permainan baling selipar

Upload: nurhajrina-jarawi

Post on 18-Jul-2015

1.579 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Charles, Bob, Augustin, Shafik, Nurhajrina

Permainan ini dikenali dengan beberapa nama iaitu tikam selipar, tiga selipar dan bola selipar. Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan Sejarah permainan ini tidak jelas tetapi mempunyai banyak kaitan dengan permainan baling tin. Sejarah permainan selipar mungkin bermula seawal penduduk di Malaysia mula menggunakan selipar terutamanya pada zaman kolonial

Alat untuk membaling sasaran iaitu adalah berbeza iaitu sama ada bola tennis, selipar atau kayu. Walaupun begitu, atas dasar keselamatan bola tennis dan selipar lembut digunakan bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa permainan. Permainan ini digunakan secara meluas di kampung dan bandar kerana memerlukan ruang yang minima dan alat yang digunakan untuk bermain adalah mudah iaitu selipar

Seramai 5 orang pemain sahaja dibenarkan bermain dan seorang pemain simpanan. Kawasan permainan adalah di dalam gelanggang badminton sahaja. Undian diadakan untuk menentukan giliran menyerang dan bertahan. Pasukan bertahan hanya boleh melempar selipar ke arah pemain menyerang dari paras pinggang sehingga ke bawah. Setiap seorang pemain penyerang diberi 3 peluang untuk cuba menjatuhkan menara selipar

Sekiranya kesemua pemain menyerang tidak berjaya menjatuhkan menara selipar, mata diberikan kepada pasukan bertahan dan pusingan itu tamat. Menara selipar hanya boleh berada di dalam bulatan kecil yang disediakan. Pasukan bertahan tidak boleh menggerakkan kaki ketika ingin melemparkan selipar ke arah pasukan menyerang dan juga ketika ingin membuat hantaran kepada pasukannya sendiri.

Permainan ini di adakan selama 12 minit dan pusingan penentuan dijalankan sekiranya kutipan mata kedua-dua pasukan seri. Pasukan menyerang hanya diberikan masa selama 3 minit untuk mendirikan menara selipar. Pasukan menyerang yang dapat mendirikan menara selipar dalam masa 3 minit atau kurang, 1 mata diberikan. Sekiranya tidak berjaya mendirikan menara selipar dalam masa 3 minit, 1 mata diberikan kepada pasukan bertahan.

Sekiranya pasukan bertahan dapat mematikan semua ahli pasukan menyerang dalam tempoh 3 minit, 1 mata diberikan. Pusingan seterusnya dimulakan dengan pasukan yang menyerang pada pusingan pertama tadi menjadi pasukan yang bertahan. (bertukar peranan) Undian diadakan untuk menentukan siapa menyerang dan bertahan pada pusingan penentuan. . Markah terkumpul setiap pasukan dikira selepas tamat masa permainan 12 minit. 3 minit masa rehat diberikan selepas tamat satu permainan.

3 Selipar disusun membentuk menara. Pemain pertama daripada pasukan menyerang memulakan permainan dengan cara membaling selipar ke arah selipar yang telah disusun. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan kesemua selipar.

Selepas kesemua selipar berjaya dijatuhkan, pasukan menyerang perlu menyusun semula 3 selipar berkenaan pada kedudukan asal. Manakala pemain pasukan bertahan berusaha mematikan semua ahli pasukan menyerang dengan membuat balingan selipar dan disasarkan ke arah anggota badan pasukan menyerang. Pasukan bertahan tidak boleh menggerakkan kaki ketika ingin melemparkan selipar ke arah pasukan menyerang dan juga ketika ingin membuat hantaran kepada pasukannya sendiri.

Jika pasukan menyerang berjaya menyusun 3 selipar berkenaan, mereka dikira menang bagi pusingan tersebut dan mendapat 1 markah. Sekiranya pasukan bertahan berjaya mematikan semua ahli pasukan menyerang, mereka akan dikira menang dan mendapat 1 markah. Pusingan kedua dimulakan dengan pasukan yang menyerang pada pusingan pertama akan menjadi pasukan yang bertahan.

Borang pemarkahan