sgdk 4042 pengajaran mikro dan makro refleksi macro …

22
SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO TEACHING Disediakan untuk: DR FARAH MOHAMAD ZAIN Disediakan oleh: NAMA NO MATRIK FATIMAH BINTI MOHD ZAINOL 824698 Tarikh hantar: 20 APRIL 2019

Upload: others

Post on 02-Nov-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

SGDK 4042

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

REFLEKSI MACRO TEACHING

Disediakan untuk:

DR FARAH MOHAMAD ZAIN

Disediakan oleh:

NAMA NO MATRIK

FATIMAH BINTI MOHD ZAINOL 824698

Tarikh hantar:

20 APRIL 2019

Page 2: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

KANDUNGAN

1.0 Cabaran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Moral.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Plan)

3.0 Sebelum Macro Teaching

3.1 Perancangan Pendahuluan

3.2 Perancangan Penyampaian

3.3 Perancangan Penilaian

4.0 Semasa Macro Teaching

4.1 Pelaksanaan Pengajaran

4.2 Set Induksi

4.3 Langkah-Langkah

4.4 Penilaian

4.5 Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm)

5.0 Selepas Macro Teaching

5.1 Bagaimanakah Alat Bantu Mengajar Membantu Kamu Mengajar?

5.2 Huraikan Pengalaman Mengajar Dalam Macro Teaching

5.3 Apakah Penambahbaikan Yang Akan Kamu Lakukan Dalam Kelas Sebenar?

5.4 Apakah Cabaran Utama Kamu Semasa Mengajar?

6.0 Kesimpulan

7.0 Lampiran

Page 3: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

1.0 CABARAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PENDIDIKAN

MORAL

Pendidikan Moral merupakan salah satu subjek atau mata pelajaran wajib yang perlu

diambil oleh pelajar bukan Muslim yang bersekolah di Malaysia. Mata pelajaran ini

sudahpun lama diperkenalkan dengan bertujuan untuk menerapkan nilai- nilai murni dalam

kalangan pelajar berdasarkan pelbagai agama, budaya dan bangsa dalam masyarakat majmuk.

Seiring dengan kemajuan zaman, acap kali mendengar isu- isu sosial berlaku oleh kerana

kurangnya penerapan nilai- nilai murni dalam jiwa individu itu sendiri. Walaupun begitu, isu

yang perlu diutamakan adalah penerapan nilai murni dalam jiwa pelajar itu sendiri sama ada

bermula dari rumah mahupun di sekolah. Aspek- aspek keperibadian diri, keluarga,

masyarakat dan negara telah pun diterapkan ke dalam Sukatan Pembelajaran Pendidikan

Moral Standard Sekolah Menengah bagi memperelokkan keperibadian murid dalam

pembentukan sahsiah dan akhlak.

Sebab utama yang mempengaruhi gejala moral biasanya di peringkat remaja di mana

mengikut kajian psikologi, golongan remaja pada peringkat ini sedang mencari identiti

mereka sendiri dan mahukan kebebasan. Oleh sebab itu, cabaran dalam menerapkan akhlak

dan sahsiah dalam kalangan pelajar bermula dari kanak- kanak dan remaja. Di samping itu,

Kementerian Pendidikan Malaysia juga sangat menekankan aspek Pendidikan Moral tidak

kira di peringkat sekolah rendah dan juga peringkat sekolah menengah. Seterusnya, wujudnya

segala masalah telah mengakibatkan wujudnya pelbagai cabaran dalam isu Pendidikan Moral.

Antaranya adalah wujudnya isu- isu yang mengatakan bahawa pengajaran Pendidikan Moral

sudah tidak relevan diajar dalam silibus kerana guru tidak mempunyai latihan yang khusus

dalam mengajar subjek ini disamping hanya menekankan hafalan nilai murni semata- mata

tanpa dipraktikkan di situasi yang sebenar.

Page 4: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

Sebenarnya, guru merupakan insan yang paling dekat dengan pelajar di mana

personaliti seseorang guru itu sangat mempengaruhi pembentukan pelajar. Dapat kita lihat di

mana kebanyakan pelajar yang mempunyai hubungan rapat dengan seseorang guru, mereka

akan lebih berpotensi untuk mengikut personaliti guru tersebut. Inilah yang dikatakan dalam

teori Albert Bandura bahawa guru merupakan “role model” kepada para pelajar sama ada

secara terus atau tidak langsung. Secara khususnya, personaliti merupakan perwatakan yang

lahir daripada nurani diri seseorang. Jika baik personaliti, maka baiklah acuannya.

Sangatlah ditikberatkan bahawa Pendidikan Moral amat penting sebenarnya di dalam

silibus pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, namun matapelajaran ini dipandang

endah dan dikatakan tidak penting. Oleh sebab itu, ramainya guru yang bukan bidang

menganggap mana- mana guru boleh mengajar subjek ini walhal subjek ini sangat rumit dan

bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima oleh pelajar bukan Muslim.

Cabaran lain pula adalah kekurangan pengetahuan dan kaedah pendekatan yang perlu

untuk matapelajaran Pendidikan Moral. Seperti kita lihat pada masa kini, di sekolah mahupun

mana- mana tempat, jelaslah bahawa pendekatan yang digunakan oleh guru adalah tidak

bersesuaian dengan penerimaan kognitif pelajar seperti pendekatan sedia ada yang telah

digunakan seperti lebih berpusatkan guru dan hanya penerangan yang diberikan.

Kesimpulannya, Pendidikan Moral bukanlah mudah seperti yang diperkatakan. Bagi

mana- mana guru yang akan mengajar bidang Pendidikan Moral perlu mempelbagaikan

kaedah dan pendekatan agar dapat menarik minat para pelajar bukan Muslim terutamanya

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 5: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (LESSON PLAN)

Peringkat Aktiviti Strategi

pengajara

n dan

pembelaja

ran

ABM Rasional

Set

Induksi

5 minit)

1. Guru

memaparkan

sebuah video

yang berkaitan

kekeluargaan

2. Para

pelajar diminta

untuk tunduk

ke bawah

3. Pelajar

diminta untuk

membayangka

n dua situasi

yang diberikan

oleh guru

4. Guru

mengaitkan

imaginasi

murid dengan

tajuk hari ini.

5. Guru

menyenaraikan

objektif

pembelajaran.

Guru –

pelajar

Video

Untuk

menarik

perhatian dan

tumpuan

pelajar.

Page 6: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

Aktiviti

Pertama

(15

MINIT)

1. Guru

memberikan

penerangan tentang

konsep

tanggungjawab

2. Guru

menjelaskan konsep

keluarga bahagia

3. Guru

menerangkan setiap

objektif

pembelajaran

4. Guru meminta

wakil untuk

mencabut stick di

laci bertuah

5. Guru meminta

wakil yang terpilih

daripada setiap

kumpulan untuk

tampil kedepan

6. Guru memberi

arahan kepada

pelajar untuk

bermain permainan

ini.

Guru –

pelajar –

alat bantu

mengajar

‘TOUCH

AND GO

Untuk

menambahka

n kemahiran

kepekaan

para pelajar

sepanjang

pembelajaran

Aktiviti

Kedua

(5 minit)

1. Wakil setiap

kumpulan diminta

untuk mengambil

bahan yang

diberikan guru.

2. Guru

memberikan arahan

kepada para pelajar.

3. Pelajar diminta

untuk membentankan

hasil perbincangan

Pelajar –

alat bantu

mengajar

‘PETA I

THINK

Untuk

membentuk

semangat

berpasukan

antara

pelajar.

Untuk

mengembang

kan idea para

pelajar.

Page 7: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

Perancang

an

Guru memberitahu

pelajar bahawa

mereka diberikan

masa sebanyak 10

minit untuk

berbincang dalam

kumpulan.

Guru -

pelajar

Untuk

memberikan

masa kepada

pelajar untuk

mengembang

kan idea.

Aktiviti

Ketiga

(10 minit)

1. Pelajar diminta

menampalkan hasil

perbincangan di

belakang kelas.

2. Setiap kumpulan

perlu berjalan dan

mengambil input

penting daripada

kumpulan lain.

1. Pelajar

diminta

untuk

mencatat info

penting

Pelajar -

pelajar

‘GALLE

RY

WALK

Untuk

memberikan

para pelajar

tentang

pengukuhan

nilai murni.

Penutup

(5 minit)

1. Guru

memberikan penutup

kepada topik yang

telah dipelajari.

2. Pelajar

berkongsi pendapat

mereka tentang tajuk

yang dipelajari.

Guru –

pelajar

Untuk

menegaskan

objektif yang

telah

dipelajari.

Page 8: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

3.0 SEBELUM MAKRO PENGAJARAN

3.1 PERANCANGAN PENDAHULUAN

Sebelum memulakan sesi pengajaran makro, guru pelatih diminta untuk merancang

dan merencanakan persediaan pengajaran yang lengkap bagi memudahkan untuk memulakan

sesi pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang ketahui, tujuan utama objektif pembelajaran

setiap proses pengajaran dan pembelajaran adalahbagi membolehkan para pelajar menguasai

dan mencapai sasaran yang dirancang. Di samping itu, guru perlu mengetahui sasaran pelajar

yang akan diajar . Ini kerana tahap pelajar akan mempengaruhi proses pengajaran dan

pembelajaran yang dirancang Namun perlu diingatkan, pencapaian objektif tidak mungkin

selalu akan tercapai. Ini kerana, tahap kognitif dan intelektual para pelajar adalah berbeza.

Justeru, guru perlu bijak dalam menyusun dan merancang proses pembelajaran. Perancangan

dan persediaan yang lengkap akan membantu melancarkan penyampaian semasa sesi

pengajaran dan pemudahcaraan dengan lebih berkesan dan lebih tersusun. Perancangan

pendahuluan ini dapat dikategorikan seperti di bawah:-

a. Penentuan topik

b. Kebolehan sedia ada pelajar

c. Objektif dan hasil pembelajaran.

3.1.1 Penentuan Topik

Penentuan topik dapat ditentukan berdasarkan silibus yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu sendiri. Ini bermakna setiap guru amat perlu

menguasai setiap skop yang ditetapkan bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Guru terlatih pada masa kini lebih banyak didedahkan dengan pelbagai cara seiring dengan

aras pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) pada alaf yang ke 21 ini.

Page 9: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

3.1.2 Kebolehan Sedia Ada

Di samping menentukan sesuatu tajuk yang akan dipelajari, setiap guru tidak kira

guru pelatih atau guru sekolah perlu menyesuaikan sesuatu tajuk berdasarkan pengalaman

dan kebolehan sedia ada yang dimiliki oleh para pelajar. Ini kerana ia akan dapat membantu

dalam memudahkan kefahaman para pelajar kerana situasi tersebut memang wujud sekitar

persekitarannya. Bukan itu sahaja, kebolehan yang dimiliki oleh pelajar itu sendiri akan

membantu pelajar untuk lebih mendalami sesuatu ilmu yang diajar dan dipelajari .

3.1.3 Objektif dan Hasil Pembelajaran

Secara umumnya, objektif dan hasil pembelajaran adalah sesuatu yang boleh diukur

oleh guru sama ada daripada sudut kefahaman mahupun penguasaan. Kefahaman dan

penguasaan dapat ditentukan pada akhir sesi pembelajaran dengan menilai sejauh mana

respon para pelajar terhadap tajuk yang dipelajari. Ini dapat dilihat dengan menilai

sejauhmana kefahaman dan fokus pelajar terhadap kesuluruhan pembelajaran. Sekiranya

pelajar banyak memberi tindak balas dengan menjawab soalan contohnya, ini dapat dikira

dengan hasil pembelajaran iaitu berapa bilangan pelajar yang faham dan kurang faham.

3.2 PERANCANGAN PENYAMPAIAN

Bagi menyampaikan sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan, guru perlu

menyusun perancangan penyampaian dan memikirkan strategi yang akan digunakan dalam

penyampaian. Pemilihan strategi yang lengkap dan teliti akan membantu dalam penyampaian

yang lebih berkesan dan interaktif serta dapat meningkatkan mutu penyampaian. Selain itu,

penyampaian yang berkualiti akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih

menarik dan menjadikan sistem pembelajaran yang lebih bermakna serta dapat

Page 10: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

menyeronokkan lagi para pelajar. Teknik Perancangan penyampaian dapat dikategorikan

kepada beberapa skop iaitu:-

a. Penentuan strategi pengajaran

b. Penentuan masa

c. Pemeringkatan isi

d. Pemilihan sumber

Antara teknik yang guru pelatih telah lakukan adalah strategi penyampaian. Strategi

penyampaian merangkumi teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru pelatih. Justeru

pada langkah pertama guru pelatih telah menggunakan teknik imbas kembali. Imbas kembali

ini merujuk kepada perkaitan dengan pengalaman yang telah dialami. Selain itu, guru pelatih

juga menggunakan teknik video multimedia yang berkait dengan tajuk yang akan dipelajari.

Teknik video ini bertujuan untuk menarik fokus pelajar untuk mengamati sesuatu situasi

dengan realiti hidup mereka. Teknik yang seterusnya adalah teknik dan kaedah pembelajaran

PAK-21 iaitu “Touch and Go” iaitu teknik yang berpusatkan murid. Pada peringkat ini,

pelajar diminta untuk menyesuaikan jawapan yang diberi dengan soalan yang disediakan.

Diikuti pula dengan aktiviti kedua iaitu Peta I think di mana para pelajar. Seterusnya

penggunaan kaedah “Gallery Walk” .

Bagi skop penentuan masa pula, guru pelatih merancang tempoh masa sepanjang

proses pdp adalah selama 40 minit, tetapi disebabkan kekangan masa, disingkatkan kepada 30

minit dan guru pelatih cuba untuk mengehadkan proses perancangan pdp.

Pemeringkatan isi pula merangkumi isi yang dirancang untuk dipelajari sesuai dengan

aras kognitif dan intelektual para pelajar. Setersnya pemilihan sumber adalah berdasarkan

buku teks tingkatan 2 dan juga DSKP Pendidikan Moral Tingkatan 2.

3.3 PERANCANGAN PENILAIAN

Page 11: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

Perancangan penilaian merupakan antara langkah yang utama juga sebelum

memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dimana guru seharusnya menilai dahulu

adakah tajuk yang akan dipelajari benar- benar sesuai seiring dengan tahap intelektual para

pelajar. Penilaian amat penting dan perlu berdasarkan kepada taksonomi bloom dimana

dengan menilai mengikut aras tersebut, ia dapat membantu para guru sejauh mana keupayaan

para pelajar dalam memahami silibus yang akan dipelajari.

4.0 SEMASA MAKRO PENGAJARAN

4.1 PERLAKSANAAN PENGAJARAN

Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan adalah satu set andaian yang berkait

rapat dengan proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Semasa hendak memulakan sesi

pengajaran, guru pelatih hendaklah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran bermula

dari set induksi, langkah- langkah, penilaian dan seterusnya alat bantu mengajar yang akan

digunakan. Keempat- empat perkara ini sangatlah penting dan amat dititikberatkan dalam sesi

makro pengajaran. Perlaksanaan pengajaran yang teratur dan tersusun akan membantu guru

didsamping dapat menarik minat para pelajar menggalakkan lagi untuk belajar.

Menurut Thomas (1989), teori amat membantu guru bagi mendalami dan mengatasi

masalah pembelajaran dan teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri seperti dapat

menjelaskan fakta dengan mudah dan difahami.

4.2 SET INDUKSI

Set induksi adalah antara langkah utama sebelum memulakan sesi pembelajaran

dimana set induksi ini bertujuan untuk mengaitkan tajuk yang akan dipelajari dengan

pengalaman yang telah dialami. Lazimnya, guru- guru akan menggunakan sebarang idea bagi

Page 12: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

melaksanakan set induksi samada dengan menggunakan alat bantu mengajar seperti video

mahupun imaginasi para pelajar. Berdasarkan tugasan ini, guru pelatih menggunakan video

sebagai set induksi dimana ia mengaitkan kisah didalam video dengan pengalaman para

pelajar. Selain itu, guru pelatih juga mengaitkan video dengan imaginasi para pelajar melalui

isu sensitiviti seperti tanggungjawab terhadap ibu bapa. Ini kerana ibu bapa adalah orang

terpenting di dalam setiap kehidupan. Bagi melaksanakan set induksi ini, tempoh yang

diperlukan adalah antara 3 hingga 5 minit.

Di dalam set induksi, guru pelatih meminta para pelajar untuk memejamkan mata

dimana guru pelatih memberikan situasi berkaitan ibu bapa dan para pelajar dapat

memberikan respon yang positif terhadap situasi yang diberikan .

Daripada Imaginasi, pelajar dapat melahirkan rasa ingin tahu untuk mengetahui lebih

lanjut tentang sesuatu topik yang akan dipelajari. Melalui teknik ini, para pelajar akan cuba

berfikir tentang apa dan kenapa guru mengaitkan situasi tersebut dengan pengalaman pelajar.

Selain itu, guru berperanan penting dalam mengaplikasikan kelebihan imaginasi yang

sedia ada dalam diri pelajar dengan pengalaman yang telah dialami oleh para pelajar. Melalui

teknik ini, para pelajar akan lebih tertarik untuk melibatkan diri dalam proses pdp yang

dijalankan.

4.3 LANGKAH- LANGKAH

4.3.1 AKTIVITI UTAMA ( TOUCH AND GO)

Pada langkah utama, guru pelatih menfokuskan penerangan objektif pembelajaran

kepada para pelajar dimana objektif pembelajaran tersebut dikaitkan dengan pengalaman para

pelajar. Di samping menerangkan setiap skop yang ditekankan, guru pelatih menjalankan satu

aktiviti yang dinamakan “ Touch n Go” dimana permainan aktiviti ini boleh digunapakai

pada mana- mana langkah sebenarnya tidak kira sebarang matapelajaran seiring dengan

Page 13: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

pembelajaran abad ke-21 . Dalam tugasan ini, guru pelatih mengaplikasikan pemainan “

Touch and Go” di langkah utama. Permainan ini amat meransang kepada penglibatan para

pelajar aktif dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan, bahkan ia turut melatih para

pelajar untuk lebih yakin dan berani dalam menjawab soalan . Seterusnya, permainan “

Touch and Go” ini juga sesuai diaplikasikan dalam matapelajaran yang lain kerana permainan

ini berkonsepkan umum. Aktiviti utama melibatkan permainan ini dapat dijalankan dalam

tempoh 15 minit. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa para pelajar amat berminat dengan

permainan ini kerana ia memrlukan kecerdasan dan intelektual yang cekap dalam menjawab

soalan disamping ia membantu para pelajar lebih pantas untuk berfikir.

4.3.2 AKTIVITI KEDUA ( PETA I- THINK)

Di dalam aktiviti kedua ini, guru pelatih meminta para pelajar untuk berada di dalam

kumpulan yang telah diberikan dan pelajar perlu berkongsi idea dan pendapat tentang tajuk

yang telah dipelajari. Setiap pendapat yang telah diberi perlu dicatat oleh wakil dalam peta I

think bagi memudahkan kefahaman dan pengukuhan di samping akan lebih muda

diterangkan sewaktu pembentangan hasil kumpulan masing- masing. Selepas 5 minit, setiap

kumpulan diminta untuk menghantar wakil bagi membentangkan hasil perkongsian idea

masing- masing.

4.3.3 AKTIVITI KETIGA ( GALLERY WALK)

Proses yang terakhir adalah aktiviti “Gallery Walk” dimana para pelajar diminta

untuk menampalkan hasil Peta I think masing- masing di dinding bagi memudahkan

kumpulan lain untuk mengambil info penting untuk dicatatkan dalam “sticky note” yang

diberikan.

Page 14: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

4.4 PENILAIAN

Di dalam makro pengajaran, guru pelatih menggunakan tiga kaedah pengajaran

berkonsep pemusatan murid seiring dengan pembelajaran abad ke-21. Guru pelatih telah

menggunakan penilaian sumatif dimana penilaian ini dibuat selepas proses pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian ini dibuat adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana kefahaman

para pelajar terhadap pembelajaran yang telah dipelajari disamping mengukuhkan kefahaman

terhadap sesuatu tajuk yang telah dipelajari. Antara penilaian yang telah dilaksanakan oleh

guru adalah seperti kuiz, peta yang melibatkan ingatan dan sebagainya.

Faedah yang didapati oleh guru pelatih berdasarkan penilaiannya adalah dapat mengetahui

tahap kefahaman murid dalam tempoh masa yang pantas dan cepat. Seterusnya guru pelatih

juga dapat mengetahui kelemahan amalan pengajaran guru pelatih sendiri berdasarkan respon

pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Yang terakhir adalah

huru pelatih dapat memperbaiki cara pengajaran guru pelatih itu sendiri agar dapat membantu

dalam mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

4.5 PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR

Cabaran pendidikan pada masa kini mengalami suatu perubahan yang amat ketara

dimana guru perlu bijak memainkan peranan dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang

lebih berkesan dan interaktif (Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin). Abm

sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang baru di dalam dunia pendidikan. Sistem Abm

sudah lama diaplikasikan sejak zaman dahulu lagi tetapi belum diangkat oleh Kementerian

Pendidikan untuk menjadikannya langkah dalam membantu mengawasi sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Page 15: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

Bahan bantu mengajar yang digunakan dan diaplikasikan oleh guru pelatih terbahagi

kepada bahan bantu mengajar elektronik seperti video dan bahan bantu mengajar bukan

elektronik seperti papan “Touch And Go”, Peta I think, papan putih dan juga kertas mahjong.

Bahan bantu mengajar video digunakan semasa set induksi bagi membantu dalam sesi

penghayatan para pelajar dalam menghargai ibu bapa. Bahan bantu mengajar bukan

elektronik pula digunakan semasa perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang oleh guru

pelatih.

Antara bahan lain yang digunakan oleh guru pelatih adalah buku teks. Buku teks

adalah bahan paling utama yang perlu ada dengan guru sebagai rujukan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran. Tetapi dalam sesi pengajaran guru pelatih, guru pelatih

menggunakan teknik pengajaran tanpa menggunakan buku teks bagi memudahkan lagi

pengajaran dan membantu para pelajar untuk memahami dengan lebih mudah dan berkesan

kerana kebiasaannya para pelajar kurang menelaah buku dan lebih menggemari aktiviti di

dalam kelas.

Dalam tugasan makro pengajaran yang telah dilaksanakan, guru pelatih mampu

mengaplikasi BBM yang telah disediakan mengikut apa yang telah dirancang. BBM yang

digunakan merangkumi BBM elektronik dan juga BBM bukan elektronik.

5.0 SELEPAS MAKRO PENGAJARAN

5.1 BAGAIMANAKAH ABM MEMBANTU KAMU MENGAJAR?

Alat Bantu Mengajar merupakan satu alternatif yang berkesan serta sangat membantu

dalam amalan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan pendidikan alaf ke-21. Alat bantu

mengajar merangkumi 2 pembahagian iaitu elektronik dan bukan elektronik. Oleh kerana

pendidikan masa kini lebih fokus kepada pembelajaran berpusatkan murid, tidak dapat

dinafikan lagi pelajar lebih gemar kepada aktiviti di dalam kelas berbanding penerangan guru

Page 16: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

semata- mata. Tugas guru sebagai pembimbing membantu dan menggalakkan murid untuk

lebih berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengeluarkan idea semasa aktiviti dijalankan.

Maka persoalannya sejauh manakah alat bantu mengajar membantu dalam sesi pdpc?

Sebagai guru pelatih yang masih di peringkat awal dalam bidang keguruan sangat perlu

kepada bantuan mengajar dan rujukan pembimbing. Dengan mengaplikasikan alat bantu

mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik akan membantu guru pelatih untuk

mengawal kelas dengan tersusun dan rapi.

Tujuan penggunaan alat bantu mengajar adalah sebagai panduan dan bantuan untuk

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih rapi dan menarik. Ini kerana penggunaan abm

sangat membantu guru terutamanya guru pelatih dalam menyampaikan ilmu dengan lebih

mudah.

Terdapat banyak kelebihan yang diperoleh guru pelatih menerusi penggunaan alat

bantu mengajar di dalam kelas. Saya sendiri sebagai guru pelatih sangat merasakan

penggunaan alat bantu mengajar amat membantu dalam pengajaran saya. Kelebihan pertama

yang paling utama adalah bahan bantu mengajar membantu saya dalam mengaitkan tajuk

yang akan dipelajari dengan alat bantu mengajar elektronik. Video yang ditunjukkan

mempunyai makna yang ingin disampaikan seiring dengan tajuk tanggungjawab diri terhadap

anggota keluarga. Video yang ditunjukkan telah dirasai oleh para pelajar kerana penghayatan

yang sangat mendalam.

Seterusnya alat bantu mengajar kedua yang telah saya gunakan papan “Touch And

Go”. Fungsi saya menggunakan kaedah ini sebagai aktiviti utama adalah supaya para pelajar

dapat mengaplikasikan pengajaran yang telah dipelajari di samping menjadi aktiviti yang

menghiburkan . Di dalam aktiviti ini, para pelajar diminta untuk menyesuaikan dan

memadankan soalan dan jawapan yang diberikan di samping membantu para pelajar untuk

pantas berfikir apa jawapan sebenar kerana masa yang diberikan adalah terhad. Melalui

Page 17: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

aktiviti ini, saya dapat lihat bahawa aktiviti ini membantu saya dalam mengukuhkan lagi

kefahaman para pelajar.

Seterusnya, alat bantu mengajar yang saya gunakan adalah peta I Think. Peta I-think

ini sebenarnya membantu pengajaran dan pembelajaran menerusi pengaplikasian idea yang

telah dirumus dan dipelajari. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran akan lebih

berfaedah apabila berlakunya perkembangan idea semasa aktiviti ini.

Umumnya, pengajaran dan pembelajaran mampu menimbulkan minat dan

kesungguhan dalam kalangan para pelajar.Teori mengatakan semakin kerap penggunaan

bahan bantu mengajar, semakin besar potensi pelajar untuk cemerlang (Rohana Zubir, 1987).

5.2 HURAIKAN PENGALAMAN MENGAJAR DALAM MAKRO PENGAJARAN?

Sepanjang pengalaman saya di dalam Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah,

banyak input baru yang saya perolehi terutamanya dalam subjek Makro Pengajaran. Mikro

pengajaran yang telah diajar dapat membantu saya mengaplikasi dalam kelas sebenar kerana

berasaskan ilmu pengetahuan.

Sebagai pengetahuan, saya juga pernah mengajar di beberapa buah sekolah yang

mana merangkumi sekolah menengah dan rendah. Jujur saya mengatakan, sangatlah penting

ilmu pendidikan kepada mana- mana pihak yang ingin menceburi bidang perguruan. Ilmu

mikro pengajaran banyak membantu saya dalam meyusun langkah dan aktiviti pengajaran

bagi mewujudkan aktiviti dan proses pembelajaran yang lebih berkesan.

Ilmu mikro pengajaran sangat mengajar dan mementingkan tatacara pengajaran dan

pembelajaran bermula set induksi, langkah utama, langkah kedua, langkah ketiga dan

penutup. Selain itu, etika semasa memasuki kelas juga sangat dititikberatkan di mana sebagai

guru pada permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran perlulah dalam keadaan yang bersih

Page 18: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

dan sedikit serius. Ini kerana, sebagai seorang guru terutamanya bagi guru pelatih yang masih

baru perlu sedikit serius dan tidak membiarkan para pelajar tidak menghormati kita. Dengan

cara itu, akan mempengaruhi tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran.

5.3 APAKAH PENAMBAHBAIKAN YANG AKAN KAMU LAKUKAN DALAM

KELAS SEBENAR?

Sebagai guru pelatih yang masih baru dalam bidang perguruan pasti perlu membuat

banyak penambahbaikkan kerana masih lagi belajar dan masih di peringkat awal lagi. Antara

cadangan awal bagi penambahbaikkan adalah dari sudut pengurusan masa. Pada aspek

pengurusan masa ini merujuk kepada pembahagian aktiviti dapat dilaksanakan dalam masa

yang telah ditetapkan. Pada pandangan saya, dalam pengajaran Pendidikan Moral khususnya,

perancangan pengajaran perlu dihadkan kepada 2 atau 3 unit kecil sahaja bagi satu masa. Ini

kerana penerimaan kognitif pelajar adalah berbeza dengan penerimaan kita. Sebahagian

pelajar tidak mampu untuk memahami kesemua unit.

Selain itu, perkara yang perlu saya membuat penambaikkan adalah mempelbagaikan

aktiviti di dalam kelas. Ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar untuk terus bergiat

aktif dalam kelas sepanjang proses pdpc. Aktiviti yang pelbagai sememangnya akan

mempengaruhi para pelajar untuk terus memberi tumpuan dalam pembelajaran dan

membantu para pelajar untuk cepat dan pantas mengeluarkan idea serta pendapat yang

relevan.

Page 19: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

5.4 APAKAH CABARAN UTAMA KAMU SEMASA MENGAJAR?

Sememangnya tidak dinafikan lagi, sangat sukar untuk mengawal pembelajaran

matapelajaran Pendidikan Moral kerana subjek ini sangat dianggap mudah oleh semua pihak.

Namun sebenarnya subjek Pendidikan Moral mempunyai cabaran yang sangat besar kerana

subjek ini melibatkan pelajar bukan muslim dan tidak semua akan patuh kepada kita guru

Melayu. Ini isu pertama yang merupakan cabaran kepada para guru Pendidikan Moral.

Cabaran yang kedua adalah teknik pembelajaran . teknik pembelajaran ini merujuk

kepada aktiviti yang dijalankan dan kaedah apa yang digunakan semasa pembelajaran. Agak

sukar sebenarnya untuk merancang aktiviti di dalam kelas seiring dengan masa 40 minit yang

telah dihadkan. Biasanya di waktu subjek pendidikan moral, para pelajar akan mudah dan

kerap merasa bosan dengan pembelajaran kerana prinsip di dalam diri mereka sendiri yang

tidak mahu menerima pengajaran itu dan menganggap itu sesuatu yang mudah.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang makro pengajaran, dapat disimpulkan

beberapa kekuatan dan kelemahan saya sebagai guru pelatih yang masih di peringkat awal.

Antaranya adalah bahan bantu mengajar sangat membantu dalam makro pengajaran di

samoing dapt meningkatkan kemahiran berfikir para pelajar. Peringkat paling utama yang

perlu dititikberatkan adalah pada peringkat set induksi. Ini kerana set induksi merupakan

pembayang kepada isi yang akan disampaikan. Lazimnya jika bermula dengan set induksi

yang menarik, maka akan dikuti dengan sesi pembelajaran yang berkesan dan menghiburkan.

Di samping itu, kekuatan yang kedua adalah suara yang lantang. Apa yang saya dapat

simpulkan bahawa jika seseorang guru memiliki suara yang lantang akan mempengaruhi

tindak balas para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan para

Page 20: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

pelajar sentiasa tumpu dalam pembelajaran, suara seorang guru perlulah jelas dan lantang

apabila menyampaikan ilmu.

Seterusnya aktiviti yang melibatkan pengukuhan kefahaman para pelajar merupakan

langkah yang baik kerana menerusi aktiviti pengukuhan akan mewujudkan suasana yang ingi

bersaing dalam kalangan para pelajar. Selain itu, guru juga mestilah kerap memeriksa latihan

yang diberikan para pelajar kerana dari situlah guru boleh menilai sejauh mana kefahaman

para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Daripada aspek kelemahan pula, guru pelatih tidak dapat menepati masa yang

ditetapkan dan yang telah disusun mengikut langkah demi langkah kerana berkemungkinan

disebabkan masa yang terhad ataupun aktiviti yang melibatkan tempoh masa yang panjang.

Ini kerana, kadangkala terdapat masalah dan gangguan berlaku di luar jangkauan atau luar

kawalan kita. Sebagai guru pastinya mempunya tujuan dan objektif yang hendak

disampaikan, tetapi bukanlah perkara mudah untuk menjadikan para pelajar faham

sepenuhnya apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana setiap penerimaan pembelajaran adalah

bergantung tahap kognitif pelajar itu sendiri. Oleh itu, guru pelatih hendaklah peka terhadap

kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaraan. Setiap

kelemahan harus dibuat penambaikkan dan kekuatan terus jadi amalan agar mampu

melahirkan para pelajar yang bijaksana dalam kurikulum.

7.0 LAMPIRAN

Page 21: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL

VIDEO SET INDUKSI ABM TOUCH N GO

Page 22: SGDK 4042 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO REFLEKSI MACRO …

SESI MAKRO PENGAJARAN

RUJUKAN

Anthony, Edward M. 1963. “Approach, Method, and Technique”. English Learning 17: 63-

67. An Arbor: University of Michigan Press.

Thomas, C., Englert, C., and Gregg, S. (1987). An analysis of errors and strategies in the

expository writing of learning disabled students. Remedial and Special Education, 8,

21-30. Thomas, R.L. (2009). Using distance learning to increase literacy among

TANF participants. Journal of Technology in Human Services, 27(3), 216-226.

Bloom, B.S., Hasting, J.T., Madaus, G.F. (1971). Handbook on formative and summative

evaluation of student learning. New York: Harper and Row Publisher.

Glaser, R. (1973). “A Creterion-Referenced Test”, dlm. Popham, W.J (ed.) Criterion-

referenced measurement, An introduction. New Jersey: Educational Technology Publication.

Pusat Perkembangan Kurikulum.( 1996). Penilaian kendalian sekolah. Kementerian

Pendidikan Malaysia.