malaysia terus tumpu integrasi...

1
Risiko dalam memohon pinjaman IPO BARU-BARU ini dunia saham dikejutkan dengan kes saham syarikat yang baru disena- raikan di papan utama Bursa Malaysia telah mengalami ke- jatuhan sebanyak 36 peratus dari harga terbitan. Ia juga te- lah mengejutkan pelabur yang baru pertama kali memohon saham IPO. Topik kali ini akan mem- beri tumpuan kepada pinja- man pembiayaan saham dan panggilan margin ke atas sa- ham IPO. Kronologi proses penye- naraian saham tersebut pada asalnya diterbitkan pada harga RM8 tetapi kemudian disemak semula harga kepada RM6.50 setelah dibuat penilaian semu- la. Penetapan harga RM6.50 tersebut juga disebabkan oleh permintaan yang rendah ber- banding penawaran saham tersebut serta sentimen pasa- ran semasa yang kurang mem- berangsangkan. Sentimen pasaran pada pertengahan tahun ini bermula pada bulan Mei lalu menjadi agak kurang rancak selepas pasaran mengalami aliran me- naik pada awal tahun. Den- gan kata lain, penyenaraian saham IPO tersebut telah me- masuki fasa yang mana pasa- ran mengalami pembetulan harga. Sekali pun harga telah dise- mak semula kepada RM6.50, ia masih tidak dapat menarik minat pelabur lebih-lebih lagi pelabur runcit kerana ber- dasarkan harga RM6.50 ini sekiranya dihitung menggu- nakan kaedah perkiraan yang mudah, saham tersebut perlu naik sekurang-kurangnya an- tara 50 sen hingga RM1 atau lebih. Saya membuat perbandi- ngan harga merujuk kepada saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang harganya telah mencatatkan premium sebanyak 91 sen pada harga terbitan RM4.55. Pada ketika penyenaraian FGV atau Maxis, tidak terda- pat apa-apa berita negatif ma- hupun krisis dalaman negara serta kurangnya pergolakan politik pada waktu itu. Sen- timen pasaran semasa pada waktu FGV disenaraikan agak positif seiring dengan penye- naraian beberapa saham IPO di papan Bursa Malaysia yang mencatatkan premium yang sangat baik. Boleh dikata- kan ramai pelabur mendapat rezeki durian runtuh daripada saham IPO. Dengan adanya kemudah- an pinjaman yang boleh dimo- hon bagi langganan saham IPO, pemohon yang berjaya men- dapat peruntukan saham di bawah Kementerian Perdagan- gan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini boleh mendapatkan pinjaman ke atas pembiayaan saham tersebut. Dengan kata lain, pemohon boleh membuat pinjaman sebahagian daripada jumlah keseluruhan saham yang berjaya diperoleh. Sekiranya pemohon telah membuat pinjaman bank, maka peminjam tersebut atau pelabur telah terdedah kepada risiko panggilan margin. Pang- gilan margin ini harus dipatuhi dan sekiranya peminjam ga- gal untuk menambah modal tunai yang terhutang semasa harga saham mengalami pe- nurunan, saham yang masih dalam pinjaman itu akan di- jual paksa atau dikenakan panggilan margin. Walau bagaimanapun, pe- labur akan dimaklumkan oleh pihak broker saham tentang panggilan margin ke atas sa- ham-saham yang masih ber- hutang menyediakan wang yang mencukupi untuk me- naikkan kedudukan nisbah pinjaman tersebut. Sekiranya pelabur gagal un- tuk menambah atau mende- positkan wang yang secukup- nya dalam tempoh yang ditetapkan, maka pihak bro- ker saham akan menjual sa- ham-saham tersebut setakat untuk merendahkan nisbah kedudukan margin tersebut. Dalam kes saham tersena- rai yang dibincangkan di rua- ngan ini, faktor utama yang mencetuskan penurunan har- ga drastik disebabkan pengu- muman tentang pendapatan suku kedua syarikat yang merosot sebanyak 72 peratus disebabkan gangguan bekal- an air yang mengakibatkan permasalahan dalam operasi kilang yang telah menjejaskan pengeluaran produk. Seperti yang telah saya te- kankan dalam beberapa siri artikel terdahulu, pelabur dan pedagang saham perlu peka dan ambil tahu tentang beri- ta perkembangan semasa serta asas-asas fundamental sesebuah syarikat tersena- rai. Seperkara lagi di dalam kes ini, pihak syarikat tersenarai buat pertama kalinya telah mengeluarkan satu tawaran pembelian semula (share buy back) saham daripada peme- gang saham yang mendapat peruntukan di bawah MITI untuk menjual saham yang diperoleh itu pada harga yang sama iaitu RM6.50. Sekiranya pelabur saham bertindak cepat mengisi bo- rang tawaran tersebut untuk menjual saham pada harga terbitan, maka pelabur telah terhindar daripada menang- gung kerugian kerana harga saham tersebut telah jatuh serendah RM4.14 atau 36 peratus kejatuhan daripada harga terbitan semasa pang- gilan margin ini yang dibuat secara besar-besaran dalam beberapa hari. Bayangkan harga dari RM6.50 telah ja- tuh serendah RM4.14 serta kerugian yang ditanggung oleh pemegang saham. Oleh kerana saham IPO yang baru disenaraikan tidak mempunyai cukup data untuk kajian analisis teknikal, maka pelabur perlu beralih kepada fundamental syarikat terse- but dalam membuat keputu- san melabur. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria

Upload: dangthu

Post on 10-Mar-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Malaysia terus tumpu integrasi ASEANwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · 5. Taklimat Tender yang disusuli dengan lawatan tapak akan diadakan pada

17UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 9 OGOS 2017

KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:www.ppj.gov.my

KENYATAAN TENDER(KONTRAKTOR BUMIPUTERA SAHAJA)

SYARAT MEMASUKI TENDER

TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT/LAWATAN

TAPAK

TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL

HARGA DOKUMEN, BENTUK BAYARAN &

BAYARAN ATAS NAMA

TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER

DITUTUP

Gred G5

Kategori ME

Pengkhususan M01

Dan

Berdaftar dengan Bahagian

Pembangunan Kontraktor Dan

Usahawan (BPKU) untuk Taraf Bumiputera

14 Ogos 2017(Isnin)

10.00 PagiBilik Cemara, Aras 5, Blok C,

Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran

Perdana, Presint 3,62675 Wilayah

Persekutuan Putrajaya.

14 Ogos 2017(Isnin)Hingga

25 Ogos 2017(Jumaat)

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan, Aras 1, Blok C, Perbadanan

Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana,

Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ringgit MalaysiaRM250.00

(Tidak dikembalikan)

Harga dokumen tidak termasuk 6% GST.

Pembelian dokumen akan dikenakan 6% GST.

Tunai/Draf Bank

Perbadanan Putrajaya

5 September 2017(Selasa)

12.00 tengah hariBahagian Perolehan & Ukur Bahan, Jabatan Kewangan,

Aras 1, Blok C, Perbadanan Putrajaya, Kompleks Perbadanan

Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3,

62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

3. Kontraktor-kontraktor juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut:- Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja yang serupa bernilai sekurang-kurangnya

RM1,000,000.00 bagi satu (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu.4. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat.5. Taklimat Tender yang disusuli dengan lawatan tapak akan diadakan pada jam 10.00 pagi, 14 Ogos 2017 bersamaan hari

Isnin di Bilik Cemara, Aras 5, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DALAM SIJIL SSM/BORANG 9, 24 & 49) adalah DIWAJIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cop Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak tersebut.

6. Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil Kontraktor/Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). Salinan Sijil-Sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU.

7. Tender ini akan ditutup pada 5 September 2017 bersamaan hari Selasa pada jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas.

8. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.

1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor/Syarikat Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas.

2. Tender serta kelayakan asas Kontraktor adalah seperti berikut:

CADANGAN KERJA-KERJA MENGGANTIKAN SISTEM HAWA DINGIN YANG LAMA KEPADA SISTEM HAWA DINGIN YANG BARU DI SOUQ BAZAR DAN SELERA PUTRA, PRESINT 1, PUTRAJAYA

(NO.TENDER : PPj/T/JB/18/2017)

Risiko dalam memohon pinjaman IPOBARU-BARU ini dunia saham dikejutkan dengan kes saham syarikat yang baru disena­raikan di papan utama Bursa Malaysia telah mengalami ke­jatuhan sebanyak 36 peratus dari harga terbitan. Ia juga te­lah mengejutkan pelabur yang baru pertama kali memohon saham IPO.

Topik kali ini akan mem­beri tumpuan kepada pinja­man pembiayaan saham dan panggilan margin ke atas sa­ham IPO.

Kronologi proses penye­naraian saham tersebut pada asalnya diterbitkan pada harga RM8 tetapi kemudian disemak semula harga kepada RM6.50 setelah dibuat penilaian semu­la. Penetapan harga RM6.50 tersebut juga disebabkan oleh permintaan yang rendah ber­banding pe nawaran saham tersebut serta sentimen pasa­ran semasa yang kurang mem­berangsangkan.

Sentimen pasaran pada pertengahan tahun ini bermula pada bulan Mei lalu menjadi agak kurang rancak selepas pasaran mengalami aliran me­naik pada awal tahun. Den­gan kata lain, penyenaraian saham IPO tersebut telah me­masuki fasa yang mana pasa­ran mengalami pembetulan harga.

Sekali pun harga telah dise­mak semula kepada RM6.50, ia masih tidak dapat menarik minat pelabur lebih­lebih lagi pelabur runcit kerana ber­dasarkan harga RM6.50 ini sekiranya dihitung menggu­nakan kaedah perkiraan yang mudah, saham tersebut perlu naik sekurang­kurangnya an­tara 50 sen hingga RM1 atau lebih.

Saya membuat perban di­ngan harga merujuk kepada saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang harganya telah mencatatkan premium sebanyak 91 sen pada harga terbitan RM4.55.

Pada ketika penyenaraian FGV atau Maxis, tidak terda­pat apa­apa berita negatif ma­hupun krisis dalaman negara

serta kurangnya pergolakan politik pada waktu itu. Sen­timen pasaran semasa pada waktu FGV disenaraikan agak positif seiring dengan penye­naraian beberapa saham IPO di papan Bursa Malaysia yang mencatatkan premium yang sangat baik. Boleh dikata­kan ramai pelabur mendapat rezeki durian runtuh daripada saham IPO.

Dengan adanya kemuda h­an pinjaman yang boleh dimo­hon bagi langganan saham IPO, pemohon yang berjaya men­dapat peruntukan saham di bawah Kementerian Perdagan­gan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini boleh mendapatkan pinjaman ke atas pembiayaan saham tersebut. Dengan kata lain, pemohon boleh membuat pinjaman sebahagian daripada jumlah keseluruhan saham yang berjaya diperoleh.

Sekiranya pemohon telah membuat pinjaman bank, maka peminjam tersebut atau pelabur telah terdedah kepada risiko panggilan margin. Pang­gilan margin ini harus dipatuhi dan sekiranya pe minjam ga­gal untuk menambah modal tunai yang terhutang semasa harga saham mengalami pe­nurunan, saham yang masih dalam pinjaman itu akan di­jual paksa atau dikenakan panggilan margin.

Walau bagaimanapun, pe­labur akan dimaklumkan oleh pihak broker saham tentang panggilan margin ke atas sa­ham­saham yang masih ber­hutang menyediakan wang yang mencukupi untuk me­naikkan kedudukan nisbah pinjaman tersebut.

Sekiranya pelabur gagal un­tuk menambah atau mende­positkan wang yang secukup­nya dalam tempoh yang ditetapkan, maka pihak bro­ker saham akan menjual sa­

ham­saham tersebut setakat untuk merendahkan nisbah kedudukan margin tersebut.

Dalam kes saham tersena­rai yang dibincangkan di rua­ngan ini, faktor utama yang mencetuskan penurunan har­ga drastik disebabkan pengu­muman tentang pendapatan suku kedua syarikat yang merosot sebanyak 72 peratus disebabkan gangguan bekal­an air yang mengakibatkan permasalahan dalam operasi kilang yang telah menjejaskan pengeluaran produk.

Seperti yang telah saya te­kankan dalam beberapa siri artikel terdahulu, pelabur dan pedagang saham perlu peka dan ambil tahu tentang beri­ta perkembangan semasa serta asas­asas fundamental sesebuah syarikat tersena­rai.

Seperkara lagi di dalam kes ini, pihak syarikat tersenarai buat pertama kalinya telah mengeluarkan satu tawaran pembelian semula (share buy back) saham daripada peme­gang saham yang mendapat peruntukan di bawah MITI untuk menjual saham yang diperoleh itu pada harga yang sama iaitu RM6.50.

Sekiranya pelabur saham bertindak cepat mengisi bo­rang tawaran tersebut untuk menjual saham pada harga terbitan, maka pelabur telah terhindar daripada menang­gung kerugian kerana harga saham tersebut telah jatuh serendah RM4.14 atau 36 pe ratus kejatuhan daripada harga terbitan semasa pang­gilan margin ini yang dibuat secara besar­besaran dalam beberapa hari. Bayangkan harga dari RM6.50 telah ja­tuh serendah RM4.14 serta kerugian yang ditanggung oleh pemegang saham.

Oleh kerana saham IPO yang baru disenaraikan tidak mempunyai cukup data untuk kajian analisis teknikal, maka pelabur perlu beralih kepada fundamental syarikat terse­but dalam membuat keputu­san melabur.

Malaysia terus tumpu integrasi ASEANOleh NABILA YASMIN [email protected]

� KUALA LUMPUR 8 OGOS

MALAYSIA sebagai satu daripada negara anggota ASEAN akan terus mem­

beri tumpuan kepada integrasi ekonomi dengan melaksanakan rangka kerja Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC 2025) yang telah di­lancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke­27 di Kuala Lumpur pada November 2015.

Menteri Perdagangan Anta­rabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rangka kerja tersebut merupakan sebuah dokumen yang meng­gariskan langkah­langkah yang akan dilaksanakan dari 2016­2025 untuk mewujudkan ASEAN yang bersepadu dan kompetitif serta dinamik.

Beliau berkata, Malaysia juga komited untuk melaksanakan se­

mua komitmen yang dibuat di bawah rangka kerja berkenaan dan berusaha ke arah inisiatif me­mudahkan perdagangan seperti mempercepatkan kerja pelaksa­na an awal Jendela Tunggal ASE­AN untuk pelepasan kastam, Sistem Kastam Transit ASEAN (ACTS), Skim Pengiktirafan ASE­AN dan mempercepatkan kerja­kerja pe matuhan piawaian dan standard ASEAN.

“Untuk memperkukuhkan lagi integrasi serantau serta menyokong pengurangan jurang pembangu­nan, Malaysia sekali lagi men­jadi peneraju dalam menangani isu­isu yang berkaitan dengan langkah­langkah bukan tarif dan halangan bukan tarif.

“Malaysia juga mengambil lang­kah untuk mempercepatkan run­dingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sem­

pena sambutan ulang tahun ke­50 ASEAN yang disambut di Me­nara MITI di sini.

Sempena Ulang Tahun ke­50 ASEAN hari ini, Mustapa turut memimpin Majlis Mengibarkan Bendera ASEAN yang turut di­hadiri oleh kira­kira 200 pegawai MITI dan agensinya .

Mustapa berkata, hari ini ASE­AN telah berkembang menjadi satu daripada rantau yang paling dinamik di dunia dengan prestasi ekonomi yang pesat.

Ujarnya, perkembangan ekono­mi ASEAN, yang kini mempunyai penduduk 630 juta orang, telah berkembang dengan pesat dan mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh pada 4.8 peratus pada 2016.

“Bagi tahun 2017, kadar per­tumbuhan KDNK dijangka pada 4.8 peratus dengan trend positif ditunjukkan oleh negara­negara anggota,” katanya.

MUSTAPA MOHAMED (empat dari kanan) bersama warga kerja Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengibar bendera ASEAN dan negara-negara anggota pada majlis menaikkan bendera ASEAN sempena Ulang Tahun ke-50 Pertubuhan Negara-Negara ASEAN di Kuala Lumpur, semalam.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

Hard Rock Cafe Melaka pertaruh menu baharuMELAKA 8 Ogos – Bagi me­menuhi cita rasa pelang­gan yang sentiasa mahukan kelainan, Hard Rock Cafe (HRC) Melaka menampilkan beberapa menu baharu ber­asaskan makanan barat dan mediterranean sebagai pili­han kepada pelanggan yang pelbagai.

Pengurus Besarnya, K. S. Anderson berkata, terdapat lapan menu baharu diperke­nalkan oleh kafe yang sinonim dengan hidangan klasik Ame­rika Syarikat itu sejak 1 Ogos lalu termasuk sajian utama­

nya iaitu burger.Menurutnya, hidangan ba­

haru yang dipadankan de­ngan selera tempatan, barat, latin dan Afrika itu merang­kumi sajian pembuka selera, burger dan pasta dalam sena­rai hidangan kafe tersebut.

“Antara menu baharu itu termasuk Cauliflower ‘Wings’, Cauliflower Burger, Atomic Burger, Java Lava Burger, Tropical Burger dan Serun­ding Burger yang pas tinya akan memikat selera pengge­mar makanan barat dengan cita rasa berbeza,’’ katanya.

CHEF Hard Rock, Fred Elson (kiri) memperkenalkan menu terbaharu Hard Rock Cafe Melaka, di Melaka, semalam. – UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN

MAB jangka penjimatan 30 peratus guna Airbus A350

SINGAPURA 8 Ogos – Malaysia Air­lines Berhad (MAB) menjangkakan penjimatan kos kira­kira 30 peratus apabila melakukan pertukaran dari­pada pesawat Airbus model A380 ke A350 menjelang tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasi MAB, Kap ten Izham Ismail berkata, syari­kat penerbangan berkenaan akan mula menerima kehadiran enam pe­sawat A350 dengan dua daripadanya pada penghujung tahun ini yang akan digunakan bagi penerbangan ke London dan baki empat lagi pe­sawat akan diterima pada 2018.

Menurutnya, penggunaan mi­nyak yang lebih efisien bagi pesawat A350 merupakan antara penyebab utama penjimatan se kali gus mem­

beri kelebihan kepada MAB.“London merupakan laluan

utama namun agak mencabar kepada kami dan pertukaran pe­sawat ini jelas akan memberi im­

pak positif kepada operasi MAB. “Pertukaran pesawat ini juga

bakal membuatkan MAB kurang terdedah kepada kos operasi yang tinggi sekali gus dapat mengu­

rangkannya kepada kira­kira 30 peratus,” katanya kepada pemberi­ta semasa la watan media Malay­sia ke Pusat Latihan Airbus Asia (AATC) di sini hari ini.

Yang turut ha dir, Pengurus Be­sar AATC, Kapten Yann Lardet.

MAB memete­rai perjanjian pa­jakan pesawat Airbus A350 de­ngan syarikat Air Lease Corporation dengan penghan­taran pesawat se­cara berperingkat bermula penghu­jung tahun ini.

Pesawat ber­kenaan mempu­nyai 286 tempat duduk merang­kumi empat tem­pat duduk kelas pertama, 35 kelas

perniagaan dan 247 kelas ekonomi. Mengulas lanjut, Izham berkata,

seramai 144 juruterbang MAB se­dang dan bakal mengikuti latihan di AATC bagi proses penyesuaian pesawat A350 secara berperingkat.

“Kesemua 114 juruterbang ke­banyakannya mempunyai latar belakang menerbangkan pesawat A330 akan melalui latihan ini yang akan berterusan sehingga Mei tahun hadapan. – UTUSAN

IZHAM ISMAIL (kiri) berjabat tangan dengan Yann Lardet di dalam simulator pesawat A350 di Pusat Latihan Airbus Asia di Singapura, semalam.

AFIQ MOHD. SHAH

Melaporkan dari SINGAPURA