utusanbizwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · utusan malaysia...

1
Sumber : Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) 80% daripada eksport perabot Malaysia adalah perabot kayu RM7.6 bilion Dijangka menjana hasil RM12 bilion menjelang 2020 BOLEH DIPERTINGKATKAN LAGI MENERUSI Kepentingan kepada ekonomi Malaysia Malaysia Aspek inovasi produk Pembentukan segmen bernilai tinggi Laksana kaedah perusahaan secara pintar dan mampan Penggunaan bahan mentah baharu Mewujudkan hab perabot di negara ini

Upload: truongdung

Post on 20-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTUSANBIZwordpress1.rm7mills.com/notasaham/wp-content/uploads/sites/3/2017/... · UTUSAN MALAYSIA MUKA 16 UTUSANBIZSELASA • 17.10.2017 RIYAL ... telah menyaksikan bilangan unggul

UTUSAN MALAYSIA MUKA 16

UTUSANBIZSELASA • 17.10.2017

RIYAL (100)112.3880/4740

EURO4.9691/9734

POUND5.5651/6108

TUKARAN MATA WANG ASING16.10.17

DOLAR4.2150/2180

YEN3.7688/7725

DOLAR3.1158/1191

RUPIAH (100)0.0313/0313

KUALA LUMPUR (Indeks Komposit)(-0.95) mata1,754.37

SINGAPURA (Straits Times)(+3.95) mata3,323.06

TOKYONikkei(+100.38) mata21,255.56

NEW YORKNikkei(+30.71) mata22,871.72

Unit Berita Ekonomi44, Jalan Utusan,

Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

E-mel: [email protected]: @utusanbiz

Laman web: www.utusan.com.my

Sumber : Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)

80% daripada eksport perabot Malaysia adalah perabot kayu

RM7.6 bilion

Dijangka menjana hasil

RM12 bilion menjelang 2020

BOLEH DIPERTINGKATKAN LAGI MENERUSI

Kepentingan kepada

ekonomi Malaysia

Malaysia

Aspek inovasi produk

Pembentukan segmen bernilai

tinggi

Laksana kaedah perusahaan secara

pintar dan mampan

Penggunaan bahan mentah

baharu

Mewujudkan hab perabot di negara ini

HLA raikan pencapaian ejen insuransKUALA LUMPUR 16 Okt. – Hong Leong Assurance (HLA) meraikan ejen-ejen insurans yang mendapat pencapaian tertinggi sekali gus berjaya memban-tu syarikat merekodkan premium kasar sebanyak RM3 bilion bagi tahun kewangan 2016/2017.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA, Loh Guat Lan berkata, dalam tempoh sama, HLA telah memenangi Anuge-rah Jenama Tahunan Yang Paling Ber-harga oleh Anugerah Jenama Terbaik Brandlaureate 2016-2017, dan anuge-rah Penginsurans Hayat Domestik Terbaik oleh Perbankan dan Kewan-gan Asia untuk tempoh 2 tahun ber-turut-turut di Majlis Anugerah Insu-rans Asia pada tahun 2016 dan 2017.

Beliau berkata, pencapaian mem-

berangsangkan itu adalah hasil da-ripada pembangunan berterusan serta menyediakan penawaran produk yang terbaik dari segi nilai dan amalan terbaik industri yang dipraktikkan oleh syarikat.

“Pada tahun-tahun lepas, kita telah menyaksikan bilangan unggul dari segi pencapaian Million Dollar Round Table (MDRT) dan pada ta-hun ini jumlah ejen yang layak ke MDRT telah meningkat dengan ketara.

“Hakikat bahawa setiap tahun ejen-ejen kami berterusan me-nerima pengiktirafan untuk kece-merlang an mereka di pentas antara-bangsa dan ini ialah bukti kekuatan asas syarikat. Kami berharap pe-ningkatan positif ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” ka-

tanya dalam kenyataan di sini hari ini.Ejen-ejen HLA telah diraikan

dalam Majlis Anugerah Tahunan 2017 yang diadakan di Pusat Kon-vensyen Antarabangsa Genting di sini baru-baru ini.

Lebih 1,000 ejen menerima anugerah daripada pelbagai ka-tegori di majlis tersebut, terma-suklah May Lee Sue Wee, yang muncul sebagai Pemegang Rekod selama 10 tahun berturut-turut sebagai Juara Pengurus Agensi.

Penyampaian Anugerah Tahu-nan tersebut diadakan bersempe-na dengan konvensyen jualan HLA selama dua hari dengan kehadiran penceramah industri terkenal dari luar negara untuk perkongsian pe-ngalaman dan pandangan mereka.

Media sosial kurang dipercayai Rakyat belanja tinggi untuk riadah, hiburanOleh AKMYR SYAHAR [email protected]

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Rakyat Malaysia dianggap skeptikal ke-rana hanya 17 peratus pengguna mempercayai kandungan yang dibaca di media sosial meskipun menghabiskan masa selama 7.2 jam setiap hari melayari internet.

Berdasarkan kaji selidik Kantar TNS, hal itu ternyata berbeza den-gan negara Asia Tenggara lain seper-ti Filipina dan Indonesia yang mas-ing-masing menunjukkan 59 peratus dan 61 peratus pengguna nya percaya kandungan dalam talian.

Pengarah Urusan Kantar TNS Malaysia, MC Lai berkata, disebab-kan itu, jenama berhadapan de-ngan kesukaran untuk berhubung melalui saluran itu kerana kurang-nya kepercayaan walaupun terda-pat ketersambungan yang tinggi.

“Rakyat Malaysia menghabis-kan sebahagian besar masa mereka

secara dalam talian. Kita sentiasa terhubung dengan internet melalui peranti mudah alih, kos dan kela-juan data yang semakin baik.

“Walau bagaimanapun, mereka yang memasarkan produk perlu sedar bahawa rakyat Malaysia bu-kan sasaran mudah dalam dunia digital hari ini jika dibandingkan dengan negara-negara memba-ngun rantau ini.

“Sebenarnya pengguna di Ma-laysia tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca di inter-net malah kurang selesa dengan jenama yang mengumpulkan data peribadi mereka.

“Jadi jenama perlu lebih menon-jol dan menunjukkan nilai yang mampu menambah baik kehidu-pan pengguna jika mahukan ke-percayaan mereka, di samping me mastikan saluran itu digunakan

untuk perbincangan yang le-bih bermakna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kajian Connected Life ber-kenaan melibatkan seramai 70,000 responden di 56 buah negara ter-masuk 104 temubual bagi mengkaji kepercayaan pengguna berdasar-kan empat aspek iaitu teknologi, kandungan, data dan e-dagang.

Selain itu, kajian juga menda-pati hampir satu pertiga atau 31 peratus pengguna Malaysia juga bimbang tentang sejauh mana rangkaian media sosial mempu-nyai kawalan ke atas kandungan yang dibaca di internet.

Namun, kajian menunjukkan pengguna tidak terlalu sinis dengan 41 peratus mempercayai jenama global seperti pasaran memba-ngun lain contohnya Vietnam (54 peratus), tetapi ia tidak signifikan di pasaran lain seperti Australia (19 peratus).

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Rakyat Malaysia dijangka mengeluarkan perbelanjaan yang lebih tinggi bagi perkara yang tidak pen-ting seperti aktiviti riadah dan hiburan apabila pendapatan bo-leh guna mereka semakin me-ningkat.

Menurut BMI Research, de-ngan perbelanjaan isi rumah di-jangka berkembang secara purata 5.4 peratus antara 2017 hingga 2021, ia akan mendorong per-belanjaan pengguna sehingga RM1.1 trilion pada 2021, mening-kat daripada RM822 bilion pada 2017.

“Dalam pecahan perbelan-jaan rumah tangga, perbelan-jaan penting seperti makanan dan minuman, perumahan dan utiliti, pakaian dan kasut serta pengangkutan dan komunikasi mewakili kira-kira 59 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu perkara biasa bagi pasaran

sedang membangun.“Bagaimanapun, apabila pen-

dapatan boleh guna Malaysia meningkat, kami menjangkakan perbelanjaan yang lebih tinggi akan diarahkan kepada per-belanjaan yang tidak penting,” katanya dalam nota kajian di sini hari ini.

Jelas BMI Research, per-belanjaan terhadap perkara yang tidak penting dijangka mening-kat apabila pendapatan segmen pertengahan dan atasan negara berkembang.

Jelasnya, bilangan isi ru-mah dengan pendapatan boleh guna lebih daripada AS$25,000 (RM105,300) dijangka berkem-bang sebanyak 1.3 juta, malah jumlah isi rumah itu akan men-

capai 3.1 juta pada 2021, mening-kat daripada 1.8 juta pada 2017.

“Ia akan membentuk 38.1 peratus daripada jumlah keselu-ruhan isi rumah, meningkat dari-pada 23.1 peratus pada 2017.

“Purata pendapatan isi rumah di seluruh negara juga dijangka mencecah AS$27,991 (RM117,898) menjelang 2021, meningkat dari-pada AS$22,298 (RM93,919) ta-hun ini,” katanya.

Tambah BMI Research, per-tumbuhan pendapatan itu akan membawa kepada perbelanjaan yang lebih besar ke atas barang-an dan perkhidmatan yang tidak penting kerana isi rumah mem-punyai lebih banyak tunai boleh guna.

“Kami percaya bahawa isi ru-mah di Malaysia akan meletakkan keutamaan perbelanjaan kepada aktiviti rekreasi dan hiburan apa-bila pendapatan me reka mening-kat kelak,” jelasnya.

LOH GUAT LAN (empat dari kanan) bersama pengurusan kanan syarikat dan ejen-ejen cemerlang pada Majlis Anugerah Tahunan 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Pahang baru-baru ini.

Dijangka sempurna

separuh pertama 2018

Pemindahan pegangan saham Affin

Holdings dalam Affin Hwang Investment Bank Bhd., Affin

Moneybrokers Sdn. Bhd., AXA Affin Life

Insurance Bhd. dan AXA Affin General Insurance

Bhd. kepada Affin Bank

Penyusunan semula mampu kukuh kedudukan

Beri tumpuan kepada

pembiayaan runcit

Penyusunan semula Kumpulan

Affin tingkat kedudukan

modal

Oleh AFIQ MOHD. [email protected]

KUALA LUMPUR 16 OKT.

KUMPULAN Affin Holdings Bhd. (Affin Holdings) op-timis penyusunan semula

syarikat yang sedang berjalan ketika ini mampu mengukuhkan kedudu-kan institusi perbankan berkenaan untuk terus berkembang positif.

Ketua Pegawai Eksekutif Kum-pulan, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil berkata, pelaksanaan kor-porat tersebut akan memboleh-kan Kumpulan Affin meningkat-kan kedudukan modal setelah kesemua entiti perniagaan berada di bawah Affin Bank Berhad sekali gus mempunyai akses terus kepa-da pasaran ekuiti dan modal.

Katanya, pelaksanaan korporat Affin Holdings yang dijangka di-sempurnakan pada separuh per-tama 2018 itu berjalan dengan lancar apabila pemegang saham sebulat suara bersetuju dan me-luluskan pemindahan status pe-nyenaraian daripada Affin Hold-ings kepada Affin Bank.

Beliau berkata, penyusunan se-mula kumpulan berkenaan turut menyaksikan pemindahan selu-ruh pegangan saham Affin Hold-ings dalam Affin Hwang Investment Bank Bhd., Affin Moneybrokers Sdn. Bhd., AXA Affin Life Insurance Bhd. dan AXA Affin General Insu-rance Bhd. kepada Affin Bank.

“Pelaksanaan korporat ini akan meningkatkan sinergi seluruh kum-pulan dan membolehkan kami me-ngorak langkah untuk mencapai fasa pertumbuhan seterusnya.

“Langkah ini juga akan me-ngukuhkan lagi kedudukan modal kami dan meningkatkan pulangan yang lebih baik pada masa hada-

pan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Affin Holdings di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Af-fin Holdings, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin; Pengarah Urusan Kumpulan Affin Hwang Investment, Datuk Maimoonah Hussain; Pengarah Eksekutif Affin Holdings, Lee Yoke Kiow dan Ketua Pegawai Kewangan Affin Bank, R. Ramanathan.

Julai lalu, Affin Holdings telah menerima kelulusan daripada Ke-menterian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk me-neruskan cadangan penyusunan semula organisasi berkenaan.

Mengulas lanjut, Kamarul Ariffin berkata, Kumpulan Affin juga me-nyasarkan untuk memberi tumpuan kepada sektor pembiayaan runcit menerusi program transformasi dan pelaksanaan korporat yang berlaku.

Jelas beliau, Kumpulan Af-fin sebelum ini lebih menumpu-kan kepada pembiayaan korporat bakal meningkatkan penawaran produknya termasuk bagi sektor pembiayaan runcit dan perusa-

haan kecil dan sederhana (PKS).“Kami sedang berusaha untuk

menawarkan lebih banyak produk kepada pelanggan terutama bagi sektor pembiayaan runcit dan PKS yang mana sebelum ini 55 pera-tus perniagaan tertumpu kepada pembiayaan korporat dengan run-cit hanya sekitar 45 peratus.

“Namun begitu, tahun ini sa-haja kami telah berjaya mening-katkan pembiayaan runcit kepada kira-kira 50 peratus dan akan me-nyediakan lebih banyak produk kepada pelanggan.

“Kami juga mahu muncul sebagai kumpulan perbankan universal yang lebih kukuh dan berkembang positif pada masa akan datang,” katanya.

KAMARUL ARIFFIN MOHD. JAMIL (dua dari kanan) dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.