refleksi squash

Upload: jidinalfredo

Post on 07-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi tugasan squash

TRANSCRIPT

Refleksi Nama : Mohd Zaidin Ahnaf Bin Zakaria

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana akhirnya tugasan bagi GERKO permainan squash ini telah siap dengan jayanya. Tugasan ini perlu kami siapkan secara berkumpulan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa perkara yang telah saya dan rakan saya lalui sama ada perkara yang berbentuk halangan dan cabaran ataupun hasil dapatan berbentuk ilmu pengetahuan. Antara cabaran utama dalam proses menyiapkan tugasan ini ialah kekangan waktu yang menghimpit tetapi bukanlah bermakna masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini adalah tidak cukup, sebaliknya kumpulan kami mempunyai masa yang terhad untuk berkolaborasi kerana terdapat banyak komitmen lain yang perlu kami selesaikan. Kami menggunakan kesempatan berkolaborasi di dalam kelas sekiranya tiada pensyarah atau semasa perjumpaaan GERKO untuk menyiapkan tugasan ini.

Disebalik kekangan yang berlaku, banyak kebaikan yang telah saya peroleh dengan menyiapkan tugasan ini. Antara kebaikannya ialah saya dapat mempelajari sukan ini dengan lebih teliti. Jika sebelum ini saya tidak pernah mengetahui sejarah dan latar belakang sukan squash, saya telah mempelajarinya semasa kerja kursus ini dijalankan. Saya agak tertarik apabila mengetahui bahawa dipercayai sukan ini mendapat nama hasil daripada bunyi bola apabila terkena pada raket. Saya agak tertarik sebenarnya dengan permainan ini kerana bagi saya ianya merupakan sesuatu yang unik. Perkara lain yang telah saya pelajari adalah berkaitan dengan dengan kemahiran dalam permainan squash serta undang - undang dan kepegawaian serta kepengadilan dalam sukan permainan ini. Sebagai seorang yang baru mengenali permainan squash, ini merupakan perkara baru bermanafaat yang perlu diambil kira. Saya sedar, sebagai seorang bakal guru, saya haruslah mempunyai pakej yang lengkap dari semua aspek. Oleh itu, perkara - perkara yang telah saya pelajari semasa membuat Kerja Kursus ini adalah amat berguna buat saya.

Akhir sekali, semoga apa yang telah saya peroleh daripada tugasan ini akan menjadi pengalaman menarik yang akan saya manafaatkan untuk kegunaan pada masa hadapan. Terima kasih kepada rakan kumpulan saya serta Encik Mahmud dan pensyarah penasihat yang lain di atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Wassalam.

Sekian.