rph dan refleksi makro.docx

41
Langka h / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Guru dan Murid Catatan Set Induks i (3 minit) Gambar perumahan Gambar kawasan kampung Guru memberi salam dan meminta pelajar membaca doa. Murid menjawab salam dan membaca doa sebelum belajar. Guru mempamerkan gambar satu kawasan perumahan dan satu kawasan kampung. Guru menyoal murid berdasarkan gambar Murid melihat gambar dan menjawab soalan guru Contoh soalan: 1) Siapa diantara anda tinggal di kawasan taman perumahan? Saya tinggal di Taman Sri Tampoi. 2) Siapa diantara anda yang tinggal di kawasan kampung? Saya tinggal di Kampung Kejai A 3) Adakah anda kenal orang yang tinggal disekeliling rumah anda? Kami kenal orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mereka adalah jiran-jiran kami. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu adab menziarahi jiran. KBKK: Fikiran refleksi ILMU: Moral NILAI: Berbudi bahasa B BM: Gambar Langka h 1 (10min it) Carta pengertian men ziarahi jiran. -Mengunjungi orang yang tinggal berhampiran rumah kediaman kita (40 Guru mempamerkan carta pengertian menziarahi jiran dan meminta murid membaca bersama- sama. Murid membaca pengertian menziarahi jiran seperti yang KBKK: Fikiran refleksi, Sumbang saran

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 19-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti PengajaranGuru dan MuridCatatan

Set Induksi(3 minit)

Gambar perumahan

Gambar kawasan kampungGuru memberi salam dan meminta pelajar membaca doa.Murid menjawab salam dan membaca doa sebelum belajar.Guru mempamerkan gambar satu kawasan perumahan dan satu kawasan kampung.Guru menyoal murid berdasarkan gambarMurid melihat gambar dan menjawab soalan guruContoh soalan:1)Siapa diantara anda tinggal di kawasan taman perumahan? Saya tinggal di Taman Sri Tampoi.2)Siapa diantara anda yang tinggal di kawasan kampung?Saya tinggal di Kampung Kejai A

3)Adakah anda kenal orang yang tinggal disekeliling rumah anda?Kami kenal orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mereka adalah jiran-jiran kami.Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu adab menziarahi jiran.KBKK:Fikiran refleksi

ILMU:Moral

NILAI:Berbudi bahasa

BBM:Gambar

Langkah 1(10minit)Cartapengertianmenziarahi jiran.-Mengunjungi orang yang tinggal berhampiran rumah kediaman kita (40 buah rumah)

-Adab sebelum menziarahi jiran1.memilih masa yang sesuai2.memakai pakaian yang menutup aurat3.niat bertemu dan berpisah kerana Allah-Adab semasa menziarahi jiran1)memberi salam dan bersalaman2)meminta izin untuk masuk3)memendekkan tempoh ziarah4)mengawal pandangan5)merendah suara dan bersopan semasa bercakap6)meminta izin jika hendak menggunakan kemudahan di rumah jiranAdab selepas berziarah1)meminta izin ketika hendak beredar2)memberi salam dan bersalaman sebelum beredarGuru mempamerkan carta pengertian menziarahi jiran dan meminta murid membaca bersama-sama.Murid membaca pengertian menziarahi jiran seperti yang dipaparkan.Guru menerangkan pengertian menziarahi jiranMurid mendengar penerangan guru serta memahami maksud menziarahi jiran.

Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.(A, B, C)

Guru meminta murid kumpulan A menyenaraikan (adab-adab sebelum menziarahi jiran). Kumpulan B (adab adab semasa) dan kumpulan C (adab-adab selepas)

Murid kumpulan A, B dan C berbincang dan memberi pendapat mereka mengenai adab-adab sebelum menziarahi jiran berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Wakil kumpulan masing-masing membentangkan hasil perbincangan.

Guru mempamerkan adab-adab yang telah dibincangkan dan meminta murid menyebutnya satu persatu sacara kelas.

Murid membaca adab-adab yang dipamerkan oleh guru satu persatu secara kelas.

Murid mendengar penerangan guru mengenai adab-adab sebelum menziarahi jiran.

KBKK:Fikiran refleksi, Sumbang saran

ILMU:Moral, Bahasa Melayu, Metematik

NILAI:Berbudi bahasa, Hormat menghormati, Menghargai hak jiran.

BBM:Carta, Slaid. Lap top, Projekter

Langkah 2 (5minit)Perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran1)Enggan memberi salam.2)Masa tidak bersesuaian3)Mengusik barang-barang tuan rumah4)Menjatuhkan maruah tuan rumah5)Mengumpat6)Bercakap kasarGuru meminta murid berbincang di dalam kumpulan mengenai perkara-perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran.

Murid berbincang di dalam kumpulan memgenai perkara-perkara yang perlu dihindari ketika menziarahi jiran seperti yang diarahkan oleh guru._ Guru meminta wakil setiap kumpulan nampal dan memembentangkan hasil perbincangan di hadapan kelasWakil kumpulan membentangkan dan menampalkan hasil perbincangan di hadapan kelas.Guru meminta murid menyebut isi yang sama hasil pembentangan tersebutMurid menyebut semula isi pembentangan dan menyebut semula isi yang sama hasil pembentangan setiap kumpulanKBKK:Fikiran refleksi, Sumbang saran

ILMU:Moral, Bahasa MelayuNILAI:Berbudi bahasa, Hormat menghormati, Menghargai hak jiran.BBM:Kertas Majung, Maker pen, Tape

Langkah 3(4minit)Hikmah menziarahi jiran

-Guru mempamerkan carta hikmah dan murid menyebut mengikut guru.

- Guru menerangkan satu persatu berdasarkanm carta yang dipamerkan.ILMU:Moral, IbadahNILAI:Menghormati hak bersamaBBM:Slaid, Lap top, Projekter dan Lembaran kerja

Langkah 4(5minit)PengukuhanLembaran kerjaGuru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menjawabnya.Murid menjawab soalan secara individu.

Guru meminta murid menyemak jawapan yang betul Murid menyemak jawapan dan membuat pembetulan jika adaBBM:Lembaran kerja

Nilai:Tekun dan sabar

Penutup(3 minit)Guru mempamerkan carta pantun dan meminta murid berpantun bersama-sama secara kelasMurid berpantun bersama-sama.Guru membuat kesimpulan terhadap tajuk pembelajaran hari ini dan murid menguasai isi pelajaran hari ini.BBM:Carta Pantun.

Nilai:Semangat berjiran.

Refleksi Pembelajaran Bagi Sesi Makropengajaran.

i. PENDAHULUAN

Pertamanya saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya dapat saya melaksanakan satu tugasan mengajar dan merakamkannya dalam bentuk video pengajaran makro. Di sini saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tutor E-Learning sayaselaku pensyarah kursus Universiti Pendidikan Sultan Idris dan jua sebagai penilai kerja kursus ini. Semoga semua tugasan yang saya hasilkan menepati kehendak soalan.Jutaan terima kasih jua diucapkan kepada En Khalep b. Ahmad, selaku tenaga pengajar bagi kursus KPD 3026 ini. Semoga segala usaha beliau mendidik kami diberkati Ilahi hendaknya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan semua rakan yang membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya kepada murid-murid tahun 5 Gemilang Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi Kuala Nerang Kedah kerana mereka terlibat secara langsung dalam menjayakan sesi pengajaran makro saya pada kali ini.

ii. KEKUATAN

Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendidikan masa kini.Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. Fizikal kelas saya pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru pendidikan islam. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh saya, tetapi pada hari itu kesihatansaya agak kurang baik kerana mengalami demam selsema, walaubagaimana saya tetap bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini.

iii. KELEMAHAN SERTA LANGKAH MENGATASI

Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada makro pengajaran saya ini. Pertamanya adalah penggunaan papan tulis. Sayatidak menulis tajuk pelajaransetelah memperkenalkan tajuk pelajaran kepada murid-murid. Tajuk pelajaran sepatutnya perlu ditulis dengan jelas pada papan tulis. Kecuaian saya ini menyebabkan murid yang berada di aras 1, mungkin tertanya-tanya mengenai tajuk yang diperkenalkan oleh saya selepas set induksi dilaksanakan. Selain itu saya jugatidak memakai tanda namasewaktu mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan. Seseorang guru yang tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi kod etika berpakaian kakitangan kerajaan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diberi peluang sekali lagi saya berharap perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi.Selain itu, saya tidak menggunakanbahan bantumengajar mengikut seperti apa yang telah saya rancangkan. Hal ini berlaku kerana berlaku sedikit kekangan tat kala memasang projector pada kelas saya. Projekter tersebut rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan saya telah hilang mood dan terpaksa menggantikan bahan bantu mengajar saya dengan kertas majung sahaja. Saya telahpun menyediakan salid (power point) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran saya ini, namun kita hanya merancang dan Allah saja yang telah menentukan. Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik dari you tube sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan tersebut murid-murid mungkin lebih berminat dan bersemangat untuk mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu. Jika saya diberi peluang sekali lagi untuk mengajar tajuk ini, saya akan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran saya.Saya jugakurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaransaya. Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah sumbang saran. Selain itu saya juga lebihbanyak menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakunan atau simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.Pada langkah pengukuhan pula sayakurang melibatkan semua murid. Murid yang berada di aras 1 tidak dikumpulkan dan tidak dibimbing sepenuhnya. Saya hanya membimbing murid yang bertanyakan soalan sahaja. Jika saya berpeluang sekali lagi mengajar tajuk ini perkara-perkara sebegini akan lebih saya berikan perhatian.Saya juga terkilan keranasuarasaya pada hari itu juga agakkurang memuaskan dan kurang menarik. Hal ini berlaku kerana saya mengalami deman selesema. Seperti yang kita sedia maklum suara guru juga merupakan satu aspek penting dalam proses mengajar. Suara yang lemah, kurang jelas, menggunakan nada yang sama juga akan menyebabkan murid-murid jemu mendengarnya. Hal ini perlu dititik beratkan memandang kelas saya mempunyai murid yang ramai iaitu seramai 45 orang dalam satu kelas. Kepadatan murid perlu diselarikan dengan suara yang kuat, tegas, lunak dan menggunakan pelbagai intonasi kerana kemungkinan murid tidak akan memberi perhatian sewaktu guru mengajar jika mereka tidak berminat dengan suara guru mereka.Seterunya saya jugakurang menyentuh kepintaran semua muridsecara terperinci. Saya lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai pengajaran saya. Murid-murid yang berada pada aras 1 tidak berperanan kerana tidak diberi ruang kepadanya secara khusus. Jika saya diberi peluang mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid menyertai proses pengajaran dan pembelajar yang saya jalankan.Saya jugakurang menitik beratakan masayang patut diambil bagi sesi pengajaran saya kali ini. Justeru saya terkejar-kejar menggunakan setiap masa yang ada dengan keadaan yang agak kalut. Jika saya berpeluang mengajar sekali lagi tajuk ini, saya akan memperuntukkan masa yang lebih. Masa 30 minit agak kurang sesuai untuk mengajar secara keseluruhan isi kandungan dalam tajuk ini. Contohnya saya boleh menggunakan 30minit pada pengertian dan adab-adab sebelum, semasa dan selepas sahaja, manakala saya perlu menggunakan 30minit lagi untuk mengajar perkara-perkara yang perlu dihindari ketika mengunjung ke rumah jiran dan juga hikmah mengamalkan adab-adab menziarahi jiran. Masa yang sebegini dapat memberi ruang mengajaryang lebih selesa untuk mempelbagaikan aktiviti seperti tayangan video, simulasi dan sebagainya. Pengurusan masa sangat penting bagi seseorang guru terutama ketika merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebenar. Masa yang diatur dengan baik serta bijak akan menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.

iv. KESIMPULAN

Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajara menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRANTUGASAN 2: REFLEKSI RPH

DISEDIAKAN OLEH:NOR AZLINA BINTI AMIN(D20102043060)013-4746242SABRINA BINTI IDRIS(D20102041456)019-4661054

Penulisan Refleksi.PENGENALAN Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggapsebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupunguru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskankonsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponenutama di dalam pendidikan guru.Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru yanghanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan denganbilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan didalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar ataumenulis rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).

Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan membolehkanseseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses refleksi yangdilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di dalam perkembanganprofesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpastipelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa modelrefleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs danModel Kitaran Pembelajaran Kolb.Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) menggariskan beberapa pendekatan membuatrefleksi. Di antara tahap-tahap refleksi yang dicadangkan di dalam Model Kitaran PembelajaranKolb ialah:i. Pengalaman secara konkritii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; daniii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru.Justeru itu model Kitaran Pembelajaran Kolb menyarankan bahawa refleksi di dalam konteks pendidikan penting untuk membolehkan kita mengetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah. Pendekatan refleksi membolehkan guru untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generalisasi.

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan sekadar guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk pengajaran tertentu agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL ASSURE.Model ini mengandungi 6 langkah iaitu`Analyse learner,State Objective,Select Method,Media,Materials,Utilise media and materials,Require learner participation danEvaluate and revise . Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam Model ASSURE adalah seperti berikut.1. ANALYSE LEARNER (Analisis pelajar) Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 4 Amanah di Sekolah Kebangsaan Batu 4,Gerik merupakan murid dari kumpulan yang sederhana. Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran), murid tahun 4 Amanah ini tidak mencapai % kelulusan yang memuaskan. Mereka kebanyakannya mendapat gred C dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu pemahaman ,Bahasa Melayu penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru dijalankan dan agak sukar untuk mendapatkan gred B dan A.

Dari segi latar belakang ekonomi pula kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak pekerja kampung, yang kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah, penjaja kecil, anak-anak askar dan lain-lain . Dari segi aspekkompetensi peringkat masukyang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid saya ini, bolehlah saya gambarkan bahawa mereka adalah murid yang sederhana dalam pembelajaran. Kebanyakan murid tahun 4 Amanah ini tidak mempunyai minat yang tinggi untuk belajar, namun begitu masih terdapat murid yang agak aktif dan ada yang mempunyai daya saing di antara rakan mereka apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid tahun 4 Amanah juga boleh memberi kerjasama jika tugasan berkumpulan diberi oleh guru kepada mereka. Mereka juga boleh berinteraksi dengan guru atau pun kawan-kawan yang lain dengan baik sekiranya diarahkan oleh guru. Oleh itu, saya berpendapat bahawa murid saya ini lebih cenderung kepada teknik pembelajaranyang aktif seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan atau berpasangan. Secara kesimpulannya dapatlah saya rumuskan bahawa murid tahun 4 Amanah adalah dalam kumpulan murid yang sederhana kecerdasanya, namun mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik dan mempunyai kecenderungan belajar yang aktif sekirannya diberikan galakan dan dorongan yang sesuai.

2. STATE OBJECTIVE ( Nyatakan objektif ) Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sains tahun 4 pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Menyiasat Alam Bahan. Beberapa objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah di akhir pengajaran murid dapat menyenaraikan berbezaan diantara sifat bahan lut sinar dan lut cahaya. Pemilihan objektif saya pada kali ini berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format ABCD iaitu,A-audience (pelajar sasaran)B-behavior ( tingkah laku- keupayaan murid )C-conditions ( keadaan-pencapaian murid)D-degree (darjah-tahap yang ingin dicapai)

Berpandukan format ABCD ini , saya telah mengsasarkan 4 objektif perlu dicapai oleh murid 4 Amanah. Murid 4 Amanah mempunyai tingkah laku yang aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, namun ada juga murid yang slow learner dan ada juga murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang perlu dipupuk, saya telah membina beberapa objektif yang mewakili 3 domain iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif.Domain kognitifadalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan berkaitan dengan beberapa tahap. Ia disusun mengikut hierarki (Bloom,1956) iaitu dari pengetahuan yang rendah ke pengetahuan yang lebih tinggi. Ia boleh dijelaskan seperti tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tahap yang saya pilih adalah tahapkefahamaniaitu yang pertama ialah pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid sekurang- kurangnya dapat mengetahui perbezaan diantara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya.

Domain psikomotorpula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain psikomotor pula adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih dan menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif ini amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik darjah.Objektif bagidomain afektifpula berkaitan dengan membentuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca dan menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul perbezaan sifat bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan dalam kumpulan.

3. SELECT INSTRUCTIONAL METHODS, MEDIA, MATERIALS (Pilih kaedah, media dan bahan)3.1- Memilih kaedah pengajaran. Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi, sumbangsaran,main peranan, simulasi, mengeksperimen dan banyak lagi.Bagi saya terdapat beberapa kaedah yang telah saya pilih, bagaimana dan mengapa saya memilih kaedah pengajaran ini boleh dihuraikan dalam jadual di bawah.

LANGKAH/KAEDAHBAGAIMANA/ PERASAAN MURIDMENGAPA

Set induksiKaedah perbincangan-bersoal jawab

Guru meminta seorang murid melihat ikan di dalam sebuah akaurium. Guru meminta murid mengira jumlah ikan yang terdapat di dalam akuarium dan menyatakan warna ikan tersebut. Murid dapat menjawab soalan daripada guru kerana ikan di dalam akuarium itu dapat dilihat dengan jelas. Guru meminta seorang murid keluar dari kelas dan berdiri dibelakang cermin tingkap. Murid di dalam kelas cuba melihat muka murid tersebuat sama ada dapat dilihat dengan jelas ataupun tidak. Murid tidak dapat melihat muka rakan mereka dengan jelas. Murid kelihaan dapat memahami kkonsep jelas dan kabur Murid yang mewakili rakan mereka merasa seronok dapat melihat ikan-ikan di dalam akuarium.

Kaedah ini bertujuan untuk guru menilai pengetahuan sedia ada murid mengenai diri dan tubuh badan mereka.

Murid dapat merasai sendiri keadaan dimana sesuatu benda itu dapat dilihat dengan nyata dan dilihat dengan kabur.

Langkah 1Kaedah kuliahKaedah perbincangan-bersoal jawab.Penggunaan carta dan kad imbasan Guru menunjukkan carta, tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar, bahan lut cahaya dan bahan legap. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada papan putih. Murid memilih gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru (kad imbasan) dan dilekatkan di papan putih pada ruangan sifat bahan yang sesuai. Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya.

Kaedah ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid mengenai sifat bahan lut sinar dan lut cahaya.Murid seronok dapat keluar kehadapan kelas untuk menampal kad bergambar yang diberikan oleh guru.

Langkah 2Kaedah eksperiment / ujikajiKaedah perbincangan

Murid menjalankan ujikaji untuk mengetahui sama ada bahan tersebut lut sinar atau lut cahaya. Guru menyediakan jadual pemerhatian sama ada objek di dalam botol dapat dilihat dengan jelas atau kabur. Guru meminta murid meletakkan satu objek di balakang plastik, dan membuat pemerhatian sama ada objek dibelakang plastik dapat dilihat dengan jelas atau kabur. Semua pemerhatian dicatatkan. Murid dan guru berbincang tentang pemerhatian yang diperolehi oleh setiap kumpulan. Murid seronok dapat menjalankan ujikaji di dalam kumpulan mereka.

Kaedah ini bertujuan untuk member penerangan yang jelas mengenai perbezaan di natara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya

Langkah 3Kaedah perbincangan dan pembentangan hasil kumpulanGuru memberikan kertas kosong kepada murid dan dikehendaki membuat banding beza di antara sifat objek lut sinar dan sifat objek lut cahaya.Murid membuat banding beza dengan menggunakan bentuk jadual.Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa jenis objek yang mempunyai sifat lut sinar dan lut cahaya.Guru memilih beberapa orang murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka dan membentangkannya di hadapan kelas.Murid mempunyai keberanian untuk mencuba.

Kaedah ini bertujuan untuk murid memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan dan sepakat memilih salah seorang ahli kumpulan untuk membuat perbentangan di hadapan kelas.

Langkah 4PenilaianKaedah perbincangan- soal jawabGuru memberikan lembaran kerjabagi semua murid.Murid boleh membuat perbincangan bersama rakan dalam kumpulan mereka.Guru menyoal semuala isi pelajaran pada semua murid berdasarkan pengajaran pada hari ini.

Kaedah ini adalah untuk guru membuat penilaian pengajaran pada hari itu.

Lebih ramai murid menjawab soalan dengan betul maka pengajaran dan pembelajaran mengenai perkataan yang diajar berjaya atau tidak. Jika sebaliknya guru perlu mengkaji semula pengajaran tersebut.

3.2- Select instructional media (memilih media pengajaran) Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid dan juga isi pelajaran yang saya rancangkan.Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan seperti dalam jadual di bawah.LANGKAH /JENIS MEDIACARA PENGGUNAANNYATUJUAN PENGGUNAAN

Set induksiMenggunakan bahan maujud yang ada di sekitar bilik darjah/ makmal sainsGuru menyuruh murid melihat ikan di dalam akaurium ikan.Murid keluar kelas untuk melihat siapa yang berada diluar kelas. (ramalan)

Ia bertujuan untuk menarik minat murid dan meransang pemikiran murid buat kali pertama untuk berfikir.

Langkah 1Tayangan carta yang menujukkan isi pelajaraanGuru mempamerkan gambar/ carta di papan putih dan murid membuat latihan membaca secara individu dan beramai-ramai.

Bertujuan untuk mepamerkan kelainan dari segi persembahan bahan bacaan dengan penggunaan warna dan kesan gambar yang dipamerkan.

Langkah 2Kad imbasan (gambar)Kertas mahjung/ kertas A4 (jadual perbezaan sifat cahaya)Guru mempamerkan beberapa keping gambar dan bersoal jawab dengan muridMurid menampalkan gambar di dalam jadual yang disediakanIa bertujuan untuk menarik lebih perhatian dan mencungkildaya ingatan murid melalui langkah pertama yang telah dijalankan sebentar tadi.

Langkah 3Bahan-bahan eksperimenPen maker dan buku laporan aktiviti.Guru mengedarkan bahan-bahan eksperiment.Murid mencatatkan permerhatian mereka dalam buku laporan.Ia bertujuan untuk menilai gerak kerja berkumpulan murid dan kefahaman mengenai isi pelajaran .

Langkah 4Kertas putih (mahjong)Pembantangan hasil kumpulanGuru mengedarkan lembaran petikan pada setiap kumpulan dan kad-kad bergambar.Ia bertujuan untuk aktiviti perbincangan dalam kumpulan m dan permainan . Mereka juga berpeluang memilih dan menampal di papan putih kad kad jawapan.

PenutupLembaran kerjaGuru memberikan lembaran kerjaMurid mengukuhkan pengetahuan mereka dan memahami isi pelajaran dengan lebih jelas.

3.3 - Select instructional materials pilih bahan pengajaran. Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan- bahan maujud dan mudah diperolehi dan selalu digunakan oleh murid bagi aktiviti set induksi dan ujikaji.Saya juga memilih beberapa bahan yang boleh disentuh seperti kad-kad jawapan dan papan putih .Murid juga perlu menggunakan bahan bantu belajar yang lain seperti pen maker , kertas A4 dan blue tape untuk aktiviti permainan.

4. REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (Dorong penglibatan murid) Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya buat adalah melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan ujikaji dan membuat eksperimen pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi ketiga-tiga langkah ini (Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong penglibatan murid secara total. Gerak kerja berkumpulan dan aktiviti nyanyian sangat baik untuk melihat murid bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid dalam kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif. Guru perlu memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun murid aktif namun kawalan kelas yang baik harus bergerak seiring.

5. EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak) Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah dijalankan. Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai pencapaian objektif isi pelajaran pada hari itu. Guru juga boleh mendapat maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu. Penilaian dibuat bukan sekadar selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi penilaian telah saya bina bermula sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa proses pembelajaran dan sesudah selesai pengajaran.Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia melibatkat penilaiansecara keseluruhan prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bermula dari set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya lakukan adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3 dan 4 penilaian yang saya jalankan adalah lebih kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5 penilaian dibuat secara ujian pemahaman bertulis.Segala perkara yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan pembaikan.

RUMUSAN Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan murid.Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan media yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan pula bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu penerangan mengenai sifat bahan iaitu sifat bahan yang berkaitan dengan kebolehan cahaya menembusinya. Iaitu bahan yang bersifat lut sinar dan bahan yang bersifat lut cahaya. Perbezaan antara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya juga dapat ditekankan disamping dapat membezakan setiap jenis bahan dalam kumpulannya.

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN:PENGAJARAN MIKROSAINS TAHUN 5

TARIKH : 25 Oktober 2011TAHUN : 5 CEKALBILANGAN MURID : 34 orangMASA : 9.10 10.10 PagiBIDANG KAJIAN : MENYIASAT ALAM BAHANOBJEKTIF UMUM : Memahami bahawa bentuk bahan dapat berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. : memahami bahawa kadar penyejatan air bergantung kepada factor yang mempengaruhi penyejatan.

OBJEKTIF KHUSUS : Memperihalkan air boleh berubah melalui proses penyejatan iaitu proses perubahan air daripada cecair menjadi wap air.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian

OBJEKTIF EKSPLISIT/ HASIL PEMBELAJARAN :1.Di akhir pembelajaran murid-murid dapat menyatakan maksud penyejatan dan perubahan keadaan yang berlaku dalam proses penyejatan.2.Menyatakan sekurang-kurangnya 2 faktor yang mempengaruhi proses penyejatan.

KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KBKK : Memerhati, berkomunikasi dan mentafsir dataSIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI : Minat, bekerjasama daa mensyukuri nikmat tuhanALAT BANTU MENGAJAR : Carta bergambar, kad imbasan, bahan maujud dan lembaran kerja

FASAISI KANDUNGANAKTIVITICATATAN

Orentasi / set induksi

(6 minit )Pengetahuan sedia ada murid

-Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian-Murid menyedari air di dalam lopak air hilang selepas beberapa hari

Guru memanggil 2 orang murid untuk membantu memegang sebatang kayu untuk dijadikan penyidai.2 orang murid lain diminta untuk menyidai tuala dengan keadaan yang berbeza.Guru bersoal jawab dengan murid tentang situasi yang ditunjukkan.Guru memberikan situasia.Cara kain disidaib.Tempat kain disidaiGuru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran hari ini.Kaedah: Simulasi

Teknik: Soal jawab

KPS: Memerhati dan meramal

Abm: tuala, batang kayu

Nilai : kerjasama

REFLEKSI PENGAJARAN MIKROSAINS TAHUN 5

Pengenalan

Tajuk pengajaran mikro yang saya pilih adalah Menyiasat Alam Bahan, iaitu proses dan kadar penyejatan bagi cecair. Pengajaran mikro ini dijalankan di dalam kelas yang kedua, iaitu bagi kelas berkebolehan sederhana. Semasa proses pengajaran dijalankan, semua murid telah memberikan respon dan kerjasama yang baik. Murid dilihat bersemangat dan teruja untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Dalam pengajaran mikro ini, saya memilih fasa set induksi atau orentasi yang mengambil masa selama 8 minit untuk dinilai.

Setelah melihat semula video pengajaran dan rancangan pengajaran yang saya sediakan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran yang telah saya jalankan. Antara kelebihan yang dapat saya kesan ialah,penerangan guru yang jelasdan mantap. Fasa orentasi memerlukan penerangan yang jelas agar murid dapat memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Jika fasa ini dapat menarik minat murid sudah pasti murid dapat mengikuti pelajaran yang seterusnya dengan baik dan penuh minat. Guru juga mempunyai kelebihan dengan menggunakanbahan bantu mengajar yang sesuaidan biasa dengan kehidupan harian murid. Oleh itu, murid dengan mudah dapat memahami situasi yang ditunjukkan. Murid dengan mudah memahami tajuk pengajaran kerana telah biasa dengan situasi yang ditunjukkan oleh guru.Guru menyelitkan isi pelajaran iaitu mengenalpasti pembolehubah dalam fasa ini. Semasa menjalankan aktiviti murid lebih mudah untuk mengenlpasti pembolehubah. Jika pembolehubah dapat dikesan diawal pembelajaran, maka proses pengajaran seterusnya menjadi lebih mudah.

Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam fasa pengajaran ini. Antaranya yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan denganbahan bantu mengajar yang digunakan, iaitu tuala yang digunakan tidak mempunyai warna yang sama, lebih baik jika guru menggunakan warna tuala yang sama. Ini kerana, ada murid yang akan bertanya adakah warna tidak mempengaruhi kadar sejatan. Warna yang lebih gelap lebih banyak menyerap cahaya matahari. Sedangkan bagi proses penyejatan ini, kadar penyejatan tidak dipengaruhi oleh warna kain. Hal ini boleh menimbulkan tanda tanya kepada murid-murid. Kelemahan lain ialah gurumenggunakan tuala yang kering. Lebih baik jika guru menggunakan tuala basah yang sebenarnya. Di akhir pembelajaran, guru boleh menggunakan semula tuala tersebut untuk dijadikan bahan pengajaran iaitu membuat kesimpulan. Murid dapat merasai situasi sebenar dengan menggunakan tuala basah. Guru hanya memberikan satu contoh proses penyejatan dalam kehidupan seharian murid.Sedangkan guru boleh menggunakan lebih banyak situasi proses penyejatan yang berlaku dalam kehidupan seharian. Contohnya, mengapa lopak air kering, mengapa air banjir boleh surut dan lain-lain lagi. Kelemahan lain ialahguru menggunakan istilah yang berbeza-beza, yang boleh mengganggu pemahaman murid. Istilah pengeringan dan penyejatan perlu dibezakan dan dinyatakan difinisinya dengan lebih jelas.Dalam fasa ini juga guru telah memasuki fasa pencetusanideaiaitu dengan menerangkan faktor yang mempengaruhi penyejatan. Sepatutnya, guru hanya menerangkan tentang tajuk awal pengajaran iaitu penyejatan dan maksud penyejatan. Pengajaran yang terlalu cepat dan banyak isi pelajaran akan membuatkan murid kurang faham dan tidak dapat mengingat tentang faktor yang terlibat dalam proses penyejatan. Murid akan rasa terbeban untuk mengingati 3 faktor dalam masa yang singkat.

Langkah mengatasi telah difikirkan untuk menambahbaik fasa ini. Bagi kelemahan pertama, saya akanmenggunakan 2 kain tuala yang sama warna dan dilabelkan dengan label A dan B.Ini membantu murid mengesan pembolehubah yang lebih tepat.Tuala itu juga akan dibasahkanagar aktiviti menjadi lebih jelas. Di akhir P&P, pemerhatian dapat dibuat iaitu tuala mana yang lebih cepat kering berdasarkan faktor luas permukaan. Murid jugamelakukan aktiviti diluar bilik darjahdengan menyidai tuala di tepi pagar sekolah. Pemerhatian masih boleh dibuat selepas waktu P&P, iaitu di akhir sesi persekolahan pada hari tersebut untuk melihat hasil aktiviti. Murid akan merasa lebih seronok dan bersemangat untuk melihat hasil aktiviti mereka. Bagi mengatasi kelemahan guru yang hanya memberi satu sitausi proses penyejatan ini,guru seharusnya lebih bersediadan mencari pelbagai idea yang sepatutnya untuk memberikan contoh-contoh lain yang bersesuaian dengan tajuk ini.Guru juga boleh bertanya dan meminta pendapat muridtentang proses penyejatan yang murid tahu untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain. Begitu juga dengan kesalahan penggunaan istilah,guru harus lebih peka dan teliti dengan istilah yang digunakan. Jika guru sedar kesilapan yang dilakukan pada masa P&P berjalan, guru seharusnya terusmenerangkan dengan jelas perbezaan istilah yang digunakan, contohnya penyejatan dengan pengeringan. Akhirnya, perancangan perlulah lebih teliti dalam sesuatu fasa yang dirancangkan agar P&P berjalan dengan baik, lancar dan dapat mencapi objektif.

Kesimpulan yang boleh saya katakan dalam fasa set induksi ini ialah, ianya berjaya menarik minat murid untuk belajar. Adanya aktiviti di hadapan kelas membuatkan murid bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengetahui tajuk P&P hari ini. Kerjasama dan respon murid menunjukkan murid faham dan mendengar setiap maklumat yang disampaikan oleh guru. Bagi pengajaran selama 30 minit, aktiviti tersebut terlalu mengambil masa, tetapi jika pengajaran selama 60 minit, ianya lebih sesuai. Saya akan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajaran ini agar ianya menjadi lebih bermakna dan dapat membantu murid mengetahui konsep dan isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Secara keseluruhan saya simpulkan bahawa set induksi ini berjaya menarik perhatian murid terutama bagi murid kelas sederhana ini tetapi perlu dimurnikan supaya lebih baik dan berkesan.

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2TAJUKREFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

KUMPULANEL-A 18DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

NOR AZLINA BINTI AMIND20102043060013-474624205-7962736

NAMA TUTOR E-LEARNING:PROFESOR DR. KANTHASAMY A/L NALLUSAMY

TARIKH SERAH: 15 DISEMBER 2011REFLEKSI PENGAJARAN MAKROPengenalanSaya telah menjalankan aktiviti pengajaran makro yang melibatkan murid tahun 5 Yakin seramai 33 orang. Walaupun pada asalnya bilangan murid seramai 43 orang disebabkan beberapa orang murid terlibat dengan latihan koir sekolah maka 10 orang murid tiada di dalam kelas. Murid-murid di dalam kelas ini adalah terdiri daripada murid yang beraras cerdas dan sederhana. Saya menjalankan pengajaran matapelajaran Sains untuk pengajaran makro ini.Tajuk pengajaran yang saya pilih ialah Menyiasat Dunia dan Teknologi. Hasil pengajaran adalah mengetahui faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur. Saya menetapkan tiga objektif pembelajaran iaitu objektif mata pelajaran, objektif saintifik dan objektif berkaitan kemahiran manipulatif sains. Saya telah menyediakan beberapa bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan menjalankan pengajaran mengikut rancangan pengajaran yang dirancang lebih awal. Pengajaran makro ini telah dijalankan selama 30 minit di dalam makmal bagi memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan.KebaikanDalam pengajaran makro yang telah saya jalankan ini, beberapa kekuatan atau kebaikan dapat dikesan. Antaranya ialah guru merancang set induksi yang menarik minat murid untuk meneruskan pengajaran. Ia juga melibatkan keseluruhan kelas iaitu semua murid berdiri dengan sebelah kaki dan dua belah kaki untuk merasai situasi yang dikehendaki. Ia juga dapat merangsang minda murid untuk mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Guru menekankan tentang difinisi kestabilan bagi memudahkan murid mengikuti isi pelajaran yang seterusnya.Penerangan guru jelas dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Penerangan dan intonasi guru yang jelas dapat membantu murid memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan lebih berkesan. Guru sentiasa memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat dengan jelas bahan yang ditunjukkan semasa P&P. Guru juga peka terhadap murid dengan memberikan bantuan dan tunjuk ajar dalam memahami sesuatu konsep. Contohnya, guru memberikan tunju cara kepada murid untuk menjalankan aktiviti berkumpulan.Bahan bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian. Terdapat beberapa alat bantu mengajar yang menarik minat murid seperti basikal yang jarang dilihat oleh murid. Alat bantu mengajar yang fleksibal dan menjimatkan masa seperti carta dan kad bergambar membantu proses P&P berjalan lebih lancar tanpa perlu mengambil masa untuk menulis nota di papan putih dan melukis gambar. Murid juga melakukan pergerakkan ke hadapan kelas untuk menampal kad bergambar. Aktiviti ini dirancang bagi menghilangkan rasa tegang dengan hanya duduk di kerusi mereka.Guru merancang aktiviti berkumpulan yang sesuai bagi membolehkan murid merasai dan melihat sendiri faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur. Aktiviti seumpama itu dapat membuatkan murid lebih faham dan mudah untuk mengingati isi pelajaran iaitu faktor yang mempengaruhi kestabilan. Guru memberikan tunjuk ajar disetiap kumpulan bagi memastikan murid dapat menjalankan aktiviti dengan betul. Aktiviti ini juga dapat menjana minda murid dengan melakukan aktiviti berdasarkan kad tugasan yang diberi. Kad tugasan memuatkan arahan yang jelas bagi membolehkan murid membuat aktiviti dengan baik. Murid juga dapat membaca dan memahami arahan dengan baik. Aktiviti berkumpulan yang dijalankan dapat melibatkan semua murid. Ini mendorong murid untuk melibatkan diri dengan aktif sepanjang pengajaran dijalankan. Saya dapat melihat semua murid berusaha untuk mencuba aktiviti yang disediakan secara sukarela. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan komunikasi antara rakan kerana mereka perlu berbincang untuk menjalankan aktiviti dengan betul. Melalui aktiviti ini juga , saya dapat melihat beberapa nilai murni yang ditonjolkan oleh murid seperti semangat kerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan bertoleransi. Setelah aktiviti selesai dijalankan, semua murid menunjukkan sikap yang positif dan meluahkan perasaan gembira. Suasana pembelajaran kelihatan ceria dan memberangsangkan. Pembentangan hasil aktivti yang dijalanakan dapat membantu murid mempunyai daya keberanian untuk bercakap dikhalayak ramai. Murid akan mempunyai rasa tanggungjawab dan berkebolehan untuk menerangkan kepada rakan-rakan hasil dapatan mereka.Dalam fasa aplikasi idea guru menekankan aspek penting dalam kemahiran proses sains iaitu mengenal pasti pemboleh ubah. Aspek ini sangat penting dan guru berjaya menyampaikan dengan menjawab soalan yang bersesuaian dengan aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Guru sentiasa memberikan bimbingan kepada murid untuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan.Guru juga merupakan seorang yang ada mempunyai unsur kecindan, tidak terlalu garang atau menunjukkan rasa marah jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru turut memberikan penghargaan dan galakan seperti memberikan tepukan, kata-kata pujian dan ganjaran (gula-gula) kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dengan guru dan murid akan meresa selesa untuk bertanya atau berkongsi idea bersama guru mereka. Saya dapat mengaplikasikan kemahiran memperkukuh sepanjang pengajaran dijalankan. Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi jawapan yang betul. Dalam keadaan ini guru memberi pujian kepada murid itu sebagai pengukuhan tingkah laku .Saya yakin dengan menggunakan kemahiran ini dapat memberi galakan kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.Memberi pengukuhan kepada murid juga dapat memupuk semangat keyakinan untuk murid yang mewujudkan tingkah laku positif. Ia juga dapat membantu memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul. Keadaan ini dapat ditunjukkan apabila saya menjalankan aktiviti semua murid berusaha untuk memilih jawapan yang betul untuk mendapat pujian tersebut. Bagi murid yang belum menerima pengukuhan juga sentiasa berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik .Situasi ini menjadikan disiplin kelas bertambah baik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Murid yang telah menerima pengukuhan merasa usahanya telah dihargai dan semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya semakin bertambah. Perhubungan diantara saya dengan murid juga bertambah mesra dan aktiviti pengajaran saya menjadi proses pengajaran dan pembelajaran yang digemari oleh murid.Akhir sekali, satu lagi kebaikan yang dapat dikesan ialah guru tidak lupa untuk bertanyakan semua rumusan pelajaran pada hari itu dengan bertanyakan semula isi pelajaran yang disampaikan. Kebolehan murid merumuskan semula isi pelajaran dapat menguji kejayaan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Rumusan oleh guru juga penting untuk memantapkan pengetahuan murid tentang apa yang telah dipelajari.

Kelemahan Setiap guru tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan mempunyai kelemahan dalam pengajarannya. Saya turut menyedari kelemahan yang terdapat dalam pengajaran makro ini menerusi penyediaan ringkasan mengajar dan tayangan semula video rakaman. Beberapa kelemahan saya ialah alat bantu mengajar yang saya gunakan untuk aktiviti berkumpulan kurang menggunakan radas sains yang sebenar. Seharusnya saya boleh menggunakan radas sains seperti kelalang kon, bentuk-bentuk bongkah kayu dan bikar yang pelbagai saiz. Ini dapat membantu murid mendekatkan diri dengan peralatan sains. Pada fasa set induksi juga saya rasakan adalah lebih baik jika saya memanggil seorang murid sahaja untuk melakukan aktiviti berdiri sebelah kaki dan dua belah kaki supaya murid-murid lain lebih jelas dengan situasi yang ingin disampaikan. Arahan kurang jelas menyukarkan murid melakukan aktiviti yang diingini oleh guru. Murid juga boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah. Saya dapati set induksi dalam pengajaran makro yang saya rancangkan tidak menarik. Ia juga tidak mencabar minda murid dan kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Saya juga tidak dapat meyediakan alat bantu mengajar dalam fasa ini yang boleh menarik perhatian murid dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada murid. Pada fasa penstrukturan semula idea, di mana aktiviti kumpulan dijalankan adalah lebih baik ia dibuat dalam sistem stesen. Ini kerana setiap kumpulan akan melakukan aktiviti yang berbeza iaitu 4 aktiviti dapat di lakukan untuk mengukuhkan pemahaman mereka tentang konsep yang disampaikan. Kad tugasan jelas tetapi kurang menarik. Guru lupa menyediakan borang pemerhatian untuk murid mencatatkan hasil aktiviti mereka. Murid tidak membentangkan hasil kumpulan di hadapan kelas, tetapi hanya menunjukkan semula di dalam kumpulan masing-masing. Kelemahan yang seterusnya di dalam fasa aplikasi idea dimana aktiviti permainan tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa untuk membawa murid ke luar kelas. Makmal dirasakan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti permainan tersebut kerana berbasikal memerlukan tempat yang lebih luas. Guru juga tidak membincangkan tentang aplikasi kestabilan struktur dalam kehidupan seharian murid. Seharusnya pada fasa ini, guru meminta pendapat murid tentang perkaitan kestabilan struktur dengan situasi yang sebenar. Guru yang baik seharusnya dapat memastikan pengurusan masa yang sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan baik dan tidak bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pengurusan masa saya juga tidak terlalu memuaskan dan perlu difikirkan semula supaya dapat melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan mencapai objektif yang dirancang.

Langkah mengatasi kelemahan Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah menyediakan set induksi yang lebih menarik semasa permulaan pengajaran. Saya perlu menyediakan suatu aktiviti yang luar biasa untuk membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk meneroka ilmu seterusnya. Dalam set induksi juga terdapat empat jenis komponen iaitu untukmenarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstruktur.Aktiviti pengajaran dalam set induksi hendaklah dirancang berdasarkan komponen-komponen tersebut disamping penyediaan alat bantu mengajar yang lebih relevan untuk menjamin keberkesanan aktiviti dalam permulaan pengajaran.Banyak bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan lebih baik boleh saya gunakan dalam pengajaran saya untuk tajuk ini. Dalam aktiviti yang dijalankan seharusnya saya dapat menggunakan pelbagai radas sains untuk memperkembangkan pengetahuan murid dalam mengenali radas-radas Sains. Antaranya yang boleh saya gunakan ialah kelalang kon, bikar dan lain-lain peralatan yang sesuai.Untuk memperbaiki kad tugasan saya yang kurang menarik, saya seharusnya menggunakan teknologi komputer untuk menghasilkan kad tugasan yang lebih baik. Kad tugasan itu juga boleh dilengkapi terus dengan borang pemerhatian setiap kumpulan untuk menjawab hasil aktiviti mereka. Pembentangan yang dijalankan di hadapan kelas seharusnya dilaksanakan. Guru boleh menyediakan sebuah meja dihadapan kelas untuk diletakkan bahan yang digunakan dan menunjukkan cara aktiviti yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan. Murid lain dapat melihat dan memberi komen yang lebih membina dalam setiap aktiviti yang dijalankanPenambahbaikan lain yang boleh saya lakukan ialah memastikan masa untuk melaksanakan sesuatu fasa dilakukan dengan baik. Contohnya, aktiviti permainan yang tidak dapat dijalankan memerlukan masa yang lebih untuk mambawa murid keluar dari kelas dan tempat yang lebih sesuai. Murid sememangnya teruja untuk menaiki basikal tersebut tetapi saya lebih menitik beratkan faktor keselamatan murid. Jika masa mencukupi saya akan membawa murid ke padang sekolah untuk mencuba menaiki basikal tersebut dengan kawalan guru. Ini dapat memberikan kesan positif apabila murid gembira dan terkenang aktiviti yang mereka lakukan. Untuk itu saya akan memastikan aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Saya juga perlu menguasai teknik menyoal supaya aras soalan sesuai dengan murid, kebolehan dan pengalaman masing-masing. Melalui aktiviti soal jawab juga, perhubungan guru dan murid dapat dijalin dengan baik. Saya akan cuba menyoal setiap orang murid secara keseluruhan kelas supaya semua murid sentiasa bersedia dan menyediakan jawapan bagi soalan yang saya kemukakan. Setiap murid perlu diberikan peluang dan masa untuk memikirkan jawapan yang dikehendaki oleh guru.

KesimpulanRefleksi pengajaran makro yang dibuat dapat menilai kekuatan dan kelamahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya juga dapat meneliti setiap fasa pengajaran dengan cara yang lebih sistematik dan mendapatkan maklumbalas dengan segera untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Guru yang bijak dan dedikasi seharusnya memikirkan cara yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajarannya. Murid adalah pelanggan yang perlu diutamakan. Refleksi yang dibuat akan memperlihatkan kelabihan dan kekurangan guru dalam pengajarannnya. Langkah memperbaiki kelemahan perlu dilaksanakan bukan sekadar membiarkannya sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.Bagi saya yang mengajar untuk tiga kelas tahun 5 akan memastikan kesilapan tidak berulang untuk mengajar topik yang sama di kelas yang lain. Penambahbaikkan perlu dilakukan. Itulah tugas guru dalam menempuh arus perjuangan mendidik anak bangsa. Guru perlu sentiasa peka, sedia dan menanamkan sikap untuk membuat yang terbaik. Jika kita dapat membuat yang terbaik, kejayaan anak didik akan menjamin kepuasan guru dalam kerjayanya.Setelah meneliti video pengajaran dan rancangan pengajaran yang saya sediakan, saya dapati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berjaya dan mencapai objektif. Walaubagaimanapun penambahbaikkan perlu dijalankan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Bagi saya, perkara utama adalah persediaan guru, teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru dan murid memahami isi pelajaran dengan lebih baik dan berkesan.