laman web: utusanbizwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · new...

1
Sumber : Bernama Industri biojisim di Sarawak Jadi peneraju dan kluster biojisim bersepadu pertama Asia RM18 bilion Peluang pelaburan 10 loji bahan api bio dan biokimia Menempatkan RM4.8 bilion Jana tambahan Pendapatan Negeri Kasar 30,000 Wujudkan peluang pekerjaan

Upload: trinhdan

Post on 10-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laman web: UTUSANBIZwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · NEW YORK Nikkei (-54.67) mata ... pekerja asing berada di negara ini dan daripada jumlah

UTUSAN MALAYSIA MUKA 15

UTUSANBIZUnit Berita Ekonomi

44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,

55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]

Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my

RABU • 25.10.2017

RIYAL (100)112.8176/9037

EURO4.9761/9809

POUND5.5849/5906

TUKARAN MATA WANG ASING24.10.17

DOLAR4.2310/2340

YEN3.7219/7255

DOLAR3.1071/1105

RUPIAH (100)0.0313/0313

KUALA LUMPUR (Indeks Komposit)(-5.33) mata1,736.14

SINGAPURA (Straits Times)(-15.13) mata3,334.67

TOKYONikkei(-108.52) mata21,805.17

NEW YORKNikkei(-54.67) mata23,273.96

Sumber : Bernama

Industri biojisimdi Sarawak

Jadi peneraju dan kluster biojisim bersepadu pertama Asia

RM18 bilionPeluang pelaburan

10 loji bahan api biodan biokimia

Menempatkan

RM4.8 bilionJana

tambahan Pendapatan Negeri Kasar

30,000Wujudkan

peluang pekerjaan

IP beri petunjuk ekonomi positif

Bajet 2018: 5 syor MTEM pacu ekonomi negara

Honda panggil balik 2,814 HR-V

SPNB Dana, MNC Wireless tubuh JVCO

Oleh YULPISMAN [email protected]

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Ekonomi Malaysia dijangka terus berkem­bang positif dalam tempoh ter­dekat selepas Indeks Pelopor (IP) yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan, mencatatkan pening­katan pada Ogos lalu berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, (gambar) Indeks Pelopor pada bulan Ogos meningkatkan sebanyak 1.9 pera­tus kepada 120.3 mata berbanding 118.1 mata bulan sebelumnya.

Beliau berkata, komponen uta­ma yang menyumbang kepada peningkatan tersebut adalah bila­ngan unit kediaman yang dilulus­kan pembinaan sebanyak 0.7 pera­tus, diikuti bilangan syarikat baru didaftar (0.6 peratus) dan import benar semi konduktor (0.5 pera­tus).

“Perubahan tahunan IP terus meningkat kepada 2.6 peratus pada bulan rujukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Uzir berkata, Indeks Serentak (IS) yang mengukur ak­tiviti ekonomi semasa bagaimanapun menu­run 0.4 peratus pada Ogos lalu dengan tiga komponen IS yang men­catatkan penurunan ialah indeks kuantiti perdagangan runcit (0.3 peratus), kapasiti peng­gunaan di sektor pem­buatan (0.2 peratus) dan jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (0.2 peratus).

“Walau bagaimanapun, peru­bahan tahunan IS terus mening­kat kepada 4.5 peratus pada bulan rujukan. Peningkatan ini selari dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada harga malar yang berkembang

5.8 peratus pada suku kedua 2017 daripada 5.6 peratus suku sebe­lumnya.

“Perubahan tahunan IP dan IS terus menunjukkan pertumbuhan tahunan yang positif pada Ogos 2017. Disokong oleh kedua­dua Indeks Di­fusi melebihi 50 pera­tus, ekonomi Malaysia di jangka terus berkem­bang positif dalam tem­poh terdekat,” katanya.

Bank Dunia sebe­lum ini menyemak naik unjuran pertumbuhan

KDNK Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun, berikutan per­tumbuhan sebenar yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan 5.7 pera­tus pada separuh pertama 2017.

Pada asalnya, Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia hanya berkembang sebanyak 4.3 peratus.

Oleh AKMYR SYAHAR [email protected]

� KUALA LUMPUR 24 OKT.

MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) meng­gariskan lima cadangan

untuk pertimbangan kerajaan dalam Bajet 2018 iaitu aspek ke­naikan gaji, pengecualian cukai, isu pekerja asing, pelaburan asing serta jurang pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, kadar gaji minimum se­dia ada perlu ditingkatkan sehing­ga mencapai RM1,500, sementara ekosistem perniagaan pula harus diperbaiki untuk menyokong dasar tersebut.

“Gaji atau upah yang rendah ini merupakan sebahagian daripada faktor utama mengapa rakyat terbeban dengan kos gaya hidup yang semakin meningkat. Ini ada­lah topik utama yang perlu diberi­kan keutamaan mendalam.

“Jadi, kenaikan gaji akan mem­bantu memberikan kesan positif kepada semua dalam menampung kos gaya hidup mereka, malah pada masa sama menjana ekono­mi negara,” katanya dalam sidang

akhbar harapan Bajet 2018 MTEM di sini hari ini. Yang hadir sama, Felo Kanan MTEM, Azlan Awang.

Ahmad Yazid berkata, cada­ngan kedua ialah supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi sektor pertanian seperti baja dan racun untuk tanaman padi dilupuskan kerana inputnya digu­nakan untuk menghasilkan beka­lan makanan negara.

“Dengan adanya GST untuk in­put pertanian ini, kos bercucuk tanam akan semakin meningkat, sebaliknya jika dihapuskan ia akan

membantu menurunkan kos ma­kanan sekali gus menyelesaikan masalah kos gaya hidup rakyat.

“Strategi pengecualian cukai ini juga wajar untuk diadaptasi­kan dalam kos bahan mentah bagi pembinaan projek­projek peru­mahan kos rendah atau mampu milik yang jelas akan mening­katkan bilangannya pada masa depan,” katanya.

MTEM juga merayu kerajaan memperketatkan dasar kemasu­kan serta pengurusan pekerja as­ing secara lebih serius dan efektif

kerana ia memberi kesan kepada tenaga tempatan terutama golo­ngan berpendapatan rendah B40.

“Dianggarkan seramai 6.7 juta pekerja asing berada di negara ini dan daripada jumlah itu 2.1 juta adalah pekerja dengan permit, sementara bakinya pendatang haram. Malah, Bank Negara Ma­laysia turut melaporkan sebanyak RM34.7 bilion wang dihantar ke­luar pada 2015.

“MTEM mencadangkan agar transaksi upah kepada pekerja as­ing dilakukan melalui transaksi bank, sementara tumpuan yang lebih kepada program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasio­nal (TVET) juga dapat menjamin pekerjaan buat tenaga tempatan dalam industri,” ujarnya.

Menurut Ahmad Yazid, aliran masuk dana asing dalam kuantum yang besar ke negara ini hanya akan memberi manfaat kepada syarikat luar, maka ia memberi impak ke­pada masyarakat tempatan dalam aspek pengembangan.

“Tanpa pengawalan yang je­las, aliran modal asing ini akan menyebabkan industri dan pe­kerja tempatan terlepas peluang untuk berkembang menjadi se­buah institusi perniagaan yang

kompetitif dalam negara mereka sendiri.

“MTEM mencadangkan polisi, mekanisme dan pemantauan yang lebih ketat seperti memasti­kan industri tempatan menerima sekurang­kurangnya 70 peratus peluang untuk terbabit secara langsung serta 40 peratus lagi ke­pada negeri­negeri yang terlibat,” ujarnya.

Tambah beliau, cadangan ter­akhir adalah pengenalan dasar atau mekanisme yang menggalak­kan pengagihan kekayaan dalam negara dengan lebih adil dan sak­sama khususnya buat kaum bu­miputera yang ketinggalan dalam pelbagai sektor.

“MTEM melihat keuntu ngan korporat berlipat kali ganda ber­banding gaji pekerja, malah agi­han pendapatan B40 semakin menurun sementara agihan pen­dapatan T20 meningkat dengan ketara. Ini berlakunya ketidak­seimbangan.

“Justeru, kami mencadangkan cukai kekayaan, cukai warisan dan cukai pendapatan yang lebih ting­gi bagi mereka yang berada dalam kelompok golongan satu peratus terkaya dalam negara, atau sekitar 70,000 isi rumah,” jelasnya.

KUALA LUMPUR 24 Okt. – SPNB Dana Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) dan syarikat penyelesaian teknologi digital, MNC Wireless Bhd. memeterai perjanjian penjualan saham (SSA) bagi mewujudkan syarikat usaha sama ekuiti (JVCO).

SPNB Dana dan MNC Wireless dalam kenyataan bersama berka­ta, dalam JVCO itu, SPNB Dana memegang 70 peratus kepen­tingan manakala baki 30 peratus oleh MNC Wireless.

JVCO merupakan permulaan kepada hubungan pertumbuhan jangka panjang antara SPNB de­ngan MNC Wireless dalam usaha mengguna pakai revolusi indus­tri teknologi kewangan (fintech) dengan pelan transformasi digital SPNB untuk menyediakan kedia­man mampu milik kepada rakyat.

“MNC Wireless merancang un­tuk melaksanakan pengumpulan dana menerusi terbitan hak beser­ta waran percuma sehingga RM20 juta untuk melanggan saham Keu­tamaan Boleh Tebus (RPS) untuk JVCO berkenaan.

“Perkara ini akan membole­hkan SPNB Dana menyediakan pembiayaan jangka pendek ba­yaran pendahuluan dan atau perbezaan jumlah untuk pembeli

yang layak bagi projek pemba­ngunan kediaman oleh SPNB dan kumpulan syarikatnya.

“MNC Wireless juga akan di­lantik sebagai rakan penyelesaian teknologi SPNB Dana dan bakal membangunkan platform digital mesra pengguna kepada pelang­gan serta rakan niaga SPNB,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Pemeteraian SSA tersebut te­lah disempurnakan oleh Pengarah SPNB Dana, Datuk Ahmad Azizi Ali yang juga Ketua Pegawai Ek­sekutif Kumpulan SPNB bersama Ketua Pegawai Eksekutif MNC Wireless, Christopher Tan Chor How mewakili MNC Wireless.

Pengerusi SPNB, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, ker­jasama melalui JVCO tersebut membolehkan pihaknya menca­pai matlamat utama untuk mem­bantu rakyat memiliki kediaman

sendiri. “Usaha sama ini

membolehkan kami terus membantu pem­beli rumah di samping mendigitalkan proses perniagaan kami yang merupakan sebaha­gian daripada pelan transformasi digital SPNB,” katanya.

MNC Wireless juga telah memete­

rai perjanjian bersyarat dengan mTouche Technology Berhad pada 28 Ogos lalu bagi pemba­ngunan platform teknologi digital untuk SPNB Dana, sejajar dengan pelan transformasi SPNB sekali gus mengukuhkan pe ngurusan hubungan antara SPNB dengan pelanggan dan rakan niaga.

Tan Chor How berkata, JVCO ITU bakal merancakkan saiz per­tumbuhan pasaran perniagaan se­jajar dengan perkembangan pro­jek pembangunan SPNB.

“SPNB ketika ini memiliki saiz nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM6 bilion dan de ngan pemeteraian JVCO ini diharap dapat melonjakkan lagi industri, dengan SPNB terus menyokong agenda nasional bagi menyedia­kan perumahan mampu milik ke­pada rakyat,” katanya.

MASJID PUTRA di Putrajaya – GAMBAR IHSAN/NOR IKHSAN ISMAIL

Lima cadangan MTEM dalam Bajet 2018: HarapanBAJET 2018Kenaikan gaji minimum RM1,500

Pengecualian GST kepada industri makanan. Perketat kemasukan, pengurusan pekerja asing. Kawalan aliran modal asing. Agihan pendapatan, kekayaan yang lebih saksama.

n

n

n

n

n

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Honda Malaysia memanggil balik 2,814 buah Honda HR-V model 2016 susulan kemungkinan penstabil bar hadapan akan rosak apabila dikenakan tekanan yang tinggi.

Bagaimanapun semua model Honda yang lain tidak terlibat dengan panggilan semula itu.

Honda dalam kenyataannya memberitahu, masalah itu tim­bul apabila penstabil bar hada­pan tidak dikenakan kawalan suhu yang cukup semasa proses pengeluaran.

Jelasnya, keadaan tersebut mengakibatkan penstabil bar hadapan tidak kukuh serta akan rosak apabila dikenakan te­kanan yang kuat.

“Kerosakan pada bahagi­an berkenaan menyebabkan tayar tidak seimbang dan ketidakstabilan semasa me­mandu. Sehingga kini tiada laporan kemalangan dan ke­cederaan diterima berkaitan dengan isu berkenaan.

“Honda mengambil langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan kesal dengan kesulitan yang berlaku,” jelas kenyataan itu hari ini.

Honda menambah, semua penstabil bar hadapan yang ro­sak akan diganti baharu dan pihaknya menanggung semua kos yang terlibat.

Setakat ini Honda mempunyai 50 peratus stok

alat ganti di seluruh negara dan 100 peratus pada November ini.

“Para pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan melalui su­rat dan mereka diminta untuk menghantar kenderaan ke pusat pengedar sah Honda bagi tujuan pemeriksaan dan penggantian,’’ kata Honda Malaysia.

AHMAD AZIZI ALI CHRISTOPHER TAN

AHMAD YAZID OTHMAN (kiri) dan Azlan Awang menjawab soalan pemberita di pejabat MTEM, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZAINI HUSIN