

“Ini sebenarnya bermaksud pihak PLUS tidak boleh mem­bangunkan apa­apa sahaja projek lain seperti membina kondomi­nium dan sebagainya. Kami perlu mengikut apa yang telah di tetap­kan oleh LLM,” kata beliau.

WALTDISNEY

97.43

Sumber : Statista & Forbes – Global 2,000 Rankings

NINTENDO

98.58 CARLSBERG

97.13

APPLE

96.95

FERRARI

96.84

HILTON

96.42

PANASONIC

96.38

ALPHABET

98.64

MICHELINGROUP

98.67

SIEMENS

100

12

34

56

78

910

Berdasarkan kedudukan 2,000 syarikat global

daripada 58 negara dalam Forbes 2017.

* Skala (0-100)

10SyarikatTerbaik

2017

Asiamoney pilih TNB jenama korporat terbaik MalaysiaKUALA LUMPUR 22 Okt. – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dipilih seba­gai Jenama Korporat Terbaik Ma­laysia menerusi kajian kewangan jenama cemerlang oleh Asiamo­ney dalam kalangan peserta pasa­ran kewangan Asia Pasifik.

Menurut TNB, kaji selidik tersebut terbuka kepada semua pembaca Asiamoney yang bekerja dalam industri kewangan di Asia, telah dilancarkan pada 8 Februari 2017 dan ditutup pada 7 April lalu.

“Responden boleh mengundi syarikat­syarikat di negara tem­pat mereka tinggal atau negara mereka beroperasi.

“Penilaian termasuk faktor kewangan dan strategik seperti strategi korporat, kepercayaan dan integriti, hubungan bersama pelabur, ketepatan atau kualiti pasukan kewangan serta keku­atan penarafan kredit,” jelas TNB dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengurus Besar Kanan Strate­gi dan Prestasi Kewangan TNB, Jamel Ibrahim mewakili syarikat tersebut untuk menerima pengik­tirafan itu dalam majlis yang

diadakan di Beijing, China baru­baru ini.

TNB menewaskan syarikat ter­senarai lain di Malaysia seperti

AirAsia Bhd., British American Tobacco Malaysia Bhd. dan Nestle Malaysia Bhd. bagi menerima anugerah berkenaan.

Pelantikan Kapten Izham teraju Malaysia Airlines disambut baikKUALA LUMPUR 22 Okt. – Malaysia Airlines Bhd. sekali lagi memper­oleh peneraju baharu yang akan membantu mengemudi syarikat penerbangan itu meraih keun­tungan dengan pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pega­wai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharunya.

Kapten Izham yang ketika ini merupakan Ketua Pegawai Ope­rasi (COO), akan mengambil alih jawatan GCEO pada 1 Disember depan daripada Peter Bellew, yang kini dalam cuti pentadbiran sebelum beliau kembali berkhid­mat dengan syarikat penerbangan tambang rendah Ireland, Ryanair.

Shukor Yusof, Pengasas firma perundingan penerbangan, En­dau Analytics berkata kepada Bernama bahawa masa depan Malaysia Airlines akan sekali lagi menjadi tidak menentu selepas pengunduran Bellew dan satu­

satunya perkara yang benar­benar pasti bagi syarikat penerbangan itu adalah serahan lapan pesawat Bo­eing Dreamliners, enam pesawat Airbus A350s dan enam pe­sawat A330­200s.

Apabila ditanya apakah tugas pertama yang perlu ditumpu­kan oleh CEO baharu itu, beliau berkata: “Masih terlalu awal untuk menya­takan apakah yang perlu dilaku­kan oleh CEO seterusnya kerana CEO berbeza akan mempunyai gaya yang berbeza.”

Semasa perkhidmatannya, Be­llew menumpukan kebanyakan­nya kepada mengawal kos, tambang penerbangan yang kompetitif dan memaksimumkan faktor muatan, bagaimanapun, Shukor berpenda­

pat faktor muatan tidak bermakna sekiranya tidak membawa hasil positif.

Bellew dilantik me­ne rajui syarikat pe­nerbangan nasional itu pada 1 Julai 2016, mengam­bil alih jawatan daripa­da Christoph Mueller, yang melepaskan jawa­tan dua tahun sebelum kontraknya berakhir se­lepas memberhentikan

6,000 pekerja Malaysia Airlines dalam usahanya untuk menyusun semula kewangan syarikat pener­bangan itu.

Pelantikan Izham itu akan menjadi pelantikan GCEO ketiga syarikat penerbangan tersebut dalam masa tiga tahun.

Shukor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang tidak cekap dalam syarikat

penerbangan itu sekiranya pengu­rusan baharu mahu memulihkan semula syarikat.

Beliau juga berkata, syarikat penerbangan itu perlu diuruskan sebagai sebuah perniagaan dan perlu dilepaskan daripada Kha­zanah Nasional Bhd.

Sementara itu, seorang pekerja syarikat penerbangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, menyambut baik pelanti­kan tersebut dan memuji kepu­tusan yang diambil oleh Lembaga pengarah Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airlines,

“Ia adalah keputusan yang be­tul. Izham sememangnya benar­benar seorang pemimpin,” kata­nya kepada Bernama.

Beliau berkata, Izham yang memiliki pengalaman selama 38 tahun dalam industri pener­bangan mempunyai masa depan cerah untuk memulihkan MAG

dan MAB, seterusnya membawa syarikat itu meraih semula keun­tungan.

“Saya percaya beliau menge­tahui banyak selok­belok dalam Malaysia Airlines sejak dulu lagi. Kapten Izham seorang yang sangat merendah diri bila bercakap, lemah lembut serta senang didekati.

“Saya masih baharu dalam syarikat penerbangan ini teta­pi selepas bertemu beliau, beliau bertanyakan kepada saya apa yang kami boleh lakukan bagi masa depan yang lebih baik. Dari situ kita boleh lihat beliau be­nar­benar mahu sesuatu yang lebih baik bagi masa depan,” katanya. – BERNAMA

MUKA 17

JAMEL IBRAHIM (tengah) bersama Ketua Biro Asia Asiamoney, Matthew Thomas (kiri) dan Ketua Editornya, Clive Horwood ketika menerima anugerah jenama korporat terbaik di Beijing, China, baru-baru ini.

IZHAM ISMAIL

KERATAN Utusan Malaysia 21 Oktober 2017.

Saiz NSS 300 bukan ukuran

Kita mengalu-alukan semua cadangan namun ia harus praktikal supaya tidak wujud kea daan seperti sebelum ini iaitu Perwaja yang diberikan status penswastaan, tetapi akhirnya terpaksa ditutup dan tidak ber operasi lagi.”

JOHARI ABDUL GHANI Menteri Kewangan II

Kerajaan tidak mahu PLUS jadi Perwaja

PLUS mempercepatkan perjalanan dari Utara dan Selatan tanah air. – GAMBAR HIASAN