rph pj kssr t.1 + refleksi

12
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1 Nama Guru Nurul Atiqah Jamaludin Sekolah SK Limbang Kelas 1 Bijak Jumlah Murid 20 orang Lelaki- 10 orang Perempuan-10 orang Subjek Pendidikan Jasmani Tema Konsep Pergerakan Tajuk Kesedaran Ruang Masa 7.10 pagi – 7.40 pagi (30 minit) Tarikh 29 Ogos 2014 Standard Kandungan 1.1 Melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep pergerakan. Standard Pembelajaran 1.1.1 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan. 1.1.2 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras yang berbeza. 1.1.6 Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, irama dan isyarat. 1.1.7 Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas, ringan dengan berat dan lembut dengan kuat. Objektif Pembelajaran 1. Psikomotor : Murid boleh melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep pergerakan dengan teknik yang betul dan selamat. 2. Kognitif : Murid boleh membezakan antara ruang besar dan kecil. 3. Afektif : Murid boleh melakukan aktiviti fizikal 10

Upload: muhd-fahmi

Post on 12-Dec-2015

194 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

hdfhhshdh

TRANSCRIPT

Page 1: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1

Nama Guru Nurul Atiqah Jamaludin

Sekolah SK Limbang

Kelas 1 Bijak

Jumlah Murid

20 orang

Lelaki- 10 orang

Perempuan-10 orang

Subjek Pendidikan Jasmani

Tema Konsep Pergerakan

Tajuk Kesedaran Ruang

Masa 7.10 pagi – 7.40 pagi (30 minit)

Tarikh 29 Ogos 2014

Standard Kandungan 1.1 Melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep pergerakan.

Standard

Pembelajaran

1.1.1 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan

dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan

layangan.

1.1.2 Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri,

ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras yang

berbeza.

1.1.6 Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan

tempo, irama dan isyarat.

1.1.7 Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan

pantas, ringan dengan berat dan lembut dengan kuat.

Objektif Pembelajaran

1. Psikomotor : Murid boleh melakukan aktiviti fizikal berpandukan

konsep pergerakan dengan teknik yang betul dan selamat.

2. Kognitif : Murid boleh membezakan antara ruang besar dan kecil.

3. Afektif : Murid boleh melakukan aktiviti fizikal dalam suasana yang

seronok dan persekitaran yang selamat.

Elemen Merentas

Kurikulum (EMK)Kreatif dan Inovatif, Berani Menanggung Risiko

Bahan Bantu

Mengajar

Skitel, Gelung rotan, Lagu ‘Bangau Oh Bangau’, ‘Bapaku Pulang Dari

Kota’ dan ‘Chicken Dance’.

10

Page 2: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

RPH KSSR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 1

Bahagian/Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan/Strategi P&P Alatan/Catatan

Set Induksi.

( 5 minit )

1. Memanaskan badan.

Permainan dikejar

vampire cina.

2. Regangan Otot :

Kepala

Badan

Kaki

(a) Murid dapat

meningkatkan suhu

badan,

meningkatkan kadar

dengupan jantung

dan berasa

seronok.

(b) Murid meregang

otot di bahagian

kepala badan dan

kaki untuk

mengelak

kecederaan.

-murid

-guru

Fasa Perkembangan

Langkah 1

10 minit

1. Bergerak dalam ruang

besar sambil mendengar

muzik.

‘Lagu Bangau Oh

Bangau’ dan

‘Bapaku Pulang

Dari Kota’.

Murid bebas bergerak.

Murid bergerak :

(a) Berjalan

(b) Berlari sambil

membuat gaya

kenderaan.

11

Page 3: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

2. Guru bertanya soalan

diakhir fasa.

Ruang yang

manakah lebih

selesa untuk

bergerak?

Ruang yang besar

atau ruang yang

kecil?

(c) Bergerak seperti

haiwan-haiwan

yang terdapat di

dalam lagu

‘Bangau Oh

Bangau’.

Fasa Kemuncak

Langkah 2

(10 minit)

1. Permainan Kecil

Permainan Burung

Dalam Sangkar.

(a) Murid berada di

dalam gelung

(sangkar) masing-

masing.

(b) Guru memberi

isyarat terbang.

(c) Murid murid keluar

dari sangkar dan

terbang bebas.

12

Page 4: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

2. Guru bertanya soalan

diakhir fasa.

Keadaan yang

manakah yang lebih

selesa?

Berada seorang diri

di dalam gelung

rotan atau

mempunyai dua

atau tiga orang di

dalam gelung rotan?

(d) Guru akan memberi

isyarat bilangan

burung yang patut

berada di dalam

sangkar yang

terhampir

dengannya. Murid

bergerak dan msuk

ke dalam sangkar

seperti yang

diarahkan.

(e) Permainan

diteruskan dan guru

mengubah bilangan

burung yang berada

di dalam sangkar.

13

Page 5: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

Penutup

5 minit

1. Menyejukkan badan

Lagu ‘Chicken Dance’

Tarian mengikut lagu.

(a) Murid melakukan

tarian mengikut

rentak lagu

‘Chicken Dance’.

(b) Murid menyatakan

perasaan semasa

melakukan aktiviti.

-murid

-guru

14

Page 6: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

PENILAIAN :

1. Penilaian dibuat berdasarkan pemahaman murid terhadap kesedaran ruang dan kesedaran

diri murid. Murid berjaya mencapai objektif

2. Penilaian dilakukan oleh guru semasa akhir fasa perkembangan dan fasa kemuncak.

3. Guru bertanyakan soalan di akhir :

Fasa perkembangan

Ruang yang manakah lebih selesa untuk bergerak?

Ruang yang besar atau ruang yang kecil?

Fasa Kemuncak

Keadaan yang manakah yang lebih selesa?

Berada seorang diri di dalam gelung rotan atau mempunyai dua atau tiga orang di

dalam gelung rotan?

4. Penilaian juga dibuat melalui lembaran kerja yang diberikan.

15

Page 7: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

16

Page 8: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

4.0 REFLEKSI

Saya mengakui bahawa menyiapkan kerja kursus ini bukan satu kerja dan perkara yang untuk mudah

untuk dilaksanakan sekiranya saya tidak meletakkan komitmen yang tinggi terhadap kerja kursus ini.

Kerja kursus yang berkaitan dengan Spektra Gaya Pembelajaran sememangnya mencabar buat

saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan saya untuk mengkaji gaya-gaya pembelajaran yang

telah diperkenalkan oleh Mosston & Ashworth ini.

Spektra Gaya Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mosston & Ashworth merupakan satu

ilmu yang baru bagi saya. Sebelum ini saya telah mengetahui pelbagai gaya pembelajaran seperti

gaya pembelajaran kinestetik, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran visual yang

kebiasaanya diguna pakai dalam subjek major saya iaitu subjek Sains. Gaya Pembelajaran Mosston

& Ashworth ini mempunyai 11 kaedah am yang boleh digunakan pakai untuk proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Setelah mengkaji mengenai Gaya Pembelajaran Mosston & Ashworth ini, saya dapat

menghuraikan Gaya Pembelajaran (A-K) berpandukan Spektrum Pengajaran Pendidikan Jasmani

oleh Mosston & Ashworth. Saya dapat juga dapat menghubungkaitkan serta menjelaskan teori-teori

dan falsafah pendidikan dengan kurikulum Pendidikan Jasmani. Di samping itu saya dapat

menjelaskan kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap perkembangan individu terutamanya murid-

murid di sekolah rendah.

Dalam tugasan ini, saya perlu menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi

satu sesi pengajaran Pendidikan Jasmani selama 30 minit. Rancangan Pengajaran Harian yang

dihasilkan perlu berpandukan gaya pembelajaran Mosston & Ashworth. Saya memilih tajuk

‘Kesedaran Ruang’ Tahun 1. Untuk penghasilan RPH, saya perlu mengenalpasti standard kandungan

dan pendekatan yang biasa digunakan dalam proses P&P Pendidikan Jasmani.

Setelah melakukan banding beza antara semua jenis gaya pengajaran Mosston & Ashworth,

saya telah memilih Gaya Arahan (A) sebagai gaya pembelajaran di dalam RPH saya. Hal ini kerana

gaya ini sesuai dengan tajuk yang saya ajar dan tahap perkembangan murid-murid.. Gaya

pembelajaran ini sesuai kerana murid Tahun 1 baru saja ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran

sekolah yang baru.

17

Page 9: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

Gaya Pembelajaran Arahan (A) merupakan satu gaya tradisional di mana guru mengawal

sepenuhnya proses (P&P). Guru menjadi tumpuan utama dari mula hingga akhir. Dalam erti kata lain,

saya akan membuat keputusan terhadap perjalanan P&P di dalam kelas.

Kaedah ini akan memberi peluang saya menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan

arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan ulasan terhadap

prestasi murid-murid.

Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran

saya. Saya memilih gaya pembelajaran ini kerana saya mengkehendaki murid untuk meniru setiap

perlakuan yang dilakukan oleh saya semasa proses P&P berjalan.

Di samping itu, saya berasa gembira setelah berjaya menyiapkan tugasan. Hal ini kerana

tugasan ini telah mendedahkan saya mengenai pelbagai gaya pembelajaran yang boleh saya

gunakan untuk mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah nanti. Saya juga dapat membezakan setiap

gaya pembelajaran dengan lebih terperinci. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya

pada kemudian hari setelah bergelar seorang guru.

Pada awalnya saya mempunyai masalah untuk menyiapkan rancangan pengajaran harian.

Hal ini kerana sebelum ini saya belum pernah menghasilkan satu rancangan pengajaran harian yang

lengkap. Oleh itu, saya telah bertanya dan merujuk banyak perkara kepada pensyarah mengenai

kekeliruan yang timbul semasa menyiapkan tugasan ini. Saya juga banyak meminta bantuan

daripada rakan-rakan yang telah mempunyai pengalaman dalam praktikum untuk menghasilkan satu

RPH yang baik dan lengkap.

Dalam sesi harapan ini, saya ingin mengungkapkan harapan saya supaya saya dapat

mengubah sifat negatif yang ada dalam diri saya. Saya perlu menjadi seorang guru pelatih yang

bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberi oleh pensyarah. Saya juga perlu

bijak dalam menguruskan masa agar saya dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang telah

ditetapkan.

Di samping itu, untuk menjadi seorang bakal guru yang berintegriti dan amanah saya perlu

menggunakan pengetahuan FPK yang telah saya perolehi dan mengaitkannya dalam proses P&P

Pendidikan Jasmani untuk dijadikan penunjuk arah semasa berada dalam intitusi pendidikan ini.

18

Page 10: RPH PJ KSSR T.1 + refleksi

Sekiranya saya mahu menjadi seorang manusia yang cemerlang, saya harus melakukan

anjakan paradigma dalam diri saya untuk menjadi seorang bakal guru yang berkualiti dari pelbagai

aspek. Saya perlu menjadi lebih rajin dalam mencari maklumat berkaitan dengan bidang keguruan

supaya saya lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Secara peribadi, saya berharap pemberian tugasan seperti ini kepada guru pelatih adalah

satu usaha yang baik dan harus diteruskan pada masa hadapan kerana melalui tugasan ini, saya

dapat mengenali diri saya sendiri dengan lebih mendalam dapat memperbaiki kelemahan yang ada

pada diri.

19