utusanbiz isnin -...

1
Sumber : World Economic Forum ZURICH, Switzerland VIENNA, Austria AUCKLAND, New Zealand MUNICH, Jerman COPENHAGEN, Denmark VANCOUVER, Kanada DUSSELDORF, Jerman FRANKFURT, Jerman GENEVA, Switzerland

Upload: vunga

Post on 08-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UTUSAN MALAYSIA MUKA 16

UTUSANBIZUnit Berita Ekonomi

44, Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin,

55200, Kuala Lumpur.E-mel: [email protected]

Twitter: @utusanbizLaman web: www.utusan.com.my

ISNIN • 30.10.2017

TUKARAN MATA WANG ASING27.10.17

MUKA 15

Sumber : World Economic Forum

ZURICH,Switzerland

VIENNA, Austria

AUCKLAND,New Zealand

MUNICH, Jerman

COPENHAGEN,Denmark

VANCOUVER,Kanada

DUSSELDORF, Jerman

FRANKFURT,Jerman

GENEVA, Switzerland

Bajet 2018 perkukuh TKBOleh AFIQ MOHD. [email protected]

� KUALA LUMPUR 29 OKT.

BAJET 2018 diyakini men­gukuhkan lagi agenda bu­miputera di bawah Transfor­

masi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) seterusnya meningkatkan pembangunan sosioekonomi ne­gara.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Datuk Husni Salleh berkata, pelbagai inisiatif yang terkandung dalam Bajet 2018 akan menyediakan kaedah lebih holistik, inklusif, berfokus dan berdaya maju ke arah meningkat­kan pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan negara.

Katanya, inisiatif berkenaan juga sejajar dengan usaha TKB yang telah dilancarkan awal ta­hun ini yang memberi amanah kepada Teraju dengan peranan lebih meluas dalam memasti­kan pendidikan, kesihatan, so­sial dan budaya serta persekita­ran hidup bumiputera ke tahap lebih tinggi sekali gus terjalin dalam fabrik sosial masyarakat

majmuk Malaysia. “Dalam konteks landskap so­

sial yang pantas dan ekonomi global yang semakin kompetitif ketika ini, Bajet 2018 yang me­nyentuh pelbagai isu kritikal kepada kita sebagai bumiputera untuk berubah dalam mengejar kecemerlangan.

“Pendekatan yang diumum­kan, kebanyakannya hanya da­pat dijayakan melalui perubahan minda dalam memastikan bu­miputera tidak lagi ketinggalan berbanding masyarakat lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Men­teri Kewangan telah memben­tangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

Najib mengumumkan melalui Bajet 2018, dasar kerajaan me­nerusi TKB akan terus diperkasa menjadi agenda nasional de­ngan pelbagai peruntukan khas kepada bumiputera seperti lebih

RM3.5 bilion untuk inisiatif meli­puti biasiswa dan pembangunan modal insan serta keusahawa­nan.

Husni berkata, pelbagai ini­siatif seperti peruntukan besar berjumlah RM555 juta kepada Program Peningkatan Keusaha­wanan Bumiputera yang merang­kumi RM155 juta untuk program pembangu­nan kapa­siti vendor dan RM90 juta bagi

program Peneraju Profesional, Skil dan Tunas amat diperlukan untuk pembangunan ekonomi bumiputera.

“Peruntukan untuk Skim Usa­hawan Permulaan Bumiputera (Superb) akan sesungguhnya menjana bakat lebih kreatif dan inovatif dalam kalangan usahawan muda dengan se­

takat ini, RM73.75 juta telah diberikan sejak 2014 menerusi Superb,” katanya.

Jelas beliau, peruntu­kan RM2.5 bilion biasiswa kepada lebih 90,000 ma­hasiswa termasuk 1,500

dalam bidang­bidang kritikal seperti kecerdasan buatan (AI), signalling dan rel mengesahkan komitmen kerajaan bagi meng­galakkan kejayaan lebih besar dalam kalangan bumiputera.

Katanya, pendekatan menye­luruh yang rasional, praktikal, berdaya maju dan beraspira si dalam Bajet 2018 mampu me­macu perubahan fabrik eko nomi dan sosial negara dalam usaha menjadi negara maju dan ber­daya saing.

“Perkara ini juga dapat dili­hat melalui peruntukan bernilai RM61.6 bilion bagi meningkatkan kecemerlangan dalam pemban­gunan pendidikan, latihan, ke­mahiran dan bakat di samping RM2.4 bilion kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta RM400 juta bagi geran penye­lidikan dan pembangunan ke­pada universiti awam,’’ ujar­nya.

Selain itu kata Husni, kewu­judan pusat sehenti Teraju di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara juga dapat menyediakan bantuan profesio­nal berhubung peluang latihan dan pekerjaan.

BNM lulus pembiayaan RM30.2 bilion untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana Oleh NUR HANANI [email protected]

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) telah me­luluskan pembiayaan sehingga RM30.2 bilion menerusi Tabung BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada 74,000 usahawan sehingga Ogos lalu.

Bank pusat berkenaan mem­punyai peruntukan dana untuk PKS berjumlah RM10.4 bilion dan masih mempunyai baki RM3 bi­lion untuk diagihkan pada tahun ini.

Penolong Gabenor BNM, Jes­sica Chew berkata, kadar kelu­lusan pembiayaan oleh institusi per bankan dan kewangan kepada PKS dalam negara adalah tinggi iaitu pada paras 75 peratus.

Katanya, industri PKS adalah antara penyumbang utama kepa­

da pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu seba­nyak 36 peratus pada tahun lalu dipacu oleh kira­kira 907,000 usa­hawan tempatan.

Sehubungan itu jelasnya, ke­perluan pembiayaan PKS meliputi pelbagai sektor memerlukan in­stitusi kewangan memainkan per­

anan serta dasar kewangan yang wajar dilaksanakan bagi meme­nuhi keperluan PKS.

“Ini perlu dilengkapi dengan usaha untuk memperkukuh ke­upayaan PKS termasuk dalam as­pek pengurusan perniagaan dan kewangan.

“Sekiranya PKS mempunyai rekod perniagaan dan kewangan diselenggara dengan rapi di sam­ping mengemukakan maklumat lengkap, tiada alasan buat mereka untuk tidak mendapat pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini baru­baru ini.

Selain menawarkan peluang ke­pada perniagaan tradisional, kera­jaan melalui beberapa kementeri­an dan agensi telah melaksanakan pelbagai program serta mewujud­kan ekosistem digital yang kon­dusif dalam menggalakkan PKS menggunakan sistem e­dagang.

Program tersebut meliputi usa­ha meningkatkan kapasiti PKS bagi menembusi pasaran eksport melalui usahasama dengan plat­form e­dagang terkemuka antara­bangsa seperti Alibaba, Facebook dan Google.

Menurut Jessica, berdasarkan kaji selidik dijalankan oleh SME Corp, isu pembiayaan bukanlah cabaran utama yang dihadapi oleh PKS tempatan.

“Sebanyak 63.6 peratus PKS daripada 2,236 responden mera­sakan kos yang tinggi menjalan­kan perniagaan dan penurunan ringgit (53.4 peratus) merupakan antara masalah yang dihadapi mereka.

“Selain itu, permintaan domes­tik yang berkurangan dan senti­men perniagaan yang lemah turut memberi impak kepada para usa­hawan,” jelas beliau.

JESSICA CHEW (kanan) dan Pengarah Jabatan Pembangunan Insurans BNM, Yoon Yew Khuen memberikan taklimat media mengenai Tarif Insurans Kenderaan di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, baru-baru ini . – UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

Kadar kelulusan pembiayaan oleh institusi perbankan dan kewangan kepada PKS dalam negara adalah tinggi iaitu pada paras 75 peratus.”

JESSICA CHEWPenolong Gabenor BNM

RIYAL (100)113.0576/1436

EURO4.9340/9367

POUND5.5532/5579

DOLAR4.2410/2430

YEN3.7189/7216

DOLAR3.0990/0016

RUPIAH (100)0.0311/0312

Pelepasan GST bantu kurang kos syarikat penerbanganKUALA LUMPUR 29 Okt. – AirAsia Berhad menganggap pelepasan cukai barang dan perkhidma­tan (GST) ke atas pengimportan barangan big ticket oleh syari­kat penerbangan dan perkapalan berdaftar di Malaysia dalam pem­bentangan Bajet 2018 mampu mengurangkan kos yang ditang­gung.

Ketua Pegawai Eksekutif Kum­pulan AirAsia, Tan Sri Tony Fer­nandes berkata, pelepasan GST merupakan langkah positif yang diambil kerajaan terutama ke­pada syarikat penerbangan dalam usaha meluaskan perniagaan ke tahap lebih tinggi.

“Sebagai syarikat penerbangan yang berdaftar di Malaysia, Air­Asia melihat perkara berkenaan adalah sangat memberangsang­kan kepada kami.

“Pelbagai insentif bagi sektor pelancongan pula tentunya akan menggalakkan jumlah kehadiran pelancong ke Malaysia sekali gus melonjakkan industri pelancong­an tanah air,” katanya kepada pemberita dalam majlis pelan­caran buku Flying High di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Men­teri Kewangan mengumumkan pelepasan GST diberi ke atas

pengimportan barangan big ticket seperti kapal terbang dan kapal laut oleh syarikat penerbangan dan perkapalan berdaftar di Ma­laysia bermula 1 Januari 2018 dalam pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Tony berkata, buku Flying High itu merupakan

autobiografinya yang memapar­kan kisah kehidupan dan per­jalanannya dalam industri muzik sehingga akhirnya terlibat dalam industri penerbangan apabila menjadi pengasas AirAsia.

Katanya, buku berkenaan yang berharga RM86.95 kini boleh di­dapati di semua kedai buku uta­ma di Malaysia selain boleh di pratempah di laman web bigdu-tyfree.com dan juga dalam pener­bangan AirAsia bermula 6 Novem­ber 2017.

“Flying High menceritakan ten­tang kekuatan impian, apabila saya dan Datuk Kamarudin Mera­nun memulakan AirAsia, kami mendapat pelbagai tentangan na­mun lihatlah di mana AirAsia be­rada sekarang.

“Buku ini adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenya­taan dan saya berharap ia akan menggalakkan orang ramai un­tuk mengejar impian mereka dan jangan sesekali mengalah,” ka­tanya.

Sementara itu, Tony berkata, dirinya masih lagi mempunyai pelbagai impian besar terma­suk tidak menolak kemungkinan menceburi industri kesihatan dan pendidikan dengan membina hos­pital dan sekolah swasta mampu milik kepada masyarakat.

HUSNI SALLEHKetua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju)

.

Kadar ambilan Reinvent Affordability raih 95%

TONY FERNANDES menunjukkan buku autobiografinya berjudul ‘Flying High’ atau Terbang Tinggi di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ ZAINI HUSIN

Pelbagai inisiatif yang terkandung dalam Bajet 2018 akan menyediakan kaedah lebih holistik, inklusif, berfokus dan berdaya maju ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan negara.”