rekreasi matematik

4
Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah. Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik sehinggalah ke tingkatan lima. Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik yang tertentu terus dipelajari. Oleh kerana Matematik mempunyai keindahan yang tersendiri, maka pembuktian yang kukuh, penggunaan simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara struktur-struktur Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai keindahannya. Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan struktur Matematik yang membantu mereka memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila mempelajari Matematik.

Upload: jamilahabdulhalim

Post on 29-Sep-2015

37 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

Matematik adalah satu mata pelajaran utama di dalam kurikulum sekolah. Bermula daripada peringkat pra sekolah, kita telah mula mempelajari Matematik sehinggalah ke tingkatan lima. Bukan setakat itu sahaja, bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, cabang-cabang Matematik yang tertentu terus dipelajari. Oleh kerana Matematik mempunyai keindahan yang tersendiri, maka pembuktian yang kukuh, penggunaan simbol yang efisien dan jitu, pertalian antara struktur-struktur Matematik memberikan skop kepada pelajar untuk menikmati nilai keindahannya. Oleh itu, kurikulum yang di ajar di sekolah seharusnya dapat menerapkan sifat penghargaan terhadap kuasa, keelokan dan struktur Matematik yang membantu mereka memperolehi kegembiraan serta kepuasan apabila mempelajari Matematik. Walaupun ramai yang berpendapat bahawa Matematik itu adalah satu mata pelajaran yang abstrak tetapi guru-guru perlu bijak menggunakan pendekatan yang sesuai supaya mata pelajaran ini tidak menimbulkan kebosanan dan kekeliruan kepada pelajar. Terdapat pelbagai kaedah pendekatan yang boleh digunakan untuk 2menimbulkan keseronokan dan minat para pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran matematik di dalam kelas. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah mengaplikasikan pengajaran yang tidak formal seperti kaedah permainan dan menyanyi.

Permainan Matematik-- sesuai untuk kanak-kanak

Sifat semulajadi kanak-kanak yang suka bermain akan mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan melalui permainan-permainan yang dilakukan oleh mereka sehari-harian. Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling sesuai untuk merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah menerima apa yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada benda-benda baru. Oleh itu ibu bapa perlu menggunakan peluang ini mengajar kanak-kanak dengan asas Matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kaedah yang paling baik dan berkesan adalah melalui permainan Matematik.Kanak-kanak mempelajari Matematik melalui kegiatan seharian tertentu (Mohd Daud Hamzah, 1996). Aktiviti-aktiviti yang membantu kanak-kanak memperoleh konsep awal Matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, reguan dan susunan aturan. Semua jenis aktiviti tersebut boleh disampaikan dalam bentuk permainan Matematik.Jean Piaget mendapati perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat umur 7~11 tahun merupakan operasi konkrit. Ketika peringkat usia kanak-kanak hanya boleh memahami konsep Matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu permainan Matematik boleh dijadikan sebagai alat bantu mengajar yang dapat membantu pelajar memahami konsep Matematik.Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.Pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan menggunakan permainan Matematik merupakan satu pembelajaran yang menarik, kreatif dan dapat memberi cabaran yang menyeronokkan pelajar. Permainan yang dipilih oleh guru sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mesti bersesuaian dengan umur kanak-kanak dan tahap pencapaian mereka. Permainan Matematik yang sesuai akan merangsangkan pemikiran dan meningkatkan tahap intelek pelajar. Permainan dapat meningkatkan kecekapan dan kepantasan pelajar kerana mereka akan menggunakan pemikiran mereka untuk menyempurnakan permainan tersebut. Ini akan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kreatis mereka.Pembelajaran Matematik melalui permainan juga boleh meningkatkan kemahiran pemikiran vertical dan pemikiran lateral pelajar.Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh Hassan cedera di lengan tangannya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran inimerupakan pemikiran secara kreatif. Contoh, bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok. Ini kerana permainan Matematik mempunyai unsur-unsur pertandingan dan pencabaran otak dapat melatih pelajar berpemikiran yang dimaksudkan secara tidak langsung.

Kesimpulannya permainan Matematik merupakan salah satu alat bantu mengajar yang dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep Matematik. Ia amat bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka bermain, suka pada benda-benda baru dan gaya pembelajaran kanak-kanak yang belajar melalui aktiviti-aktiviti bermain dan pengalaman konkrit.