rph lengkap

9
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SESI 2012/2013 TAJUK: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAB5: KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH NAMA PENSYARAH: DR. SABARIAH SHARIF NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK 1. MONICA ANAK GIRA PT122157CT 2. NOOR AISAH BINTI HJ. ENDAH PT122170CT 3. NORMALIZA BINTI ABD AZIS PT122329CT 4. NURMIAH BINTI DARWIS PT122201CT

Upload: iezaku

Post on 27-Jun-2015

2.885 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph lengkap

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

DTT5212

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

SESI 2012/2013

TAJUK: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAB5: KEKAYAAN EKONOMI SABAH MENARIK MINAT SYARIKAT BORNEO UTARA BRITISH

NAMA PENSYARAH: DR. SABARIAH SHARIF

NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR MATRIK

1. MONICA ANAK GIRA PT122157CT

2. NOOR AISAH BINTI HJ. ENDAH PT122170CT

3. NORMALIZA BINTI ABD AZIS PT122329CT

4. NURMIAH BINTI DARWIS PT122201CT

Page 2: Rph lengkap

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Hari : Rabu

Tarikh : 10 DISEMBER 2012

Masa : 1 Jam

Tingkatan : 2 Cerdik

Subjek : Sejarah

Topik : Bab 5: Kekayaan Ekonomi Sabah Menarik Minat Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

Sub Topik : 5.3 SBUB mengeksploitasi Hasil Bumi Sabah

5.4 Perubahan Sosial SBUB di Sabah

Objektif/Hasil Pembelajaran : Sepanjang pengajaran, pelajar dapat:

1. Menyatakan empat jenis hasil bumi utama Sabah yang dieksploitasi oleh SBUB selepas mendengar penerangan guru.

2. Menyenaraikan empat perubahan sosial yang dilaksanakan SBUB di Sabah selepas mendengar penerangan guru.

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui proses SBUB bertapak di Sabah yang mempunyai kaitan dengan tajuk ini.

Bahan Bantu Mengajar : Paparan ‘powerpoint’, hasil bumi sabah (mutiara), kertas edaran.

KBKK/KPS : Meneroka bukti, menjana idea, membuat rasionalisasi.

Strategi Pengajaran Sejarah : Komunikasi dua hala, soal jawab dan perbincangan.

Nilai/Patriotisme : Kerjasama, menghargai, patuh pada arahan.

Page 3: Rph lengkap

Langkah/Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Sub Topik: Hasil Bumi dan Perubahan Sosial di Sabah selepas pertapakan SBUB

H/P: 1. Menyatakan 4 jenis hasil bumi utama Sabah yang dieksploitasi oleh SBUB 2. Menyenaraikan 4 perubahan sosial yang dilakukan oleh SBUB

• Menunjukkan hasil-hasil bumi Sabah yang membawa kepada SBUB bertapak di Sabah.

• Bertanya ( apakah kaitan di antara kedua-dua gambar tersebut) dengan

tajuk yang akan dipelajari

• Memberitahu hasil pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar.

• Melihat hasil bumi Sabah yang diitunjukkan oleh guru.

• Menjawab pertanyaan guru terhadap tajuk yang akan dipelajari.

• Mendengar penerangan guru dengan teliti.

BBM:

• Hasil bumi Sabah seperti mutiara, bendera British.

Page 4: Rph lengkap

Langkah 1 (20 minit)

Isi pelajaran: 5.3 SBUB mengeksploitasi

Hasil bumi Sabah.

i. Hasil tradisional ii. Hasil pertanian

dagangan iii. Hasil pembalakan iv. Hasil perlombongan

• Menerangkan 4 jenis- hasil bumi yang terdapat di Sabah sambil memaparkan peta Sabah bagi daerah-daerah yang kaya dengan hasil bumi.

• Bertanya (bagaimana peranan pelajar untuk menghargai hasil bumi

ini).

• Meminta pelajar untuk meneroka bukti tentang tempat yang kaya dengan hasil bumi dengan merujuk buku teks m/s 109

• Mendengar penerangan guru sambil melihat paparan peta yang ditayangkan dan pelajar.

• Menjawab pertanyaan guru cara menghargai

hasil bumi sabah

• Meneroka bukti tempat yang kaya dengan hasil bumi dengan merujuk buku teks m/s 109

BBM:

• Slide Powerpoint jenis-jenis hasil bumi Sabah

Nilai: • Menghargai

KPS/KBKK:

• Meneroka bukti BBM :

• Buku Teks m/s 109

Page 5: Rph lengkap

Lengkapkan Peta Minda di bawah

• Mengedarkan latihan peta minda kosong yang perlu dilengkapkan oleh pelajar secara kumpulan kecil mengenai hasil bumi yang ada di Sabah.

• Memantau dan menilai perbincangan pelajar dalam setiap kumpulan kecil.

• Bertanya dalam kumpulan kecil pelajar (nyatakan 4 hasil bumi Sabah yang telah dieksploitasi oleh SBUB).

• Menerima kertas edaran peta minda koosong dan berbincang jawapan dalam kumpulan kecil .

• Berbincang dan

melengkapkan peta minda kosong.

• Menyatakan 4 hasil bumi yang terdapat di Sabah.

BBM

• Kertas edaran peta minda kosong.

• HP 1 dinilai.

Langkah 2 (20 minit)

5.4 Perubahan Sosial SBUB di Sabah.

i) Perhubungan ii) Pendidikan iii) Kesihatan iv) Perbandaran

• Memberi arahan kepada pelajar untuk membentuk beberapa kumpulan kecil.

• Meminta pelajar dalam kumpulan kecil untuk menyenaraikan 4 perubahan sosial dengan merujuk buku teks muka surat 115-119

• Mendengar arahan dan membentuk beberapa kumpulan kecil.

• Dengan merujuk buku teks, pelajar berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan 4 perubahan sosial.

Nilai: Patuh pada arahan. BBM: Buku teks m/s 115-119

Page 6: Rph lengkap

• Memantau dan menilai

hasil perbincangan

pelajar semasa pelajar

menyenaraikan 4

perubahan sosial.

• Memilih 1 wakil kumpulan tampil ke hadapan untuk menyenaraikan 4

perubahan sosial di papan putih yang dilakukan oleh SBUB .

• Membuat ulasan terhadap jawapan yang disenaraikan oleh wakil pelajar.

• Bertanya kepada pelajar (apakah peranan pelajar dalam merasionalisasikan perubahan-perubahan

ini pada masa sekarang) - Contohnya dalam

penjagaan logi air bersih

• Berbincang dan menyenaraikan 4 perubahan sosial.

• Wakil kumpulan tampil ke hadapan dan menyenaraikan 4 perubahan sosial di papan putih.

• Mendengar ulasan guru.

• Menjawab pertanyaan guru cara untuk merasionalisasikan perubahan sosial yang ada pada masa sekarang.

• HP 2 dinilai

KBKK/KPS:

• Merasionalisasikan

Page 7: Rph lengkap

Langkah 3 (10 minit)

Penilaian

• Mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh pelajar dalam kumpulan kecil.

• Menerapkan nilai kerjasama (meminta pelajar bekerjasama dalam menyiapkan lembaran kerja dalam kumpulan.

• Memantau dan menilai pelajar menyiapkan lembaran kerja dalam kumpulan kecil.

• Memilih 1 wakil kumpulan tampil ke hadapan untuk menerangkan jawapan yang telah disiapkan.

• Membuat ulasan terhadap jawapan pelajar.

• Menerima lembaran kerja dan melengkapkan latihan dalam kumpulan kecil.

• Bekerjasama menyiapkan lembaran kerja dalam kumpulan kecil.

• Berbincang dan menyiapkan lembaran kerja dalam kumpulan kecil

• Tampil ke hadapan dan menerangkan jawapan.

• Mendengar ulasan guru.

BBM:

• Lembaran kerja

Nilai:

• Kerjasama.

Lengkapkan soalan di bawah ini. 1. Nyatakan 4 jenis hasil bumi

Sabah yang dieksploitasi oleh

SBUB.

i)_______________________ ii)______________________ iii)______________________

iv)______________________

2. Senaraikan 4 perubahan sosial

yang dilakukan oleh SBUB selepas

bertapak di Sabah.

i) ______________________

ii) ______________________

iii) _____________________

iv) _____________________

Page 8: Rph lengkap

Aktiviti Pengukuhan:

1. Melakar peta minda terhadap topik yang yang telah dipelajari.

• Memberi arahan (Meminta pelajar membentuk 4 kumpulan kecil)

• Meminta pelajar melakar peta minda mengenai hasil bumi Sabah yang dieksploitasi dan perubahan sosial yang dilakukan SBUB selepas bertapak di Sabah secara kumpulan kecil mengikut kreativiti kumpulan masing-masing di atas kad masila yang disediakan oleh guru.

• Meminta wakil kumpulan tampil ke hadapan membentangkan peta minda yang telah dihasilkan.

• Memberi komen hasil

peta minda yang dihasilkan oleh

pelajar.

• Mendengar arahan dann membentuk 4 kumpulan kecil.

• Melukis peta minda mengenai hasil bumi Sabah yang dieksploitasi dan perubahan sosial yang dilakukan SBUB selepas bertapak di Sabah di atas kad manila yang disediakan oleh guru mengikut

kreativiti masing-masing.

• Wakil pelajar tampil ke hadapan dan membentangkan hasil kerja mereka.

• Mendengar komen daripada guru.

Nilai:

• Patuh pada arahan

Page 9: Rph lengkap

Refleksi :

___________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________

Penutup (5 minit)

• Rumusan hasil pembelajaran pada hari ini.

• Bertanya kepada pelajar tentang apa yang dipelajari pada hari ini.

• Meminta pelajar

bersedia untuk topik seterusnya dan membuat rujukan awal.

• Memberi pendapat tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

• Mendengar arahan guru.