rph inovasi

14
KPR 3974 : LATIHAN MENGAJAR TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI 209 (A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NUR AMMALIN BINTI MOHD NOOR D20102044735 012-5421581 NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN FAIRUZ ’ AIN BINTI HARUN TARIKH SERAH: 12HB APRIL 2014 1 TUGASAN INDIVIDU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN – INOVASI (RPH yang divideokan)

Upload: lisa-cooper

Post on 18-Dec-2015

170 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

cth rph inovasi

TRANSCRIPT

RISSEMESTER 1 SESI 2010/20

KPR 3974 : LATIHAN MENGAJARTAJUK TUGASAN

TUGASAN INDIVIDURANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INOVASI (RPH yang divideokan)

KUMPULANUPSI 209 (A132PJJ)DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

NUR AMMALIN BINTI MOHD NOORD20102044735012-5421581

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN FAIRUZ AIN BINTI HARUNTARIKH SERAH: 12HB APRIL 2014

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTajuk: Roda Ajaib Nama Kelas :Prasekolah DahliaTarikh : 15HB APRIL 2014Hari : SelasaMasa : 9.00 pagi 9.30 pagi (30 minit) Bilangan murid : 24 / 25 orang Umur : 5 & 6 tahunTunjang utama : KomunikasiStandard pembelajaranutama:(BM 3.1.3) Menyebut huruf secara rawak.(BM 3.4.3) Membina dan membunyikan suku kata hasil gabungan huruf konsonon dan huruf vokal.(BM 3.4.4) Membina dan membunyikan dua sukukata terbuka (KV + KV) secara rawak.Standard pembelajaranlain yang disepadukan:(PSE 2.2.2) Menunjukkan semangat dan sifat positif berkeyakinan.(PM 16.1.3) Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan.Kemahiran utama : Berinteraksi dengan yakin.Objektif Pembelajaran: Membunyikan huruf vokalMembunyikan suku kata KVMembaca perkataan KV KVHasil Pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:i. Membunyikan huruf vokalii. Membunyikan suku kata KViii. Membaca perkataan KVKVAktiviti Pengajaran dan Pembelajaran: Set Induksi-Dadu Huruf VokalMelekat huruf vokal pada kotak jadikan dadu besar Langkah 1-Nyanyi lagu AEIOU http://www.youtube.com/watch?v=BQ4IeX2upuEPermainan Baling dadu huruf vokal. Langkah 2 -Permainan Roda AjaibMurid pusing roda dan sebut suku kata KV+KV=KVKV.

Penutup-Mebaca suku kata yang tersenarai.Nilai: Patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertolak-ansur, bertanggungjawab, riang, gembira.

KBKK: Menjana idea, penerokaan, membunyikan suku kata gabungan huruf konsonon dan vokal, menyebut dan membunyikan gabungan suku kata dan membaca perkataan bermakna

Pengetahuan sedia ada: i. Murid-murid kenal / tahu bentuk huruf vokalii. Murid-murid kenal / tahu sebut huruf vokaliii. Murid-murid kenal / tahu bentuk huruf konsononiv. Murid-murid kenal / tahu bunyi huruf konsonon

Perlaksanaan P&P:Langkah / Isi PelajaraanPerlaksanaan Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set induksi 5 minit

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Bahan:Bimbingan guru.Kotak.Kad Huruf.

ea

oi

eu

KBKK:Menjana idea

Guru mempamerkan kotok segiempat sama. Guru menyoal murid kegunaan kotak. Guru mempamerkan pula kad huruf vokal. Guru menyatakan tujuan iaitu menghasilkan dadu besar Dadu Huruf Vokal Guru mengarahkan beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk mencabut kad huruf dan melekatkan huruf tersebut pada kotak yang dipemarkan tadi Murid melihat kotak yang dipamerkan. Murid memberi respon dengan memberikan pelbagai pendapat tentang kegunaan kotak. Murid mendengar penerangan guru untuk menghasilkan Dadu Huruf Vokal Murid tampil ke hadapan kelas dan mencabut salah satu kad huruf vokal untuk dilekatkan pada kotak yang telah disediakan.

Langkah 110 minit

Guru mempamerkan Dadu Huruf Vokal Guru mengarahkan murid menyanyikan lagu aeiou dengan iringan muzik. Guru memberi penerangan iaitu murid perlu membaling / mencampakkan dadu besar tersebut dan menyebut huruf yang terpamer. Guru menyambung penerangan iaitu kemudiannya murid perlu mencabut kad-kad huruf yang telah disediakan. Guru menyatakan bahawa sesudah itu, murid perlu menggabungkan huruf konsonon dan vokal tersebut bagi membunyikan suku kata KV Guru mengarahkan beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti membaling / mencampakkan dadu. Murid menyebut huruf-huruf vokal yang terdapat pada dadu. Murid menyanyikan lagu aeiou bersama guru Murid mendengar penerangan guru bagaimana pembelajaran menggunakan dadu tersebut. Murid memberi perhatian pada penerangan seterusnya mengenai kad yang perlu dicabut. Murid perlu tahu membunyikan suku kata KV. Murid lemah boleh mengeja dalam hati terlebih dahulu dan membunyikannya Beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas untuk menjalankan aktiviti seperti yang telaah diarahkan.Bahan:Bimbingan guru.Dadu Huruf Vokal.Kad huruf konsonon.VCD VCD PlayerTelevisyen

e a i

gd

rh

ts

ln

ck

br

KBKK:Penerokaan.Membunyikan suku kata gabungan huruf konsonon dan vokal.

Nilai:Patuh pada penerangan guru, memberi tumpuan dan riang gembira

Langkah 210 minit

Guru memperkenalkan permaian Roda Ajaib. Guru mempamerkan Roda Ajaib Guru memberi penerangan bahawa murid perlu memusingkan roda ini dan menyebut suku kata KV dalam bulat kecil terlebih dahulu dan diikuti dengan bulatan besar. Guru menjelaskan gabungan suku kata KV dalam bulatan kecil dan besar akan menghasilkan satu perkataan bermakna. Guru juga menjelaskan bahawa, mudahnyany membaca melalui roda ajaib ini. Murid mendengar penerangan guru mengenai permainan Roda Ajaib. Murid melihat Roda Ajaib yang dipamerkan. Murid menyebut suku kata KV dalam bulatn kecil secara seluruh kelas. Murid menyebut suku kata KV dalam bulatan besar secara seluruh kelas. Murid yang diarahkan tampil ke hadapaan kelas untuk membuat pusingan Roda Ajaib dan membunyikan suku kata KV + KV dan menyebut perkataannya secara terus. Murid menjalani pembelajaran belajar sambil bermain.

Bahan:Bimbingan guruRoda Ajaib

Nilai:Memberi perhatian dan tumpuanRiang gembira

KBKK:Penerokaan.Menyebut dan membunyikan gabungan suku kata

Penutup5 minit

Guru mempamerkan kad perkataan yang terhasil dari pusing Roda Ajaib Guru mengarahkan murid membaca perkataan yang dipamerkan. Murid melihat kad perkataan yang dipamerkan oleh guru. Murid membaca perkataan yang dipemerkan secara seluruh kelas.

Bahan:Bimbingan Guru

dahidaguKad Perkataan

sinisiku

cuticuka

bekubeca

KBKK:Membaca perkataan bermakna

Nilai:Riang gembira

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran:

Pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan dalam suasana yang terkawal dengan murid-murid memberikan kerjasama yang baik. Secara keseuruhannya objektif PdP pada hari ini tercapai. Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua murid gembira, seronok dan menunjukkan minat dan melibatkan diri secara aktif. Arahan yang diberikan dipatuhi dengan baik dan terdapat murid yang menyumbangkan idea dan pendapat yang bernas.

Kekuatan Pengajaran dan Pembelajaran:

Saya memulakan PdP dengan mempamerkan sebuah kotak bewarna-warni untuk menarik minat dan menyatakan tujuan. Saya berjaya menarik tumpuan murid untuk menyempurnakan kotak menjadi dadu a,e,i,o,u dengn tampalan kad-kad huruf pada kotak tersebut. Murid-murid sangat teruja untuk tampil ke hadapan mengambil kad-kad huruf untuk dilekatkan pada kotak tersebut. Murid-murid tambah gembira dan teruja apabila melihat hasil dadu a,e,i,o, u dan makin tidak sabar untuk aktiviti PdP yang seterusnya.Saya merasakan kekuatan PdP pada hari ini bermula sejak dari awal lagi iaitu set induksi dan diikuti dengan kesinambungan langkah-langkah pengajaran yang seterusnya. Saya menambahkan lagi keterujaan murid dengan nyanyian lagu a,e,i,o,u, dengan iringan muzik dari VCD yang dimainkan dikaca televisyen dalam langkah satu. Dalam langkah satu ini juga, saya menarik perhatian dan minat murid dengan aktiviti permainan dadu a,e,i,o, u. Kemuncak kekuatan PdP saya pada hari ini ialah dalam langkah 2 iaitu inovasi dalam keseronokan belajar sambil bermain dengan alat bantu mengajar yang telah saya hasilkan iaitu roda ajaib. Saya dapat melihat keseronokan, kegembiraan dan keterujaan murid dalam aktiviti pusingan roda ajaib ini. Murid-murid tambah gembira apabila dalam pusing roda ajaib ini dan dapat membunyikan suku kata gabung huruf konsonon dan vokal KV + KV.

Kelemahan Pengajaran dan Pembelajaran :

Kelemahan yang dapat saya kesan melalui aktiviti ini ialah dalam aktiviti penutup yang kurang menarik dan kekangan masa yang suntuk dalam perlaksanaan PdP pada hari ini. Saya dapat melihat murid-murid kurang gembira dan tidak seronok pada aktiviti penutup PdP pada hari ini. Dalam aktiviti penutup ini juga murid seperti kurang berminat kerana aktiviti yang kurang menarik sedangkan sejak dari awal saya telah dedahkan murid dengan keseronokan belajar sambil bermain dan selingan dengan aktiviti nyanyian. Malangnya aktiviti penutup agak kurang menarik iaitu sekadar membatangan dan membaca senarai perkataan yang ada pada roda ajaib itu.

Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran:

Setelah menyedari akan kelemahan PdP pada hari ini, saya sepatutnya memikirkan satu aktiviti paling menarik sebagai kemuncak kepada keseronokan, kegembiraan dan keterujaan murid ini. .Saya juga agak kesal dan kecewa pada penutup ativiti PdP hari ini. Sebetulnya saya perlu mengkaji dan memikirkan aktiviti yang lebih menarik lagi. Di masa akan datang saya perlu pelbagaikan lagi aktiviti pengajaran penutup dengan lebih kreatif lagi. Saya perlu lebih berhati-hati di masa akan datang agar kesalahan kecil seperti ini perlu dielakkan Dari segi kekangan masa, saya berpendapat, aktiviti yang dapat memberi tumpuan dan menarik minat murid ini perlu dilanjutkan lagi kepada pengajaran berdurasi 60 minit.

Kesimpulan

Seccara keseluruhan, saya sangat berpuas hati terhadap aktiviti PdP pada hari ini, lebih-lebih lagi dapat menghasilkan satu inovasi dengan ciptaan roda ajaib sebagai bahan bantu mengajar yang sangat menarik minat dan tumpuan murid serta dapat mencapai objek membunyikan suku kata dan membaca perkataan.

-Lampiran-CD RAKAMAN PENGAJARAN INOVASI

10