rph pm

Upload: ng-suat

Post on 06-Jan-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PM

TRANSCRIPT

Mata Pelajaran: Pendidikan MoralKelas: 6 ArifNilai: KejujuranTajuk: Kejujuran Amalan Yang muliaMasa: 60 minit Bilangan Murid: 26 orangStandard Pembelajaran: 10.1.1, 10.1.2, 10.1.3Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran , murid dapat: 1. Menyatakan tiga contoh sikap jujur demi kesejahteraan negara. 2. Menyenaraikan tiga kepentingan bersikap jujur demi kesejahteraan Negara.

3. menceritakan perasaan apabila bersikap jujur demi kesejahteraan Negara.

EMK: i) Kreativiti kemahiran berfikir , kemahiran berbahasa.

Bahan Bantu Belajar (BBB): Peta buih , peta dakap ,kad gambar, lembaran kerja.

Penilaian: lembaran kerja, peta i think.

Strategi Pengajaran:Langkah PengajaranPenerapan/ Elemen

Set Induksi ( 5 minit )

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Kemahiran berbahasa

i. Murid meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru. Lampiran 1 ii. Murid bercerita berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan.- jujur dalam menjalankan tugas- jujur dalam menjalankan perkhidmatan- jujur dalam melaksanakan kewajipan kepada negaraiii. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk hari ini .

Langkah 1 ( 15 minit )

Kemahiran sosial

i-Think

Obj : 1

i. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan .ii. Murid membincangkan contoh-contoh bersikap jujur demi kesejahteraan negara.iii. Murid menghasilkan peta buih tentang bersikap jujur demi kesejahteraan negara (Lampiraan 2).

Langkah 2 ( 25 minit )

Kemahiran KreativitiKBATObj : 2,

i. Murid menghubungkait sikap jujur dengan kepentingannya kepada kesejahteraan negara. ii. Murid membina peta minda dan membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.iii. Guru merumuskan hasil pembentangan kumpulan.

Langkah 3 ( 10 minit )Aktiviti Pengukuhan / Pengayaan / Pemulihan

Kemahiran kajian masa depan

Obj : 3

i. Murid diberikan lembaran kerja berbentuk situasi.ii. Murid menulis tindakan yang sesuai.iii. Murid menyatakan perasaan setelah melakukan tindakan tersebut.(Lampiran 4).iv. Murid murid menandakan betul/salah berdasarkan gambar.(kumpulan pemulihan).

Penutup ( 5 minit )

Kemahiran Didikhibur

i. Murid menyanyi lagu rasa sayang dengan bimbingan guru.ii. Guru merumuskan PdP menerusi gambar simbolik kejujuran.

Refleksi:__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN

PETA MINDA

TAJUK LAGU: RASA SAYANG

Rasa Sayang He Rasa Sayang2x HeHei Lihat Nona Jauh Rasa Sayang2x He

Sungguh pahit buah peria,Dimasak gulai buat santapan ;Bersikap jujur amalan mulia,Jadi panduan dalam kehidupan;

Rasa Sayang He Rasa Sayang2x HeHei Lihat Nona Jauh Rasa Sayang2x He

Harum Mewangi Bunga Melati,Indah Berseri Segenap Desa;Negara dikenali Serta dihormati,Rakyat Harmoni Aman Sentosa ;

Contoh Lembaran kerja(kumpulan pengayaan)

BilSituasiTindakanPerasaan

Contoh lembaran kerja (kumpulan pemulihan)

Gambar Gambar rasuahGambarSeorang lelaki menyerahkan dompet yang dijumpainya ke balai polis

Gambar situasiSeorang murid mengaku telah memecahkan pasu bunga di depan kelas mereka dengan tidak sengaja.GambarMeminta bayaran selepas menolong kawan mengangkat beg semasa kawan sakit