permainan bola baling

31
Permainan Bola Permainan Bola Baling Baling SK St Mary SK St Mary Papar Papar

Upload: haslinda-midy

Post on 21-May-2015

10.063 views

Category:

Sports


308 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan bola baling

Permainan Bola Permainan Bola BalingBaling

SK St Mary PaparSK St Mary Papar

Page 2: Permainan bola baling

Sejarah• 1909 - Torball - Russia• 1917 - Handball - Jerman• 1926 - dunia - Amsterdam• 1936 - olimpik - Berlin• 1976 - Malaysia oleh Lim Hock (diperkenalkan)• 1979 - peringkat kebangsaan • 1985 - Pestarama Maktab • 1987 - Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)• 1994 - komanwel (PBBM) @ tuan rumah

Page 3: Permainan bola baling

Padang & Gelanggang

• Dimainkan dalam atau luar dewan• Dimainkan dalam dua pasukan• Setiap pasukan ada tujuh pemain• Dua orang pengadil• Ukuran gelanggang – 40m panjang 20m lebar• Tiang gol didirikan dalam kawasan gol yang

jejari 6m dari tepi tiang gol dan 7m dari garisan penjaga gol (3m panjang 2m tinggi)

• Menggunakan bola kecil bersaiz 2 (wanita 14 ke atas ), saiz 3 (lelaki 16 ke atas) atau saiz 1(perempuan 8-14 /lelaki 8 - 16)

Page 4: Permainan bola baling

Kemahiran Asas

1. Berlari2. Melompat3. Hantaran bola4. Menyambut bola5. Menjaring gol6. Mengelecek bola dengan tangan7. Mengadang8. Menjaga gol

Page 5: Permainan bola baling

Kemahiran Pertama:Hantaran Bola

a. Hantaran bahub. Hantaran lantunc. Hantaran aras dadad. Hantaran lompate. Hantaran sisi

Page 6: Permainan bola baling

Hantaran BahuCara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

Page 7: Permainan bola baling

Hantaran Lantun

Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.

Page 8: Permainan bola baling

Hantaran Aras Dada

Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

Page 9: Permainan bola baling

Hantaran Lompat

Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan

Page 10: Permainan bola baling

Hantaran Sisi

Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

Page 11: Permainan bola baling

Kemahiran Kedua:Menangkap Bola

• Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.

• Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.

Page 12: Permainan bola baling

Cara Menangkap Bola

• Dengan kedua belah tangan – bola aras mukaApabila hendak menangkap bola setinggi aras

muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

Page 13: Permainan bola baling

Cara Menangkap Bola

• Dengan kedua belah tangan – bola rendahUntuk menangkap bola rendah pemain perlu

merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

Page 14: Permainan bola baling

Cara Menangkap Bola

• Dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi

apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

Page 15: Permainan bola baling

Cara Menangkap Bola• Menangkap Bola Tinggi

Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

Page 16: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan dari atas kepala1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri

sambil kaki kanan membengkok.3. Tangan pemain yang memegang bola

dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.

4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.

5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Page 17: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan dari bawa lengan1. Pemain mengambil satu langkah ke depan

dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Page 18: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan Lompat1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke

garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.

2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.

3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Page 19: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan pada aras pahaPemain yang menerima bola, memegangnya pada

kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan.

Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gol dan membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Page 20: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan sisiPemain tangan kanan berpura-pura membuat

jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut

Page 21: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan junam dan jaringan jatuh1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain

melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol.

3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.

4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Page 22: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan penalti1. Pemain berada di tempat penalti bersama-

sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.

2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring.

4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Page 23: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan lambungJaringan lambung (lob) digunakan untuk

menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti.

2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan.

3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas.

Page 24: Permainan bola baling

Kemahiran Ketiga:Menjaring Bola

• Jaringan voliJaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti

berikut:1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain

melompat ke arah bola hantaran.2. Semasa melompat, pemain menangkap bola

dengan kedua-dua belah tangan.3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Page 25: Permainan bola baling

Aksi-aksi permainan bola Aksi-aksi permainan bola balingbaling

Page 26: Permainan bola baling

Aksi-aksi permainan bola Aksi-aksi permainan bola balingbaling

Page 27: Permainan bola baling

Aksi-aksi permainan bola Aksi-aksi permainan bola balingbaling

Page 28: Permainan bola baling

Aksi-aksi permainan bola Aksi-aksi permainan bola balingbaling

Page 29: Permainan bola baling

Aksi-aksi permainan bola Aksi-aksi permainan bola balingbaling

Page 30: Permainan bola baling

Aksi-aksi permainan bola Aksi-aksi permainan bola balingbaling

Page 31: Permainan bola baling

Semoga menjadi JOHAN dalam

permainan bola baling

• Gambar pemain bola baling pasukan lelaki & pasukan perempuan SK St Mary Papar

• Gambar semasa pertandingan peringkat daerah

• Gambar semasa aktiviti 1M1S