refleksi kumpulan (1)

Upload: fanera-jeffery

Post on 07-Oct-2015

270 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Prasekolah

TRANSCRIPT

REFLEKSI KUMPULAN

Pertama sekali kami ingin mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan satu tugasan projek Pengajian Kurikulum Dan Model Prasekolah ini. Kumpulan kami terdiri daripada Feryn Fanera Jeffery, Lee Wei Zher, Raathigaa a/p Madhavan dan Tiong Chiong Hung. Dalam kerja khusus ini kami diminta untuk menjalankan sebuah pengajaran mikro berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian selama 30 minit.

Pada mulanya kami berasa tertekan dan tidak pasti dengan kaedah yang di guna untuk melaksanakan semua tugasan kami. Kami telah mendapat pandangan daripada beberapa rakan - rakan kami untuk merancang tugasan kami. Kami juga membuat beberapa perbincangan dalam kumpulan kami untuk mencari maklumat dan menyiapkan projek ini dengan sempurna. Kami mula meneliti semua tugasan kami dengan terperinci. Kami dapat berfikir idea - idea baru untuk melaksanakan tugasan kami serta meminta pandangan daripada beberapa orang rakan kami yang lain.

Selain itu, kami merancangkan aktiviti untuk menjalankan pengajaran mikro dengan tepat dan teliti. Pertamanya, kami telah memperolehi beberapa maklumat yang penting melalui proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran ini. Contohnya, kami mengetahui cara menyediakan RPH yang betul kerana sebelum itu kami tidak pernah menulis RPH. Semasa kuliah subjek tersebut, pensyarah telah memberi tugasan merancang sebuah RPH. Setelah menyiapkan RPH, setiap kumpulan telah membentangkan RPH masing-masing. Selepas itu, RPH tersebut telah disemak oleh pensyarah kami. Kami telah mengetahui kelemahan kami dalam menyediakan RPH melalui semakan oleh pensyarah kami.

Kemudian , kami telah membuat pembetulan dan menyediakan RPH yang betul. Ketika itu, kami dipuji oleh pensyarah kerana menyediakan RPH yang betul. Kami telah ditugaskan melaksanakan satu projek dengan membina satu penstrategian pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah yang melibatkan gabungan pendekatan- pendekatan dalam pendidikan prasekolah.

Setelah kami habis merancang RPH, kami diarahkan untuk menjalankan pembelajaran mikro kepada kanak-kanak di prasekolah. Kami telah menjalankan pengajaran mikro di Prasekolah Seri Mawar, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Sebelum mengajar kanak-kanak prasekolah, kami telah menyediakan beberapa strategi pengajaran bagi menarik minat kanak-kanak. Antaranya ialah kami telah menyediakan banyak bahan-bahan membantu pengajaran kami. Sebagai contohnya, kami mencetak beberapa gambar ahli-ahli keluarga kerana tema pengajaran mikro kami ialah Anggota keluarga. Kami telah menyediakan semua bahan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti yang telah kami rancang.

Disamping itu, kumpulan kami sudi mencari lagu kanak-kanak yang berkaitan dengan subtema Keluarga. Lagu kanak-kanak yang kami telah menggunakan semasa pengajaran mikro ialah Saya Sayang Ibu Bapa. Pada mulanya semasa menyuruh mereka menyanyi, kami memgalami beberapa kesukaran. Antaranya paparan daripada LCD mengganggu pengajaran kami semasa menyanyi kerana kanak-kanak bermain dengan bayang-bayang mereka melalui cahaya LCD tersebut. Seterusnya adalah kanak-kanak tidak pernah mendengar lagu tersebut menyebabkan kanak-kanak susah untuk mengikuti lirik berserta melodi yang kami mainkan. Namun, setelah arahan pensyarah untuk meneruskan pengajaran nyanyian, akhirnya semua murid-murid mampu mengikuti kami menyanyi dan membuat gaya. Setelah itu, kami telah melaksanakan pengajaran mikro dengan sempurna dan kami telah mendapat kepujian mengenai bahan bantu mengajar yang kami gunakan dan sedikit komen mengenai kelemahan kami.Sepanjang menjalankan tugasan ini kami telah memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman . Salah satunya telah mempelajari tentang kaedah bagaimana menyediakan sebuah Rancangan Pengajaran Harian yang betul. Kami juga telah belajar mengajar kanak-kanak prasekolah dan hal ini mengajar kami untuk membina keyakinan diri semasa berdepan dengan kanak-kanak prasekolah. Melalui pengajaran mikro tersebut, kami yakin bahawa kami boleh menjadi guru profesional. Kami juga dapat menanam semangat dalam diri kami bagi berkhidmat dalam professional perguruan.

Ketika menerima soalan daripada pensyarah kami telah mengalami banyak kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, kami mendapat bantuan yang tidak boleh kami lupakan daripada kawan-kawan yang sekelas dengan kami. Kami juga dapat berbincang dengan rakanrakan seperjuangan yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Hal ini secara tidak langsung, ini dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturahim antara kami semasa dapat bertukartukar bahan dan pendapat. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat handai yang tidak jemu menolong dan memberi tunjuk ajar.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami Pn. Sheal Valakshemi a/p Palaniappan kerana dengan cara penyampaian beliau menerangkan Rancangan Pengajaran Harian, telah memberi ilham kepada kami untuk membuat tugasan ini.