resepi kek sedap

10
Resepi mexican bun Hye guys assalamualaikum and salam Jumaat..! semalam bila posted gambar mexican bun kat facebook ramai yang macam terliur dan tanya resepi kan. so hari ini aku nak merealisasikan hajat korang semua untuk tahu resepi mexican bun. eceli kalau google ada je dieorang yang pakar bagi resepi. boleh ikut kat google and boleh follow resepi yang aku belajar from my sis. memula korang perlu sediakan topping dulu sebab perlu disejukkan sebelum pipe atas bun. TOPPING: 200g butter/mentega 160g gula halus

Upload: lanz-arahill

Post on 07-Feb-2016

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

resepi kek

TRANSCRIPT

Page 1: Resepi Kek Sedap

Resepi mexican bun

Hye guys assalamualaikum and salam Jumaat..! 

semalam bila posted gambar mexican bun kat facebook ramai yang macam terliur dan tanya resepi kan. so hari ini aku nak merealisasikan hajat korang semua untuk tahu resepi mexican bun. eceli kalau google ada je dieorang yang pakar bagi resepi. boleh ikut kat google and boleh follow resepi yang aku belajar from my sis. 

memula korang perlu sediakan topping dulu sebab perlu disejukkan sebelum pipe atas bun.

TOPPING:

200g butter/mentega160g gula halus3 biji telursetengah peket coffee 3 in 1.. (hihihi iollss memang tak minum coffe or nescaffe O, so iolllss guna ipoh white coffee 3 in 1. mudah kan..!)

** mix butter & gula halus hingga kembang, then masukkan telur and mix

Page 2: Resepi Kek Sedap

kan lagi, baru masukkan coffee. dah siap, bubuh dalam plastik bungkus lauk tu, ikat simpul then masukkan dalam peti sejuk. biarkan dia sejuk and korang boleh teruskan dengan doh roti. 

FILLING:

kalau kat google dieorang ada ajar cara filling yang dieorang buat. tapi iollss mudah je. filling guna butter je. maksudnya amek sedikit butter and masukkan dalam doh. pernah jugak filling guna coklat yang dipecah-pecahkan. sumbat je dalam doh.. senang gila and sedap uollsss...!!!

BAHAN BUAT ROTI:

500g tepung high protein (sila cari kat kedai bahan cake)250ml susu cair + siket air /susu segar (perlu sejuk)1 biji telur6 sudu gula biasa (untuk tak manis sangat. kalau nak roti manis boleh tambah lagi gula)60g butter2 sudu kecil softener (optional)secubit garam3/4 peket yis (mauripan is the best choice)

bila cakap nak buat roti eceli perlu ada bread maker kalau nak dapat roti yang lembut macam kat kedai tu. tapi kalau memang tak hado nak wat guano ken... uli je la guna tangan. tapi iollss nak pesan korang haruslah uli selama dan selembut yang boleh. jangan mengeluh tau kalau kene uli selama 1 or 2 jam. itu kalau nak betul-betul lembut. hehe. tapi tak dapat nak ajar cara uli guna tangan sebab iollss guna bread maker. mungkin cara uli tu sama caranya macam kita nak uli buat tepung karipap or kuih pau. alah kat googel pun ada yang ajar cara uli kan. 

CARA-CARA:

untuk cara aku, aku hanya perlu masukkan kesemua bahan buat roti seperti di atas tadi ke dalam acuan bread maker. senang gila uollss..hanya masukkan bahan, masukkan dalam bread maker, tekan 1 jam 30 minit, terus jadi doh yang sempurna. For your info, bahan buat roti ni adalah sama untuk buat segala macam jenis roti (roti sosej, roti gulung, ect and pizza). 

Page 3: Resepi Kek Sedap

bread maker ini akan menguli sendiri dalam oven selama 30 minit dan 1 jam untuk masa dia merehatkan doh tu. 

bila doh da siap, korang kene agihkan kepada 16 biji doh kecil. (untuk resepi ni memang selalu dapat 16 biji roti mexican bun). then letak kat loyang yang telah di sapu mentega. 1 loyang letak 4 biji doh.. tak boleh dekat-dekat nanti bun melekat antara 1 sama lain. gitewww..

ambil 1 per 1 doh kecil tadi, leperkan di tapak tangan, masukkan filling (butter/coklat yang dipecah-pecahkan) sumbatkan ke dalam doh and tutup doh. (bulat-bulatkan). letak semula atas loyang.

susun atas loyang and rehatkan sampai roti naik 2 kali ganda. kalau boleh rehatkan doh kat tempat yang warm. contohnya bawah lampu. jangan bukak kipas ye tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik sekalian. hehe

panaskan oven 170 darjah celcius.

bila doh dah naek 2 kali ganda, pipe kan topping yang dalam peti sejuk tadi kat atas bun. ehem, korang gunting bucu plastik tadi je, then pipe kan atas

Page 4: Resepi Kek Sedap

bun dari top center. cenggini..!

okey, dah siap pipe, then masukkan lah dalam oven selama 16 minit (sampai keperangan).

situasi bun dalam oven.. ekekekekehh...

Page 5: Resepi Kek Sedap

ihikhikhik jangan bimbang kalau topping korang terlalu banyak. memamg akan melimpah ruah cenggini. eceli yang ni lagi sedapppp...!

okey sedia dimakan. hehe.. so lepas ni korang tak payah la beli kat roti boy, papa roti, mama roti dan sebagainya..! dah power kan.. heheeheee..

untuk buat roti ni, iollss gunakan bread maker + oven jenama Noxxa. sesiapa yang tahu AMWAY, tentu korang pernah tahu brand noxxa ni. best tau oven ni sebab boleh buat roti dan bakar roti serta bakar kek and kuih

Page 6: Resepi Kek Sedap

raya. setakat ni oven ni belum pernah buat hal dalam pembakaran. cantik dan sekata je pembakaran kek,roti,biskut raya. 

ini kalau oven tengah uli doh roti.

ini time bakar roti, or kek or beskot raya *guna loyang peliss..ihik3*

Page 7: Resepi Kek Sedap

Resepi : Kek Buah

sumber :1.Chahaya Shiela Spice Journey ~ http://spicesjourney.blogspot.com/2012/09/kek-buah-kukus-sulongku.html?m=02. Azie Kitchen ~http://aziejaya.blogspot.com/2013/04/kek-buah-campuran-kukus-yang-sangat.html?m=0

Bahan bahan:

225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer) #syifa pun guna 250gm..sebab malas nak simpan2 yg lebih tu sebenarnya...:)340 gm gula pasir50 gm air panas500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)1 sk vanilla extract/essence

Bahan Ayak:

1 sk cream of tartar2 sk soda bikarbonat350 gm tepung gandum1 sk serbuk Nutmeg/buah pala

Cara cara:

Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.

Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega.

*untuk cara mengukus..boleh rujuk blog K.Azie dan K.Shiela

* syifa masak menggunakan PC ~ panaskan air dlm presure cooker~ set time 5 minit. Untuk panaskan air, letakkan tungku besi untuk alas loyang kek (air setara dengan tungku). Bila dah berhenti, masukkn loyang berisi kek yg ditutup dengan aluminium foil...juga diikat tepinya supaya foil tdk terangkat.~ Set time 90 minit pertama pada button presure dan bila tamat, set semula pada masa 30 minit.~ bila time tamat, keluarkn wap, dan biarkan dulu hingga agak sejuk untuk loyang dikeluarkan.~ apa yg bestnya.., set time aje...dan boleh buat kerja lain...air pun tak payah ler nak ditambah

Page 8: Resepi Kek Sedap

tambah....mudahkan...:)

Hasilnya tetap sedap !!!

Resepi

Sumber resepi : K.LinapgDi try test : AM

Bahan-bahan:

100g Serbuk Koko*(1 cawan)200g Gula pasir*(1 cawan)

1 tin Susu sejat*200g Minyak Masak Sayuran*(1 cawan) ~ syifa guna minyak jagung

250g Susu Pekat*(1 cawan)4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih

150g Tepung Gandum (1 1/2 cawan)1 st Soda Bikarbonat1st Baking Powder

Cara-cara

Page 9: Resepi Kek Sedap

1.Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.

2. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.

3. Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus ~ syifa bakar suhu 160 darjah selama 45 min.4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.