rph

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2 Mata pelajaran : Dunia Seni Visual Tahun : 2 Mutiara Tarikh : 12 Ogos 2014 Masa : 9.30 – 10.30 pagi ( 60 minit) Bidang : Mengenal Kraf Tradisional Aktiviti : Gasing Tema : Objek buatan manusia Tajuk : Gasing mudah Jenis-jenis media : Alat – gunting : Bahan – gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi sate, dan krayon. Bahan bantu mengajar : Gasing sebenar / gambar gasing Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti bentuk, warna, dan imbangan yang terdapat pada objek manusia dan karya seni dalam penghasilan gasing. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan gasing. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan gasing.

Upload: sani-saad

Post on 25-Sep-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2

Mata pelajaran : Dunia Seni VisualTahun : 2 MutiaraTarikh : 12 Ogos 2014Masa : 9.30 10.30 pagi ( 60 minit)Bidang : Mengenal Kraf TradisionalAktiviti : GasingTema : Objek buatan manusiaTajuk : Gasing mudahJenis-jenis media : Alat gunting : Bahan gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi sate, dan krayon.Bahan bantu mengajar : Gasing sebenar / gambar gasingElemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan, kreativiti dan inovasiKemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti bentuk, warna, dan imbangan yang terdapat pada objek manusia dan karya seni dalam penghasilan gasing.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan gasing.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan gasing.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Persepsi estetik Murid dapat membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan gasing. 4.1.1 unsur seni4.1.1.1 Bentuk konkrit4.1.1.2 Warna hiasan gasing4.1.2 Prinsip rekaan4.1.2.1 Imbangan simetri4.2 Aplikasi seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gasing.4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media4.2.1.1 Alatan gunting4.2.1.2 Bahan gambar salinan fotostat rupa bentuk bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi sate, dank rayon.4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.4.3 Ekspresi kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam menghasilkan gasing dalam bentuk 3D.4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.4.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan gasing.4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : bentuk, warna, dan imbangan dalam penghasilan gasing.4.4 Apresiasi seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.4.4.1 Memutarkan gasing yang dihasilkan sendiri.4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Objektif pembelajaran : 1. Murid dapat menyatakan dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam membuat gasing. 2. Murid dapat menghasilkan gasing mudah menggunakan box board dan lidi sate melalui sumber contoh gambar gasing.3. Murid dapat membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.LANGKAH/MASASTANDARD PEMBELAJARANAKTIVITI/ ILLUSTRASI AKTIVITICATATAN

SET INDUKSI(5 minit) Guru menayangkan video permainan gasing kepada murid. Guru menunjukkan gasing sebenar atau gambar gasing. Guru berinteraksi dengan murid tentang gasing.

SOALANAdakah kamu pernah bermain gasing?JANGKAAN JAWAPANPernah bermain gasing kanak-kanak

Guru fokuskan tajuk yang diajar iaitu Membuat gasing mudah

Murid melihat video tayangan permainan gasing. Murid berinteraksi dengan guru tentang permainan gasing. Murid pernah melihat dan bermain gasing.

Strategi : Pembelajaran kontekstual, Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

Pendekatan : pendekatan induktif

Kaedah : Semulajadi (berhubungan dengan objek dan gambar)

BBM : Gambar gasing, video permainan gasing

LANGKAH 1(5 minit)

Persepsi estetik Guru menunjukkan murid contoh gasing mudah yang telah siap. Guru menunjukkan contoh corak tradisional yang mudah dihasilkan. Guru bersoal jawab dengan murid tentang elemen asas seni reka seperti bentuk, warna, dan imbangan yang ada pada contoh gasing mudah. Guru menerangkan bahagian-bahagian gasing seperti paksi, badan, dan kepala.

SOALAN Apakah bentuk gasing mudah ini?JANGKAAN JAWAPAN Gasing berbentuk bulatan.SOALAN Kenapa gasing ini perlu seimbang?JANGKAAN JAWAPAN- Supaya dapat berpusing dengan laju.

Murid melihat contoh dan corak tradisional yang mudah untuk penghasilan gasing mudah ini. Murid bersoal jawab dengan guru tentang unsur seni dan prinsip rekaan pada gasing mudah yang ditunjukkan. Murid menjawab soalan guru. Murid melihat alat dan bahan dan mendengar penerangan guru mengenai alat dan bahan untuk menghasilkan gasing mudah.

Pendekatan : Pendekatan induktif

Teknik : Bersoal jawab

KBT : Kemahiran berfikir asas seni reka

BBM : Contoh gasing mudah

Strategi : Konstruktivisme (pengetahuan sedia ada mengenai elemen asas seni reka)

Kaedah : Terus (Penerangan mengaitkan objek dan bahan sebenar)

LANGKAH 2(15 minit)

Aplikasi seni Guru menunjukkan kepada murid alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan gasing mudah. Guru menunjuk cara menghasilkan gasing mudah dengan menggunakan box board.

Langkah 1 Melakar corak pada bulatan yang telah disediakan dan mewarnakannya.

Langkah 2 Menampal hiasan corak pada box board. Menggunting bentuk bulatan bagi menghasilkan badan gasing.

Langkah 3 Mencucuk dan melekatkan lidi sate pada bahagian tengah badan gasing menggunakan gam UHU.

Alat dan bahan yang digunakan :1.Gunting2.Lidi sate3.Box board4.Gam5.Kertas A4 yang terdapat rupa bulatan6.Krayon- Murid melihat guru melakukan sesi demonstrasi penghasilan gasing mudah.

BBM : Alat : gunting, Bahan : box board, lidi sate, krayon, dan kertas A4

Pendekatan : Berpusatkan bahan

Teknik : Demonstrasi

Kaedah : Tunjuk cara

LANGKAH 3(25 minit)

Ekspresi kreatif Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru meminta murid memulakan proses menghasilkan gasing mudah. Guru memantau proses kerja murid. Guru membimbing murid.

Setiap murid secara individu diminta menghasilkan gasing mudah dengan bekerjasama dalam kumpulan. Murid menghasilkan gasing mudah menggunakan box board. Setiap murid menjalankan aktiviti seperti yang ditunjukkan dalam langkah 1-3 dengan bimbingan guru.

Strategi : Kecerdasan pelbagai (visual-ruang), Belajar cara belajar

Teori : Teori Gardner Kecerdasan pelbagai (Visual-ruang, kinestetik)

EMK : Kreativiti & Inovasi

Nilai : Sabar, Kerjasama, Ketekunan

PENUTUP(10 minit)

Apresiasi seni Guru menerangkan gasing sebagai warisan budaya. Guru meminta dua orang murid untuk memutarkan gasing mereka dan membuat sesi apresiasi terhadap gasing mudah yang telah dihasilkan. Aspek kognitif Guru membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran hari ini. Aspek sosial Merumuskan mengenai sikap, psikologi murid kehadiran dan komitmen murid dalam PdP. Murid menyatakan perasaan sepanjang melaksanakan penghasilan gasing mudah ini.

Murid menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada gasing mudah yang telah dihasilkan. Murid cuba memutarkan gasing mudah yang telah dihasilkan. Murid menyatakan perasaan semasa melakukan gasing mudah tersebut. Murid diminta mempamerkan hasil gasing mudah dan diletakkan di sudut pameran dalam kelas.

Kaedah : Linguistik

Strategi : Kecerdasan pelbagai (Verbal-linguistik)

KBT : Kemahiran berfikir (apresiasi seni)

Pendekatan : Berpusatkan murid

REFLEKSI :