refleksi individu

Upload: zikrul-hakiem-suhaimi

Post on 19-Jul-2015

330 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Refleksi Individu. (Mohamad Zikrul Hakiem Bin Mohd Suhaimi. T2SN1)

Pada sem ini,saya telah belajar matapelajaran SCE3106 iaitu Kemahiran Berfikir Secara Saintifik.Untuk matapelajaran ini,saya telah ditugaskan untuk melakukan suatu eksperimen sains yang mudah dengan menggunakan kemahiran-kemahiran

saintifik.Saya telah ditugaskan bersama dua orang rakan yang lain untuk merakam video eksperimen dan menyiapkan tugasan ini. Kumpulan saya telah memilih satu eksperimen ringkas yang mengkaji peranan gas ethylene dalam proses kematangan buah-buahan.Berdasarkan eksperimen ini,saya telah mengetahui kegunaan gas ethylene dalam kehidupan seharian.Selain itu,saya juga mengetahui cara untuk mematangkan buah-buahan dengan cepat iaitu dengan menggunakan buah-buahan contohnya buah pisang yang mengeluarkan gas ethylene yang banyak, Tambahan lagi,tugasan ini juga mengajar saya menggunakan kemahiran-kemahiran santifik seperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.Saya telah belajar untuk melakukan pemerhatian,membuat inferens, dan juga meramal dalam melakukan eksperimen ini.Disamping itu,kemahiran manipulative saya juga dipertajam dengan mengendalikan alatan-alatan dan bahan-bahan eksperimen dengan baik dan tersusun. Disamping itu juga,melalui tugasan ini juga saya pelajarai nilai kesabaran iaitu semasa menunggu hasil eksperimen yang mengambil masa yang agak lama.Selain itu saya juga belajar mengenai semangat kerjasama sesama ahli kumpulan harus ada untuk menyiapkan sesuatu tugasa,dan Alhamdulillah,kumpulan saya dapat

bekerjasama dengan baik. Akhir kata,saya berharap semua ilmu yang baru saya pelajari melalui tugasan ini dapat saya praktikkan ketika menempuh alam profesion perguruan kelak.