refleksi pengajaran mikro pendidikan jasmani
DESCRIPTION
mapTRANSCRIPT
PJM 3110 REFLEKSI
REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas rahmat dan izinnya sehingga saya dapat
melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu membuat Rancangan Pengajaran Harian
Pendidikan Jasmani dan menjalankan sesi pembelajaran mikro.. Saya, Abdul Mumin
bin Hassan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga pensyarah
terutamanya Encik Syibin bin Japar kerana telah membantu dan memberi panduan
dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa kepada ahli keluarga saya terutama isteri
dan anak-anak yang memahami kesibukan dan sanggup berkorban serta rakan-rakan
kursus atas perkongsian pendapat dan idea.
Tugasan PJM3110 ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini
disebabkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini bukanlah mata pelajaran yang
pernah saya ajar sepanjang saya bergelar seorang guru. Walau bagaimanapun saya
teruja kerana mendapat pengalaman baru dan saya sebenarnya memang berminat
mengajar mata pelajaran ini. Jiwa sukan saya membara dan bertekad akan membuat
yang terbaik.
Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini saya telah membuat rujukan daripada
pelbagai sumber seperti Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Rancangan
Pengajaran Tahunan Penddikan Jasmani, contoh-contoh dan format Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani, buku-buku, majalah, internet dan orang
perseorangan terutama guru-guru Pendidikan Jasmani. Maklumat-maklumat yang
dapat dikumpul kemudiannya diteliti dan dipilih untuk kesesuaian objektif tugasan saya.
Sememangnya terdapat sedikit masalah semasa menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian ini kerana terdapat sedikit kekeliruan tentang tahap yang perlu diajar
sehinggakan terpaksa membuat semula Rancangan Pengajaran Harian ini. Kekeliruan
ini akhirnya dapat dirungkai setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada En
Syibin iaitu pensyarah bagi kursus PJM3110 ini. Saya dan rakan kumpulan sekali lagi
berbincang dan membuat semula Rancangan Pengajaran Harian ini.
Abdmuminhassan BMM/PJM/ELM (BMM1) 1
PJM 3110 REFLEKSI
Perbincangan kami adalah menjurus tentang tunjang dan kemahiran yang akan
kami ajar. Selain itu saya dan rakan-rakan juga membahagikan tugas yang akan
dilaksanakan semasa pengajaran mikro. Semasa perbincangan ini, saya dan rakan-
rakan juga memilih dan merancang jenis aktiviti yang sesuai semasa sesi pengajaran
mikro. Aktiviti yang harus dijalakan ialah akiviti yang menjurus kepada kemahiran yang
kami pilih dan aktiviti tersebut pula haruslah menarik minat dan berkonsepkan cergas.
Selain itu, terdapat lagi beberapa kekangan terutamanya semasa pencarian
bahan di internet. Kedudukan tempat saya bertugas yang jauh di Pulau Sebatik
menyebabkan capaian internet agak terhad. Walaupun telah ada kemudahan yang
disediakan melalui program 1BestariNet di sekolah namun capaian masih agak terhad.
Penggunaan V-sat (parabola) agak lembab berbanding talian kekal. Penggunaan
Broadband sangat tidak membantu kerana capaian yang sangat lembab. Apa yang
boleh saya buat ialah setiap hujung minggu apabila ke bandar , saya akan mengambil
peluang untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin dan akan dipilih selepas
kembali ke pulau. Alhamdulillah ianya berkesan.
Kekangan lain ialah perbincangan secara kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri
daripada tiga orang yang bertugas ditempat yang berbeza dan berjauhan antara satu
sama lain. Saya bertugas di Pulau Sebatik, Tawau, Saudara Albert bertugas di
Penampang dan Saudara Johanis bertugas di Pitas, Kudat. Kami sepakat untuk
berbincang dan berhubung melalui telefon dan email. Perancangan yang teliti perlu
kerana bimbang terdapat kekeliruan dalam melaksanakan tugas. Rancangan
Pengajaran Harian yang disiapkan dibahagikan kepada tiga bahagian dan disiapkan
setiap bahagian oleh seorang ahli. Akhirnya dikumpulkan dan dibukukan. Setiap ahli
akan mendapat satu salinan selain sesalinan untuk pensyarah.
Dengan siapnya tugasan inni, ia telah memberikan saya satu dimensi baru
mengenai mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ianya telah menjadikan saya seorang
yang menitikberatkan kecergasan fizikal melalui senaman. Selain itu ia membuka minda
saya dalam teknik dan kaedah pengajaran Pendidikan Jasmani . Pengalaman ini
memberikan saya ilmu baru dan meluaskan lagi pengetahuan saya dalam bidang
Abdmuminhassan BMM/PJM/ELM (BMM1) 2
PJM 3110 REFLEKSI
pendidikan. Saya juga bertekad akan mempraktikkan sekiranya saya diarahkan untuk
mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani kelak.
ABDUL MUMIN BIN HASSANBMM/PJM/ELM (BMM 1)PPG KOHORT 1IPGM KAMPUS KENT, TUARAN
Abdmuminhassan BMM/PJM/ELM (BMM1) 3