refleksi program bina insan guru fasa 6

6
REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6 Guru merupakan antara Pembina generasi di negara kita Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ).Program ini melibatkan semua pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) fasa yang ke-6 untuk guru-guru pelatih semester 7 di IPG Kampus Kent bagi tahun 2015 telah diadakan pada 11 Mei 2015 di Dewan Tun Mustapha IPG Kampus IPG KAMPUS KENT 2015

Upload: leonard-agustinus

Post on 09-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

=)

TRANSCRIPT

Ipg kampus kent 2015

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6

Guru merupakan antara Pembina generasi di negara kita Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ).Program ini melibatkan semua pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Program Bina Insan Guru (BIG) fasa yang ke-6 untuk guru-guru pelatih semester 7 di IPG Kampus Kent bagi tahun 2015 telah diadakan pada 11 Mei 2015 di Dewan Tun Mustapha IPG Kampus Kent. Aktiviti untuk program Bina Insan Guru pada kali ini adalah ceramah mengenai Guru Inovatif. Ceramah disampaikan oleh Encik Syhibin Bin Japar, Ketua Unit Jabatan Gerko IPG Kampus Kent. Beliau juga merupakan antara pensyarah yang menyertai pertandingan inovasi dalam pendidikan di peringkat Kebangsaan.

Ceramah yang disampaikan adalah mengenai bagaimana membuat inovasi, kepentingan inovasi, dan isi utama dalam ceramah yang disampaikan adalah mengenai ciri-ciri guru inovatif. Penceramah telah memulakan penyampaian dengan memberi perkongsian mengenai pengalaman beliau dalam menyertai pertandingan inovasi di peringkat IPG, bahagian, negeri sehinggalah peringkat kebangsaan. Dalam ceramah pada kali ini, perkara yang paling ditekankan adalah mengenai ciri guru inovatif. Antara ciri guru inovatif adalah, sentiasa menambah baik pengajaran dan pembelajaran yang dibuat, sentiasa peka akan tema keperluan murid, membimbing dengan penuh ikhlas, hormat buah fikiran rakan sekerja, memberi sumbangan dan kerjasama dalam kecemerlangan sekolah atau organisasi, memudahkan jalan penerokaan idea dalam kalangan murid, mengoptimumkan potensi pengajaran sebaya di bilik darjah, menanam perasaan selesa dan selamat pada semua murid di bilik darjah dan banyak lagi dalam catatan saya. Penceramah juga memberi perkongsian mengenai 20 ciri inovatif menurut Mitchell Ditkoff.

Dalam program bina insan guru kali ini, saya mendapati bahawa saya dapat mempelajari banyak perkara baru. Ceramah yang disampaikan telah memberi saya semangat untuk menjadi guru yang lebih baik kelak. Melalui ceramah ini juga, saya dapati masih banyak perkara yang boleh dan perlu saya buat sebagai seorang guru, yang mana perkara-perkara tersebut tidak pernah terfikir oleh saya untuk dibuat semasa menjalani praktikum. Ceramah mengenai ciri guru inovatif, membuatkan saya sedar bahawa menjadi guru haruslah bersedia melakukan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan agar murid dapat memperoleh sesuatu yang baru dan berguna dalam sesi pembelajaran yang dilalui. Melalui ceramah ini juga, saya menjadi lebih bersemangat dan mendapat keberanian serta keyakinan untuk mengikuti pertandingan inovasi yang wajib disertai oleh guru pelatih yang berada pada tahun akhir pengajian. Penceramah mengatakan bahawa, bukan menang atau kalah yang menjadi fokus, tetapi penambahbaikan yang berjaya kita lakukan pada sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran itulah yang menjadi fokus. Tidak kira penambahbaikan itu besar atau kecil, sekiranya berjaya dibuat penambahbaikan, sudah pasti ada kemajuan dari segi pencapaian dapat dicapai. Saya juga semakin sedar, bahawa menjadi guru haruslah benar-benar ikhlas. Tanpa keikhlasan, guru akan mengajar sambil lewa dan murid pasti akan rugi besar kerana tidak dapat memperbaiki kelemahan diri. Dalam membuat sesuatu inovasi juga memerlukan keikhlasan dalam membantu murid yang diajar. Apabila tidak ikhlas, guru pasti tiada semangat untuk membantu, dan sudah pasti tidak akan pernah muncul inovasi dalam diri guru.

Secara keseluruhannya, kekuatan yang saya peroleh melalui program ceramah ini adalah, kesedaran akan nilai-nilai dalam pendidikan, pengalaman baru, ilmu baru, serta semakin bersemangat dan berkeyakinan untuk menjadi guru.Kelemahan program pada kali ini adalah keadaan tempat ceramah kurang selesa. Keadaan yang panas sekali sekala membuatkan fokus untuk mendengar ceramah hilang. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik. Cadangan penambahbaikan yang dapat saya cadangkan untuk program ini adalah, memilih tempat yang lebih selesa, contohnya dewan berhawa dingin sebagai tempat untuk menjalankan program agar keadaan lebih selesa dan mudah untuk memberikan fokus semasa penceramah menyampaikan ceramah.

Setelah ceramah selesai, aktiviti seterusnya untuk program bina insan guru fasa 6 adalah membuat refleksi mengenai program Bina Insan Guru secara menyeluruh bersama mentor masing-masing. Saya dan rakan-rakan unit PISMP Bahasa Melayu (sjkc) semester 7 telah membuat aktiviti ini bersama mentor kami encik Tajip bin Tassan di Bilik Aziz IPG Kampus Kent. Aktiviti menyampaikan refleksi dimulakan oleh saya. Saya telah memberikan sedikit sebanyak cerita mengenai bina insan guru fasa 1 hingga fasa 6 yang telah dilalui. Seterusnya saya berkongsi kekuatan serta pengalaman yang saya peroleh sepanjang mengikuti semua fasa bina insan guru. Selepas membuat refleksi, mentor kami memberi sedikit sebanyak ulasan mengenai refleksi yang dijalankan. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengimbau kembali banyak kenangan pahit dan manis yang telah dilalui. Aktiviti membuat refleksi ini membuatkan saya berasa sebak juga sebenarnya, tetapi saya tidak tonjolkan di hadapan rakan-rakan. Saya berasa sedemikian kerana saya tahu pengalaman-pengalaman tersebut tidak akan dilalui bersama rakan-rakan yang sama-sama menuntut ilmu selama 5 setengah tahun di Institut ini. Melalui aktiviti refleksi ini, saya semakin sedar dan bersyukur kerana, saya berpeluang merasa semua pengalaman-pengalaman yang hebat ini. Saya juga semakin sedar bahawa, pengalaman-pengalaman yang telah dilalui melalui program bina insan guru akan menjadi bekalan yang berguna kepada saya apabila menjadi guru sebenar kelak. Aktiviti ini dapat membuatkan saya tidak lupa semua yang telah dipelajari melalui program BIG fasa 1 hingga fasa 6 kerana aktiviti ini membuatkan saya mengingat kembali pelbagai perkara yang telah dilalui.Kesimpulannya, kedua-dua aktiviti bina insan guru fasa 6 ini memberikan impak yang besar ke dalam diri saya. Saya menjadi lebih sedar dan lebih matang melalui program ini. Banyak ilmu yang dipelajari dan banyak nilai murni serta nilai dalam pendidikan yang dapat ditanam di dalam diri. Program bina insan guru fasa 6 ini sungguh-sungguh telah membawa saya ke satu tahap yang baru dan menjadikan saya semakin bersedia untuk menempuh dunia sebenar seorang guru kelak.Sekian.

Disediakan oleh,

.............................................( )

Guru Pelatih