rph microteaching: ilmu ekonomi

7
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA GGGE 2113: KURIKULUM DAN PEDAGOGI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MACROTEACHING PENSYARAH: DR. RUSLIN BIN AMIR NAMA GURU: FAZHANI BINTI CHE MAT ZAIN PENDIDIKAN EKONOMI P79014

Upload: fazhani-faz

Post on 14-Apr-2017

124 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGE 2113: KURIKULUM DAN PEDAGOGI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) MACROTEACHING

PENSYARAH:

DR. RUSLIN BIN AMIR

NAMA GURU: FAZHANI BINTI CHE MAT ZAIN

PENDIDIKAN EKONOMI P79014

(PEMBELAJARAN MAKRO)

Tingkatan : 6 Bawah

Hari : Selasa

Bilangan Murid: 13 orang

Tarikh : 24 November 2015

Masa : 2.10 pm – 2.40 pm

Tempoh : 30 minit

Matapelajaran: Mikroekonomi

Tajuk Utama : Bab 1: Ilmu Ekonomi

Sub Tajuk : Konsep Kos Melepas dan Jenis Barangan

Fokus Utama : Sesi pengajaran dan pembelajaran ini, fokus utama yang ingin ditekankan

ialah mengenai konsep kos melepas dan jenis-jenis barangan. Konsep kos melepas ialah di

mana sesuatu pilihan yang dibuat akan menyebabkan berlakunya kos melepas. Kehendak

manusia adalah meliputi barang dan perkhidmatan. Jadi guru akan menerangkan jenis-jenis

barangan yang meliputi barang dan perkhidmatan iaitu barang ekonomi, barang percuma

dan barang awam.

Kata Kunci :kos melepas,barang ekonomi, barang percuma dan barang awam

Objektif Pembelajaran:

1. Memahami bahawa sesuatu pilihan akan menyebabkan berlakunya kos melepas

2. Memahami ciri-ciri jenis barangan dan mengklasifikasikan barangan

Hasil Pembelajaran:

Diakhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

1. Menjelaskan konsep kos melepas

2. Menyatakan ciri-ciri jenis-jenis barang dan perkhidmatan

3. Mengenalpasti jenis-jenis barang dan perkhidmatan

Alat Bantu Mengajar (ABM): Slide power point dan buku teks

Penerapan Nilai: Kepercayaan kepada Tuhan, minat dan ingin tahu, tekun, berkeyakinan,

jujur, berusaha, kerjasama, berfikiran terbuka, patuh arahan dan hormat menghormati.

Rujukan Guru:

1. Buku teks Mikroekonomi Pra-U STPM/Matrikulasi

2. Sukatan Mata Pelajaran Mikroekonomi Tingkatan 6 bawah

3. Gambar rajah dari internet

KBKK : berfikir, menggambarkan, menjawab soalan, mencirikan

Pendekatan : Berpusatkan guru dan berpusatkan murid

Kaedah : Soal jawab, penerangan dan penumpuan

LANGKAH / MASA

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STRATEGI /

KAEDAH / NILAI MURNI / ABM /

KBKK Aktiviti Guru Aktiviti Murid

1 Minit

Pendahuluan

Guru memberi salam kepada pelajar Guru bertanyakan khabar murid-murid

Murid menjawab salam guru. Murid mula berminat dan bersemangat untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kepercayaan kepada Tuhan dan penumpuan

Set Induksi 2 Minit

Mengimbas kembali pembelajaran yang telah diajar pada minggu sebelumnya kerana ianya mempunyai perkaitan dengan topik yang ingin dipelajari pada hari ini

Guru bertanya kepada murid tentang topik yang diajar pada minggu lepas Guru menunjukkan slide dan bertanyakan kepada murid barangan yang terdapat di dalam slide pertama.

Murid mengingati sedikit sebanyak topik pembelajaran minggu lepas Murid menyatakan beberapa jenis barangan yang dilihat pada slide yang dipancarkan.

KBKK: Berfikir dan jawab soalan

Guru mengaitkan soalan tersebut dengan topik yang akan diajar

Murid menumpukan perhatian dan bersedia untuk belajar

Langkah 1 8 Minit

Penerangan a) Definisi kos lepas b) Penyebab berlakunya kos lepas

Dengan menggunakan slide powerpoint, guru menjelaskan dan menerangkan kepada murid secara ringkas berkenaan dengan definisi kos lepas Guru memberikan contoh: 1. Pemilihan kerajaan untuk membelanjakan wang RM1juta samada untuk membina hospital atau sekolah Berdasarkan contoh slide, guru akan menguji kefahaman murid dengan bertanyakan murid pemilihan yang menyebabkan kos melepas. 1. Seorang wanita sedang memikirkan sama ada untuk membeli: -buku @ beg tangan -beg tangan @ jam tangan -jam tangan @ kasut -kasut @ buku Guru menerangkan kenapa kos lepas wujud dan berlaku dalam kehidupun seharian dengan mengaitkan konsep kekurangan dan pilihan

Pelajar memberikan perhatian dan kerjasama ketika guru memberikan penerangan Pelajar memberikan tumpuan dan menulis sedikit nota Pelajar cuba memahami konsep kos lepas yang diterangkan guru berdasarkan contoh-contoh yang diberikan Berdasarkan keterangan guru dan pemahaman murid, murid dapat menjawab soalan yang diajukan oleh guru berkaitan dengan pemilihan yang menyebabkan berlakunya kos lepas Murid memahami gambaran yang ditunjukkan oleh guru berkenaan dengan kewujudan kos lepas dalam kehidupan mereka Murid mengajukan soalan kepada guru berkaitan dengan konsep kos lepas dan keutamaan pilihan yang perlu dilakukan agar mencapai kepuasan diri ketika membuat sesuatu keputusan.

Pendekatan: Berpusatkan guru dan pelajar Kaedah: Penumpuan, soal jawab dan keterangan ABM: Buku teks dan slide power point Nilai: Menghormati guru, tekun, berusaha untuk memahami, rajin, dan patuh arahan guru KBKK: Berfikir dan membuat gambaran

Sekali lagi, guru memberikan contoh bajet kerajaan untuk membina hospital atau sekolah agar murid faham tentang konsep kos melepas

Langkah 2 8 Minit

Penerangan a) Ciri-ciri barang ekonomi, barang percuma dan barang awam b) Perbandingan jenis barangan

Guru menerangkan ciri-ciri barang ekonomi, barang percuma dan barang awam berserta dengan contoh. Guru merangsang minda pelajar untuk menyatakan contoh barang ekonomi, barang percuma dan barang awam yang terdapat disekeliling pelajar Dengan slide yang ditunjukkan kepada murid, guru membuat perbandingan kesemua ciri-ciri jenis barang ekonomi, barang percuma dan barang awam yang meliputi pengeluar, pengeluaran, kos, penggunaan dan persaingan, konsep kos lepas dan contoh

Pelajar menumpukan perhatian terhadap penerangan guru berkaitan dengan ciri-ciri jenis barangan Murid memberi ransangan dengan menjawab soalan yang diajukan oleh guru dengan melihat sekeliling murid Berdasarkan jadual yang dipancarkan pada slide, murid lebih memahami ciri-ciri jenis barangan ekonomi, barangan percuma dan barangan awam. Murid bertanyakan soalan yang berkaitan dengan ciri jenis barangan agar dapat memahami dengan lebih lanjut.

Pendekatan: Berpusatkan guru dan pelajar Kaedah: Penumpuan, soal jawab dan keterangan ABM: Buku teks dan slide power point Nilai: Menghormati guru, tekun, berusaha untuk memahami, rajin, dan patuh arahan guru KBKK: Berfikir dan membuat gambaran

Langkah 3 8 Minit

Aktiviti bersama

Guru meransang minda murid dengan melakukan 2 pop kuiz: 1. Perbezaan air mineral dan air hujan

Murid mampu mengklasifikasikan jenis barangan dan menerangkan ciri-ciri jenis barangan

Pendekatan: Berpusatkan guru dan pelajar Kaedah: Soal jawab dan

2. Perbezaan jalan raya dan lebuh raya

Murid menyatakan beberapa jenis barangan supaya dapat membezakan jenis barangan seperti cahaya matahari dan solar

keterangan ABM: Buku teks dan slide power point Nilai: Menghormati guru, tekun, berkeyakinan tinggi, kerjasama, dan patuh arahan guru KBKK: Berfikir

Penutup 3 Minit

Membuat rumusan

Guru menggalakkan murid untuk menanyakan soalan berkaitan topik yang dipelajari iaitu kos lepas dan jenis barangan Guru membuat rumusan bersama-sama murid tentang topik yang telah dibincangkan agar murid-murid memahami tentang topik yang dipelajari pada hari ini

Murid memberi respon terhadap persoalan yang diajukan oleh guru Murid juga membuat rumusan berkaitan tajuk yang telah dipelajari

Pendekatan: Berpusatkan guru dan pelajar Kaedah: Membuat kesimpulan ABM: Buku teks dan slide power point Nilai: Menghormati guru, tekun, jujur, rajin, dan patuh arahan guru KBKK: Membuat kesimpulan dan merumuskan idea

Ulasan Pensyarah