rph ame dan refleksi-krz3053-ensembel muzik tradisional

8
KRZ3053: ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL TAJUK TUGASAN KUMPULAN Group UPSI01(A142PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON ZAINUDIN BIN SAID D20102043302 0197078412 PENSYARAH: ENCIK NOR AZMAN BIN HAJI MOHD RAMLI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ENSEMBEL KOMPANG

Upload: zainudin-said

Post on 26-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

RPHAME3013

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional

KRZ3053: ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

Group UPSI01(A142PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

ZAINUDIN BIN SAID D20102043302 0197078412

PENSYARAH: ENCIK NOR AZMAN BIN HAJI MOHD RAMLI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ENSEMBEL KOMPANG

Page 2: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PERMAINAN MUZIK TRADISIONAL

Mata Pelajaran : Dunia Muzik

Tahun : 5 Sajidin

Tarikh : 28 April 2015 (SELASA)

Masa : 12.35 – 01.05 Tengahari ( 30 minit )

Fokus : Bermain alat perkusi berkulit.

Standard Kandungan : 1. Memainkan alat perkusi dengan baik.

Standard Pembelajaran : 1.4.2 Memainkan alat perkusi dengan dengan memainkan rentak

masri.

Objektif Pengajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :

1. Bermain kompang secara ensemble rentak masri dengan betul.

Pengalaman sedia ada : Murid pernah memalu kompang.

Bahan Bantu Mengajar :

2. Kompang

3. Skor kompang

4. Gendang

Penyerapan Nilai  : Bekerjasama dan prihatin

Kemahiran Berfikir  : Meneroka pelbagai alat muzik tradisional

EMK( Elemen Merentas :1. Kreativiti dan inovasi

Kurikulum ) : 2. Nilai Murni-kerjasama

Page 3: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH/MASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN

SET INDUKSI

5 minit

Memalu asas

bunyi kompang.

1.Guru mengingatkan cara memalu

kompang

2.Murid memalu kompang dengan

bimbingan guru.

Guru menunujuk

cara memalu

kompang.

Langkah pertama

10 minit

Memalu rentak

masri

1.Guru memperkenalkan rentak

masri kepada murid.

2.Guru menerangkan beberapa

pukulan rentak masri kepada murid.

3.Guru membimbing murid bermain

pukulan melalu kepada murid.

4.Murid membuat pukulan melalu

sambil membaca skor rentak masri.

5.Guru membimbing murid menepuk

pukulan menyelang rentak masri.

6.Guru membimbing murid menepuk

pukulan meningkah rentak masri.

Gambarajah skor

lagu.

Rentak masri

Langkah 2

10 minit

Menepuk rentak

masri dalam

kumpulan

1.Guru membahagikan murid kepada

3 kumpulan:

a) kumpulan A memainkan pukulan

melalu.

b) Kumpulan B memainkan pukulan

menyelang

c) Kumpulan C memainkan pukulan

Notasi muzik

Page 4: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional

meningkah.

2.Guru membimbing murid menepuk

mengikut paluan dalam kumpulan.

3.Murid memalu kompang sambil

membaca skor yang dipamerkan.

Langkah 3

10 minit

Gabungan

beberapa pukulan

kompang rentak

masri

1.Guru membimbing murid menepuk

pukulan melalu dan meningkah

sambil membaca skor.

2.Guru membimbing murid menepuk

gabungan pukulan meningkah dan

menyelang.

3.Guru membimbing murid memalu

kompang ketiga-tiga pukulan.

Notasi Muzik

Penutup

5 minit

Persembahan

murid

1. Murid memainkan rentak

masri sambil membaca skor

yang dipamerkan.

Ensembel kompang

Page 5: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Sebelum

Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya agak rungsing untuk mengajar murid tahun 5 untuk

membuat rakaman nyanyian secara ensembel kompang. Tugas pertama yang saya ambil ialah

membuat kajian dan penelitian tetntang ensembel kompang. Pertama sekali saya memilih rentak yang

mudah dimainkan memandangkan murid belum mengenal permainan kompang secara mendalam.

Sebelum sesi pengambaran saya telah memperkenalkan asas pengenalan kompang. Selain itu saya

juga telah memperkenalkan cara memegang kompang dengan betul. Langkah pertama ialah saya

memilih rentak masri sebagai sesi rakaman video saya. Saya telah membuat sedikit homework cara

rentak masri dimainkan dengan menggunakan kompang. Langkah seterusnya saya perlu menyediakan

skor rentak masri dan cuba menguasainya. Seterusnya saya juga meneliti kompang yang akan

digunakan. Saya juga membuat sedikit baik pulih kompang yang sedikit uzur.

Selepas

Setelah melihat kembali rakaman video saya dapati banyak kekuatan dan kelemahan. Saya juga

merasakan saya perlu mendalami kemahiran yang saya ada agar di masa akan datang saya akan

mengajar ensembel muzik tradisional kompang dengan lebih baik lagi. Daripada rakaman yang dibuat

juga saya dapat melihat cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran perlu penambahbaikan.

Namun begitu selepas sesi pengajaran saya dapati murid berasa gembira dan yakin dengan apa yang

dilakukan. Saya juga merasakan murid begitu berminat bermain kompang. Secara keseluruhan saya

dapati pembelajaran mencapai objektif.

Kekuatan

Perancangan awal banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di tambah pula

dengan panduan video yang saya peroleh dari pada youtube. Melalui youtube saya dapat mempelajari

cara-cara untuk memperkenalkan permainan kompang kepada murid. Murid –murid juga telah

menunjukkan minat dan kerjasama yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. .

Page 6: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional

Kelemahan

Murid masih baru dalam permainan kompang. Oleh itu kualiti bunyi kompang juga kurang

memuskan. Selain itu kekurangan kompang yang baik juga menjejaskan mutu bunyi kompang yang

dimainkan oleh murid. Kekurangan jumlah kompang menyebabkan bunyi yang dihasilkan kurang

jelas dan menganggu tumpuan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Murid juga kurang pendedahan terhadap permainan kompang terutama kepada murid-murid

dikalangan pelajar perempuan. Ada sebahagianya baharu pertama kali memegang kompang. Oleh itu

sessi pengajaran perlu fokus kepada murid-murid perempuan.

Keseluruhan

Pembelajaran dan pengajaran berjalan mengikut seperti yang dirancang. Keseluruhan penguasaan

murid agak memuaskan. Penguasaan murid menyanyi ensembel muzik tradisional mencapai tahap 90

peratus. 10 peratus murid belum menguasai pukulan yang diberikan. Keseluruhan murid dapat

menguasai rentak masri dalam permainan kompang.

Tindakan

Saya akan mencadangkan kepada pihak sekolah agar memberi sedikit untuk membeli kompang yang

baru. Saya juga akan membaik pulih beberapa kompang yang telah rosak. Selain itu saya juga akan

memasukkan permainan kompang dalam aktiviti Persatuan Muzik dan kebudayaan sekolah. Saya juga

perlu menguasai permainan kompang dengan lebih baik lagi.

Page 7: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional

PUKULAN RENTAK MASRI

Page 8: Rph Ame Dan Refleksi-krz3053-Ensembel Muzik Tradisional