rph-tapak-pembelajaran.doc

15
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 Bestari Tarikh 02 April 2013 Masa 8.45 – 9.45 pagi Tema Mari Bertani Tajuk Buah-buahan Tempatan Fokus Utama Standard Kandungan : 2.2. Membaca dan memahami perkataan, rasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul Standard Pembelajaran : 2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul. Fokus Sampingan Standard Kandungan : 3.3. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul Standard Pembelajaran : 3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan betul. Objektif Pada akhir pengajaran murid dapat : 1. Membaca lima ayat tunggal daripada petikan dengan sebutan yang betul. 2. Membina dan menulis lima perkataan dan

Upload: eradidana

Post on 02-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Tahun 1 Bestari

Tarikh 02 April 2013

Masa 8.45 – 9.45 pagi

Tema Mari Bertani

Tajuk Buah-buahan Tempatan

Fokus Utama Standard Kandungan :

2.2. Membaca dan memahami perkataan, rasa dan ayat

daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Standard Pembelajaran :

2.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada

pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan Standard Kandungan :

3.3. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat

dengan betul

Standard Pembelajaran :

3.3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi

diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung

dengan betul.

Objektif Pada akhir pengajaran murid dapat :

1. Membaca lima ayat tunggal daripada petikan dengan

sebutan yang betul.

2. Membina dan menulis lima perkataan dan ayat

dengan betul.

3. Menyenaraikan nama buah-buahan tempatan yang

mereka tahu.

Pengisian Kurikulum Ilmu : Sains, Muzik, DSV dan Kesihatan

Nilai : Kesyukuran

KBT : Belajar Cara Belajar(BCB), Kontekstual,

1

Page 2: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

Kemahiran Berfikir(KB)

Sistem Bahasa Tatabahasa : Kata nama am, kata adjektif

Media Bahan maujud, kad gambar, video, slaid power point

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah/

Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran &

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

5minit

1 Rakaman visual gambar

buah-buahan tempatan.

1.Murid melihat gambar yang

ditunjukkan melalui rakaman

visual.

2.Guru mengaitkan bahan

ransangan dengan tajuk

pembelajaran pada hari itu

Paparan slide buah-

buahan

KBT :

Kontekstual –

Mengalami,

Menghubungkaitkan

Langkah 1

10minit

1.Bersoal jawab

- Namakan 5 buah-buahan

yang telah ditunjukkan.

2.Membaca petikan pendek

“ Buah-buahan di Dusun

Pak Abu “

2.Aktiviti membaca :

kelas

individu

1.Murid bersoal jawab tentang

nama buah-buahan yang

ditunjukkan.

2.Murid menamakan buah-

buahan selain yang

ditunjukkan dalam gambar.

1.Murid membaca petikan

pendek yang ditayangkan

pada slide power point secara

kelas.

2.Murid diminta membaca kuat

mengikut intonasi yang betul

KBT :

KB – Menjanakan

idea dan Mengingat

Lampiran 1:Petikan

BCB – Bacaan

intensif

2

Page 3: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

3.Bersoal jawab

4.Mengeja nama buah-

buahan :

durian

rambutan

mangga

langsat

ciku

secara kelas dan individu.

1.Murid dan guru

bersoaljawab tentang nama

buah-buahan yang terdapat

dalam petikan yang dibaca.

1.Murid mengeja nama buah-

buahan yang terdapat dalam

petikan.

2.Murid menyebut perkataan

berdasarkan gambar yang

ditunjukkan

Langkah 2

10minit

1.Berbual dan berbincang

2. Menjawab soalan

1.Apakah buah yang

ditanam oleh Pak Abu ?

2.Siapakah yang

membantu Pak Abu

menjaga dusunnya ?

3.Mengapakah Pak Abu

membungkus buah-buahan

yang sedang masak ?

4.Mengapakah penduduk

kampung suka membeli

1. Murid dan guru berbual dan

berbincang tentang

kandungan petikan yang

dibaca.

2.Murid menjawab soalan

yang dikemukakan dengan

pendapat dan pandangan

sendiri dengan ayat yang

betul.

3.Murid menjawab soalan

berdasarkan petikan.

Lampiran 2 –

soalan dan jawapan

KBT :

KB – Menjanakan

idea

Sistem Bahasa:

Kata nama am

Kata adjektif

Nilai : Bersyukur

Ilmu : Dunia Sains

dan Teknologi,

Pendidikan

Kesihatan3

Page 4: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

buah-buahan Pak Abu ? 5.Berapakah luas dusun

Pak Abu ?

Langkah 3

10minit

1.Menulis perkataan

2.Membina dan menulis

ayat.

1.Murid berbual tentang

gambar.

2.Murid menulis perkataan

berdasarkan gambar.

3. Murid membina ayat

tentang gambar secara lisan.

4. Murid menulis ayat yang

dibina dengan menggunakan

ejaan, tanda baca dan

tatabahasa yang betul.

Gambar buah-

buahan

KBT :

KB – Menjanakan

idea

Kontekstual -

Mengalami

Langkah 4

10minit

1.Teka-teki 1.Murid menjawab soalan

teka-teki tentang buah-

buahan.

Lampiran 3 –

Soalan teka-teki

KBT :

KB – Menjanakan

idea

Kontekstual –

Menghubungkaitkan

KP _ Verbal-

linguistik

Pemulihan

7minit

1.Mengeja dan membaca

pekataan

-lampiran 4

1.Murid mengeja dan

membaca perkataan

berdasarkan gambar

Betik

Tembikai

KBT :

BCB – Bacaan

Mekanis

Page 5: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

Belimbing

Langsat

Ciku

2.Murid memadankan gambar

dengan perkataan.

Kontekstual -

Menghubungkaitkan

Pengayaan

5minit

Tatabahasa:

1. Kata nama am

2. Kata adjektif

- Lampiran 5

1.Murid senaraikan kata nama

am dan kata adjektif yang

terdapat dalam petikan yang

telah di baca pada langkah 1.

Kata nama am :

1. Dusun

2. Pokok

3. Lelaki

4. Burung

5. Tupai

Kata adjektif :

1. Luas

2. Masak

3. Suka

4. Lazat

5. Murah

Lampiran 1 -

Petikan

Sistem Bahasa :

Kata nama am

Kata adjektif

Penutup

3minit

1.Menyanyi

2.Penerapan nilai

-Bersyukur

-Berterima kasih

1.Murid menyanyi lagu ‘Buah-

buahan’ mengikut visual yang

dipaparkan.

2.Guru menerapkan nilai-nilai

murni yang terdapat dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Lampiran 6- Lirik

lagu Buah-buahan

Tempatan

KBT :

KP – Muzik

4

Page 6: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

Lampiran 1 : Petikan

Pak Abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan. Dia menanam berbagai-

bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, mangga,

langsat dan ciku di dusunnya.

        Dusun Pak Abu adalah seluas dua hektar. Pak Abu dibantu oleh dua

orang anak lelakinya untuk menjaga kebun tersebut.

        Tiap-tiap pagi , Pak Abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram

pokok-pokok buahnya. Dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan

sekali. Pak Abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak

dangan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai.

        Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ia

murah dan lazat. Kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung

ke dusun Pak Abu untuk menikmati kelazatan buah-buahan.

5

Page 7: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

Lampiran 2

Soalan

1.  Apakah buah yang ditanam oleh Pak Abu ?

2.  Siapakah yang membantu Pak Abu menjaga dusunnya ?

3.  Mengapakah Pak Abu membungkus buah-buahan yang sedang masak ?

4.  Mengapakah penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu ?

5.  Berapakah luas dusun Pak Abu ?

Jawapan

1. Buah yang ditanam di dusun Pak Abu ialah durian, rambutan, mangga,

langsat dan ciku.

2. Pak Abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya untuk menjaga kebun

tersebut.

3. Pak Abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak

dangan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai.

4. Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ia murah

dan lazat

5. Dusun Pak Abu adalah seluas dua hektar.

6

Page 8: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

Lampiran 3

Pantun Teka-teki

a) Naik basikal pergi ke pekan

Singgah membeli periuk belanga

Sungguh manis bila dimakan

Kulitnya merah berambut pula

( Rambutan )

b) Tiap pagi pergi ke sawah

Mencari rezeki untuk keluarga

Terkenal sebagai raja buah

Durinya tajam tidak terkira

( Durian)

c) Selepas subuh pergi ke kota

Meraduk lumpur dan juga paya

Buah ini mempunyai mahkota

Badannya pula dipenuhi mata

(Nanas )

d) Adik kecil mukanya bersih

Selepas dimandi oleh bonda

Kulitnya hitam isinya putih

Rasanya manis seperti gula

( Manggis )

7

8

Page 9: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

e) Pergi ke muara menaiki rakit

Bawa balik bunga yang mekar

Buah ini pula pelik sedikit

Bijinya pula ada diluar (Gajus)

Lampiran 4 9

Page 10: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

1. Menyebut perkataan

1. Belimbing

2. Ciku

3. Langsat

4. Betik

5. Tembikai

2. Suaikan 10

Page 11: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

betik

ciku

tembikai

belimbin

g

langsat

11

Page 12: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

Lampiran 5 - Pengayaan

1. Senaraikan kata nama am yang terdapat dalam petikan yang dibaca

2. Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan yang dibaca.

Lampiran 6 : Lirik Lagu Buah-buahan Tempatan12

21

3 4

5

1

5

43

2

Page 13: RPH-Tapak-pembelajaran.doc

Ciku, manggis dan durian

Kelapa juga rambutan

Cempedak dan jambu batu

Belimbing, langsat, pulasan

Duku, nangka, pisang, mangga

Semua enak dimakan

Mari kawan mari semua

Makan buahan tempatan

13