refleksi permainan bola baling

3
REFLEKSI PERMAINAN BOLA BALING SHAHRUL IZWAN BIN A RAHMAN 810624-01-6161 KEBAIKAN / KELEBIHAN Alhamdulillah, selepas menyiapkan tugasan ini, saya memperolehi banyak input baru sebagai penambahan kepada pengetahuan sedia ada dalam permainan bola baling. Saya juga lebih yakin dan bermotivasi dalam mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari kepada murid-murid disekolah. Sepanjang pengajian ini, saya dapat meluaskan pengetahuan saya dalam aspek kepelbagaian latihan untuk pelbagai aras. Bagi kebaikan pengelolaan pertandingan pula, banyak perkara yang saya pelajari bagi mengelolakan pertandingan dengan lebih efektif dan baik selepas ini. Daripada pengelolaan pertandingan ini juga saya dapati guru-guru dapat membentuk disiplin diri dari segi fizikal dan mental. Pelbagai jenis undang-undang permainan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta yang bermain. Dengan ini sikap mematuhi arahan dan peraturan dapat dititipkan dalam diri setiap peserta. Selain sikap bekerjasama dalam satu kumpulan dapat dipupuk .Secara tidak langsung, komunikasi dan interaksi yang berkesan antara rakan sekelas dalam menghormati peranan dan tanggung jawab dapat diaplikasikan semasa pertandingan. Pelbagai pendapat dan pandangan yang akan dapat disumbangkan dengan lebih efektif apabila ikatan persahabatan yang baik terbentuk. Sumbangan dari segi tenaga juga mudah diperoleh

Upload: shahrul-izwan-a-rahman

Post on 13-Feb-2015

658 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bola baling

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Permainan Bola Baling

REFLEKSI PERMAINAN BOLA BALING

SHAHRUL IZWAN BIN A RAHMAN

810624-01-6161

KEBAIKAN / KELEBIHAN

Alhamdulillah, selepas menyiapkan tugasan ini, saya memperolehi banyak input

baru sebagai penambahan kepada pengetahuan sedia ada dalam permainan bola

baling. Saya juga lebih yakin dan bermotivasi dalam mengaplikasikan pengetahuan

yang dipelajari kepada murid-murid disekolah. Sepanjang pengajian ini, saya dapat

meluaskan pengetahuan saya dalam aspek kepelbagaian latihan untuk pelbagai

aras.

Bagi kebaikan pengelolaan pertandingan pula, banyak perkara yang saya

pelajari bagi mengelolakan pertandingan dengan lebih efektif dan baik selepas ini.

Daripada pengelolaan pertandingan ini juga saya dapati guru-guru dapat

membentuk disiplin diri dari segi fizikal dan mental. Pelbagai jenis undang-undang

permainan yang perlu dipatuhi oleh setiap peserta yang bermain. Dengan ini sikap

mematuhi arahan dan peraturan dapat dititipkan dalam diri setiap peserta.

Selain sikap bekerjasama dalam satu kumpulan dapat dipupuk .Secara tidak

langsung, komunikasi dan interaksi yang berkesan antara rakan sekelas dalam

menghormati peranan dan tanggung jawab dapat diaplikasikan semasa

pertandingan. Pelbagai pendapat dan pandangan yang akan dapat disumbangkan

dengan lebih efektif apabila ikatan persahabatan yang baik terbentuk. Sumbangan

dari segi tenaga juga mudah diperoleh daripada peserta memandangkan semuanya

berpengalaman dalam mengendalikan kejohanan di sekolah masing-masing dan

mengetahui jangkaan cara penyelesaian masalah apabila berlaku sesuatu perkara

yang boleh mengganggu kelancaran kejohanan.

Pemahaman tentang diri, tahap keyakinan pelajar dan sikap seseorang

pelajar semasa pertandingan dapat dipertingkatkan memandangkan guru sendiri

merasai perasaan tersebut semasa kejohanan berlangsung.

KELEMAHAN

Dalam menyiapkan tugasan ini, ia memerlukan saya mencari pelbagai bahan

bola baling di internet. Kesukaran di sini adalah memastikan ketulenan fakta dan

maklumat yang diberikan. Dari segi pengelolaan pertandingan, cuaca merupakan

Page 2: Refleksi Permainan Bola Baling

faktor utama yang mengganggu kelancaran kejohanan dan latihan. Namun atas

kesungguhan dan keazaman untuk belajar, perkara itu semua dapat diatasi dengan

mengatur semua aktiviti untuk disesuaikan dengan keadaan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kesimpulannya, segala input yang diperolehi dalam pembelajaran permainan

bola baling amat berguna untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing. Guru perlu

memahirkan diri di samping mengetahui aspek kejurulatihan untuk diterapkan dalam

latihan semasa penyediaan pasukan sekolah. Pengurusan pertandingan yang lebih

susun dan teratur juga boleh diterapkan di sekolah atau bahagian masing-masing.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Tn Haji Fadil bin Noor kerana banyak

memberikan tunjuk ajar berguna sepanjang pengajian semester ini. Sekian, terima

kasih.