rph bmm3063

17
Rancangan Pengajaran Harian (Kemahiran Menulis) Tarikh / Hari : 19/03/2014 (Hari Khamis) Tahun : 4 Biru Bil. Murid : 28 orang Masa : 11.45 – 12.45 tengah hari Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Kekeluargaan Tajuk : Berkhemah Bersama-sama Keluarga Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: I. Menulis 3 daripada 5 frasa dengan betul dan kemas. II. Menulis 3 daripada 5 ayat mudah dengan betul dan kemas. III. Menulis 3 daripada 5 perenggan dalam petikan secara mekanis dengan betul dan kemas. Fokus Utama Standard Kandungan : 3.2 menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas. 1

Upload: gekchieng-yeo

Post on 12-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

se

TRANSCRIPT

Page 1: rph BMM3063

Rancangan Pengajaran Harian

(Kemahiran Menulis)

Tarikh / Hari : 19/03/2014 (Hari Khamis)

Tahun : 4 Biru

Bil. Murid : 28 orang

Masa : 11.45 – 12.45 tengah hari

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Berkhemah Bersama-sama Keluarga

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid

dapat:

I. Menulis 3 daripada 5 frasa dengan betul dan kemas.

II. Menulis 3 daripada 5 ayat mudah dengan betul dan

kemas.

III. Menulis 3 daripada 5 perenggan dalam petikan secara

mekanis dengan betul dan kemas.

Fokus Utama

Standard Kandungan : 3.2 menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan

ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

Standard Pembelajaran : 3.2.6 menulis ayat dalam perenggan secara mekanis

dengan betul dan kemas.

1

Page 2: rph BMM3063

Kemahiran bahasa :

a) Mendengar dan bertutur [lisan]

b) Menulis

Sistem Bahasa :

a) Tatabahasa : Kata Nama

Pengisian Kurikulum :

a) Ilmu : Kajian tempatan

b) Nilai Murni : Kasih sayang, tanggungjawab, menjaga

Kebersihan, hormat menghormati

Kemahiran bernilai tambah :

a) Konsep 5P [Pengayaan, Pemulihan, Penilaian, Penggabungjalinan,

Penyerapan]

Pengayaan : Menulis perenggan dengan tulisan yang tepat dan

kemas

Pemulihan : Menulis frasa dengan kemas dan tepat

Penilaian : Penilaian formatif

Penggabungjalinan : Penggabungjalinan kemahiran, bahan, dan aktiviti.

Penyerapan : Aspek pembelajaran, komunikasi, pengetahuan atau isi

pelajaran dan nilai murni

b) EMK {Elemen Merentas Kurikulum}

Kajian Masa Depan : Murid dapat menulis dengan tulisan yang

kemas tanpa perlu dilatih dan dibimbing

lagi.

c) Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran berfikir : Menjana Idea dan Menghubung kaitkan

Kemahiran belajar cara belajar : Mendengar dengan berkesan.

2

Page 3: rph BMM3063

Kecerdasan Pelbagai : Verbal inguistic, interpersonal,

dan visual ruang.

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid selalu dinasihati untuk menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.

Bahan Bantu Mengajar : [Tidak Termasuk Buku Teks / Buku Lembaran Kerja]

Bil Bahan Jumlah

1 LCD 1

2 Skrin 1

3 Gambar tentang aktiviti berkhemah 1

4. Kad Bergambar 5

5.Lembaran kerja bagi aktiviti pengayaan dan

pemulihan.5

Perincian Penyampaian / Perlaksanaan Pengajaran – Pembelajaran:

3

Page 4: rph BMM3063

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Permulaan/

Set Induksi

5 minit

Penyoalan menggunakan teknik MASB2D

I. Apakah aktiviti yang dijalankan dalam gambar?

II. Pernahkah anda pergi berkhemah?

III. Apakah aktiviti yang dijalankan semasa berkhemah?

1. Guru menayangkan gambar aktiviti berkhemah.

2. Guru dan murid berbincang tentang gambar yang ditayang.

3. Murid menceritakan perngalaman berkelah.

BBM:

Gambar aktiviti berkelah

KBT:

Menghubung-kait

BCB:

Mendengar secara aktif

Menyuarakan pendapat

Teknik/Kaedah

Penyoalan Kecerdasan

Pelbagai Pembelajaran

Kontekstual

Pengisian Kurikulum

Ilmu Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi

Pendidikan Alam Sekitar

Langkah 1

10minit

-

15 minit

Teks bacaan :

1. Guru menayangkan petikan yang bertajuk”Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga”.

2. Guru dan murid membaca bersama tentang petikan.

3. Guru memilih beberapa orang murid untuk membaca teks tersebut.

4. Guru menerangkan tentang petikan.

BBM:

Petikan

KBT:

Menghubung- kait

Menyuarakan pendapat

BCB:

Mendengar secara aktif

Menyuarakan

4

Page 5: rph BMM3063

5. Guru dan murid bersoal jawab tentang petikan.

pendapat

Teknik

Membaca secara mekanis

Soal jawab

Pengisian Kurikulum

Ilmu Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi

Pendidikan Alam Sekitar

Langkah 2

15minit

20 minit

Menulis Frasa

Lampiran 1

cuti sekolah memandu kereta mendirikan khemah menikmati

pemandangan membersihkan tapak

1. Guru meminta murid membaca frasa yang telah dihitamkan dalam teks.

2. Guru dan murid baca bersama berkenaan frasa berkenaan.

3. Guru mengedarkan kertas bergaris tiga.

4. Guru menjalankan imlak.

5. Murid diminta untuk menulis frasa yang disebut dengan betul dan tepat.

BBM:

Petikan Kertas garis

empat(Saiz A4)

KBT:

Mengenal pasti

Teknik/ Kaedah

Imlak

Pengisian Kurikulum

Ilmu Kemahiran

Menulis

Langkah 3 Aktiviti Pengayaan: Pengayaan BBM:

5

Page 6: rph BMM3063

(Menulis)

10minit

-

20 minit

Lembaran Kerja (Lampiran 2)

Menyalin semula petikan yang diberi dengan kemas dan tepat.

Aktiviti Pemulihan

Kad bergambar (frasa)

tapak perkhemahan unggun api air terjun memancing ikan mendirikan khemah

Papan Putih Bergaris Empat

Latihan menulis

1. Murid diedarkan dengan petikan.

2. Murid menjawab soalan berdasarkan petikan.

3. Murid kemudian diminta menyalin petikan dengan kemas dan tepat dalam buku latihan masing- masing.

1. Guru menunjukkan beberapa kad frasa yang ditulis dengan kemas.

2. Guru menulis beberapa frasa di atas papan putih bergaris empat. dengan kemas.

3. Guru meminta murid menulis frasa yang ditunjukkan melalui kad bergambar di atas papan putih yang disediakan.

4. Guru memperbetulkan kesalahan dalam penulisan murid.

5. Guru memberikan aktiviti menulis.

Lembaran Kerja

Papan Putih Bergaris Empat

Pengisian Kurikulum

Ilmu Kemahiran

Menulis

NIlai

Kerajinan Tanggungjawab

Penutup

(5 minit)

Imlak 1. Guru menyebut beberapa frasa yang telah dipelajari dan murid menulis frasa tersebut.

KP

Verbal LInguistik

Nilai

Kerajinan

6

Page 7: rph BMM3063

Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dibina di atas, aktiviti yang dilaksanakan

adalah memberi tumpuan dan fokus kepada penggunaan kemahiran menulis dalam

pengajaran pemulihan bagi kelas biasa untuk murid Tahun 4. Dalam kelas Tahun 4, guru

telah mendapat bahawa terdapat 4 orang murid dalam kelas terbabit telah mengalami dalam

masalah menulis. Jenis masalah menulis yang dikenalpasti ialah tidak tekal iaitu menulis

atas garisan, antara garisan, saiz huruf tidak seimbang dan perkataan ditulis sendeng.

Menurut Lado (1964, 14), menulis ialah meletakkan simbol grafik yang mewakili bahasa

yang difahami orang lain. Jadi, orang lain dapat membaca symbol grafik itu. Berikutan

daripada itu, sekiranya murid tidak dapat menulis dengan baik, maka amat susah untuk

orang lain yakni pembaca untuk meninterprestasikan maksud tulisan yang ditulis.

Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dibina, guru telah menggunakan

tema kekeluargaan yang bertajuk “Berkhemah Bersama Keluarga”. Objektif yang ingin

dicapai bagi murid pemulihan ialah pada akhir pembelajaran, murid dapat menulis frasa

dengan tulisan yang kemas dan tepat. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti

pemulihan ini ialah selama 20 minit dan ianya dijalankan serentak dengan aktiviti

pengayaan. Namun pada aktiviti pemulihan, guru akan membimbing dan menjadi fasilitator

bagi memastikan murid dapat mencapai objektif pembelajaran.

Pada 10 minit pertama, guru menggunakan bahan bantu mengajar iaitu kad

bergambar yang disertakan dengan frasa dan papan putih bergaris empat yang disediakan

khas untuk aktiviti menulis. Papan putih ini adalah berbentuk segi empat yang dibina

daripada paparan plastik yang boleh ditulis pada permukaannya dengan marker white

board. Menurut Mook Soon Sang, penggunaan alat bantu mengajar secara berkesan dan

berterusan sememangnya memberi faedah kepada guru dan murid pendidikan pemulihan.

Maka dengan adanya bahan bantu mengajar yang disediakan, sekurang-kurangnya dapat

menarik perhatian murid ketika aktiviti pemulihan dijalankan. Dalam aktiviti pertama ini, guru

akan membimbing murid untuk membaca frasa berkenaan. Kemudian, guru menulis frasa

berkenaan di atas papan putih bergaris empat yang telah disediakan. Pada masa itu, guru

akan menunjukkan cara menulis yang betul, kemas dan tepat. Selepas itu murid pula

diminta untuk menulis frasa yang disebut oleh guru di atas papan putih bergaris empat

berkenaan. Ketika murid menulis frasa berkenaan, guru akan memerhati punca murid yang

menghadapi masalah dalam kemahiran menulis, sama ada disebabkan pegangan

penselnya atau murid sukar untuk mengekalkan tulisan yang sama atau postur badan ketika

menulis menyebabkan tulisan murid sendeng. Murid akan disuruh menulis frasa di atas

papan putih bergaris empat secara individu. Dengan ini, murid akan rasa kelainan dalam

pembelajaran dan tidak terlalu bergantung pada lembaran kerja yang agak membosankan

dan tidak menyeronokan.

7

Page 8: rph BMM3063

Papan putih yang disediakan oleh guru untuk aktiviti menulis

Pada 10 minit seterusnya, guru akan mengedarkan aktiviti pertama terlebih dahulu

iaitu menulis frasa di dalam buku latihan bergaris tiga. Guru akan memerhatikan cara murid

memegang pensil pula. Jika sebelum ini, guru meminta murid menulis di atas papan putih

yang disediakan, sekarang murid akan menulis seperti biasa. Semasa aktiviti menulis

dijalankan, guru akan menjadi pemerhati. Melalui pemerhatian, guru akan membuat

penambahbaikan terhadap tulisan murid. Contohnya, mungkin semasa menulis, murid

pemulihan tersebut tidak duduk dengan baik, jadi frasa yang ditulisnya sendeng atau

tulisannya ditulis atas garisan. Bagi murid yang tidak dapat menetapkan ruang antara

perkataan, guru akan meminta murid mengagak jarak antara perkataan yakni tidak terlalu

dekat dan tidak pula terlalu jauh.

Pada aktiviti kedua pula, guru akan meminta murid untuk menyalin semula satu

perenggan petikan. Selepas habis menyalin, murid akan bertukar hasil tulisannya tadi

dengan pasangannya. Guru akan meminta murid menyemak hasil tulisan pasangan masing-

masing. Murid akan diminta membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan mereka.

Melalui aktiviti ini, murid akan dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang

sama seperti mana kesalahan yang dilakukan oleh rakan mereka. Dengan adanya aktiviti

ini, murid akan lebih peka dan ingat kesalahan yang tidak harus diulangi ketika menulis.

8

unggun api

Page 9: rph BMM3063

Sebaliknya juga, murid dapat membandingkan tulisan dirinya dengan rakannya. Ini akan

menaikkan semangat murid untuk membuat lebih baik daripada sebelumnya.

Di akhir pengajaran, guru akan membuat penilaian berdasarkan tulisan yang telah

ditulis oleh murid. Sekiranya murid masih tidak dapat menguasai kemahiran menulis dengan

baik yakni tulisan yang ditulisnya masih tidak kemas, maka guru boleh mengambil memberi

kerja rumah tambahan menulis kepada murid tersebut dan melakukan pemerhatian ke atas

murid berkenaan. Bagi murid yang telah mencapai peningkatan dalam tulisan mereka, guru

bolehlah memberikan pujian, namun pemantauan secara berterusan akan terus dijalankan

agar murid terus mengekalkan tulisan yang kemas dan tepat.

9

Page 10: rph BMM3063

Kad Gambar

10

unggun api

memancing ikan

Page 11: rph BMM3063

11

air terjun

tapak perkhemahan

Page 12: rph BMM3063

12

mendirikan khemah

Page 13: rph BMM3063

Papan Bergaris empat

13