agrobank tumpu industri...

1
Waktu yang sesuai untuk membeli saham BERBALIK kita pada topik min- ggu lepas tentang istiqomah dalam urus niaga saham, bagaimana kita hendak mem- beli saham?. Atau bilakah waktu terbaik atau masa yang sesuai untuk membeli saham bagi meraih keuntungan jangka pendek atau sederhana? Pada umumnya, setiap hari ialah masa-masa yang terbaik untuk membeli saham. Masa terbaik untuk membeli saham sama ada semasa aliran menaik mahupun aliran menurun. Yang agak sukar membuat keuntun- gan ialah semasa aliran mendaf- tar di mana harga-harga saham bergerak di dalam jajaran sem- pit dengan jumlah dagangan yang kurang dari 2 bilion. Walau bagaimanapun, terda- pat sesetengah pedagang har- ian atau jangka pendek masih mampu meraih keuntungan di dalam aliran mendatar ini. Se- bagai contoh, mereka membeli saham syarikat tersenarai yang berharga 20 sen dan menjualnya pada harga 20.5 sen. Beza harga setengah sen ini mampu mem- berikan pendapatan yang luma- yan terutamanya yang membeli saham dengan kuantiti besar serta mendapat caj pembroker- an yang rendah. Pedagang saham yang ak- tif dan mempunyai masa yang banyak melihat pergerakan harga saham sentiasa mencari- cari peluang menjana keuntun- gan segera pada awal waktu dagangan Bursa Malaysia. Sua- sana pasaran kemudian men- jadi perlahan seketika selepas jam 10 pagi. Ini disebabkan terdapat aktiviti pengambilan untung atau kerana pelabur in- gin tahu keadaan pembukaan bursa-bursa serantau atau bur- sa-bursa negara Asia. Justeru, pelabur bijak akan membuat penjualan segera se- belum pukul 10 pagi sekiranya mereka beli semalam atau se- jurus pasaran dibuka awal pagi untuk mengelakkan harga sa- ham mengalami penurunan. Maka, selepas waktu pengambilan untung, peda- gang atau pelabur saham bole- hlah menjalankan aktiviti ru- tin. Tidak perlu memerhatikan turun naik saham di skrin kom- puter sepanjang hari. Hanya melihat pada waktu-waktu tertentu. Begitu juga dengan pesanan jual beli. Anda boleh meletakkan harga jual sejurus transaksi beli terlaksana. Sekiranya anda was-was atau tidak pasti pada harga be- rapa untuk meletakkan pesan- an jual, ambil pendekatan jual sahaja saham yang dibeli jika ia telah menghasilkan keun- tungan. Ataupun, jual separuh daripada jumlah unit saham yang dibeli. Sebagai contoh, anda membeli saham syarikat XYZ pada harga 30 sen untuk jumlah 100,000 unit saham. Anda boleh letak pesanan jual 50,000 unit dahulu pada harga 32 sen. Sekiranya anda mempunyai waktu untuk melihat kembali skrin komputer dan mendapati pesanan jual telah dipadankan dan harga semasa ialah 35 sen, anda boleh terus menjualnya pada harga 35 sen iaitu harga yang diminta oleh pembeli. Pendekatan ini amat penting bagi pelabur dan pedagang ba- haru serta yang tidak mahir membaca carta pergerakan sa- ham dan sentimen pasaran. Ramai kalangan masyarakat kita yang merasa hairan meli- hat begitu ramai pelabur runcit Cina memenuhi ruang galeri syarikat broker saham yang menempatkan skrin-skrin komputer. Majoriti mereka merupakan pesara serta pro- fesional yang adakalanya me- luangkan masa seharian duduk di depan skrin. Justeru, kita mesti membuat anggapan ba- hawa mereka meraih keuntun- gan tidak kira masa, sepanjang waktu. Mungkin pagi atau pe- tang atau keduanya sekali. Maka, bagaimana mereka boleh meraih keuntungan di waktu petang padahal di waktu pagi atau sesi pertama, kemung- kinan mereka telah mengambil untung seperti yang telah dit- erangkan di atas tadi. Untuk makluman para pem- baca, sesi petang merupakan sesi jualan paksa yang aktif dikenakan ke atas pedagang kontra. Jualan paksa dikena- kan ke atas saham yang dibeli tetapi tidak dibayar pada tem- poh masa yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Waktu terakhir bergantung kepada syarikat broker saham dan perlu dibuat sebelum pasaran ditutup. Jika kita perhatikan, pukul 3 hingga 3.30 petang merupakan waktu jualan paksa yang ak- tif berbanding pada sesi pagi. Pedagang saham yang telah menyelesaikan semua penjua- lan saham pada sesi pagi akan mengintai-intai semula atau mencari saham-saham yang sedang jatuh semasa jualan paksa sedang berjalan. Tujuan- nya ialah untuk menjual saham tersebut apabila berlakunya pantulan teknikal. Ataupun, untuk mengambil peluang menjual saham tersebut pada keesokan hari jika kenai- kan harga saham itu berterusan hingga esoknya. Faktor yang menyebabkan kenaikan yang berterusan ialah berlakunya trend aliran menaik seperti yang dilihat pada carta saham serta terdapatnya aktiviti jual beli yang rancak yang menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah dagangan. Kita sambung topik ini di min- ggu depan. Jangan lupa man- faatkan maklumat yang dibaca dalam urus niaga saham anda. CIKGU SAHAM Zuraida Mohd. Zakaria Ramai kalangan masyarakat kita yang merasa hairan melihat begitu ramai pelabur runcit Cina memenuhi ruang galeri syarikat broker saham yang menempatkan skrin- skrin komputer.”

Upload: phamquynh

Post on 17-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agrobank tumpu industri pengeluaranwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · lain akan digunakan ... mengintai-intai semula atau mencari saham-saham

13UTUSANBIZUTUSAN MALAYSIA • RABU 28 JUN 2017

IPO Advancecon jangka raih RM56.7 jutaKUALA LUMPUR 27 Jun – Pakar kerja tanah dan kejuruteraan awam, Advancecon Holdings Bhd., yang dijadual disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 10 Julai, menjangkakan mengumpul RM56.7 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO).

IPO itu antara lain akan digunakan untuk menyokong perbelanjaan modal dan keperluan modal kerja bagi mengembangkan pertumbuhan.

Pengerusinya, Datuk Yeoh Chong Keat berkata, 26 peratus daripada keuntungan atau RM15.1 juta akan diperuntukkan untuk pengambilalihan peralatan dan mesin pembinaan berkapasiti tinggi baharu yang akan meningkatkan keupayaan operasi kumpulan.

"Ini akan memberikan kami fleksibiliti dan meningkatkan kecekapan dalam menyelaraskan mesin dan peralatan untuk projek pembinaan kami, menyumbang kepada pengurusan masa yang lebih baik dan mengurangkan kos operasi secara menyeluruh," katanya semasa melancarkan prospektus syarikat itu di sini baru-baru ini.

Sementara itu, RM14.6 juta akan digunakan untuk pembinaan bengkel baharu bagi menyelenggara, modifikasi dan baik pulih mesin kumpulan itu, RM10.7 juta untuk modal kerja, RM12.5 juta untuk pembayaran balik pinjaman dan RM3.8 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

IPO membabitkan sejumlah 90 juta saham pada harga terbitan 63 sen sesaham, mewakli 22.4 peratus daripada modal saham kumpulan itu yang diperbesarkan.

Waktu yang sesuai untuk membeli sahamBERBALIK kita pada topik min-ggu lepas tentang istiqomah dalam urus niaga saham, bagaimana kita hendak mem-beli saham?. Atau bilakah waktu terbaik atau masa yang sesuai untuk membeli saham bagi meraih keuntungan jangka pendek atau sederhana?

Pada umumnya, setiap hari ialah masa-masa yang terbaik untuk membeli saham. Masa terbaik untuk membeli saham sama ada semasa aliran menaik mahupun aliran menurun. Yang agak sukar membuat keuntun-gan ialah semasa aliran mendaf-tar di mana harga-harga saham bergerak di dalam jajaran sem-pit dengan jumlah dagangan yang kurang dari 2 bilion.

Walau bagaimanapun, terda-pat sesetengah pedagang har-ian atau jangka pendek masih mampu meraih keuntungan di dalam aliran mendatar ini. Se-bagai contoh, mereka membeli saham syarikat tersenarai yang berharga 20 sen dan menjualnya pada harga 20.5 sen. Beza harga setengah sen ini mampu mem-berikan pendapatan yang luma-yan terutamanya yang membeli saham dengan kuantiti besar serta mendapat caj pembroker-an yang rendah.

Pedagang saham yang ak-tif dan mempunyai masa yang banyak melihat pergerakan harga saham sentiasa mencari-cari peluang menjana keuntun-gan segera pada awal waktu dagangan Bursa Malaysia. Sua-sana pasaran kemudian men-jadi perlahan seketika selepas jam 10 pagi. Ini disebabkan terdapat aktiviti pengambilan untung atau kerana pelabur in-gin tahu keadaan pembukaan bursa-bursa serantau atau bur-sa-bursa negara Asia.

Justeru, pelabur bijak akan membuat penjualan segera se-belum pukul 10 pagi sekiranya mereka beli semalam atau se-jurus pasaran dibuka awal pagi untuk mengelakkan harga sa-ham mengalami penurunan.

Maka, selepas waktu pengambilan untung, peda-gang atau pelabur saham bole-hlah menjalankan aktiviti ru-

tin. Tidak perlu memerhatikan turun naik saham di skrin kom-puter sepanjang hari. Hanya melihat pada waktu-waktu tertentu. Begitu juga dengan pesanan jual beli. Anda boleh meletakkan harga jual sejurus transaksi beli terlaksana.

Sekiranya anda was-was atau tidak pasti pada harga be-rapa untuk meletakkan pesan-an jual, ambil pendekatan jual sahaja saham yang dibeli jika ia telah menghasilkan keun-tungan. Ataupun, jual separuh daripada jumlah unit saham yang dibeli. Sebagai contoh, anda membeli saham syarikat XYZ pada harga 30 sen untuk jumlah 100,000 unit saham. Anda boleh letak pesanan jual 50,000 unit dahulu pada harga 32 sen.

Sekiranya anda mempunyai waktu untuk melihat kembali skrin komputer dan mendapati pesanan jual telah dipadankan dan harga semasa ialah 35 sen, anda boleh terus menjualnya pada harga 35 sen iaitu harga yang diminta oleh pembeli. Pendekatan ini amat penting bagi pelabur dan pedagang ba-haru serta yang tidak mahir membaca carta pergerakan sa-ham dan sentimen pasaran.

Ramai kalangan masyarakat kita yang merasa hairan meli-hat begitu ramai pelabur runcit Cina memenuhi ruang galeri

syarikat broker saham yang menempatkan skrin-skrin kom puter. Majoriti mereka merupakan pesara serta pro-fesional yang adakalanya me-luangkan masa seharian duduk di depan skrin. Justeru, kita mesti membuat anggapan ba-hawa mereka meraih keuntun-gan tidak kira masa, sepanjang waktu. Mungkin pagi atau pe-tang atau keduanya sekali.

Maka, bagaimana mereka boleh meraih keuntungan di waktu petang padahal di waktu pagi atau sesi pertama, kemung-kinan mereka telah mengambil untung seperti yang telah dit-erangkan di atas tadi.

Untuk makluman para pem-baca, sesi petang merupakan sesi jualan paksa yang aktif dikenakan ke atas pedagang kontra. Jualan paksa dikena-kan ke atas saham yang dibeli tetapi tidak dibayar pada tem-poh masa yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Waktu terakhir bergantung kepada syarikat broker saham dan perlu dibuat sebelum pasaran ditutup.

Jika kita perhatikan, pukul 3 hingga 3.30 petang merupakan waktu jualan paksa yang ak-tif berbanding pada sesi pagi. Pedagang saham yang telah menyelesaikan semua penjua-lan saham pada sesi pagi akan mengintai-intai semula atau mencari saham-saham yang sedang jatuh semasa jualan paksa sedang berjalan. Tujuan-nya ialah untuk menjual saham tersebut apabila berlakunya pantulan teknikal.

Ataupun, untuk mengambil peluang menjual saham tersebut pada keesokan hari jika kenai-kan harga saham itu berterusan hingga esoknya. Faktor yang menyebabkan kenaikan yang berterusan ialah berlakunya trend aliran menaik seperti yang dilihat pada carta saham serta terdapatnya aktiviti jual beli yang rancak yang menyumbang kepada pertambahan dalam jumlah dagangan.

Kita sambung topik ini di min-ggu depan. Jangan lupa man-faatkan maklumat yang dibaca dalam urus niaga saham anda.

CIKGU SAHAM

Zuraida Mohd. Zakaria

Ramai kalangan masyarakat kita yang merasa hairan melihat begitu ramai pelabur runcit Cina memenuhi ruang galeri syarikat broker saham yang menempatkan skrin-skrin kom puter.”

Agrobank tumpu industri pengeluaran Oleh AKMYR SYAHAR [email protected]

� KUALA LUMPUR 27 JUN

AGROBANK menumpu un-tuk membangun dan mem-perkasa keupayaan penge-

luaran makanan negara serta memacu eksport produk industri asas tani sebagai memenuhi ke-perluan masa depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Wan Mohd. Fadzmi Wan Othman berkata, usaha itu ada-lah bagi menangani defisit imbangan da-gangan dan kebergan-tungan negara kepada import makanan.

Katanya, Agrobank menyediakan penyele-saian yang komprehen-sif bagi pertanian mer-angkumi pembiayaan bagi aktiviti huluan dan hiliran termasuk pengelu-aran, pemprosesan, pengedaran hingga runcit.

“Dengan permintaan perta-nian yang semakin meningkat dalam pasaran tempatan dan ek-sport, selain bagi memastikan ja-

minan bekalan makanan negara, prospek sektor pertanian kekal positif.

“Kami menawarkan bantuan da ripada penanaman, penuaian, pemprosesan, pengilangan, lojis-

tik, malah untuk bina kilang atau dapatkan tanah sekali pun selagi ia mematuhi syarat,” katanya kepada Utu-san Malaysia di sini baru-baru ini.

Malaysia banyak bergantung kepada import makanan me-nyebabkan ketidak-seimbangan dagangan bernilai RM18.1 bilion pada tahun 2015 iaitu

import RM45.4 bilion mengatasi eksport RM27.3 bilion.

Wan Mohd Fadzmi berkata, pengeluaran makanan meru-pakan portfolio paling pesat berkembang buat bank komersial itu dan sehingga kini merangku-mi 25 peratus perniagaan kerana

asasnya masih kecil.Katanya, portfolio lain selain

makanan ialah pembiayaan perib-adi antara 25 hingga 30 peratus termasuk dimandatkan dan tidak dimandatkan, manakala bakinya industri komoditi terutama sawit.

Menurut beliau lagi, penyele-saian paling penting ke arah mem-bantu meningkatkan produktiviti pengeluaran agrikultur adalah dengan memperkasa keupayaan teknologi baharu yang berdaya maju.

Kita sentiasa menggalakkan pengusaha untuk melabur dalam teknologi kerana tanah adalah terhad dan kita tidak mampu untuk menggantikannya. Kita harus memaksimumkan penggunaan aset itu.”

WAN MOHD. FADZMI WAN OTHMANPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

DSN Land bangunkan tanah RM50 jutaKUALA LUMPUR 27 Jun– DSN Group Sdn. Bhd., menerusi cabang hartanahnya, DSN Land Sdn. Bhd. merancang untuk membangunkan bank tanah bernilai RM50 juta di Kelantan.

Pengerusi Eksekutif DSN Group, Datuk Seri Mohamad Su-paradi Md. Noor berkata, syari-kat telah membangunkan projek pembinaan dengan nilai pemban-gunan kasar (GDV) sebanyak RM8 juta di Tanah Merah, Kelantan.

Katanya, DSN Land menyasar-kan pembinaan rumah residen sebanyak 70 peratus meliputi jenis teres, banglo dan rumah berkembar dua manakala 30 per-atus lagi adalah lot komersial.

Jelas beliau, secara keselu-ruhan, pasaran hartanah di Ma-laysia ketika ini tidak menurun tetapi masih dalam keadaan

tidak stabil, justeru syarikat perlu melihat perimbangan antara per-mintaan dan penawaran dari segi hartanah terutamanya rumah.

“ K e b a n y a k a n masalah yang dihadapi generasi muda ialah jumlah pendapatan yang diperoleh kini tidak mampu untuk mem-buat pinjaman peru-mahan, lebih-lebih lagi dengan dasar pinjaman perumahan yang ketat.

“Proses untuk membeli dan men-dapatkan rumah ber-sesuaian dengan pendapatan bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan harga hartanah meningkat dari semasa ke sema-sa,” katanya kepada Utusan Ma-

laysia di sini baru-baru ini.Selain projek di Kelantan, anak

syarikat DSN Group, DSN Prop-erty Sdn. Bhd., mem-bangunkan projek di Jengka, Pahang di atas tanah seluas lapan hek-tar.

DSN Group memiliki portfolio perniagaan meliputi pelbagai seg-men termasuk hartan-ah, penternakan lem-bu, makanan ternakan, produk penjagaan kulit dan pengiklanan.

Mohamad Suparadi berkata, syarikat mem-

peruntukkan perbelanjaan modal kira-kira RM50 juta dalam masa tiga tahun untuk terus melak-sanakan perniagaan yang saling melengkapi itu.

Koleksi D'Marhain perluas jus ManjaSuri ke seluruh negaraSEREMBAN 27 Jun – Pengeluar minu-man kesihatan, Koleksi D'Marhain menawarkan peluang kepada usa-hawan yang berminat untuk men-jadi stokis dan ejen kepada produk keluarannya, jus ManjaSuri sekali gus memperluaskan pasaran jus berkenaan di seluruh negara.

Menurut Pengasasnya, Noor-saliza Saad, produk yang berada di pasaran sejak dua tahun lalu itu telah mendapat sambutan memberangsangkan dari penggu-na di Lembah Klang dan beberapa negeri sekitarnya.

Beliau berkata, jus ManjaSuri merupakan produk sulung keluar-an Koleksi D'Marhain untuk wa nita yang mementingkan kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.

Katanya, produk itu mengan-dungi kombinasi makanan sunah, rempah ratus tradisional serta buah-buahan terpilih yang berke-san dalam memberi penampilan menarik kepada pengguna.

“Antara bahan yang terkan dung dalam jus ManjaSuri adalah haba-tus sauda, kurma, madu, saffran, manjakani, kacip fatimah, akar 44, gam arab serta delima dan air sireh.

“Produk ini juga mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya di sini baru-baru ini.

Noorsaliza berkata, ManjaSuri kini dijual pada harga RM79 bagi Semenanjung dan RM89 di Sabah serta Sarawak dengan isi kandu-ngan sebanyak 510 mililiter.

Fintech peluang kepada industri perbankan MalaysiaKUALA LUMPUR 27 Jun – Fintech merupakan peluang, bukan anca-man kepada industri perbankan Malaysia, menurut HSBC Bank Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia, Mukhtar Hussain berkata, gelombang baharu teknologi ke-wangan itu yang lebih dikenali sebagai fin-tech, sering digambar-kan sebagai kuasa yang menggugat bank dengan pesaing baharu, pantas dan bijak.

Beliau berkata, di peringkat glob-al, fintech mengubah cara orang ramai dan syarikat berhubung dengan bank dan bagaimana bank menguruskan operasi mereka.

“Fintech melengkapi dan bu-kannya mengancam institusi perbankan. Perbankan sentiasa mengenai teknologi. Oleh itu, inovasi teknologi kewangan hari ini melam bangkan evolusi, ber-

banding revolusi bagi perbankan tradisional. Ia menambah dan mempelbagaikan sistem kewa-ngan sedia ada dan bukan meng-gantikan atau mengganggunya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pasaran fintech telah menarik peningkatan aktiviti dalam pelaburan untuk beberapa tahun ini, ter-utamanya oleh syarikat modal teroka yang ingin menyokong syarikat pe-

mula dalam sektor tersebut.Di rantau Asia Pasifik sahaja,

pelaburan dalam penggiat fintech meningkat daripada AS$103 juta (RM440.06 juta) pada 2010 kepa-da AS$4.3 bilion (RM18.37 bilion) pada 2015.

Selain itu, dalam tempoh tujuh bulan pertama 2016, pelaburan di rantau ini mence-cah AS$9.6 bilion (RM41.01 bi-lion), meningkat daripada angka pada 2015. – BERNAMA

MOHAMAD SUPARADI MD NOOR

Qmera bakal tembusi pasaran antarabangsaKUALA LUMPUR 27 Jun – Qmeltra (M) Sdn. Bhd., pengeluar produk minuman berperisa limau nipis jenama Qmera menyasarkan un-tuk menembusi pasaran antara-bangsa tahun ini didorong oleh peningkatan permintaan teruta-ma daripada pasaran ASEAN.

Pengarah Qmeltra, Nurfari-sha Mohamad Ruslan berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pembeli antarabangsa bagi me-masarkan Qmera ke pasaran ran-tau ini terutamanya Brunei dan Myanmar termasuk melebarkan sayap ke China.

Katanya, sokongan berterusan daripada agensi kerajaan termas-uk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Ma-trade) yang mengadakan perte-muan perniagaan bertaraf anta-rabangsa seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) berjaya mencipta peluang buat syarikat berkenaan mengem-bangkan perniagaan.

“Mihas banyak membantu kami mengadakan perjumpaan dengan pembeli antarabangsa yang ber-potensi membawa produk kami ke pasaran luar negara.

“Selain pasaran antarabangsa, kami juga sedang merancang untuk mengukuhkan penguasaan pasaran domestik termasuk mengedarkan Qmera ke pasar raya terkemuka se-luruh negara dengan ketika ini kami telah pun berjaya memasarkan produk ke Kedai Mesra Petronas terpilih di Semenanjung Malaysia,”

katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Qmeltra merupakan syarikat milik bumiputera telah diper-badankan pada 2014 yang berop-erasi di Tanjung Malim dengan matlamat utama bagi memproses dan memasarkan produk be-rasaskan minuman berperisa dan jus termasuk air limau nipis yang menjadi produk utama syarikat berkenaan.

Syarikat berkenaan ketika ini mempunyai 33 pengedar minu-man Qmera di seluruh negara dengan aktiviti pemasaran utama merangkumi kedai runcit, kedai serbaneka, Kedai Mesra Petronas dan Restoran Ayamas.

Mengulas lanjut, Nurfarisha

berkata, syarikat tersebut juga menyasarkan untuk memperoleh nilai jualan berjumlah RM1 juta tahun ini berbanding kira-kira RM600,000 tahun lalu dipacu oleh pengukuhan prestasi dan permintaan produk Qmera.

Jelas beliau, Qmera limau nipis mendapat sambutan menggal-akkan sejak mula dipasarkan se-cara komersial walaupun syarikat berkenaan baru beroperasi kira-kira tiga tahun.

“Selain itu, kami juga sedang giat melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mengeluarkan beberapa produk minuman berperisa lain bagi mengukuhkan lagi jenama Qmera di pasaran,” katanya.

NURFARISHA MOHAMAD ROSLAN menunjukkan produk minuman Qmera perisa limau nipis keluaran syarikatnya.–UTUSAN/ MOHD NAJIB MOHD NOR

Ciri baharu aplikasi iProperty.com tingkat pengalamanKUALA LUMPUR 27 Jun – IProp-erty.com memulakan era baharu yang mengubah pengalaman pencarian hartanah secara dalam talian dengan kemas kini dileng-kapi ciri-ciri dipertingkat pada aplikasi mudah alihnya.

Ketua Pegawai Eksekutif iProp-erty.com Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchandani berkata, selain menyediakan banyak pe-tunjuk pasaran, kemas kini itu juga direka dengan antara muka mesra pengguna.

Katanya, sejak pelancaran awal di Apple Stores dan Google Play pada Mei, aplikasi berkenaan telah menerima lebih 100,000

muat turun, menjadi-kannya antara aplikasi baharu paling popular di Malaysia.

“Sejak bulan lalu, petunjuk pencarian hartanah telah menin-gkat sebanyak 46 per-atus, sementara klik pada laman web bagi mendapatkan maklu-mat hartanah baharu pula meningkat kira-kira 250 peratus.

“Kejayaan aplikasi ini dengan tawaran keputusan hartanah lebih mudah telah meningkatkan 40 peratus bilangan pengguna mu-

dah alih iProperty.com,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi itu di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengasas dan Pengu-rus Besar Perkhidma-tan Data Brickz.my, Premendran Pathm-anathan.

Menerusi purata la-watan bulanan lebih dua juta, kemas kini aplikasi itu merang-

kumi maklumat harga urus niaga terbaharu, purata hasil sewa, pu-rata harga setiap kaki persegi serta permintaan dan trend hartanah.

WAN MOHD. FADZMI WAN OTHMAN

HARESH KHOOBCHANDANI

NOORSALIZA SAAD menunjukkan produk keluarannya, jus ManjaSuri.