rph lontar peluru

4

Click here to load reader

Upload: muhammad-farhan-abdul-aziz

Post on 06-Jul-2015

593 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph lontar peluru

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

RANCANGAN LATIHAN PASUKAN OLAHRAGA

Latihan : Olahraga

Kumpulan/Pasukan : Tingkatan 1 Bukhari

Peringkat Umur : 13 tahun

Tarikh : 13 Januari 2014 Masa : 8.30 – 9.30am Tempoh :1 jam

Tempat : Padang sekolah

Tajuk Kemahiran : Lontar Peluru

Objektif latihan :

1. .Pelajar mengetahui fasa-fasa kemahiran dan lontar peluru

2. Pelajar dapat melakukan fasa-fasa dalam lontar peluru

3. Pelajar dinilai dalam pertandingan lontar peluru

Aktiviti Organisasi/ butiran latihan

1) Memanaskan badan 1.1 Larian Padang 1.2 Regangan Badan

-Pelajar berlari keliling padang sebanyak satu pusingan - Pelajar menarik nafas tiga kali perlahan -lahan. 1- Regangan otot sisi leher - Pelajar mendongak kepala ke atas kemudian ke bawah, ke kiri dan ke kanan dengan menolak menggunakan tangan secara lembut dalam kiraan 8 saat setiap pergerakan. 2. Regangan otot pinggang - Pelajar secara perlahan-lahan membengkokkan pinggang ke kanan sambil tangan kanan menahan di pinggang dan tangan kiri diangkat menghala ke kanan. - Pelajar mengulang aktiviti yang sama untuk pinggang kiri dengan kiraan 8 saat. 3. Regangan otot kaki dan pergelangan - Angkat kaki ke belakang badan dengan menggunakan tangan. - tahan keseimbangan badan dalam kiraan 8 saat. - Angkat kaki ke hadapan dan buat

Page 2: Rph lontar peluru

1.3 Permainan kecil “Menyentuh Lutut” 2) Kemahiran Teknik memegang peluru dan kedudukan peluru 2.1 Fasa permulaan (Gaya O’Brien ) 2.2 Fasa Kilasan

dalam kiraan 8 saat -Tukar kaki dan lakukan aktiviti yang sama. 4. Menarik nafas tiga kali 1. Pelajar dibahagi secara berpasangan 2. Pelajar berdiri di hadapan satu sama lain 3. Guru memberi masa 2 minit untuk pelajar cuba menyentuh lutut pasangan masing masing 4. Ulang langkah ini dengan menukar posisi antara pasangan 5. Aktiviti diakhiri dengan menarik nafas sebanyak 3 kali. - Pelajar diajar memegang peluru dengan menggunakan tiga jari atau lima jari yang diregangkan sedikit. - Pastikan peluru tidak berada pada tapak tangan. - Bawa peluru ke leher di bawah telinga. - Siku perlu dibawa keluar dengan pangkal lengan membuat sudut 90 darjah dengan badan 1. Pelajar perlu berdiri di bahagian belakang bulatan dalam kedudukan membelakangkan sektor lontaran 2. Bengkokkan lutut kanan untuk merendahkan bahagian atas badan. 3. Gunakan tangan kiri untuk mengimbangkan badan. 4. Pada masa yang sama, rendahkan pusat graviti dengan merendahkan bahagian pinggul dan bahu. 1. Kaki kiri dibengkokkan dan badan direndahkan sebagai persediaan untuk fasa kilasan. 2. Kaki kiri ditendang ke belakang sambil kaki kanan mengesot ke tengah bulatan. Bahagian atas badan masih rendah. 3. Kaki kanan dibawa ke bahagian bawah badan dan kaki kiri diletakkan di hadapan bulatan

Page 3: Rph lontar peluru

2.3 Fasa Lontaran 2.4 Fasa ikut lajak 3) Penilaian / Pertandingan 4) ‘Cooling Down’ 5) Refleksi

1.Putarkan kaki kanan pada yang berpaksi pada bebola kaki ke arah lontaran 2. Kilas pinggang, dada dibawa ke hadapan dan badan diangkat ke atas. 3. Peluru ditolak bermula dengan bahagian bahu, diikuti dengan tangan dan jari. 4. Kedua –dua kaki menyentuh tanah semasa peluru dilontar 1. Kaki kanan dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu keseimbangan badan. 2. Setelah peluru jatuh ke tanah, pelontar keluar dari belakang bulatan 1. Setiap pelajar perlu melaksanakan setiap fasa lontar peluru secara bergilir gilir untuk dinilai. 2. Guru menilai dengan memberikan markah bagi setiap fasa yang dilakukan dengan betul. 3. Pelajar terbaik diberikan hadiah sebagai penghargaan. 1.Ulangi regangan badan seperti aktiviti pemanasan badan. Bezanya aktiviti ini perlu dilakukan bermula daripada bahagian kaki hingga ke kepala. 2. Tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut sebanyak 3 kali 3. Nafas terakhir ditahan sehingga kiraan 8 dan dihembus dengan kuat. Aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik walaupun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan permasalahan. Pertama adalah kekurangan peluru. Dalam aktiviti teknik memegang peluru, pelajar diberikan peluru setiap seorang tetapi oleh sebab kekurangan alatan guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberikan satu peluru. Pelajar

Page 4: Rph lontar peluru

secara berganti-ganti menggunakan peluru tersebut. Perkara ini menyebabkan aktiviti perlu dilakukan melebihi masa yang dirancang. Permasalahan kedua adalah terdapat beberapa orang di kalangan pelajar terutamanya pelajar perempuan agak sukar untuk menguasai kemahiran dalam fasa kilasan dan lontaran. Untuk memudahkan sesi pengajaran, guru meminta beberapa pelajar lelaki yang telah mahir menjadi fasilitator bagi memantau dan mengajarkan pelajar yang belum mahir. Cara ini berkesan dan menjimatkan masa. Dalam sesi penilaian, pelajar mampu melakukan semua kemahiran dengan baik walaupun beberapa orang pelajar tidak dapat melepasi had lontaran yang ditentukan. Latihan yang berterusan mampu membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.